BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


PILIHANRAYA LEBIH PENTING DARI MENUNAIKAN HAJI - TUAN IBRAHIM TUAN MAN !!!

Posted: 14 Jun 2012 11:53 AM PDT


Beberapa tokoh agama di negeri ini turut mendesak Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengemukakan dalil al-Quran atau hadis yang menunjukkan bahawa kewajipan pilihan raya adalah sama dengan menunaikan haji.Bekas Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama Pas, Prof. Madya Mohd. Noor Deris berkata,tindakan Tuan Ibrahim itu seolah-olah meletakkan kewajipan melaksanakan pilihan raya demi partinya lebih besar daripada Rukun Islam kelima itu.

"Kita minta dia semak balik semua ajaran al-Quran dan hadis yang selama ini dia bawa, apakah ada satu ayat al-Quran dan hadis yang menyatakan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) setaraf dengan fardu haji?Rakyat juga ingin tahu apakah Tuan Ibrahim beranggapan PRU-13 sebagai kefarduan Allah yang mengatasi kefarduan menunaikan haji.Jika benar sebagaimana kenyataan dalam media itu, Tuan Ibrahim seolah-olah meletakkan kewajipan pilihan raya demi parti lebih besar dari Rukan Islam kelima itu," katanya kepada Utusan Malaysia.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Tuan Ibrahim dalam portal pro pembangkang, http://www.selangorku.com/?p >9042 yang meminta ahli-ahli Pas yang terlibat secara langsung dengan pilihan raya supaya menangguhkan ibadah haji bagi memberi laluan kepada PRU-13 dijangka antara September hingga Oktober.Sementara itu,Pengasas Pondok Geting, Tumpat, Abdullah Sa'amah berkata, adalah wajib bagi umat Islam menunaikan haji sekiranya telah cukup syarat dan sekiranya ia ditangguhkan, ini bermakna individu terbabit memperlekehkan hukum agama.

"Saya minta umat Islam tidak terkeliru dengan pandangan pemimpin Pas ini kerana mereka sudah songsang. Peluang mengerjakan haji sukar disebabkan kuota yang ditetapkan oleh kerajaan Arab Saudi.Ini sengaja mencuaikan kewajipan dan bukannya dalam keadaan darurat, Tuan Ibrahim telah memperlekehkan agama," katanya.

Pandangan yang sama turut dikongsi oleh Pengasas Pondok Pulau Ular,Zainal Abidin Awang yang menyifatkan Tuan Ibrahim telah mempermainkan hukum Allah.

"Tidak boleh sama sekali umat Islam menangguhkan haji apabila cukup harta, sihat tubuh badan, ada kenderaan pergi balik dan dapat meninggalkan nafkah kepada isteri serta anak-anak.Dia (Tuan Ibrahim) main-mainkan soal haji, tambahan pula dalam keadaan untuk mendapatkan tempat menunaikan haji amat sukar,Pas telah mempergunakan Islam untuk mendapatkan undi," katanya. - Utusan

PAKATAN HARAM NAK TANGGUH HAJI UNTUK PRU 13 ??? APA CERITA NI TUAN IBRAHIM TUAN MAN ??? WAJIB BACA !!!

Posted: 14 Jun 2012 08:30 AM PDT


Tuan Ibrahim Tuan Man bukan calang-calang orang.Dia adalah Ketua Penerangan PAS,pendek kata kalau PAS itu manusia,Tuan Ibrahim adalah lidahnya.Sudah tentu jawatan Ketua Penerangan ini bukan jenis yang punch masuk pukul 8.00 pagi,punch keluar pukul 5.00 petang.Ketua Penerangan kerjanya ialah bercakap bagi pihak parti,berkenaan hal parti juga,dimana dan bila diperlukan.Justeru amat menghairankan bila pemimpin PAS yang lain pakat-pakat menjauhkan diri dari Tuan Ibrahim dan menyifatkan kenyataannya supaya jentera parti menangguhkan ibadah haji,sebagai kenyataan bersifat peribadi semata-mata.Apa yang peribadinya mengenai kenyataan Tuan Ibrahim tu ??? Di samping dia sendiri sebagai Ketua Penerangan,hal yang dia bercakap itu pun hal parti,melibatkan gerak kerja parti untuk persiapan pilihanraya.

Yang saya nampak,pandangan Tuan Ibrahim itu tidak disokong sebab sudah jelas satu Malaysia orang marah dengan PAS kerana sanggup mengenepikan ibadah (rukun Islam) untuk kepentingan parti,macamlah yang nak menyelamatkan kita di akhirat besok PAS,bukan amal ibadat kepada Allah swt.Selain PAS mahu melihat sendiri respon orang ramai kepada kenyataan tersebut sebelum menentukan tindakan selanjutnya.Kalau siar guna Harakah,selain backfire kepada diri mereka semula,respon hanya mewakili ahli parti PAS sahaja,bukan khalayak yang lebih ramai.Berlainan bila isu ini disensasikan oleh Utusan Malaysia yang punya jumlah pembaca jauh lebih besar dari Harakah.Apa yang saya nak tegaskan disini ialah semua ini membuktikan sememangnya kenyataan Tuan Ibrahim Tuan Man itu adalah pendirian rasmi PAS,cuma kerana hasilnya tidak seperti yang diharapkan,maka mereka lebih rela mengalihkan semua beban kesalahan kepada Tuan Ibrahim.Seperti biasa,Tuan Ibrahim akan senyap seketika,orang lain ambil alih (contoh Idris Ahmad) dan kembali bersuara bila isu ini sudah senyap dan tidak lagi hangat.

Oleh kerana ini adalah pendirian rasmi PAS,maka wajiblah kita mempersoalkan parti jenis apa yang sanggup mengenepikan ibadah yang menjadi salah satu dari rukun Islam, semata-mata untuk urusan duniawi seperti pilihanraya ??? Dulu bila kita kata PAS tak boleh beza antara politik dan agama,dia kata UMNO kafir sebab UMNO umpamakan agama suku,politik suku (Amanat Hadi Awang).Janganlah pemimpin PAS harap penafian ini boleh menyelamatkan PAS dari kutukan dan kecaman rakyat,terutama orang Islam di Malaysia ini.Ramai orang sudah masak dengan pendekatan dan strategi seumpama ini dalam PAS, tinggal lagi ada sekelompok manusia hati kering dalam parti tersebut yang mampu memekakkan telinga dan membutakan mata kepada kebenaran,berterusan memanjangkan pembohongan yang dilakukan pemimpin mereka.Itu yang buat ada segelintir rakyat yang terpengaruh,maklumlah,pembohongan yang disebut berulang-ulang,akhirnya akan nampak macam betul.

RENUNG-RENUNGKAN

BONGKAR !!! KEPADA @NAJIBRAZAK !!! ADAKAH BENAR ANWAR IBRAHIM MELATIH GERILA PLURALISME DI INDONESIA ??? WAJIB BACA !!!

Posted: 14 Jun 2012 04:57 AM PDT


Mungkin ramai yang tidak sedar akan kewujudan akhbar kecil 'Malaysia Harini',namun muka depan akhbar ini bagi tarikh 11 – 25 Jun 2012 menunjukkan yang akhbar ini perlu diberi perhatian.Pendedahan di muka depannya yang bertajuk 'Utan Kayu markas lahir gerila anwar?' mendedahkan bagaimana mahasiswa dilatih untuk menyerap masuk ke dalam sektor-sektor awam sebagai perisik untuk memperoleh maklumat.Dalam pada itu,mereka juga bertanggungjawab untuk menerapkan pemikiran dan fahaman liberal dan plural di kalangan masyarakat.Matlamat utama latihan mereka di markas tersebut adalah untuk menjatuhkan kerajaan yang menolak pemikiran dan fahaman mereka.Menurut akhbar tersebut,Anwar telah merekrut ramai anak muda kita,terutama mahasiswa untuk dihantar ke Utan Kayu bagi menjalani latihan.

