Gelombang Rakyat |
- OTAK GILA - NIK AZIZ LAKNAT SEMUA MUFTI DI NEGARA INI...!!
- MESEJ NAJIB BUAT PENGUNDI KAWASAN BANDAR..!!
- NIZAR KOMUNIS TETAP MAU TERJAH ISTANA SULTAN JOHOR..!!
OTAK GILA - NIK AZIZ LAKNAT SEMUA MUFTI DI NEGARA INI...!! Posted: 12 Jun 2012 07:36 PM PDT Sejak sekian lama, Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz Nik Mat cukup dikenali dengan masalah mulut berus, gemar merendahkan orang lain dan acapkali suka memperlecehkan tahap keilmuan individu yang yang bercanggah pendapat dengannya. Itu reputasinya sejak dulu hingga kini, semuanya dek kerana terlampau taksud pada diri sendiri hingga lupa hakikat kejadian Illahi yang beliau hanyalah manusia biasa dan tak terkecuali dari kelemahan dan cacat cela. Tapi Nik Aziz kekal sebagai Nik Aziz yang bermulut berus, watak dan percakapannya tidak langsung menggambarkan gelaran tok guru yang disandangnya. Patutlah suatu ketika dulu ramai bekas pimpinan PAS memanggil Nik Aziz sebagai tok guru surat pekeliling. Rupanya betullah gelaran tok guru yang ditempelkan pada dahi Nik Aziz hanyalah jenama politik untuk mencari undi parti dan bersifat duniawi semata-mata. Jika betul Nik Aziz adalah seorang ulama atau Tok Guru yang benar-benar mursyid, tentu sahaja tidak tergamak dirinya menggelar Tuan Mufti Negeri Perak, Ustaz Harussani sebagai "seorang yang gatal mulut". Hanya dek kerana Ustaz Harussani menegur tingkah laku PAS yang makin jauh tenggelam dalam politik kepartian hingga mengabaikan perpaduan sesama Islam, tanpa fikir panjang dan tidak segan selu, Nik Aziz memperlekehkan pendapat Mufti. Namun, ini bukanlah pertama kali Mufti diperlekeh dan dipandang remeh oleh Nik Aziz. Dalam pertengahan 1990-an dulu, seorang mufti lain pernah di cop sebagai 'ulamak nifas dan haid' oleh Nik Aziz, juga kerana teguran Mufti tersebut terhadap tindak tanduk PAS. Pendek kata, bagi Nik Aziz, tiada seorang pun dalam dunia ini yang layak membuka mulut untuk menegur dirinya mahupun parti yang di dukung olehnya. Pantang ada yang berselisih pendapat dengannya, terimalah hamburan kata-kata nista dari mulut berusnya. Acapkali bila berceramah di pentas politik ataupun dalam majlis agama, Nik Aziz gemar berpesan hadirin yang hadiri supaya menghormati ulama. Tapi realiti yang berlaku, Nik Aziz sendiri tidak pernah belajar menghormati pendapat ulama dan teguran para Mufti hanya semata-mata dirinya mendahulukan kepentingan politik kepartian PAS. Sebelum kian ramai khalayak umum menyedari bahawa Nik Aziz hanyalah ulamak politik dan tok guru surat pekeliling yang cakap tak serupa bikin, eloklah mulai hari ini Nik Aziz belajar menghormati mufti. |
MESEJ NAJIB BUAT PENGUNDI KAWASAN BANDAR..!! Posted: 12 Jun 2012 05:21 PM PDT Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mendesak pengundi bandar kembali menyokong BN kerana gabungan itu lebih mungkin menunaikan janji. "Mereka harus faham bahawa masa depan mereka akan lebih baik kerana kami memastikan keamanan, kestabilan, keharmonian dan masyarakat yang lebih makmur," katanya dalam program 'chat' langsung di Internet anjuran New Straits Times hari ini. Ini, katanya, kerana BN mempunyai "darjah kepastian" lebih baik dalam kemampuan memberikan sesuatu. Najib menjawab soalan warga maya tentang tugasan sukar BN memenangi hati pengundi bandar. Ditanya pengguna Internet lain tentang imbuhan untuk golongan pertengahan memandangkan kumpulan berpendapatan rendah sudah menerima pelbagai pelbagai pemberian, Najib menjawab: "Ia tertakluk kepada keupayaan kita untuk menyusun semula asas hasil bagi negara." |
NIZAR KOMUNIS TETAP MAU TERJAH ISTANA SULTAN JOHOR..!! Posted: 12 Jun 2012 07:11 AM PDT Sekalipun Sultan Johor Ahad bertitah agar elok Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin memohon kemaafan kepada rakyat Johormengenai isu WWW 1, namun bekas Menteri Besar Perak itu tetap mahu mengadap baginda sendiri bagi memohon maaf dan memberi penjelasan berhubung kenyataan menerusi Twitternya. Pada sidang akhbarnya di lobi Parlimen Selasa Nizar seolah masih mehu mempertahankan twitternya itu tidak ditujukan kepada Sultan Johor. Beliau menyalahkan beberapa media yang didakwanya memulatbelitkan twitternya. "Tweet saya merupakan pandangan peribadi dan umum daripada seorang rakyat biasa tanpa ditujukan kepada mana-mana pihak...ini yang perlu diperjelas kepada Sultan Johor supaya tiada lagi spekulasi dan salah faham selepas ini," katanya Nizar berkata pihaknya akan menghantar surat permohonan rasmi bagi menghadap Sultan Johor dalam masa terdekat bagi membolehkan beliau menerangkan kedudukan sebenar seterusnya menghentikan kontroversi yang melanda isu tersebut. "Selepas Sultan Johor menyatakan bahawa elok saya memohon kemaafan kepada rakyat Johor, hari ini saya ingin menyatakan seikhlas hati bahawa saya ingin sangat untuk mohon kemaafan kepada Sultan Johor sendiri,"ujarnya. |
You are subscribed to email updates from Gelombang Rakyat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment