Gelombang Rakyat |
- MCA 'BANGUN DARI TIDUR' - BAKAL SEPAK PUNGGUNG FUZIAH SALLEH KE MAHKAMAH!!
- ANWAR TERIAK DEPAN OBAMA - MAHATHIR TERIMA PINGAT PEMIMPIN TERHEBAT ASIA PERINGKAT DUNIA..!!
- MALAYSIAKINI PENCETUS KEBENCIAN - 'LANCAR' KEMPEN HAPUSKAN ARTIKEL 153..!!
- JANJI PAS KELANTAN TIDAK TERLAKSANA - KORUPSI HUSAM MUSA SUNDAL MARUAH ISLAM!!
- KHALID GAGAP GANTUNG TUGAS FAEKAH HUSIN..!!?
- BIADAP - PRESIDEN BAR COUNCIL HASUT HAPUS ENAKMEN UNDANG2 ISLAM..!!
MCA 'BANGUN DARI TIDUR' - BAKAL SEPAK PUNGGUNG FUZIAH SALLEH KE MAHKAMAH!! Posted: 27 Jun 2012 12:18 AM PDT MCA Kuantan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan mahkamah terhadap Anggota Parlimen Kuantan dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), Fuziah Salleh jika beliau berterusan melemparkan tohmahan dan fitnah kepada Anggota Dewan Undangan Negerinya (Adun) bersabit isu Lynas. Ketuanya, Datuk Ti Lian Ker berkata, dakwaan Fuziah dalam sebuah portal berita Free Malaysia Today (FMT) semalam bahawa dua Adun MCA yang bercuti ke Australia atas tajaan Lynas dan sekembali ke tanah air mengatakan bahawa kilang itu selamat, adalah satu fitnah. "Sebelum ini dia (Fuziah) pernah mendakwa kita (MCA) tidak mengambil perhatian dalam isu Lynas, sedangkan Adun Semambu (Datuk Pang Tsu Ming) sudah menyuarakan kebimbangan rakyat ketika projek Lynas Advanced Materials Plant (LAMP) dibentangkan di sidang DUN pada 2008. "Ketika itu, Fuziah tidak menyatakan pendirian dan sekarang dia pula yang mendakwa jaguh dalam isu berkenaan. Ini jelas membuktikan, dia hanya mementingkan politik daripada keselamatan rakyat," katanya kepada pemberita di Wisma MCA di sini hari ini. Turut hadir, Phang dan Adun Teruntum, Chang Hong Seong. Ti berkata, kenyataan Fuziah di dalam FMT semalam bahawa isu Lynas menjadi mimpi ngeri kepada MCA adalah satu perkara yang bukan sahaja menggelikan hati malah ia merupakan satu helah Fuziah untuk lari daripada dihukum rakyat mengenai ketiadaannya di Parlimen minggu lepas. "Padahal, beliaulah kononnya yang paling bijak sekali mengenai isu Lynas sehingga mengheret rakyat ke jalanan untuk protes, tetapi ketika pembentangan PSC beliau ke luar negara, kononnya untuk belajar strategi pilihan raya dan bekerja, adakah ini adil untuk rakyat yang selama ini menyokongnya," katanya. Beliau berkata sebagai anggota Parlimen, Fuziah sepatutnya tubuhkan satu jawatankuasa bertindak khas bagi menangani isu Lynas sejak awal lagi. |
ANWAR TERIAK DEPAN OBAMA - MAHATHIR TERIMA PINGAT PEMIMPIN TERHEBAT ASIA PERINGKAT DUNIA..!! Posted: 26 Jun 2012 10:17 PM PDT Tatkala Anwar Ibrahim yang mencanang kononnya Pemimpin berpengaruh dunia menuduh Kerajaan Pusat dan Pemimpin2 Kerajaan mengamalkan korupsi yang katanya kian tenat, Dunia terus mengikhtiraf Malaysia yang telah melakar satu sejarah hebat susulan dipilih sebagai negara kehormat oleh JEC Asia 2012 . Lebih hebat lagi, Pemimpin yang didakwa Anwar seorang yang mengamalkan pemerintahan Zalim dan Diktator iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad, turut menerima pengikhtirafan Pemimpin Asia paling hebat menerima pingat Anugerah Kecemerlangan Sepanjang Hayat dari JEC. Selain itu, turut menerima pengikhtirafan JEC Asia 2012 termasuklah Industri komposit Malaysia. Mahathir menerima anugerah itu pada majlis perasmian acara tiga hari yang bermula di Singapura semalam di Pusat Konvensyen Suntec. Semasa tempoh 22 tahun beliau menjadi Perdana Menteri, Malaysia mengalami permodenan yang pantas dan pertumbuhan ekonomi yang kukuh. Beliau sudah memulakan banyak projek mega yang melonjakkan Malaysia di atas peta dunia di samping berjaya menaiktaraf ekonomi rakyat. Anugerah Kecemerlangan Sepanjang Hayat itu adalah bagi pengiktirafan usaha Dr Mahathir yang tidak pernah mengenal penat lelah sepanjang kerjaya politiknya. Beliau bertanggung jawab mempromosikan produk, teknologi, penyelidikan dan kemahiran profesional di dalam industri komposit Malaysia. Selain itu, JEC Asia 2012 turut menganugerah Kecemerlangan Perniagaan kepada Ketua Pegawai Eksekutif CTRM (Composites Technology Research Malaysia Sdn Bhd) Datuk Rosdi Mahmud dan anugerah kepada Ketua Pegawai Eksekutif Singapore Highpolymer Chemical Products Pte Ltd Tsai Chao Fang. JEC Asia 2012 adalah satu pemeran antarabangsa berasaskan pertumbuhan kukuh pasaran komposit MEA Asia Pasifik. Ia adalah satu-satunya acara di Asia yang menghimpunkan semua pemain industri komposit global di rantau ini. Acara itu disokong oleh persatuan komposit profesional utama dari Australia, China, India, Jepun, Malaysia, Singapura, Taiwan dan Thailand. |
MALAYSIAKINI PENCETUS KEBENCIAN - 'LANCAR' KEMPEN HAPUSKAN ARTIKEL 153..!! Posted: 26 Jun 2012 08:06 PM PDT Sebagai sebuah negara bermasyarakat majmuk, amatlah mengkagumkan bagaimana Malaysia mampu mencapai kejayaan sepertimana hari ini. Sepertimana seorang ulama dari Turki menyatakan bahawa "Malaysia adalah sebuah negara yang ditakdirkan menjadi neraka tetapi pemimpinnya berjaya menjadikannya syurga." Sifat semulajadi manusia menjadikan kita sukar untuk menerima perbezaan. Walaupun sebagai manusia yang bertamadun dan berpendidikan, kita tidak mampu menerima perbezaan secara semulajadi. Menerima perbezaan adalah satu tugas yang sukar dan selalunya kita gagal. Oleh itu, peperangan mungkin disebabkan dari sesuatu yang lebih mendalam seperti bekalan minyak tetapi ianya sentiasa dicetuskan dengan membangkitkan soal perbezaan. Tetapi Malaysia berjaya mengatasi segala masalah perbezaan ini dengan satu formula – Artikel 153 di dalam perlembagaan yang meletakkan hak-hak Bumiputera. Tentu saja Artikel ini tidak membuatkan semua orang gembira walaupun mereka berada di dalam negara seperti syurga dengan ekonomi di dalam genggaman mereka, tetapi ia pastinya jauh lebih baik dari tinggal di neraka dunia yang penuh dengan peperangan dan keganasan. Artikel ini jugalah yang menyelamatkan Malaysia dari mengikuti jejak langkah Indonesia ketika gerakan Reformasi tercetus. Kerana di Malaysia, walaupun orang Melayu tidak gembira dengan kawalan ekonomi oleh kaum cina, tetapi mereka tahu, kaum Cina juga tidak gembira kerana tidak dapat mengaut semuanya. Membuang Artikel ini bermakna malapetaka bagi Malaysia. Malangnya, di negara kita terdapat manusia-manusia yang gemar sekali bermain dengan api perkauman. Satu pihak memanggil pihak yang lagi satu sebagai rasis lalu dibalas pula dengan panggilan pendatang. Memandangkan tiada penyelesaian dapat dicapai, Perdana Menteri telah mencuba sedaya upaya untuk meredakan keadaan dan menyatakan dengan tegas bahawa kaum Cina juga adalah rakyat yang setia dan memanggil mereka pendatang bukan sahaja tidak wajar atau tidak tepat tetapi juga gila. Dengan itu, beliau merujuk kepada kaum Cina yang benar-benar bersikap seperti seorang warganegara yang setia yang meletakkan nasionalisme dahulu sebelum kaum, serta tidak mempersoalkan perlembagaan mahupun Institusi Raja-raja. Bagaimanapun, portal Malaysiakini nampaknya begitu tega untuk mencurah petrol ke atas api yang hampir padam ini. Pembacanya juga mentertawakan seruan PM dalam usaha untuk membendung sifat perkauman. 'Perkasa' sekali lagi dibangkitkan sebagai simbol perkauman Melayu atau UMNO dan bahawa Perkasalah yang dirujuk sebagai 'gila' oleh PM dan selagi Perkasa tidak dibubarkan, selagi itulah usaha PM dianggap tidak ikhlas oleh mereka. Persoalannya, bagaimana pula dengan Dong Zong atau Dong Jiao Zong atau Hindraf? Kenapa NGO yang membela hak kaum Cina dan India tidak apa, tetapi Perkasa tidak boleh? Bukankah ini seperti seekor gagak menuduh merpati putih sebagai hitam? Siapakah rasis dan 'gila' sebenarnya di sini? Orang 'gila' yang sebenarnya ialah mereka yang lebih rela hidup di dalam neraka daripada syurga dengan berusaha sedaya upaya untuk mencetuskan keganasan perkauman. Mereka melakukan ini dengan memburuk-burukkan, memperlecehkan, mengetawakan dan mempersetankan segala usaha kerajaan untuk membawa perpaduan. Mereka bertegas untuk dipisahkan dari kaum lain dan menolak perjuangan Perkasa demi perpaduan melalui Satu Sekolah Untuk Semua. Mereka tidak habis-habis mengutuk Artikel 153 sebagai menjadi halangan antara mereka dengan syurga yang sebenar-benarnya. Semuanya adalah berkenaan apa yang mereka mahukan dan apa yang membawa keuntungan kepada mereka dan orang lain boleh 'pergi jahanam'. Apa yang mereka tidak tahu ialah kita semua hidup di atas bumi yang sama dan salah satu kaum tidak boleh 'pergi jahanam' tanpa mengheret kaum lain bersamanya. Justeru, Malaysiakini harus berhenti mengheret rakyat ke neraka jahanam dan belajar menghargai dan menilai negara yang umpama syurga ini. |
JANJI PAS KELANTAN TIDAK TERLAKSANA - KORUPSI HUSAM MUSA SUNDAL MARUAH ISLAM!! Posted: 26 Jun 2012 04:36 PM PDT Mungkin janji pembangunan mampu diracuni Nik Aziz dengan mendakwa Islam lebih pentingkan kualiti akhlak dan aqidah. Akan tetapi jika Enakmen Syariah pun tidak mampu digubal sehingga hari ini, apa lagi relevennya pemerintahan Serambi Mekah yang dicanang PAS Kelantan? Usahlah terlalu fanatik mempertahankan kepimpinan Nik Aziz. Walhal hanya zahir pada jasad sahaja menampakkan perwatakan Islam, akan tetapi batinnya semakin tercalar. Apatah lagi kasih sayang yang beliau berikan kepada seorang yang bakal direstui beliau menjadi penggantinya bagi jawatan MB bernama Husam Musa. Yang diam2 berbisa mengaut keuntungan peribadi hasil bumi yang sewajarnya diagihkan kepada rakyat. |
KHALID GAGAP GANTUNG TUGAS FAEKAH HUSIN..!!? Posted: 26 Jun 2012 08:15 AM PDT Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dicabar supaya menggantung tugas setiausaha politiknya Faekah Husin yang didakwa menyalahgunakan kepala surat pejabat Menteri Besar itu. Ketika membuat cabaran itu hari ini, Koordinator Barisan Nasional (BN) Selangor Datuk Seri Mohd Zin Mohamed berkata tindakan itu perlu sekiranya Abdul Khalid mahu mempertahankan maruahnya kerana sebelum ini beliau pernah menggantung tugas pegawai khasnya atas kesalahan yang sama. Pada 2008, Abdul Khalid menggantung tugas pegawai khasnya Mohd Yahya Sahri kerana menyalahguna kepala surat Pejabat Menteri Besar Selangor bagi tujuan mengutip derma dari syarikat swasta sempena sambutan 100 hari pemerintahan pakatan pembangkang di Selangor. Bercakap dalam sidang media di sini, Mohd Zin berkata sikap pilih kasih Abdul Khalid itu dalam mempertahankan setiausaha politiknya dilihat mencurigakan dan percanggahan yang paling terang pernah dilakukannya. Dalam satu pendedahan baru-baru ini, satu blog mendakwa Faekah menulis surat kepada Permodalan Negeri Selangor Bhd (PNSB) agar firma guaman milik anak saudaranya dilantik menjadi panel peguam di syarikat berkenaan. Susulan laporan itu, Faekah mengaku menulis surat terbabit tetapi mendakwa ia bertujuan mendapatkan pertimbangan daripada PNSB berhubung perkara berkenaan. Sementara itu, Mohd Zin turut mendakwa terdapat salah laku di kalangan pemimpin DAP melibatkan pemberian kontrak kepada firma guaman bagi menguruskan kes Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) baru-baru ini. Beliau mendakwa anggota DAP yang juga seorang Ahli Majlis MBPJ telah menyalahgunakan kuasanya dengan memberi kontrak kepada firma guaman milik seorang Anggota Parlimen DAP dengan kos sebanyak RM55,000 sedangkan kontrak awal telah diberi kepada pihak guaman lain dengan kos hanya RM15,000 sahaja. "Melalui kes ini, saya yakin bahawa DAP sebenarnya tidak bersih seperti yang disangka. Penglibatan DAP dalam beberapa salah laku oleh pemimpin DAP sendiri menyebabkan ahli DAP mula hilang kepercayaan terhadap parti itu. "Kepada rakyat Selangor jangan sesekali tertipu dengan lakonan pemimpin Pakatan Rakyat terutamanya DAP ini," katanya, sambil menunjukkan salinan dokumen berhubung salah laku itu kepada Bernama. |
BIADAP - PRESIDEN BAR COUNCIL HASUT HAPUS ENAKMEN UNDANG2 ISLAM..!! Posted: 26 Jun 2012 06:48 AM PDT Seorang peguam hari ini membuat laporan polis terhadap Presiden Majlis Peguam, Lim Chee Wee yang didakwa mengeluarkan kenyataan berbentuk hasutan berkaitan Enakmen Mufti dan Fatwa (Kedah Darul Aman) 2008. Mohd. Khairul Azam Abd Aziz, yang datang berseorangan, membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pada 11 pagi dan berada di balai itu selama sejam. Mohd. Khairul ketika ditemui pemberita berkata, kenyataan Lim yang ditemui di laman web badan peguam berkenaan disifatkan beliau sebagai satu unsur hasutan yang boleh mengundang kepada kebencian terhadap fatwa oleh mufti atau Jawatankuasa Fatwa Negeri. "Saya ada bertanyakan tiga perkara kepada Lim mengenai kenyataan beliau iaitu siapa yang memberikan autoriti untuk mengeluarkan kenyataan tersebut, adakah ada sebarang mesyuarat sebelum kenyataan itu dikeluarkan dan adakah terdapat permintaan rasmi untuk mengeluarkan kenyataan itu. "Saya memberikan Lim masa tujuh hari untuk menjawab namun baru semalam beliau memberi jawapan iaitu kerana kami berbeza pandangan justeru jawapan Lim itu tidak menjawab soalan saya," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis. |
You are subscribed to email updates from Gelombang Rakyat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment