UMNO Online - “BN Candidates For FT To Be Chosen Based On Winnability, Not Party – Muhyiddin” plus 9 more

UMNO Online - “BN Candidates For FT To Be Chosen Based On Winnability, Not Party – Muhyiddin” plus 9 more

Link to UMNO Online

BN Candidates For FT To Be Chosen Based On Winnability, Not Party – Muhyiddin

Posted: 10 Jun 2012 07:15 AM PDT

KUALA LUMPUR, June 10 – The allocation of seats in the Federal Territories (FT) for the coming general election would be based on the winnability of candidates and not on the party a candidate represents, said Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin, who is also FT BN chairman, said the method or formula for the allocation of seats used previously would be reviewed to enable candidates with greater chances of winning, to be fielded.

He said besides the question of winnable candidates, the seat allocations among the BN component parties would also be the focus of attention in the run-up to the coming general election, whereby at the moment, the People’s Progressive Party (PPP) and MIC had no seats in FT compared to Umno, MCA and Gerakan.

“We have to look at what is more important, that is, BN must win and based on this, if we feel that a component party candidate is winnable, then that candidate should be chosen instead of the party given the seat before,” he said when opening the FT PPP convention, here, today.

Also present were PPP president Datuk Seri M.Kayveas, Minister in the Prime Minister’s Department Tan Sri Dr Koh Tsu Koon and FT PPP chairman Datuk A.Chandrakumanan.

Muhyiddin said he was happy with the reaction of the BN component party leaders who were open to the new approach and willing to reallocate the seats based on the new formula.

The deputy prime minister also openly expressed his willingness to support Kayveas’ suggestion that Chandrakumanan be fielded as a BN candidate in the coming elections.

“I think the winnability factor can be used here. For example, if Chandrakumanan is fielded for the Batu parliamentary seat and we can win there, why can’t PPP be given the Batu seat to contest (Batu was previously held by Gerakan)?

“In my opinion, as the FT BN chairman responsible for ensuring that BN wins as many seats as possible in FT, this suggestion can be considered,” he said.

Muhyiddin said the matter had been discussed between him, Kayveas and Datuk Seri Najib Tun Razak as the BN chairman, whereby Najib had given a positive signal.

“We have also brought up the matter with the other BN leaders and we hope they would be open to it because the crux of the matter is cooperation and understanding among the BN component party leaders.

“To me, this approach is perhaps reasonable as what is important is that the voters like the candidate chosen,” he said.

On efforts to correct negative perceptions about BN among some members of society, Muhyiddin said only proactive measures like “turun padang” (going to the ground) to meet the people and explaining issues to stop the public confusion on these issues could counter the opposition’s slander against BN.

He said it was important to raise public confidence in BN through accurate and clear explanations of issues.

Kayveas, in his speech, spoke on the opposition’s tactic of spreading lies on BN to garner public support and sympathy and this needed to be tackled by PPP members.

He said about 70 per cent of the party members who were young people should shoulder the responsibility of countering the opposition’s slander and lies in order to win back the people’s trust in BN.

“You must tell your friends, family, brothers, sisters, cousins…that what the opposition is doing is wrong,” he said while referring to the baseless allegations and lies spread through the Internet against BN.

Security In Schools To Be Beefed Up – Hisham

Posted: 10 Jun 2012 07:11 AM PDT

SERDANG, June 10 – More security personnel will be present in schools especially during student arrival and departure, says Home Minister Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

This was decided at the Cabinet meeting last week following the kidnapping of Nayati Shamelin Moodliar, 12, on April 27.

“We will try to rope in volunteer organisations including Rela because I believe their presence will change the negative perception that contradicts the declining crime rate,” he told reporters after launching a ‘Skuad Muda’ gathering at Malaysia Agriculture Exhibition Park Serdang (Maeps) here today.

The cooperation of parents, Parent Teacher Associations (PTA) and non-governmental organisations (NGOs) were also required to achieve the goal.

Hishammuddin added the video recording of Bersih rally on April 28 would be released to the public after submission to the Independent Advisory Panel.

The panel was also given the freedom to pick candidates to succeed two members who withdrew.

Chief Judge of Sabah and Sarawak Tan Sri Steve Shim withdrew for health reason while Petronas corporate affairs senior general manager Datuk Mohammad Medan Abdullah withdrew due to workload.

BN P.Pinang Guna Pendekatan “Serang Dan Terang” Jawab Tohmahan Pakatan Pembangkang

Posted: 10 Jun 2012 07:09 AM PDT

GEORGE TOWN, 10 Jun – Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang akan menggunakan pendekatan “serang dan terang” bagi menjawab tohmahan dan memberi penjelasan berhubung isu yang dibangkit pakatan pembangkang untuk mengelirukan rakyat.

Pengerusi BN negeri Teng Chang Yeow berkata strategi itu akan digerak menerusi program ‘Semboyan Dibunyikan’ yang akan dilancar serentak melibatkan 13 kawasan parlimen di negeri ini bermula 14 Jun sehingga 15 Julai ini.

“Pendekatan ini memberi fokus terhadap pembongkaran isu yang sering dimainkan kerajaan pakatan pembangkang bagi meraih sokongan rakyat terhadap mereka.

“Sebagai contoh kerajaan negeri mendakwa hutang negeri telah diselesaikan namun sebenarnya urusan melangsaikan hutang itu diserahkan kepada kerajaan persekutuan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penerangan Strategi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), di sini hari ini.

Beliau berkata pelbagai kaedah akan diguna termasuk media cetak dan media alternatif selain pucuk pimpinan parti turun padang bagi menyebar risalah untuk memberi penjelasan mengenai keadaan sebenar yang berlaku dalam tempoh empat tahun pentadbiran Lim Guan Eng selaku Ketua Menteri.

Katanya penyebaran maklumat itu akan disemarak dengan penyertaan lebih 40 pelopor media alternatif BN yang sedia membantu menjayakan misi untuk mengembalikan Pulau Pinang kepada parti tersebut.

“Jumlah ini mencukupi untuk melaksanakan tugas menyebarkan maklumat kepada orang ramai, terutama mereka yang sering menggunakan Internet sebagai saluran mendapatkan maklumat semasa,” katanya.

Teng berkata antara isu yang akan diberi tumpuan ialah kebebasan media, pembinaan rumah kos rendah oleh kerajaan negeri dan masalah kesesakan lalu lintas.

Beliau turut menggesa setiap komponen parti itu menjadikan kekalahan lepas sebagai panduan buat mereka dan tidak sangsi dengan kebolehan diri bagi memastikan kemenangan dalam PRU13 akan datang.

Calon BN Di WP Dipilih Berdasarkan Faktor Boleh Menang, Bukan Parti – Muhyiddin

Posted: 10 Jun 2012 07:07 AM PDT

KUALA LUMPUR, 10 Jun – Pembahagian kerusi pilihan raya bagi Barisan Nasional (BN) di Wilayah Persekutuan (WP) dibuat berpaksikan kepada faktor ‘boleh menang’ seseorang calon, bukan mengikut parti, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin, yang juga Pengerusi BN WP, berkata untuk itu, cara atau formula pembahagian kerusi yang digunakan sebelum ini akan dilihat semula bagi membolehkan calon yang mempunyai lebih peluang untuk menang dipertandingkan.

Beliau berkata selain soal calon boleh menang, pembahagian kerusi antara komponen BN juga menjadi tumpuan menjelang pilihan raya memandangkan ketika ini Parti Progresif Penduduk Malaysia (PPP) dan MIC tidak ada kerusi di Wilayah Persekutuan berbanding MCA, Gerakan dan Umno.

“Kita kena lihat kepada yang lebih penting iaitu BN mesti menang dan atas dasar itu, kalau kita fikir ada parti komponen memiliki calon yang dikatakan ‘winnable’ dan lebih mudah untuk menang jika diturunkan, maka calon itu boleh dipertaruhkan berbanding calon daripada parti yang sudah ditetapkan kerusinya sebelum ini,” katanya ketika berucap merasmikan Konvensyen PPP WP di sini, hari ini.

Turut hadir Presiden PPP Datuk Seri M.Kayveas, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dan Pengerusi PPP WP Datuk A.Chandrakumanan.

Muhyiddin berkata beliau gembira dengan reaksi yang diberi ketua parti komponen BN yang terbuka menerima pendekatan baru itu dan bersedia mengagihkan semula calon di sesuatu kawasan berdasarkan formula baru tersebut.

Timbalan Perdana Menteri turut menarik perhatian apabila secara terbuka menyatakan kesediaan beliau menyokong saranan Kayveas supaya Chandrakumanan diletakkan sebagai calon parti bagi mewakili BN dalam pilihan raya akan datang.

“Saya rasa asas itu (calon boleh menang) harus kita gunakan. Kalau Chandrakumanan, katalah kita letak di Parlimen Batu sebagai contoh dan di situ dia boleh menang, maka kenapa kita tidak beri Batu kepada PPP (sebelum ini Batu adalah di bawah Gerakan).

“Pada pandangan saya selaku Pengerusi BN yang bertanggungjawab mendapatkan kemenangan di sebanyak mungkin kerusi di Wilayah Persekutuan, pertimbangan itu harus kita ambil kira,” katanya.

Katanya perbincangan mengenai perkara itu telah dibuat antara beliau, Kayveas dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Pengerusi BN, dan menurut Muhyiddin, Najib memberi isyarat positif mengenainya.

“Kami juga telah bawa perkara itu kepada pemimpin BN lain dan kami harap mereka bersikap terbuka mengenainya kerana soal pokok ialah kerjasama, persefahaman antara pemimpin dalam parti BN.

“Bagi saya, mungkin pendekatan sebegini adalah munasabah kerana yang penting ialah pengundi suka kepada calon yang dikedepankan,” katanya.

Berhubung usaha memperbetulkan persepsi negatif terhadap BN dalam kalangan sesetengah anggota masyarakat, Muhyiddin berkata hanya dengan langkah proaktif seperti turun padang bertemu rakyat dan menerangkan tentang kekeliruan sesuatu isu sahaja mampu menangkis pelbagai fitnah yang dilempar pembangkang.

Beliau berkata adalah penting untuk meningkatkan keyakinan kepada BN menerusi penjelasan yang tepat.

Kayveas, dalam ucapannya, mengulas taktik pembangkang yang suka menabur fitnah bagi meraih perhatian dan simpati rakyat, dan ini perlu ditangani anggota PPP.

Beliau menegaskan 70 peratus anggota parti itu yang merupakan golongan muda perlu memainkan tanggungjawab mereka dalam menangkis serangan fitnah pembangkang dan meneruskan kepercayaan rakyat terhadap BN.

“Anda mesti berfikir, beritahu rakan, keluarga, saudara lelaki, saudara perempuan, sepupu anda, bahawa apa yang dilakukan oleh pembangkang itu salah,” katanya sambil merujuk kepada maklumat, termasuk fitnah yang tersebar dengan cepat melalui Internet.

Govt Always Finds A Way To Help People, Says Nor Mohamed

Posted: 10 Jun 2012 02:28 AM PDT

TASEK GELUGOR, June 10 – The government will do its level best to help the people to have a better and comfortable living conditions, Minister in the Prime Minister’s Department Tan Sri Nor Mohamed Yakcop said.

As such, he said the government had never sidelined any races or ethnic groups in the distribution of its aid and assistance.

He said the recipients of numerous aid and assistance given by the government comprised the people from all ages from children, youth, graduates, civil servants, private personnel and senior citizens.

“We always think of a way to help the people regardless of their race. We will help all who are in need,” he told reporters after attending the ‘Jalinan Kasih’ programme organised by Sri Murugan Centre (SMC) here today.

Meanwhile, the minister said the efforts taken by SMC to organise motivational programme and free tuition for students across the country were proven effective in reducing school dropout rate among poor Indian students.

He said the government had also helped Indian students from Tamil schools who were facing problems when entering Form One at national schools by introducing a rescue scheme.

“We have seen a non-governmental organisation (NGO) gave free tuition for these students and we decided to adopt the move and give an allocation for several NGOs to continue implementing the scheme,” he said.

So far, he said an allocation of RM553,000 had been given to the NGOs to implement the scheme in Kapar, Klang and Sepang, involving 120 students.

Rakyat Harap Dapat Lebih Daripada RM500 Menerusi Br1m Kedua – Ahmad Maslan

Posted: 10 Jun 2012 02:25 AM PDT

KUALA TERENGGANU, 10 Jun – Berita mengenai cadangan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) pusingan kedua bukan sahaja disambut baik rakyat, tetapi juga ada yang berharap mendapat lebih daripada RM500.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan berkata perkara itu dinyata kepada beliau semasa bertemu rakyat ketika program turun padang.

“Rata-rata berharap dapat lebih daripada RM500. Semasa terima yang dulu kebanyakannya membelanjakan duit itu, jadi BR1M sebenarnya menjana ekonomi dalam negara,” katanya berucap pada Seminar Pemahaman Wassatiyah dan Gagasan 1Malaysia, di sini hari ini.

Mengulas perkara tersebut kepada pemberita selepas itu, Ahmad berkata rakyat hanya berharap namun jumlah sebenar BR1M kali kedua tersebut terletak pada budi bicara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

“RM550 pun lebih juga dari RM500. Kalau kita tanya rakyat, jawapannya memang nak lebih lah…mereka mesti nak dalam RM1,000,” katanya.

Sehingga 1 Mac lalu, kerajaan telah memperuntukkan RM1.92 bilion untuk BR1M yang memberi manfaat kepada 3.8 juta atau 59 peratus daripada jumlah keseluruhan isi rumah negara.

Dalam tempoh itu juga sebanyak 4.78 juta permohonan diterima dan hampir 80 peratus layak menerima BR1M.

Mengulas perkara berbeza, Ahmad berkata Terengganu mencatat rekod sebagai negeri kehadiran tertinggi ke seminar itu dengan lebih 2,500 peserta mengatasi kehadiran di tujuh negeri lain termasuk Selangor dengan 1,800 sebelum ini.

“Program jelajah seminar ini dijangka selesai awal Julai nanti dengan negeri terakhir yang kita pergi di Sabah dan Sarawak.

“Seminar anjuran JPM (Jabatan Perdana Menteri) hari ini dengan kerjasama kerajaan negeri Terengganu diharap berjaya memberi pemahaman mengenai konsep wasattiyah dan Gagasan 1Malaysia untuk kakitangan kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan, swasta dan belia,” katanya.

Program Pemahaman Wasattiyah dan Gagasan 1Malaysia ini akan meneruskan pemahaman kepada rakyat ke Melaka pada esok dan seterusnya di Kuala Lumpur.

Kerajaan Sentiasa Cari Ruang Bantu Semua Rakyat

Posted: 10 Jun 2012 01:47 AM PDT

TASEK GELUGOR, 10 Jun – Kerajaan akan mencuba sedaya upaya membantu semua rakyat untuk menikmati kehidupan yang baik dan selesa, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.

Beliau berkata kerajaan tidak pernah menganaktirikan mana-mana kaum dalam menyalurkan bantuan, dan setiap rakyat menerima bantuan sama rata.

“Kita (kerajaan) sentiasa berfikir bagaimana mahu membantu semua orang. Kita cari ruang untuk bantu semua Melayu, Cina dan India. Siapa yang memerlukan bantuan, kita bantulah,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri program Jalinan Kasih anjuran Sri Murugan Centre (SMC) di sini hari ini.

Nor Mohamed, yang juga Anggota Parlimen Tasek Gelugor, berkata pelbagai bantuan dan usaha yang dilakukan kerajaan adalah meliputi semua peringkat bermula daripada golongan kanak-kanak, belia, warga tua, graduan, pekerja awam dan swasta.

Beliau berkata Malaysia sentiasa menjaga kebajikan rakyatnya berbanding negara di timur tengah di mana sering berlaku pergolakan akibat pemerintahan yang tidak adil.

Sementara itu, mengulas penubuhan SMC, Nor Mohamed berkata inisiatif itu dilihat berjaya membantu pelajar miskin di kalangan kaum India dan kira-kira 20,000 graduan etnik tersebut menamatkan pengajian mereka.

Beliau berkata usaha SMC menganjurkan program motivasi dan mewujudkan tuisyen percuma di seluruh negara menghasilkan kesan yang positif dalam memperbaiki pencapaian pendidikan di kalangan pelajar kaum India.

Katanya, kerajaan sentiasa mencari jalan supaya pelajar kaum India, terutama di sekolah aliran Tamil yang ingin melanjutkan pelajaran di sekolah kebangsaan, tidak tercicir dengan mewujudkan satu projek perintis melalui ‘Rescue Scheme’.

“Isu yang kita hadapi, mereka yang masuk dari (sekolah) aliran Tamil nak masuk ke Tingkatan 1 di sekolah kebangsaan, yang mana lemah sikit kena masuk kelas peralihan setahun.

“Kita nampak ada satu NGO (pertubuhan bukan kerajaan) yang bawa budak-budak ini dengan memberi tuisyen khas untuk kelas peralihan melalui Rescue Scheme. Kita menggunakan kaedah yang sama bagi duit untuk NGO buat Rescue Scheme,” katanya.

Nor Mohamed berkata projek perintis itu, yang menelan kos sebanyak RM553,000, dijalankan di Kapar, Klang dan Sepang dengan penyertaan 120 pelajar.

First 2013 Budget Focus Group To Meet On June 13

Posted: 10 Jun 2012 01:37 AM PDT

IPOH, June 10 – The first focus group on the 2013 Budget will meet on June 13 to discuss 16 topics including macroeconomic, sectoral and social issues, Second Finance Minister Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah said.

The discussions, themed “New Initiatives in Enhancing Private Investment” and involving representatives from business and non-governmental organisations, will centre around 84 memorandums received by the ministry on 20 macroeconomic, 49 sectoral and 15 social aspects, he told reporters after launching the 1Malaysia Library programme here today.

Ahmad Husni said the issues include boosting domestic demand through raising incomes, policy formulation, meeting the needs of target groups, enhancing the efficiency of Islamic finance, improving syariah education, strengthening social cohesion, and youths.

“The deliberations are aimed at resolving issues in private investment, human resource development and competitiveness,” he said.

Ahmad Husni, who is also Tambun MP, said the first session, lasting about two months, will be followed by meetings with academics, professional bodies, think thanks and the mass media.

“We want as much feedback as possible from all sectors of society,” he said.

On May 29, the ministry held a consultation on the 2013 Budget themed “Driving Transformation Towards A Developed Nation”.

UMNO Kelantan Digesa Bergerak Sebagai Satu Pasukan – Mustapa

Posted: 10 Jun 2012 01:34 AM PDT

JELI, 10 Jun – Semua pemimpin dan anggota Umno di Kelantan perlu mengutamakan kepentingan parti dan bekerja sebagai satu pasukan bagi memastikan Barisan Nasional (BN) kembali memerintah negeri itu pada pilihan raya umum ke-13.

Ketika memberi peringatan itu, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed menegaskan mereka perlu menghindari unsur mensabotaj parti atau ‘cah keting’ jika tidak menjadi calon kerana tindakan itu boleh menjurus kepada kekalahan BN.

“Kita harus bersikap terbuka dan ketepikan kepentingan diri. Sesiapa sahaja yang diputuskan pucuk pimpinan parti sebagai calon, kita kena akur,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan perayaan Hari Guru Ke-41 Peringkat Negeri Kelantan di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Bunga di sini, hari ini.

Semalam, veteran Umno Kelantan yang juga Pengerusi Lembaga Disiplin Umno Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail yakin BN khususnya Umno mempunyai peluang baik untuk merampas kembali Kelantan daripada PAS dengan syarat unsur ‘cah keting’ yang menjadi amalan golongan yang kecewa, dibuang sepenuhnya.

Mustapa berkata setakat ini tiada keputusan muktamad berhubung calon tetapi pemimpin dan anggota Umno Kelantan perlu bersedia untuk memberi sepenuh sokongan kepada sesiapa yang dipilih pucuk pimpinan parti.

Terdahulu, semasa berucap pada majlis itu, Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, berkata warga pendidik memainkan peranan penting dalam melahirkan generasi cemerlang yang menjadi penentu kepada kejayaan negara.

Beliau berkata jasa dan pengorbanan guru adalah besar dan mereka terbukti mampu menggerakkan agenda pendidikan negara dengan berkesan sehingga kejayaan Malaysia menjadi contoh kepada negara lain.

Pada majlis itu, empat bekas pendidik dinobat sebagai Tokoh Guru Negeri Kelantan 2012 dan masing-masing membawa pulang wang tunai RM3,000, piala dan sijil.

Mereka ialah bekas Ketua Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan Abdul Razak Mat Saat, bekas Pengetua Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra Wan Hamzah Wan Daud, bekas Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kota Mohd Nawawi Min dan Penolong Kanan Hal Ehwal Sekolah Menengah Kebangsaan Jelawat Zaharah Abd Rahim.

Muhyiddin Begins Two-Day South Korea Visit Tomorrow

Posted: 10 Jun 2012 01:31 AM PDT

KUALA LUMPUR, June 10 – Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin is to make a two-day working visit to South Korea beginning tomorrow, during which he is scheduled to launch Malaysia Day at the Yeosu Expo 2012 hosted by the port city of Yeosu.

A Foreign Ministry statement said today the Malaysia Pavilion at the exposition would highlight efforts to protect the maritime and coastal environment and promote Malaysia as an eco-tourism destination.

It would also enhance Malaysia’s profile as a nation which takes responsibility to protect the natural environment, it said.

Muhyiddin is also scheduled to meet with South Korean Prime Minister Kim Hwang-Sik in Seoul and discuss issues of bilateral, regional and international interest, the statement said.

It also said that the visit would strengthen bilateral ties in terms of trade, investment, education and tourism as well as science and technology exchange.

Muhyiddin had visited South Korea twice after becoming the deputy prime minister, in July last year as the education minister and in March this year to attend the Nuclear Security Summit in Seoul.

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...