PEMIKIR POLITIK JERANTUT

PEMIKIR POLITIK JERANTUT


GEMPAR!!!! "Ambiga" Di Temui Mati Rentung Akibat Di Bakar Depan Rumahnya Di 'Ampang' Malam Tadi !

Posted: 29 Jun 2012 12:57 AM PDT







Belum pun reda isu anggota Parlimen Sri Gading, Datuk Mohamad Aziz membuat kenyataan supaya pengerusi bersama Bersih 3.0 Datuk S. Ambiga digantung kerana menderhaka kerana menjadi penganjur himpunan tersebut, tiba-tiba kita dikejutkan dengan berita "Ambiga" dijumpai dalam keadaan rentung selepas diserang dan dibakar di hadapan rumahnya di Apartmen Mesra Prima, Kampung Ampang Campuran, Ampang malam tadi. Apapun, Ambiga yang dimaksudkan itu bukanlah Datuk S.Ambiga tetapi orang lain yang mempunyai persamaan nama dengan beliau sebenarnya. Beliau yang merupakan seorang kerani bank yang baru dua minggu mengikat tali pertunangan. 
Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Supt Nazri Nawawi dalam pada itu berkata ketika kejadian mangsa baru pulang dari kerja di sebuah bank di Medan Pasar pada pukul 10.15 malam. Info 

KERETA & NO PLATE MEWAH MB KELANTAN YANG PERLU RAKYAT TAHU!!

Posted: 28 Jun 2012 11:49 PM PDT


Boleh tahan nafsunya ..........Siapa kata Nik Aziz naik Perdana??.

 Ini sah membuktikan MB Kelantan juga bernafsu besar naik Mercedes bernombor RMxxxxxxx??.


 @Twt_Malaysia

PANAS!! TIMBALAN KETUA DEWAN HIMPUNAN PAS DI ACU PARANG DI LEHER!!

Posted: 28 Jun 2012 08:42 PM PDT



JERANTUT - Timbalan Ketua Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) Pusat, N Balasubramaniam kerugian RM30,700, apabila kediamannya di Taman Bukit Pedah, dekat sini, dipecah masuk kira-kira jam 8.30 pagi semalam.

Balasubramaniam berkata, kejadian berlaku selepas 10 minit dia meninggalkan rumahnya untuk berurusan di bandar Jerantut, manakala isterinya, N Letchmy, 54, keluar bekerja dan hanya anaknya, Koshini, 25, berada di rumah.
Menurutnya, anaknya terpaksa menerima beberapa jahitan di tangan akibat dicederakan perompak terbabit.

"Semua bahagian kediaman saya digeledah, malah cermin di bilik tidur juga dipecahkan.
"Beg sandang yang digunakan untuk kerja, dua komputer riba, dua telefon mudah alih, wang tunai, barang kemas dan koleksi wangian berjenama semua dilarikan perompak," katanya.
Anaknya, Koshni berkata, dia tergamam melihat empat lelaki masuk ke dalam rumahnya sambil memegang parang.
Menurutnya, dua daripada lelaki itu kemudiannya mengacukan parang di lehernya, manakala dua lagi menggeledah keseluruhan bahagian rumah.

"Saya turut disepak, ditampar dan dilempar dengan pelbagai objek.
Mereka juga cederakan tangan saya dan ugut mencederakan leher saya jika tidak tunjuk tempat simpanan barang berharga.
"Selepas menggeledah semua bahagian rumah, mereka kurung saya dalam bilik air. Apabila mendengar keadaan sedikit tenang, saya berusaha keluar melarikan diri ikut pintu dapur, lalu ke rumah jiran meminta tolong dan menghubungi ibu bapa saya memaklumkan kejadian itu," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Jerantut, Superintendan Azid Ismail berkata, Balasubramaniam adalah mangsa samun kedua semalam, selepas kejadian pertama berlaku di Taman Berlian kira-kira jam 8 pagi.
Menurutnya, mangsa pertama adalah M Velo dan isterinya, A Mahaswari yang kerugian RM35,000, apabila wang tunai dan barangan kemas dilarikan perompak.
"Suspek yang memecah masuk dua kediaman ini dipercayai dilakukan empat lelaki menggunakan senjata parang dan menaiki kenderaan jenis Toyota Altis berwarna putih.
"Kes yang berlaku di Taman Berlian akan disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana samun bersenjata berkumpulan, manakala bagi kes di Taman Bukit Pedah disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan, berikutan samun mendatangkan kecederaan," katanya.

FOTO !! IBU MUDA D BURU KERANA BERGAMBAR DGN ANAK YANG D BUNUHNYA !!

Posted: 28 Jun 2012 07:39 PM PDT



TQ 
Tabek Puang   




Ibu muda di China, Feng Jianmei, mengugurkan janinnya yang berusia tujuh bulan. Gambar dirinya bersama si janin beredar luas di dunia internet.

China heboh. Banyak kecaman dilontarkan untuk negeri Tirai Bambu ini. Pemerintah Kota Ankang, Wilayah Shaanxi, China meminta maaf atas pengedaran gambar tersebut.

Namun, kini Feng Jianmei dan suaminya diburu kerana bocornya foto tersebut. Salah seorang saudara yang tidak mahu disebut namanya mengatakan pasangan ini tengah diburu oleh banyak orang.




"Pada Ahad malam, kami memutuskan untuk pulang [dari hospital] dan banyak orang telah berkumpul di luar," kata kerabat Feng Jianmei seperti dipetik BBC.

Orang-orang itu menggantung sepanduk di sebuah jambatan. Orang-orang itu menghina Feng Jianmei dan keluarganya. "Banyak orang yang datang dan berteriak bahawa kami pengkhianat. Sekarang, ke mana pun pergi, orang mengikuti kami."

Sejak Ahad lalu, Feng Jianme dan suaminya bersembunyi. Kerabat Feng Jianmei tersebut juga mengatakan keluarganya juga memperoleh kekerasan saat meninggalkan hospital. Dia menduga perbuatan ini didorong oleh pegawai tempatan yang telah malu dengan terungkapnya skandal pengguguran tersebut.




China memang melaksanakan dasar satu anak pada program perancangan keluarga mereka. Hal itu dilakukan untuk mengawal populasi negara itu, yang ketika ini mempunyai kira-kira 1.3 bilion penduduk.

Feng Jianmei dipaksa menggugurkan janinnya yang berusia tujuh bulan setelah tidak mampu membayar denda kerana melanggar polisi satu anak itu.



Bagaimana dengan pertuduhan RPK terhadap Tian Chua yang berzina dengan anak gadis pemimpin parti haram jadah dan gugurkan kandungannya ?

Apakah tuduhan RPK terhadap syed hussin yang d dakwa satu-satunya saksi yang tahu kes ini..adehhh penin ni..lama sangat dah ni..takkan UMNO kawasan Tian Chua sepi je..pi la balai..buat repot minta polis siasat..berat weyy zina dan bunuh ni.. 

baca SINI
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...