Kedah Ke KL - MctHeory |
- PANASS!! Video CCTV menangkap Samseng Jalanraya Bunuh orang!!
- PANASS!! Bukti Suaram diberikan dana Yahudi Untuk Jatuhkan Malaysia!!
- PANASS!! Rayuan Daripada Staff KUIN Kepada MB Kedah!! #TukarKedah #JijanKUIN
- TUDIAA!! Kisah Benar Menarik mengenai Menantu Hantu PM Najib Razak!!
- TUDIAA!! Apabila Pas Kedah Cuba Rebut 'TITLE' Kerajaan Sampah Dari Selangor!! #TukarKedah #JijanSampah
- EKSKLUSIF!! MB Kedah Berjanji Akan Terus Menzalimi Rakyat Kedah Tanpa Henti!! #TukarKedah #JijanBalak
| PANASS!! Video CCTV menangkap Samseng Jalanraya Bunuh orang!! Posted: 15 Jun 2012 08:12 AM PDT Gila.. dahsyat sungguh.. kejam punya manusia serupa takdak hati perut..!! | ||||||||||
| PANASS!! Bukti Suaram diberikan dana Yahudi Untuk Jatuhkan Malaysia!! Posted: 15 Jun 2012 05:36 AM PDT | ||||||||||
| PANASS!! Rayuan Daripada Staff KUIN Kepada MB Kedah!! #TukarKedah #JijanKUIN Posted: 15 Jun 2012 02:12 AM PDT Kolej Universiti Insaniah (KUIN) merupakan satu permasalahan yang masih belum dapat Azizan Razak selesaikan lagi. Selaku Pengerusi KUIN, Azizan Razak sepatutnya bertanggungjawab dan perlulah membuat kerja secara Islam. Seperti yang selalu Azizan Razak katakan.. artikel ini Mc petik dari Media Kedah untuk bacaan semua rakyat Kedah hatta Malaysia sekalipun. KUIN kini berhadapan dengan pelbagai permasalahan ia membabitkan pengurusan yang lemah yang menunjukan kegagalan Azizan Razak yang di pertanggungjawabkan sebagai Pengerusi KUIN. Terbaru, Pisau Kedah mendapat salinan surat rayuan yang membabitkan Staff KUIN telah di hantar kepada Azizan Razak, Menteri Besar Kedah dan selaku Pengurusi KUIN. Surat ini telah menceritakan bagaimana buruknya pengurusan KUIN yang gagal di pantau Azizan Razak dan Azizan Razak bagaikan melepas tangan dalam permasalahan KUIN, sedangkan KUIN ini merupakan milik Kerajaan Negeri.
Mc harap, Azizan Razak lebih prihatin kepada rakyat. Sebagai pemimpin, rakyat yang perlu didahulukan.. bukannya kroni atau wang! McTheory: Marilah kita beramai-ramai tukar kerajaan negeri!! TUKAQQ!! | ||||||||||
| TUDIAA!! Kisah Benar Menarik mengenai Menantu Hantu PM Najib Razak!! Posted: 14 Jun 2012 11:12 PM PDT Bakal menantu PM DS Najib Razak didakwa terlibat dengan skandal penipuan AS$20 juta heboh diperkatakan oleh pemimpin hinggalah penyokong totok pembangkang. Pelbagai tuduhan dilemparkan kepada PM malah Pemuda PAS pula turut tampil menyatakan perasan 'bimbang' mereka di laman Malaysiakini : Yang paling kelakar adalah kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Penerangan Pemuda PAS Riduan Mohd Nor di laman Malaysiakini semalam. Katanya beliau bimbang DS Najib Razak dijatuhkan hanya kerana isu remeh dan peribadi. Jika PAS menganggap isu ini sebagai isu peribadi - kenapa pula Harakahdaily & Malaysiakini begitu ghairah mensensasikan berita ini? Ironinya dari kenyataan beliau - ianya menggambarkan keadaan sebaliknya kerana jelas dilihat portal PAS turut mensensasikan isu ini seolah-olah ianya melibatkan soal pentadbiran politik negara. Walhal jika difikirkan Daniyar Nazarbayev langsung tiada kaitan malah tidak memegang apa-apa jawatan penting dalam pentadbiran negara. Malah tajuk yang digunakan oleh Harakahdaily juga jelas memperlihatkan betapa ghairahnya mereka mensensasikan berita yang dianggap sebagai isu peribadi oleh Ketua Penerangan Pemuda PAS :
Soal pemuda ini bersalah atau tidak, itu biarlah mahkamah Manhattan yang tentukan. Tetapi keghairahan pembangkang melalui Malaysiakini dan Harakahdaily memainkan berita yang ditulis oleh Dareh Gregorian dari The New York Post menunjukkan bahawa pembangkang memang tidak putus-putus cuba memusnahkan reputasi imej PM di peringkat antarabangsa. Siapa Penulis Bernama Dareh Gregorian dari The New York Post? Kita tahu bahawa The New York Post merupakan sebuah media yang pro Israel, dan amat membenci Demokrat. Serta kebanyakkan penulis serta wartawan akhbar ini merupakan mereka yang berfahaman liberal. Selain itu kebanyakkan berita yang dilaporkan mereka berbentuk gossip dengan menggunakan tajuk-tajuk yang sensasi. Malah wartawan mahkamah iaitu Dareh Gregorian sebelum ini merupakan penulis gossip sebelum beliau menulis beralih arah sebagai wartawan mahkamah. Walaupun beliau beralih sebagai penulis berita dari mahkamah, kebanyakkan berita yang ditulis oleh beliau semuanya berbentuk sensasi malah unsur-unsur gossip turut diselitkan. Ini terbukti apabila kebanyakkan pembaca berita yang dilaporkannya meninggalkan komen-komen negatif setiap kali beliau mengeluarkan laporan. Kita lihat laporan berita mahkamah yang biasa ditulis oleh Dareh Gregorian, kebanyakkan beritanya menggunakan tajuk sensasi dan kes mahkamah yang ditulis oleh beliau kebanyakkan kes yang melibatkan selebriti dan juga individu terkenal di US : klik untuk baca lebih lanjut lagi | ||||||||||
| Posted: 14 Jun 2012 08:12 PM PDT Pehh! ingat Selangor saja ada masalah sampah ni. Rupanya Kedah pun sama jugak.. baca cerita yang Mc ambil dari MTK Sampah sampah dan sampah, gambar gambar ini membuktikan kualiti Kerajaan Pas Kedah memang seperti sampah..Kotor , busuk dan merosakan pemandangan.Inilah pemandangan di sekitar Kuala Kedah yang keseluruhannya parlimen ini dikuasai oleh Pas..3 adun pas 1 Ahli Parlimen yang tidak prihatin dengan kawasan mereka.. Dua Exco Kerajaan Pas Negeri Kedah yang menjadi wakil wakyat dalam parlimen Kuala Kedah hanya mampu melihat dan tidak mengambil apa apa tindakkan untuk mengatasi masalah sistem pengurusan kutipan sampah di kawasan mereka .. Sebelum ini pun MTK ada tulis beberapa artikel isu sampah di Kuala Kedah,Namun sehingga sekarang, masalah sampah di Kuala Kedah tidak pernah selesai..Sampah di Kedah pula semakin bertambah. Tiada sebarang usaha yang dilakukan untuk meningkatkan mutu perkhidmatan pembersihan di seluruh Kedah.. Agaknya Pas Kedah cukup suka dengan sampah, hinggakan bendera mereka pun sama seperti sampah..dan perangai perangai wakil rakyat pas dah macam sampah..Busuk hati,busuk perut dan segalanya busuk.. Sumber gambar klik sini | ||||||||||
| Posted: 14 Jun 2012 05:25 PM PDT Nampaknya kerajaan negeri yang dikuasai oleh Pas Kedah terus-menerus menafikan bahawa pembalakkan di Gunung Inas telah mencemarkan sumber air penduduk. Malah MB Kedah, Setpol dan CEO PMBked telah membuat kenyataan akhbar dengan mengatakan bahawa isu ini telah dipolitikkan. Terkilan sungguh Mc, dengan jawapan yang MB Kedah dan konco-konconya berikan. Serupa orang yang tak bertanggung jawab langsung. Apakah ini jawapan daripada sebuah kerajaan negeri? Mereka langsung tidak pedulikan nasib rakyat. Alhamdullilah.. akhirnya Allah dah tunjukkan kepada kita siapa MB Kedah yang sebenarnya.. dibawah ni Mc sertakan lagi bukti gambar dan video yang menunjukkan pembalakkan di Gunung Inas memang tidak mengamalkan langsung aspek untuk menjaga alam sekitar. Lihatlah pembalakkan yang tidak mengikut spek yang ditetapkan.
Akibatnya apabila air dari Lata Chelak tercemar, hingga menganggu sumber air bersih penduduk Kampung Iboi, mukim Kupang, Baling, Kedah.
Meskipun air keperluan penduduk keruh teruk dan dicemari dengan pelbagai penyakit. MB Kedah yang kejam dan zalim tu tetap tidak mahu menghentikan projek pembalakkan di Gunung Inas. Bagi beliau, duit lebih penting dari rakyat!! MB disoal mengenai pembalakan Gunung Inas.. lihat jawapan yang diberi oleh MB Kedah.. Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, kelulusan dan permit sudah dikeluarkan dan kontraktor membayar semua premium kepada Jabatan Perhutanan sebelum mereka dibenarkan memulakan kerja pembalakan. "Nak berhenti pasal apa, kita dah lulus dan beri permit. Kita tidak benar mereka tebang balak melainkan setelah bayar semua premium kepada Jabatan Perhutanan dan selepas pokok ditanda, baru boleh tebang," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan insentif kepada atlet dan pegawai Sukan Malaysia (Sukma) Kedah 2011 di Wisma Darul Aman, di sini hari ini. - Utara News Mungkin bukti bergambar belum cukup untuk tatapan pembaca. Video diatas menunjukkan dua keadaan. Satu bagaimana aliran air sungai Lata Chelak disekat, dibuat laluan jentera dan lori. Satu lagi keadaan juga di Gunung Inas, aliran air sungai yang belum lagi dicerobohi oleh pembalak. Lihatlah perbezaannya.. malah air dari puncak Gunung Inas kelihatan jernih dan bersih berbanding dengan gambar dibawah.. Mc meminta supaya Jabatan Alam Sekitar datang membuat siasatan keatas projek Pembalakan Hutan Simpan Gunung Inas. Banyak perkara-perkara yang mencemarkan alam sekitar dan sungai telah dilakukan semata-mata untuk memperolehi balak. Akibatnya, penduduk kampung yang mengunakan air dari Lata Chelak, menanggung sengsara. Sekali lagi Mc siarkan video rintihan penduduk dan penjelasan dari Pegawai dari Jabatan Hutan.. Pasal EIA dan keluasan 500 hektar semua ada dalam video ini. Bagaimana kerajaan negeri mengunakan helah dengan mengasingkan kelompok-kelompok pembalakan untuk mengelakkan dari menebang balak lebih dari 500 hektar dan memohon EIA. Pada hakikatnya EIA perlu dipohon terlebih dahulu sebelum projek pembalakan dimulakan, malah jika mahu menukar status tanah dari Hutan simpan kepada Hutan simpan perusahaan pun perlu dipohon EIA. Jadi kesimpulan yang dapat kita buat.. memang kerajaan negeri Kedah berniat jahat dalam pembalakan Hutan Simpan Gunung Inas. Jika tidak berniat jahat, masakan mereka mempunyai rancangan dengan menebang balak mengikut kelompok. Sedangkan pada hakikatnya, jika digabung semua kelompok, lebih 5400 hektar balak telah ditebang. Kerajaan negeri tahu, jika mereka memohon EIA dari Jabatan Alam Sekitar, ianya tidak akan lulus. Jadi sebelum apa-apa yang berlaku, baik mereka tebang dan bawa lari balak seberapa banyak yang mereka sempat untuk dibuat duit. Kalau Pas kalah PRU ke 13 kali ni pun tak apa, sebab dah banyak duit balak yang mereka pegang. Mungkin kerajaan negeri akan teruskan pembalakan di Gunung Inas, tanpa mengambil kira kesusahan orang kampung disana. Mc harap, jadikan kisah perkampungan Iboi di Gunung Inas, Baling ni sebagai satu pengajaran. Mungkin ada diantara kita yang fikir, kita tak terlibat dalam kesusahan mereka. Mana tahu, andaikata kita biarkan Pas terus menjadi kerajaan negeri, periuk nasi kita pula yang akan diganggu. Sebelum itu berlaku, kita gunakan peluang ini untuk mengubah kerajaan negeri. Fikir sebelum terlambat.. untuk rakyat Kedah yang membaca artikel ini.. sebarkan pada semua untuk dijadikan teladan. McTheory: Beringat sebelum kena, kalau dah kena tiada gunanya.. |
| You are subscribed to email updates from Kedah Ke KL To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.



















No comments:
Post a Comment