House PK

House PK


PANAS BERAPI! APA CERITA BAKAL MENANTU PM NI?

Posted: 13 Jun 2012 11:00 PM PDT

Dua hari lepas kecoh pasal seorang lelaki yang bakal menjadi menantu PM.

Semuanya gara-gara laporan dari portal nypost.com. Yang kemudian disambut oleh malaysiakini dan harakahdaily.

New York Post yang menjadi pemecah berita berkenaan menggunakan perkataan Gossip / Sports / Entertaintment / Photos sebagai tagline laman mereka.

Apabila tagline itu digunakan maknanya selain daripada gambar, hiburan, sukan, gosip juga adalah perkara utama sebagai pengisian laman berkenaan.

Gosip ini maksudnya benda yang masih tidak sahih atau yang masih sok...sek...sok....sek....lagi. Dan yang paling penting dalam gosip adalah elemen tambah-menambah perisa untuk melariskan penjualan.

Berhubung dengan berita yang disiarkan oleh malaysiakini, ianya bukan sesuatu yang pelik kerana kita tahu bagaimana hubungan antara malaysiakini dengan beberapa pihak di Amerika yang menjadi penyumbang utama kewangan kepada mereka dalam usaha untuk menghancurkan kerajaan semasa. Sila lihat di sini

Malaysiakini siap bagi baca free lagi berita berkenaan sebagai sumbangan ikhlas mereka untuk menjatuhkan reputasi PM. Tak payah nak log in akaun lagi. Tak percaya ? sila klik di sini

Bukan niat saya untuk mempertahankan lelaki Kazakhtan tersebut. Saya tak kenal dia dan dia tak kenal saya. Jika benar kes itu telah menjadi kes mahkamah, biarlah mahkamah yang memutuskannya.

Namun setelah membaca apa yang ditulis dilaman berkenaan dan apa yang diterjemahkan oleh harakahdaily, ada beberapa perkara yang tidak munasabah.

Kelakar juga apabila membaca apa yang diterjemahkan oleh harakahdaily seperti dibawah...

Akan tetapi, Maira, 50 kini menetap bersama anaknya di kondo di The Plaza, yang mempunyai empat bilik, apartmen keluasan 4,000 kaki persegi dilengkapi dengan 3.5 tandas.


Ada juga tandas 3.5 ya ?

Kebiasaanya yang kita dengar rumah ada 2,3 atau 4 bilik air. Tetapi ini lain macam nampaknya. Tandas 3.5 atau tiga setengah.

Yang tiga kira ok lah. Yang 0.5 lagi atau setengah lagi untuk apa ? Ohhhh...mungkin untuk buang air kecil sahaja kot.....atau untuk kegunaan lelaki yang iras-iras Azmin Ali.

Gosip adalah salah satu bahan utama yang disiarkan di laman berkenaan. Dan sebab itulah ada beberapa keraguan yang boleh kita pertikaikan berhubung penyiaran berita berkenaan.



Kes ini tidak lebih daripada gosip setelah sepasang suami isteri bercerai. Macam cerita-cerita yang kita selalu dengar apabila ada personaliti atau artis-artis tempat kita bercerai. Dalam kes ini pula yang bercerai itu adalah individu yang mempunyai hubungan dengan Presiden Kazakhstan dan juga bakal menjadi besan PM Malaysia. Orang hebatlah kata kan....jadi gosipnya mestilah kuat.....

Tunang anak PM seorang budak muda yang berusia 20an dituduh menipu bapa tirinya dalam pembelian kondo mewah.

Secara logik akalnya, bapa tirinya adalah seorang yang kaya dan adik kepada presiden sebuah negara, adakah semudah itu beliau boleh ditipu oleh seorang budak muda ?

Tidak mustahil kondo itu diberikan kepada budak itu sewaktu bapa tiri dan emaknya masih melekat antara satu sama lain. Ya lah....waktu melekat kasih sayangnya lain macam, apa yang ada semuanya diberi. Yang tak diminta pun dikasinya.

Bila dah bercerai, faham-faham sajalah....yang diberi pun kata ditipu.Semuanya akan diungkit habis-habisan. Lihatlah dalam contoh kes seorang artis dengan seorang pemain bolasepak yang bercerai baru-baru ini. Waktu mula-mula nikah dulu bukan main lagi kasih-mengasihi satu sama lain walaupun jarak perbezaan usianya jauh. Tapi bila dah bercerai habis dilondehnya dalam Melodi TV3.

Contoh kedua adalah kisah janda Adun Pas Melor yang mendedahkan sikap korup suaminya yang mempunyai harta berjuta-juta diletakkan atas nama orang lain. Semua itu terdedah selepas perceraian berlaku. Waktu i love u.....u love me.....itu semua tidak akan berlaku. Tidak tahan dengan pendedahan-pendedahan jandanya memaksa Adun Pas Melor mendapat injuksi bagi menghalang media membuat liputan terhadap perbicaraan kes cerainya.

Kemudian dikatakan pula budak itu menipu sijil sekolah tinggi untuk memasuki Universiti Columbia. Universiti berkenaan adalah sebuah universiti yang hebat. Bila hebat maknanya bukan senang untuk memasukinya.Secara logik akalnya mana mungkin sebuah universiti yang sebegitu hebat semudah itu boleh ditipu oleh pelajarnya ?

Dibangkitkan pula isu penipuan nama bapa dengan menggunakan nama Nazarbayez. Ibunya dikatakan menukar nama itu selepas berkahwin dengan bapa tirinya pada tahun 2001.

Mengapa sepanjang 11 tahun ketika ibunya dan bapa tirinya masih suami isteri perkara ini tidak berbangkit ? Tapi selepas bercerai semuanya terlondeh. Sebab itulah saya katakan ini semua adalah masalah selepas keruntuhan rumahtangga.

Bila sebut pasal tukar nama bapa teringat pula kepada seorang staf Lim Guan Eng. Seorang anak cina yang tanpa segan silu menggunakan nama Khir Johari sebagai nama bapanya.

Dalam banyak-banyak berita yang dilaporkan itu yang paling tidak masuk akal sekali apabila ibu kepada tunang anak PM, Maira dikatakan menjadi buruan pihak berkuasa Kazakhstan dan Interpol kerana terlibat dalam kes jenayah termasuk culik.

Senang ceritanya beginilah....

Datuk Najib adalah seorang PM. Setiap pergerakan atau apa yang ingin dilakukan dalam kehidupannya dikawal rapi oleh pihak keselamatan. Sesiapa orang yang tak kenal atau tak biasa yang nak jumpa PM, mereka akan diperiksa terlebih dahulu latar belakang oleh pihak keselamatan. Pendek kata kehidupan mereka sekeluarga tidak bebas seperti kita semua. Kalau pihak keselamatan kata no.....maka no lah....dan PM kena patuh.

Nak pilih calon pilihanraya untuk mewakili parti pun bukan benda yang senang bagi seorang PM. Semuanya perlu diteliti. Terutama sekali rekod polis. Jika nak pilih calon pilihanraya pun seorang PM kena periksa latar belakang calon dengan teliti, adakah anda fikir Datuk Najib dan pihak keselamatan tidak memeriksa dengan teliti seseorang yang nak menjadi besannya ?

Menantu dan besan adalah individu yang rapat dengan kita tak kanlah kita tak periksa terlebih dahulu latar belakangnya. Kita orang kampung pun sebelum meminang anak orang akan periksa terlebih dahulu latar belakang keluarga orang yang kita nak nikahi itu. Inikan pula seorang PM dengan mudah nak ambil anak kepada seorang penjenayah yang menjadi buruan polis sebagai menantu dan ibunya sebagai besan.

Datuk Najib mempunyai hubungan yang baik dengan Presiden Kazakhstan. Tahun lepas PM melawat negara berkenaan dan tahun ini pula Presiden negara berkenaan melawat negara kita. Dalam perjumpaan itu sebagai rakan sudah tentu Datuk Najib ada menyatakan yang bakal menantunya adalah warga Kazakhstan dan serba sedikit asal usul pertemuan anaknya dengan lelaki berkenaan. Biasa...itu adat orang berbual.

Kalaulah emaknya budak itu seorang penjenayah yang menjadi buruan polis, tak kan Presiden Kazakhstan sebagai rakan tak boleh beritahu Datuk Najib tentang ibu bakal menantunya itu. Tambahan pula bakal besan Datuk Najib itu pernah menjadi ipar kepada Presiden negara itu.

Menjadi buruan pihak berkuasa Kazakhstan dan Interpol....

Malaysia sebuah negara yang ada hubungan diplomatik dengan Kazakhstan dan PDRM juga berada dalam rangkaian Interpol, manakala kehadiran Maira untuk majlis pertunangan anaknya dan majlis pertunangan anaknya mendapat liputan media termasuk gambar-gambar di internet, kenapa masa itu tiada arahan penangkapan terhadapnya.

Pembangkang akan kata kerana Datuk Najib halang. Satu mala petaka yang besar kepada Malaysia dan PM jika menghalang penjenayah yang menjadi buruan Interpol ditangkap di negara kita. Kalau Datuk Najib halang, mampus hidup balik pun Presiden Kazakhstan tak akan melawat Malaysia dan hubungan diplomatik akan ditamatkan. Tak mungkin dan tak logik untuk Datuk Najib nak menghalang kerana ianya akan menjejaskan reputasi negara dan PM sendiri.

Yang paling lawak sekali adalah apabila New York Post melaporkan Maira dan anaknya tinggal di kondo The Plaza yang dilaporkan harakahdaily ada 3.5 tandas. Maknanya tempat Maira dan anaknya tinggal diketahui umum , tetapi mengapa pula polis Amerika tidak menyerbu dan menangkapnya ?

Kita tidak boleh menyalahkan New York Post dalam hal ini. Mereka telah melabelkan portal mereka sebagai portal gosip. Dan memang inilah kerja gosip-menggosip dalam usaha menarik pembaca. Jelaslah apa yang ditimbulkan ini adalah isu peribadi selepas berlaku perceraian.

Apa-apa pun dalam hal ini lawak yang paling tidak boleh dilupakan adalah tandas 3.5 yang dipentaskan oleh harakahdaily.

Pas oh Pas.....bodoh piang tak habis-habis.....

Betul-betul mencabar sungguh dalam usaha Datuk Najib nak menikahkan anak perempuannya. Inilah yang orang tua-tua kata anak perempuan lebih banyak cabaran daripada anak lelaki. Lagi-lagi pula anak perempuan seorang PM.

Bermula dengan dakwaan pembangkang PM melawat Kazakhstan menggunakan wang kerajaan untuk majlis pertunangan anaknya. Padahal majlis pertunangan diadakan di KL. Sedangkan PM ke sana untuk satu persidangan yang negara itu menjadi tuan rumah.

Kemudian diikuti pula dengan kes cincin yang dikirimkan kepada bakal besannya (Maira) yang ketika itu berada di KL untuk urusan pertunangan anak mereka dengan menggunakan alamat Seri Perdana. Dituduh pula itu cincin isteri PM yang berharga RM 24 juta.

Kemudian timbul pula cerita PM menggunakan wang kerajaan untuk bayaran makanan bagi majlis pertunangan anaknya. Padahal Datuk Najib guna wang sendiri.

Kini timbul pula cerita bakal menantunya menipu dan bakal besannya seorang penjenayah yang menjadi buruan polis.

Apa-apa pun kami sebagai rakyat hanya mampu ucapkan perkataan sabar kepada PM dan keluarga. Ini semua ujian untuk menjadi pemimpin yang lebih hebat. Banyaklah bersabar.....

HOUSE PK: Ini aku petik dari blog RBF Online. Cantik kupasan yang dibuat oleh RBF, tapi ini baru sikit, kita belum cerita pasal adik Presiden dan bekas suami Maira yang bernama BOLAT tu, ada banyak kisah menarik pasal si BOLAT yang luarbiasa ni, nanti akan aku ceritakan apa yang aku jumpa di Internet.

Sekarang ni nak dapat info bukan susah, Google kan ada? Manusia ni biasa la masa susmi isteri semua manis, bila dah bercerai, cerita dalam spender pun mau kasi bukak. Yang jadi mangsa anak-anak la.

CILI KASI TARUK! MARI BACA CERITA BETAPA ISLAMNYA PAS! SEBARKAN!

Posted: 13 Jun 2012 08:00 PM PDT

Dulu sewaktu penubuhan PAS pada 1951, polisi dan dasar perjuangan PAS walaupun umumnya menyatakan kepentingan Islam lebih utama berbanding politik, namun realiti sebenarnya menyatakan sebaliknya.

Sekian banyak fakta dan bukti sejak tertubuhnya PAS hingga kini mengesahkan susur galur perjalanan PAS agak tempang dek kerana kepentingan politik kepartian mengatasi keutamaan umat dan agama Islam.

PAS pernah keluar dari jemaah besar (UMNO) hanya semata-mata pemimpinnya, Ahmad Fuad kecewa dalam politik berikutan kekalahannya di tangan Tunku Abdul Rahman dalam perebutan jawatan Yang Dipertua UMNO (Presiden).

Sekalipun tika itu, keseluruhan orang Melayu Islam dituntut bersatu padu bagi menjayakan misi menuntut kemerdekaan daripada penjajahan British, kerana langkah songsang oleh PAS itu hdimanfaatkan sepenuhnya oleh British untuk menangguhkan beberapa ketika proses kemerdekaan Tanah Melayu.

Andainya perancangan British membenarkan PAS bergerak bebas demi untuk mencabar pengaruh UMNO tika itu berjaya menguasai minda majoriti orang Melayu Islam , nescaya sekarang ini kita masih diperhambakan oleh British sama seperti PAS diperkudakan oleh DAP.

Mujurlah keputusan pilihanraya 1955 tidak banyak tergugat dengan kehadiran PAS, akhirnya British terpaksa akur dengan kekuatan Perikatan (UMNO-MCA-MIC) dan bersetuju melepaskan Tanah Melayu dari penjajahannya.

61 tahun berlalu, kini PAS sekali lagi membuktikan politik kepartiannya jauh lebih utama dari agama.

Ketua Penerangannya, Tuan Ibrahim Tuan Man secara terbuka menggesa ahli-ahli PAS menangguhkan (membatalkan) pemergian menunaikan ibadah haji ke Mekah demi keutamaan bertugas untuk parti dalam pilihanraya umum.

Menurut Tuan Ibrahim, langkah tersebut dianggap wajar atas alasan kepentingan untuk berdepan dengan pilihanraya umum yang menurut jangkaan PAS akan diadakan semasa musim haji.

Kalau sekalipun benar pilihanraya umum diadakan dalam musim haji, sepatutnya ia tetap bukan alasan kukuh untuk pemimpin PAS menegah ahlinya pergi menunaikan ibadah rukun kelima Islam tersebut.

Peluang mengerjakan haji bukannya sentiasa datang apatah lagi dalam keadaan masih ramai muslimin dan muslimat yang lain sedang menanti giliran.

Kuota 28,000 untuk rakyat Malaysia beragama Islam yang sebelum ini hampir tergugat dek kerana kerja bangang penyokong PAS berdemo dalam Masjidil Haram, bukannya semudah abc untuk kita menempatkan diri sebagai hamba Allah yang bertuah memijak bumi Tanah Haram.

Bayangkan seorang ahli PAS yang sudah 10 tahun menunggu giliran, tiba-tiba bila sampai waktunya terpaksa ditangguhkan ibadahnya ke Tanah Suci Mekah hanya semata-mata untuk memenuhi tugasan duniawi kepada PAS, tak ke haru namanya tu?

Pilihanraya jika terlepas peluang untuk mengundi tidak jatuh pun hukum haram pada seseorang itu, tapi ibadah haji bila dah mampu dan pula berpeluang untuk mengerjakannya, wajiblah ditunaikan, bukan begitu?

Sepatutnya pemimpin PAS terutama sekali Tuan Ibrahim Tuan Man yang pernah dikenali sebagai ustaz tahu membezakan yang mana wajib dan yang mana harus.

Jangan kerana taksub pada keduniaan dan kemaruk mengejar jawatan duniawi hingga Tuan Ibrahim terlupa yang tuntutan ibadah haji itu jauh mengatasi periuk nasi pemimpin PAS dalam pilihanraya.

Sia-sia saja perkataan ISLAM menjadi tanda label pada nama PAS, tapi pi mai pi mai tang tu juga terlebih utamakan keuntungan dunia dan jahilnya pula mengalahkan Salman Rushdie.

BLUES BEARY

PANAS BERAPI! BILA PAKATAN AKAN BUBARKAN DUN MEREKA? WHEN?

Posted: 13 Jun 2012 05:00 PM PDT

ADA pandangan mengatakan bahawa Perdana Menteri Najib Tun Razak sedang bermain teka teki tentang tarikh pembubaran parlimen yang membuka jalan kepada proses pilihanraya umum yang akan datang.

Sedangkan yang memberi pandangan terlupa, Pakatan Rakyat juga sedang memerintah 4 negeri dan dari jumlah itu, 2 negeri sudah mengumumkan pendirian masing-masing secara terbuka untuk tidak membubarkan DUN bersamaan dengan tarikh pembubaran parlimen.

Malangnya, dua negeri ini (Selangor dan Pulau Pinang), tidak pula menyatakan dengan jelas, bila DUN akan dibubarkan, walaupun dalam masa yang sama, soal mendesak Najib mengumumkan tarikh sebenar pembubaran Dewan Rakyat sedang hebat diperkatakan dikalangan pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyat.

Penulis boleh faham kenapa desakan dibuat, penulis juga boleh faham kenapa tarikh itu dibiarkan terapung di awangan untuk semua orang meneka. Tapi penulis juga mahu semua orang tahu, ada soal intergriti dan kredebiliti yang sedang menjadi taruhan sekarang. Soal ini penting kerana hanya inilah saja yang membezakan kita dengan BN.

Justeru, penulis dengan ini mendesak kepimpinan negeri Pulau Pinang dan Selangor, mengumumkan dengan segera tarikh sebenar DUN di negeri masing-masing akan dibubarkan supaya satu pilihanraya negeri dapat diadakan.

Selepas itu, penulis rasa baru layak kita mendesak Najib mengumumkan tarikh sebenar pembubaran Parlimen dan penulis yakin rakyat dibawah akan lebih selesa dengan pendekatan sebegini dan menaruh keyakinan yang tinggi terhadap Pakatan Rakyat.

Disitu saja kita sudah membuktikan kelebihan kita dibanding dengan BN yang dipimpin Najib.

Kalau Pakatan Rakyat sendiri pun gemar bermain teka teki berhubung tarikh sebenar pembubaran DUN, kenapa nak dihairankan bila Najib juga menggunakan pendekatan yang sama. Lagipun, pada pandangan penulis, ini bukan sangat tentang teka teki, ini tentang strategi dan kelebihan yang ada tapi tidak dipunyai oleh pihak musuh.

Semua perlu ingat, ini bukan tentang Najib, ini tentang polisi. Sejak zaman berzaman polisi BN memang begitu, mereka menyimpan tarikh sebenar pilihanraya ini sebagai strategi mereka untuk mengukuhkan kuasa. Pakatan Rakyat tidak perlu terikut-ikut dengan polisi BN dan haruslah berani menunjukkan pembaharuan.

Kalau Najib ada kelebihan di peringkat persekutuan, kita ada kelebihan sama di peringkat negeri yang kita kuasai. Cuma yang perlu dibuktikan kepada rakyat sekarang ialah, kita tidak menyalahgunakan kelebihan tersebut dan berani mengumumkan tarikh sebenar pembubaran DUN kepada rakyat.

Kita buat dulu, kemudian baru minta orang lain untuk ikut, baru betul.

Petikan : suarapakatanrakyat.com

ZUL NORDIN TARUK CILI DALAM BONTOT AMBABIGA!

Posted: 13 Jun 2012 06:58 AM PDT

LUAHAN HATI TUN DR MAHATHIR YANG MESTI DIBACA OLEH SEMUA RAKYAT MALAYSIA!

Posted: 13 Jun 2012 02:16 AM PDT

Sangat menyentuh hati apa yang ditulis oleh Ayahanda Tun Mahathir di dalam blog beliau. Korang kena baca dan ketahui apa perasaan sebenar Tun M pasal tuduhan si pembunuh melayu iaitu Lim Kit Siang.

KLIK SINI
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...