Secara ringkasnya,pemikiran liberal dirujuk sebagai pemikiran terbuka yang meletakkan hak asasi,iaitu kemahuan,kehendak dan nafsu manusia mengatasi tuntutan budaya, agama mahupun hukum alam,contohnya perlakuan seks songsang.Dalam hal-hal tertentu,golongan ini juga meletakkan hak segelintir mereka sebagai mengatasi hak majoriti contohnya dalam menganjurkan demonstrasi dan rusuhan. Fahaman pluralisme pula merujuk kepada kepercayaan bahawa semua agama adalah sama kedudukannya.Maka,ibadah dalam Islam seperti solat boleh dilakukan di mana-mana saja tempat ibadat tanpa mengira sama ada ia adalah kuil hindu atau gereja.Selain itu,semua orang boleh mengaminkan doa yang ditujukan kepada Allah S.W.T. atau Dewa berkepala gajah, atau Jesus Christ kerana ia tiada bezanya.

Komunitas Utan Kayu dipelopori oleh Pengarang akhbar Tempo iaitu Goenawan Mohamad,Pengarang akhbar Suara Pembaruan,Aristides Katoppo,Peneliti LIPI,Moehtar Pabottinggi, Wartawan Kanan Radio Mara,Mohamad Sunjaya,Pegawai Komunikasi UGM,Ashadi Siregar serta beberapa tokoh wartawan lain di Indonesia.Kebebasan akhbar yang wujud selepas tumbangnya Presiden Seoharto telah membuka jalan yang luas kepada golongan ini untuk bergerak cergas. Bagi memudahkan pergerakan mereka dalam politik, pemimpin Komunitas Utan Kayu menubuhkan Institut Studi Arus Informasi (ISAI) yang bertanggungjawab menerbitkan buku politik dan membangunkan jaringan wartawan alternatif.

Sepertimana agen-agen penyebar fahaman liberal di Malaysia seperti Malaysiakini,SUARAM dan berbagai-bagai lagi yang ditaja oleh NED dan NDI iaitu antara jaringan kompleks di bawah CIA,Majalah Tempo juga ada menerima bantuan khusus daripada The Asia Foundation dari jaringan yang sama.Melalui dana yang diterima dari pihak inilah maka Goenawan berjaya menubuhkan Komunitas Utan Kayu dan juga Komunitas Salihara iaitu Pusat Islam Liberal dan LGBT, yang mana Anwar pernah dijemput untuk memberi ucapan khas. Peneraju The Asia Foundation di rantau Asia Tenggara ialah Dr. Surin Pitsuwan,Bekas Menteri Luar Thailand dan sahabat Anwar.

Surin mendapat pendidikan dari Harvard,merupakan Muslim Thailand pertama yang pro neo-con sehingga diterima sebagai fellow di The Rockeffeler Fellowship Program,The Rockefeller Foundation,Harvard University dan American University,Cairo. Peranan The Asia Foundation ialah menaja fahaman Islam pro-barat atau liberal tadi.Selain Anwar yang pernah berucap di Komunitas Salihara,Goenawan juga pernah menjemput Aminah Wadud, iaitu tokoh Islam liberal yang mengimamkan solat Jumaat di Amerika untuk berucap di sana.Mungkin ramai yang lupa bahawa ketika Anwar menjadi Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM),beliau pernah melantik Aminah Wadud ini sebagai tenaga pensyarah Universiti dari 1989 – 1993.

Antara tokoh lain yang pernah menjadi tetamu kehormat Komunitas Salihara ialah Musdah Mulia iaitu tokoh Islam liberal yang giat membela LGBT.Selain Komunitas Salihara,Goenawan juga memperjuangkan LGBT melalui Lontar Foundation dan Tifa Foundation. Persamaan antara Aminah Wadud, Musdah Mulia,Goenawan dan Anwar Ibrahim adalah mereka merupakan antara personaliti Islam yang menerima sanjungan serta anugerah khas dari Barat atas nama pejuang kebebasan, pejuang hak asasi, kemanusiaan dan berbagai-bagai lagi. Kerana berjaya menimbulkan kontroversi di kalangan umat islam,Aminah Wadud menerima Danish Democracy Prize. Musdah Mulia menerima anugerah US State Department's International Women of Courage kerana membela LGBT.Anwar diberi jawatan tinggi dalam beberapa organisasi dalam rangkaian jaringan Neo-con manakala Goenawan pula menerima penghargaan 'Dan David Prize' dari Tel Aviv University,Israel malah akhbar Israel,haaretsz juga melaporkan bahawa goenawan turut diberi hadiah wang USD250 ribu atas penghargaan itu.

