House PK |
- PANAS BERAPI! SOAL JAWAB PASAL KEKAYAAN TAN SRI SYED MOKHTAR AL BUKHARY YANG MESTI DIBACA!
- LAGU MAHER ZAIN YANG TERBARU! SUBHANALLAH MEMANG TERBAIK!
- PANAS BERAPI! RINTANGAN DAN KESUSAHAN YANG DIHADAPI SYED MOKHTAR! SIAPA PUNCANYA?
- CILI KASI TARUK! MARI BACA DEMOKERUSI TAHAP KURAP DALAM DAP!
PANAS BERAPI! SOAL JAWAB PASAL KEKAYAAN TAN SRI SYED MOKHTAR AL BUKHARY YANG MESTI DIBACA! Posted: 26 Jun 2012 10:13 PM PDT Ok aku nak share dengan korang pasal satu komen dari pembaca yang aku rasa dia ni dah confuse dan mempunyai sangkaan buruk terhadap Tan Sri Syed Mokhtar, aku nak perjelaskan pada dia sebaik mungkin. Kalau tak puashati dengan jawapan aku, ada aku kisah? Komen: Bukan nak dengki, walaupun Yayasan Bukhari dah dapat Pos Malaysia dengan tanah-tanahnya, Lapangan Terbang Senai dulu nama Lapangan Terbang Sultan Ismail, ada tertanya tak kenapa Tuanku Sultan perintah dikeluarkan nama almarhum Sultan? Jawapan: Aku tertarik dengan komen part ini, kalau anda ada story penuh sila share kat sini, kalau tak ini aku anggap macam cerita penglipurlara tahap Anwar, dengan boleh, percaya jangan. Lagipun TS Syed Mokhtar dah invest hampir 3 billion di Johor tau, ianya lebih dari negeri kelahiran dia sendiri di Kedah! Komen: Belum masuk lagi, tanah-tanah kerajaan yang berstatus premium gred A yang dapat kepada IJM yakni syarikat cina, yang Yayasan Bukhari ada pegangannya. Jawapan: IJM adalah sayrikat joint-venture antara Syed Mokhtar dan lain-lain, bukan syarikat Cina, check ur fact bro, Lagi satu, lain-lain industri DRB-Hicom di pekan banyak beri peluang untuk orang melayu. Adakah syarikat Cina buat untuk melayu sepertimana Yayasan Bukhary buat? Soalan: Apa jadi dengan Asian Petroleum Hub Jawapan: Cuba Selidik balik saudara, tak de kena mergena pun dengan Yayasan Al Bukhary. Mana saudara dapat info ni? dari Anwar Ibrahim bagi ke? Pertuduhan: Lebuhraya West-Coast Expressway yang harganya 6 billion, belum masuk kira lagi New Pantai Expressway, dan beberapa lagi inter-city highway dalam KL ni Jawapan: Ini pun maklumat tak tepat, adakah syarikat lain tak dapat brader? Saudara cakap macam orang lain tak dapat langsung! Pertuduhan: Ini belum masuk konsortium M*daj*ya-Ki*ra Ter*t*i untuk projek lebuhraya Central Spine Road (sampai Kelantan tuu) yang kosnya dijangka sekitar RM7 billion. Jawapan: Kan ke bagus syarikat melayu yang buat? Adakah saudara akan gembira sekiranya Robert Kuok atau YTL yang buat? Kalau melayu boleh laksanakan, takkanlah mereka tak patut diberi perluang? Ada kemampuan dan kebolehan buat je la, kenapa pasal syarikat melayu maka kena tolak la ya? Pertuduhan: Apa tak ada konsortium bumiputera lain lagi ke yang layak juga untuk buat dan urus highway? Jawapan: Kalau bagi pada plus atau yang lain pun saudara akan bising perkara sama, apa tak ada orang melayu lain boleh buat? Takkanlah kita nak buat macam PAS buat highway? Ambil duit derma rakyat lepas tu tak tau lagi nasib nak dapat jalan ke tidak atas highway tu? Pertuduhan: Dalam IT pun ada jugak. Cuba pergi selidik, syarikat mana yang dapat kontrak untuk E-Tanah (yang MAMPU sebagai agensi kerajaan sendiri boleh buat), tengok hubungannya dengan P*nc*k S*m*ng*t. Jawapan: Cuba saudara siasat siapa yang dapat kontrak Computerisation LHDN? Ada sesiapa kisah nak tanya? Pertuduhan: Supply beras pun dia control. Melayu lain tak boleh buat ke? Kenapa satu orang je monopoli? Jawapan: Wahai Saudara, dulu masa Robert Kuok control supply gula tak ada pulak orang pertikai, lagi sekali kita tanya kalau orang ada kebolehan dan kemampuan salah ke? Tepung tu Robert Kuok pegang AP tak pulak saudara marah ya? Soalan: Bro, orang melayu kita pun marah bro, terutamanya yang buat bisnes, habis cina control buat apa lagi? Jawapan: Ciina control kita marah, dah bagi kat MELAYU control pun NAK marah juga, ish! Serba tak kena la saudara ni...make up your mindlah saudara brader! Pertuduhan: Betul bro, memang dia banyak bagi sumbangan yang itu, yang ini, masjid lah, pada UMNOlah dan sebagainya, tapi, ingat bro, 1 orang 1 undi je. Sebab itulah golongan bandar melayu fikir banyak-kali untuk beri undi pada kerajaan. Kalau 1 orang je Melayu yang boleh berniaga, itupun belakang cina belaka, yang lain boleh balik kampung tanam jagung laa. Jawapan: Betul ke satu orang melayu saja yang kaya saudara? Cakap biarlah berakal dan cerdik sikit. Macamana nak bagi orang melayu lain kalau macam ni punya argument...kalau bagi betul la orang tuduh kroni...sebelum buka mulut kaji dan selidiklah dulu, jangan sedap cakap saja Soalan dan cadangan: Datuk Najib kena ingat, dulu Pak Lah jatuh kerana Scomi dan menantunya. Kita tahu PM kita bekerja keras untuk bantu rakyat. Cuma kita tak mahu PM terlepas pandang. Kita tak mahu PM kita dikaitkan dengan perkara sebegini. Dengar nama Yayasan Bukhari saja, semua lari ke tepi, masuk tender pun buang masa saja. Harap bro kaji dulu perkara ni. DAP bercakap atas dasar kepentingan politiknya. Tapi, kita sendiri pun kena maklum isu ini. Jangan hentam keromo sahaja nak sokong. Jawapan: benar saudara apa yang dibuat Pak Lah meman kita tak nafikan, semuanya hampir musnah disebabkan dia, itu benar tapi saudara silap kerana menyamakan Yayasan Al Bukhary dengan Scomi, harus diingat saudara pun jangan hentam keromo saja nak bangkang dan marah. Pahit getir dilalui oleh Syed Mokhtar tak sama dengan Scomi yang datang entah dari mana dan terus jadi kaya gila. Sumbangan Yayasan Al Bukhary kepada negara kita dan rakyat Malaysia memamg banyak saudara, kalau nak tulsi, tujuh hari tujuh malam pun tak habis. Dah berbuih mulut aku cerita pasal Syed Mokhtar ni. Saudara kena ingat, semua sayrikat yang dibeli oleh Syed Mokhtar ini dibeli dengan haraga pasaran dan kadang-kadang tu dia bayar lebih dari harga pasaran yang sebenar! Adakah saudara tahu ramai peniaga Melayu yang dapat projek atau kontrak kecundang diluar sana? Kenapa? ada yang tak cukup dana, ada yang dapat projek terus lupa diri. Ada yang dapat projek tapi disabotaj kaum DAP kerana mereka control tau control semua perniagaan runcit! Cuba saudara bayangkan kalau takde Mydin di negara kita ni, betapa susah orang melayu yang nak hidup dengan IKS? Produk mereka selalu dikeepikan dan tak mendapat tempat di rantaian kedai kaum DAP ni, sebab ada Mydin la banyak produk Melayu dipasaran ni sampaikan Giant, Carrefour dan Tesco juga sudah mula menerima mereka! Tahukah saudara disebabkan Tan Sri Syed Mokhtar ada banyak sayrikat maka supplier untuk kesemua syarikat dia ni membuka ruang untuk orang melayu berniaga? Perlu ke saya perincikan lagi? Allah bagi akal saudara, gunalah dengan sebaik-baiknya dan jangan bunuh saudara sendiri! Sekian. Terima Kasih! |
LAGU MAHER ZAIN YANG TERBARU! SUBHANALLAH MEMANG TERBAIK! Posted: 26 Jun 2012 12:51 PM PDT |
PANAS BERAPI! RINTANGAN DAN KESUSAHAN YANG DIHADAPI SYED MOKHTAR! SIAPA PUNCANYA? Posted: 26 Jun 2012 03:33 AM PDT Aku masih tak puashati nak cakap pasal isu Tan Sri Syed Mokhtar ni, tambah-tambah plak aku tengok ada satu MP dari Sabah yang kahwin artis gebu tu meroyan semacam je. Pelik jugak aku ya, kenapa dia marah sangat kat Syed Mokhtar sampai panggil dia King. Mesti ada something kan? He he he Anyway, aku nak kongsi dengan korang sedikit pahit getir yang dilalui Tan Sri Syed Mokhtar bilamana dia nak mengambilalih syarikat atau organisasi yang bermasalah. Ingat lagi kisah pasal POS Malaysia yang dijual Khazanah Nasional pada Syed Mokhtar dengan harga yang teramat tinggi? Begitu juga masa DRB-Hicom nak mabil Proton juga mendapat kesusahan yang terlampau dari Khazanah. Sebolehnya Azman Mokhtar dari Khazanah mahu tekan Syed Mokhtar habis-habisan, akhirnya dengan berkat kesabaran SYed Mokhtar beliau dapat juga memiliki Proton. Apabila MP dari Sabah yang kahwin dengan artis gebu ni kata Syarikat SYed Mokhtar bakal jadi macam Renong Group bila ekonomi jatuh, aku rasa statement tu tak masuk akal beb. Setakat ini semua syarikat bawah naungan Syed Mokhtar membuat keuntungan. Dan beliau tidak pun menjual syairkat di bawah naungan beliau sesukan hati, EON Bank terpaksa dijual kerana dalam negara kita ni, sebuah oraganisasi tak boleh memiliki dua bank. Seperti mana yang kita tahu Bank Muamalat telah diambil alih oleh DRB Hicom maka disebabkan itu mereka terpaksa melepaskan EON bank yang kini diambil alih oleh Hong Leong! Korang kena wahai pembaca sekalian, beza antara Syed Mokhtar dan Renong Group atau mana saja syarikat yang pernah menyusahkan negara ni ialah keberkatan yang dimiliki hasil dari membantu orang Islam yang memerlukan di negara ini. maybe orang Cina tak faham apa itu berkat tapi bila ada pihak UMNO yang dok peryikai makanya kena dalami agama lagi la nampaknya orang macam ni. Berbalik pada kisah Khazanah, aku tak faham kenapa mereka ni melepaskan semua pegangan mereka dalam syarikat kebanggaan negara! Dan bila ada bumiputera nak ambilalih maka disusahkan hidup mereka dengan dikenakan pelbagai syarat luarbiasa. Tapi bila bab nak bagi kat Cina, bukan main senang lagi kan? Sampai bila kit anak tunduk kat orang Cina ni? Kenapa nak ikut segala tuntutan mereka sedangkan kita dah tahu mereka memang tak mahu sokong kerajaan lagi? Ikut macamana sekali pun tuntutan mereka, mereka tetap akan sokong DAP jugak. Kerajaan kena tegas. Jangan tunduk pada mereka. Kita tengok dalam isu Lynas pun kita dah tahu, memang Cina tak nak melayu berjaya. Sudah-sudahlah tu. Kerajaan kena tegas, kalau nak buat, buat je. Tak payah dengar cakap DAP ni semua, kalau la Tun M dulu dengar cakap DAP, maka kita mungkin masih duduk dan tinggal atas pokok lagi ni. Jadi, kita semua orang Melayu dan Islam mesti kena sokong pengusaha Melayu Islam. Jangan termakan dakyah DAP dan sesetengah manusia yang tak tahu nak bersyukur ni. Percayalah, hari ini kita boleh bangga tengok ada pengusaha bumiputera yang berjaya macam Tan Sri Syed Mokhtar ni. Kenapa perlu dengki? Tahukah anda berapa ramai pekerja dibawah sayarikat Tan Sri Syed Mokhtar ni? Beribu tau, kebanyakan syarikat dia membuat keuntungan dan job security staff yang kerja dengan Syed Mokhtar memang terjamin, tidak seperti syarikat lain, boleh collapse anytime! Marilah kita sama-sama doakan semoga Allah terus memberkati Tan Sri Syed Mokhtar supaya dia terus dapat memartabatkan Bumiputra Islam! |
CILI KASI TARUK! MARI BACA DEMOKERUSI TAHAP KURAP DALAM DAP! Posted: 26 Jun 2012 01:30 AM PDT Parti 'ultra kiasu' DAP yang selama ini sering membangkitkan isu berkenaan hak asasi manusia rupanya hanyalah topeng bagi menutup kelemahan mereka yang mengamalkan pemerintahan ala diktator. Slogan yang dilaungkan selama ini tidak ubah seperti lakonan opera cina yang sering dipertontonkan ketika menyambut sambutan perayaan hari hantu. Ini kerana pimpinan tertinggi mereka akan memecat sesiapa sahajka yang mempersoalkan segala kelemahan dan kepincangan yang wujud di dalam parti itu. Buktinya, baru-baru ini dua ahli DAP di Johor telah diberikan surat pemecatan kerana didakwa telah mengadakan demonstrasi semasa konvensyen DAP di Shah Alam serta di Johor tidak lama dahulu. Kedua-dua mereka ialah Murugan A Kaliappan dan Thulasi Das Visuvalingam dari Taman Nesa, Skudai. Surat pemecatan serta merta itu ditanda tangani Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tan Kok Wai yang juga ahli Parlimen Cheras selepas mengadakan mesyuarat disiplin pada minggu sudah. Ketika dihubungi, mereka mengatakan DAP pusat akan memberikan peluang untuk mereka mengemukana rayuan dalam tempoh dua minggu. Namun kerana kecewa dengan tindakan tersebut, Murugan dan Thukasi memutuskan untuk tidak mengemukan rayuan. Murugan juga menegaskan dia adalah merupakan bekas ketua cawangan Taman Nesa yang telah banyak menyumbang tenaga dan wang ringgit bagi mengukuhkan sokongan masyarakat India kepada parti DAP. Beliau dan Thulasi mengadakan demonstrasi tersebut kerana membantah dan meluahkan rasa tidak puas hati atas cara pemimpin DAP Johor ketika mengendalikan mesyuarat cawangan tersebut. Sebelum ini, ketika mesyuarat tersebut, mereka cuba untuk membantah kehadiran Ketua Pemuda DAP Johor, J Jason atas beberapa faktor sebelum ini. Namun Naib Pengerusi Norman Fernandez yang hadir sama telah mengambil tindakan untuk membatalkan mesyuarat atas alasan laporan cawangan tidak lengkap. Read more... |
You are subscribed to email updates from House PK To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment