Gelombang Rakyat

Gelombang Rakyat


DENDAM ANWAR.. TUN M AKUI BAKAL DIHERET KE PENJARA JIKA PAKATAN TAWAN PUTRAJAYA..!!

Posted: 13 Jun 2012 06:20 AM PDT




Mantan PM Tun Mahathir Mohamad sekali lagi membalas serangan Penasihat DAP Lim Kit Siang dengan mendakwa dirinya sama sekali tidak gentar jika benar Pembangkang mampu menawan Putrajaya pada PRU13 kelak.

Sambil mendakwa dirinya tidak bersalah, Tun M menjelaskan jikalau benar sekalipun beliau bakal berhadapan dengan kes mahkamah hanya kerana tuduhan palsu yang dikeluarkan Gabungan Pakatan pimpinan Anwar yang jelas kelihatan masih berdendam dengan bekas 'bapanya' itu.

Beliau mengulas kenyataan ketua anggota parlimen DAP Lim Kit Siang bahawa beliau bekerja keras memastikan pembangkang tidak berjaya kerana takut dakwaan salah lalu didedahkan.


"Saya takut pada bentuk salah guna kuasa seperti sudah ditunjukkan oleh seorang pemimpin besar Pakatan yang pegawai polis kanan di pihaknya untuk menakutkan Dr Ristina Majid dan Umi Hafilda Ali supaya menarik balik surat Umi kepada saya."

Dr Mahathir Mohamad pada 31 Mei lalu dilaporkan mendakwa, tindakan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan pegawai tinggi kerajaan melakukan sesuatu bukanlah perkara yang luar biasa, lapor Utusan Malaysia.

Menurut Dr Mahathir, Anwar ketika didakwa di mahkamah sewaktu menjadi timbalan perdana menteri pada penghujung 1990-an, pernah mengarahkan polis untuk menakutkan beberapa saksi yang terlibat dalam pertuduhan salah guna kuasa dan liwat dihadapinya.

"Selain ini saya tidak takut. Saya selalu berhati-hati untuk tidak menyalahgunakan kuasa yang saya ada sebagai perdana menteri kerana saya berhati-hati untuk meletakkan jawatan dan hilang kuasa pada tahap tertentu.

"Sekiranya saya menyalahgunakan kuasa, pengkritik saya akan sangat teruja dan mendedahkan saya dan memastikan saya disumbat dalam penjara," sambung Dr Mahathir.


NOH OMAR CABAR.. KHALID GAGAP AKUI YAYASAN SELANGOR AMAL KRONI..!!

Posted: 13 Jun 2012 04:06 AM PDT



Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar mencabar kerajaan Selangor untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap kroni mereka yang terlibat dalam penyelewengan dan salah guna kuasa.
  
Noh yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor membidas Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang didakwa mempertahankan kroni dalam pentadbiran kerajaan negeri meskipun terlibat dalam penyelewengan.
  
"Kerajaan Selangor mengamalkan kronisme, hingga kini tiada tindakan langsung diambil terhadap mereka termasuklah Pengurus Besar Yayasan Selangor (YS) Ilham Marzuki yang mengaku membelanjakan wang YS dengan boros.
  
"Apa tindakan terhadap beliau?...Stail pembangkang, kroni akan dipertahankan tetapi saya cabar Khalid agar mengambil tindakan terhadap kroninya itu termasuk memecatnya dari jawatan yang dipegangnya sekarang," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.
  
Mac lalu, media melaporkan bahawa Abdul Khalid terus mempertahankan Pengurus Besar Yayasan Selangor itu meskipun syarikat kerajaan negeri itu berhadapan masalah pengurusan kewangan termasuk defisit RM7.41 juta, tahun lalu.
 
Ilham sebelum ini mengakui melakukan kesilapan kerana meluluskan peruntukan RM1.4 juta untuk kegiatan tidak berfaedah serta tiada kaitan dengan fungsi yayasan itu sebagai institusi yang memberi tumpuan kepada pembangunan pendidikan.
  
Antara kegiatan itu adalah jamuan makan perdana sebanyak RM270,750, pertandingan memancing RM179,000, cenderamata RM52,900 dan majlis berbuka puasa RM396,370.
  
Noh berkata kerajaan Selangor hanya berlagak seperti hero kononnya memperjuangkan pembangunan pendidikan di Selangor sedangkan mereka gagal membela dan membangunkan pendidikan di negeri itu kerana kepentingan politik.
  
Katanya, malah kerajaan Selangor sanggup menjual harta dan mencairkan aset untuk menampung kerugian disebabkan pentadbiran yang tidak cekap dalam membangunkan pendidikan.
  
"Mereka sanggup merobohkan asrama YS dan menjual tanah YS di Kampung Pandan demi kepentingan mereka dan saya dimaklumkan pelajar-pelajar terpaksa berpindah keluar malah YS juga tidak lagi mengambil pelajar dari luar bandar untuk ditempatkan di asrama " katanya.

Beliau berkata tindakan kerajaan Selangor menolak penubuhan cawangan Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Serendah juga seakan menggadai dan mengorbankan peluang keemasan yang patut diberi pada rakyat Selangor.
  
"Penubuhan UiTM cawangan Selangor telah diluluskan kerajaan dan telah mempunyai tapak namun kerana kepentingan politik, kerajaan Selangor sanggup menolak.. tidak ada satu pun sumbangan besar mereka dalam bidang pendidikan yang boleh membela dan membangunkan pendidikan di Selangor," katanya.
  
Beliau turut mencabar Khalid agar mengisytiharkan kerugian yang ditanggung Universiti Selangor sepanjang pembangkang memerintah negeri itu.


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...