Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


TUDIAA!! Nik Aziz ni dah tebiat sampai masa ke?

Posted: 16 Jun 2012 08:12 AM PDT



Makin lama makin pelik la perangai Nik Aziz ni.. kebanyakkan fatwa yang dikeluarkan bukan bertujuan untuk menyatukan umat Islam. tetapi hanya untuk menghalalkan yang haram dan mencari dalil atau hadis untuk membenarkan perkara salah yang Pas lakukan. Apakah orang sebegini layak dipanggil ulamak?

KOTA BARU: Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersetuju jika penyokong parti Pas membatalkan niat untuk menunaikan haji jika pilihan raya umum ke-13 diadakan pada musim haji tahun ini.

Bagaimanapun, katanya, beliau tidak mengeluarkan arahan rasmi supaya mereka berbuat demikian, kerana ia terserah kepada pucuk pimpinan parti.

Beliau berkata Islam tidak mewajibkan mereka pergi mengerjakan Haji setelah nama mereka tersenarai sebagai jemaah haji oleh Tabung Haji pada tahun berkenaan.

"Malah, Nabi Muhammad sendiri menunaikan haji pada tahun ke-10, sedangkan ayat mengenai wajib haji turun pada tahun ke enam," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program MASS CPR (cardiopulmonary resuscitation) peringkat Negeri anjuran St John Ambulans Malaysia (SJAM) di sini, Khamis.

Nik Abdul Aziz berkata ibadah haji boleh dilakukan bila-bila masa, walaupun ia wajib dan menjadi rukun Islam kelima.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Tuan Ibrahim Tuan Man, dalam portal pro pembangkang, meminta anggota PAS yang terlibat secara langsung dengan pilihan raya supaya menangguhkan ibadah haji.

Mengenai kerajaan PAS Kelantan menarik balik larangan wanita menyertai tilawah Al-Quran selepas lebih 20 tahun larangan itu dikuatkuasakan, Nik Abdul Aziz berkata perkara itu boleh berubah bergantung kepada keadaan semasa kerana kebanyakan umat Islam kini sudah memahami mengenai agama dan adat sopan dalam masyarakat.

Kerajaan PAS Kelantan mula melarang wanita menyertai tilawah Al-Quran di semua peringkat selepas mengambil alih teraju pentadbiran negeri ini pada 1990.

Ia menimbulkan isu sehingga ia dibantah oleh Persatuan Qari dan Qariah negeri ini yang meminta kerajaan negeri mengkaji semula larangan itu. - BERNAMA

PANASS!! Anwar Paling Takut dengan Video Kalimah Allah yang ni!! #AnwarKutty

Posted: 16 Jun 2012 05:36 AM PDT

TUDIAA!! Video-Video Terbaru Bangkang Dari Longkang!! Terbaikk!!

Posted: 16 Jun 2012 12:12 AM PDT






Semuanya sinikal komedi politik terbaikk.. pada yang terasa tu harap maaf la yer.. he he..

McTheory:
Jangan lupa LIKE lepas tengok video ni..

PANASS DAN TERHANGAT!! Kes pembalakan Gunung Inas! Akhirnya MB Kedah, Shahabudin dan Sanusi KANTOI Menipu!!

Posted: 15 Jun 2012 09:12 PM PDT


Ini berita paling gembira bagi Mc dan rakan-rakan.. pendedahan kami selama ini mengenai Pembalakan Gunung Inas yang tidak mendapat EIA dari jabatan Alam Sekitar telah dibuktikan kebenarannya. Semalam Jabatan Alam Sekitar telah mengeluarkan arahan supaya PMBKed menghentikan serta-merta projek pembangunan kawasan Gunung Inas di Baling kerana tidak mendapatkan kelulusan dari JAS.

Ini bermakna, MB Kedah Azizan Razak, CEO PMBked dan Setpol Sanusi PEMBOHONG BESAR apabila mengatakan projek ini mendapat kelulusan EIA dan mengikut garis panduan yang ditetapkan. Bagaimana seorang Menteri Besar boleh berbohong dengan selamber mengenai perkara ini?

Malah mengarahkan konco-konconya turut berbohong untuk menghalalkan pembalakan haram di Gunung Inas ini.

Jabatan Alam Sekitar (JAS) meminta Perbadanan Menteri Besar Kedah (PMBKed) menghentikan serta-merta projek pembangunan kawasan Gunung Inas di Baling kerana tidak mendapatkan kelulusan laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA).


JAS menafikan bahawa pihaknya telah meluluskan laporan penilaian EIA bagi projek itu pada 2010 seperti didakwa oleh Ketua Pegawai Eksekutif PMBKed, Datuk Shahabudin Shafie.


"Laporan penilaian EIA bagi projek itu tidak diluluskan oleh JAS. Adalah penting perkara ini disemak terlebih dahulu oleh PMBKed dan apa-apa kerja di kawasan berkenaan hendaklah dihentikan serta-merta," kata kenyataan JAS di Putrajaya yang difakskan kepada Bernama di sini, Khamis.


JAS berkata demikian bagi mengulas kenyataan Shahabudin Selasa lepas bahawa penerokaan Hutan Simpan Gunung Inas telah mendapatkan kelulusan Laporan Penilaian EIA pada 2010 dan pihaknya akan meneroka lebih 5,000 hektar kawasan berkenaan untuk ditanam dengan getah klon balak dalam tempoh lima tahun.


Semalam, Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak memberitahu media bahawa kerajaan negeri tidak akan menghentikan aktiviti pembalakan di kawasan itu kerana projek itu dilaksanakan mengikut garis panduan dan peraturan Dasar Perhutanan Negara. - BERNAMA

Tudiaa... kebenaran dah terbukti..nampak sangat pembohong-pembohong dah kantoi beradap!! Inilah doa dari orang yang teraniaya.. doa orang kampung yang telah disusahkan hidup mereka demi kenyangkan perut dan poket kroni dan kerajaan negeri.

Syabas Mc ucapkan pada semua yang membantu, ini pukulan HEBAT kepada Pas Kedah dan mendedahkan sifat sebenar mereka. Islam yang mereka laungkan tidak hanya sebagai lakonan politik untuk menjual undi. Hakikat yang sebenar, mereka lebih teruk dari UMNO yang selama ini mereka selalu buruk-burukkan!!

Terimalah video terbaik dari TMK khas untuk tatapan semua!!




McTheory:
Pembalakan demi wang yang sanggup mengorbankan rakyat!!

PANASS!! Video Penganut Pas nak pukul Zul Nordin sewaktu ceramah!!

Posted: 15 Jun 2012 07:27 PM PDT


Perghh.. puak-puak penganut agama Pas ni melampau betul.. agaknya dorang ni dah panas telinga apabila Zul Nordin membuat pendedahan mengenai Anwar, lalu bangkit untuk memukul beliau. Ini bukan kali pertama penceramah UMNO di serang. Awal bulan ni Ustaz Kamal Saidin juga diserang ketika tengah ceramah di Baling.

Ini petanda.. puak ni dah kepanasan dengan pendedahan demi pendedahan yang Zul dan penceramah UMNO lain lakukan..


Puak Pas dan pencacai Anwar jangan melampau sangat.. jangan ingat korang ni kuat, semua tempat boleh tunjuk hebat. Salah tempat nak jadi hero, mau kena lipat nanti. Haram jadah sungguh la puak ni..


McTheory:
ini kes taksub dengan Anwar dan Nik Aziz la ni.. dah sampai gila macam ni!
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...