Gelombang Rakyat

Gelombang Rakyat


SELCAT 'DESAK' KHALID GAGAP MENGAKU ROMPAK TAPAK PROJEK PADANG PKNS..!!

Posted: 28 Jun 2012 07:19 PM PDT




Cubaan Jawatankuasa Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat) untuk mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab mengeluarkan arahan supaya padang Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) ditukar kepada zon komersil tidak berhasil semalam.

Pengerusi Selcat Datuk Teng Chang Kim bersama beberapa anggota Selcat lain cuba mendapatkan jawapan itu, namun usaha mereka gagal apabila bekas Pengarah Perancang Bandar Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) Noraini Roslan dan Penolong Pengarah Kanan Jabatan Perancang Bandar MBPJ Faiwos Abdul Hamid dilihat sering berdolak dalik.

"Siapa dalam Majlis Bandaraya Petaling Jaya yang memulakan usaha untuk menukar status padang PKNS di Kelana Jaya daripada rekreasi kepada komersil?

"Siapa yang mengambil inisiatif untuk mencadangkan penukarannya? Adakah seorang pegawai, atau adalah keputusan itu dibuat oleh sebuah jawatankuasa dalam satu mesyuarat? Penukaran ini tentunya tidak berlaku dengan sendiri," soal Teng pada sesi pedengaran awam Selcat yang menyiasat isu pindaan draf Rancangan Tempatan Petaling Jaya 2 (RTPJ2) di sini.

RTPJ2 menimbulkan kontroversi apabila dokumen yang dirujuk Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (JPBD) Selangor mendapati padang awam milik PKNS itu dizonkan sebagai kawasan rekreasi manakala dokumen yang dirujuk oleh MBPJ pula menunjukkannya sebagai zon komersial.
  
Penduduk dan badan bukan kerajaan membantah apabila mengetahui padang PKNS di Kelana Jaya itu hendak dibangunkan kerana dikhuatiri akan mengurangkan kawasan hijau selain menimbulkan kesesakan lalu lintas.

Dalam pada itu, Faiwos berkata pihak MBPJ ada melakukan pindaan terhadap RTPJ2 selepas satu mesyuarat bersama antara pihak berkuasa tempatan itu dan JPBD Selangor awal tahun lepas.

Kenyataan Faiwoz itu bagaimanapun disangkal Timbalan Pengarah JPBD Selangor Norasiah Bee Mohd Haniff, dengan mendakwa mesyuarat yang diadakan itu langsung tidak membincangkan mengenai sebarang pindaan kepada pelan tersebut tetapi lebih tertumpu kepada proses percetakan RTPJ2 yang telah diwartakan.

Noraini pula mengakui beberapa pindaan yang terdapat pada RTPJ2 dibuat tidak mengikut peruntukan undang-undang, sebaliknya dilakukan berdasarkan amalan biasa sebelum ini.

Beliau mendakwa berdasarkan amalan itu, MBPJ akan membuat pindaan terhadap RTPJ2 meskipun selepas diberi kelulusan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan diwartakan.

"Saya akui yang pindaan tersebut dibuat tidak mengikut prosedur undang-undang yang ditetapkan, sebaliknya hanya berdasarkan amalan biasa sebelum ini. Bagaimanapun, pindaan tersebut hanya melibatkan guna tanah semasa dan langsung tidak menyentuh mengenai pindaan status zon sesuatu kawasan itu," katanya.

Pendengaran awam itu ditangguhkan sehingga 5 Julai.



PRU13 - KHIR TOYO UMUM RASMI TIDAK BERTANDING..!!

Posted: 28 Jun 2012 09:07 AM PDT




Bekas Menteri Besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo hari ini mengesahkan bahawa beliau tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU13) akan datang.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang sejak 1999, memberitahu Bernama bahawa beliau mahu menumpukan kepada keluarga di samping berehat dari sebarang aktiviti berkaitan politik.


Khir Toyo juga tidak lagi mahu dicalonkan kerana kes mahkamahnya berhubung pembelian sebuah rumah di Seksyen 7, Shah Alam bernilai RM3.5 juta.

Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 23 Dis tahun lepas telah menjatuhi hukuman penjara setahun ke atas beliau yang didapati bersalah, dan kes itu kini di peringkat rayuan.


Berkaitan soal calon DUN Sungai Panjang yang bakal menggantikan beliau, ianya akan diserahkannya kepada Umno Bahagian Sungai Besar.

Ditanya sama ada keputusannya untuk mengundur diri dari bertanding itu direstui oleh anggota bahagian dan juga masyarakat di kawasan yang diwakilinya, beliau berkata perkara itu boleh diselesaikan.

"Kita boleh pujuk mereka untuk menyokong calon baharu, itu tidak jadi masalah," kata Dr Mohamad Khir, yang merupakan menteri besar Selangor yang termuda iaitu berusia 35 tahun pada masa dilantik memimpin negeri itu pada 18 Ogos 2000.


Artikel Berkaitan Sebelum ini (Klik pada tajuk di bawah) :-

KHIR TOYO DIPUTUSKAN BERSALAH - TERIMA HUKUMAN PENJARA 1 TAHUN!!


ULAMA' PAS KECAM TUDUHAN TERBARU GUAN ENG 'LUDAH' HUKUM HUDUD!!

Posted: 28 Jun 2012 07:19 AM PDT




Program "Wacana II Anjuran Roket.Com - 'Benarkah Dasar DAP Mengancam Islam ?' bersama Lim Guan Eng malam tadi dilihat salah satu usaha mempamerkan persepsi dalam usaha meyakinkan pengundi Melayu dan Islam memangkah parti tersebut.

Kenyataan Guan Eng dilihat cukup 'memukau' pengundi2 muda Melayu agar memangkah parti tersebut tanpa sebarang keraguan. 

Namun Guan Eng tidak mampu berkias dalam menyatakan pendirian berkaitan Hukum Hudud. Secara langsung dan berterus terang mengulangi pendirian bahawa DAP menolak sama sekali usaha menaiktaraf Hukum Islam berlandaskan Hudud dan Qisas.



 



Kenyataan tersebut didakwa menyebabkan Ulama' PAS tampil mempersoalkan pendirian DAP yang disuarakan sekali lagi secara terbuka dari Guan Eng seolah2 tidak sensitif akan Dasar Islam tersebut.

Akan tetapi, dalam melapik semula pendirian tersebut, Guan Eng menjelaskan DAP memilih PAS berbanding UMNO kerana bezanya adalah amalan politik rasuah. Adakah Guan Eng benar2 pasti PAS waimah PKR tidak mengamalkan rasuah?






Kenyataan yang pernah dikeluarkan salah seorang Pimpinan PAS mengakui PAS kini telah mula mengamalkan politik wang bermula 2 Pemilihan Muktamar Parti sebelum ini. 

Maka Pimpinan PAS menjelaskan satu jawatankuasa khas pemantauan dikuatkuasakan kerana ianya seolah2 dipertahankan beberapa individu berpengaruh dalam PAS.

Namun sehingga hari ini ianya tidak diambil serius malah terus berusaha keras memperhebatkan lagi kerjasama bersama PKR mengukuhkan pelbagai persepsi palsu terhadap UMNO.






Gun Eng juga seolah2 buta mata akan kepincangan kejadian pemberontakan ahli2 PKR sewaktu Pemilihan Parti tersebut gara2 kerakusan Azmin Ali. Ini bukan sahaja dinyatakan kebanyakan ahli parti malah turut dibongkar bekas calon Timbalan Presiden Zaid Ibrahim.

Katakan sahaja bahawa UMNO sebuah parti yang mewakili kaum Melayu yang dicita2kan Guan Eng untuk meletakkan bangsa tersebut pada kelas ketiga dalam semua bidang terutamanya ekonomi.






Rasuah itu bukan amalan UMNO. Rasuah itu pengamal beberapa individu yang tidak telus dalam memperjuangkan Negara tanpa mengira parti politik.

Dan Jangan jadikan alasan yang tidak munasabah semata2 bencikan dasar perjuangan yang termaktub dalam perlembagaan UMNO.

Apa yang pasti, PAS dilihat menghina perjuangan Islam kerana Parti ini sudah pasti tidak akan dapat melaksanakan Hudud sampai kiamat tatkala mahu terus menghambakan diri merealsasi strategi sulit DAP.



SHAHRIZAT KEMBALI TUNTUT MARUAH DI GELANGGANG BERDEPAN LEMBU ZURAIDA!!

Posted: 28 Jun 2012 05:29 AM PDT




Mahkamah Tinggi hari ini memerintahkan bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil memfailkan pernyataan balas terhadap pembelaan Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zuraida Kamaruddin dan Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli.

Pesuruhjaya Kehakiman Vazeer Alam Mydin Meera menetapkan sehingga 13 Julai untuk Shahrizat berbuat demikian dan juga sebagai tarikh pengurusan kes.


Sebelum ini, Vazeer sudah menetapkan 6 Ogos untuk perbicaraan kes.


Pada 19 Januari lalu, Shahrizat memfailkan saman terhadap Zuraida dan Mohd Rafizi berhubung kenyataan yang didakwa memfitnah beliau berhubung isu projek Perbadanan Fidlot Nasional (NFC).



 



Shahrizat menuntut ganti rugi am RM50 juta dan RM50 juta lagi bagi ganti rugi teladan dan teruk daripada kedua-dua defendan.

Beliau juga memohon injunksi bagi menghalang defendan daripada terus mengeluarkan kenyataan sama ada secara lisan atau dengan cara penerbitan terhadap beliau berhubung NFC atau syarikat-syarikat bersekutu.






Ketua Wanita UMNO itu mendakwa kedua-dua defendan secara sistematik dan berniat jahat melancarkan satu kempen untuk "serang, mencemarkan nama baik, memburuk-burukkan dan memfitnah plaintif" dengan menyebarkan dakwaan mengandungi fitnah terhadap beliau.


PECAH AMANAH - REKTOR KOLEJ KUIN BAKAL DIPECAT..!!?

Posted: 28 Jun 2012 03:38 AM PDT




Polis mengarahkan pengurusan Kolej Universiti Insaniah (Kuin) menyelesaikan sendiri kes dakwaan pecah amanah membabitkan Rektor kolej universiti itu, Prof Datuk Dr Jamil Osman.
  
Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Mohd Adzaman Mohd Jan berkata kes berkenaan diklasifikasikan sebagai kes 'Refer to Agency (ROA)' dan polis merujuk kembali kes berkenaan kepada Kuin.
  
"Jadi kes ini perlu diselesaikan oleh jabatan yang terlibat dengan segera," kata beliau ketika mengulas tindakan petugas Kuin yang membuat lima laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar di sini semalam kerana mendakwa berlaku pecah amanah di kolej universiti itu.
  
Difahamkan, petugas terbabit yang berkhidmat antara empat dan 15 tahun berbuat demikian kerana mendakwa Kuin tidak membuat pembayaran kepada bank, syarikat insurans dan institusi kewangan lain walaupun potongan dibuat daripada gaji mereka setiap bulan, sejak Januari lepas.
  
Akibat tindakan itu, ada antara petugas Kuin yang dikenakan tindakan termasuk menerima surat bagi tindakan mahkamah, kenderaan ditarik balik oleh bank dan penamatan polisi insurans oleh syarikat insurans.


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...