Hakikatnya,pengiktirafan,anugerah dan sanjungan yang diberikan oleh barat kepada semua mereka ini,walaupun dirujuk atas nama hak asasi, kemanusiaan,kebebasan dan sebagainya adalah sebenarnya pengiktirafan terhadap kerja kuat mereka untuk memecahbelahkan umat Islam serta melemahkan pegangan agama Islam.Di Malaysia,antara tokoh yang turut menerima sanjungan dan beberapa anugerah dari Barat atas nama hak,kebebasan dan kemanusiaan adalah Ambiga Sreevanesan,yang juga merupakan pejuang LGBT.Justeru itu,jika ada yang masih sangsi dengan kewujudan gerakan khas untuk melemahkan Islam,sewajarnyalah mereka kembali merujuk kepada Al-Quran yang menyatakan bahawa "Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu sampai kamu mengikuti agama mereka" (al baqarah ayat 120).

Allah tidak berbohong kepada hambanya.Bukti kebenaran ayat-ayat Al-Quran kini berada di depan mata.Semoga mahasiswa dan golongan-golongan muda di Malaysia tidak terlalu mudah terhasut untuk membenci dan memberontak tanpa asas. Dan gunakanlah akal dengan sebaiknya agar tidak terpedaya dengan ide-ide baru yang kelihatan menarik tetapi sebenarnya sesat dan merosakkan diri serta masyarakat.saya harap Kerajaan tidak memandang ringan akan pendedahan ini.Adalah diharapkan agar tindakan tegas diambil untuk mengekang pergerakan agen-agen neo-con di negara kita.kepada yang baca artikel ini tolong sampaikan kepada yang bertanggungjawab untuk menguruskan hal ini ataupun sampai kan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak...

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! ADUN PAS SELANGOR ISYTIHAR AKAN BERSAMA DENGAN DATUK HASAN ALI ??? WAJIB BACA !!!

Posted: 14 Jun 2012 01:30 AM PDT


Tidak perlu dinafikan lagi,bahawa persengketaan di antara Hasan Ali dan PAS bukanlah rahsia.Hasan Ali,dalam siri ceramahnya secara terang-terangan menyatakan akan ketidakmampuan PAS mengendalikan isu-isu yang berkait rapat dengan soal agama Islam di Selangor. Sungguhpun Hasan Ali melabelkan golongan ini sebagai parasit,mahu tidak mahu Hasan Ali harus mengakui bahawa itu adalah pendirian parti Islam Se Malaysia itu.

Ia bukanlah pendapat peribadi,tetapi dasar parti dalam satu kerajaan yang punya kuasa untuk memerintah. Berkuasakah PAS di Selangor dalam mengangkat Islam di tempat yang mereka war-warkan?

Isu perlantikan exco setelah pemecatan Hasan Ali sangat kontroversi dan panas.PAS,yang difahamkan hanya menghantar satu nama kepada pihak Istana,iaitu Pesuruhjaya Negeri merangkap YB Meru.Sehinggakan,terdengar desas-desus bahawa YB Meru telah berjumpa dengan pembantu peribadi seorang Exco Negeri yang lain bagi mengetahui hal-ehwal dan tugas seorang Exco.Allah maha kuasa,rupanya ADUN Sijangkang,YB Dr. Ahmad Yunus Hairi telah dilantik sebagai Exco oleh pihak istana,yang kemudiannya diberi portfolio hal ehwal adat dan belia oleh Khalid Ibrahim.

Hari ini,ADUN Sijangkang ternyata tidak terkongkong oleh budaya "cetek akal" yang menjadi pegangan kebanyakkan ahlul PAS dan Pakatan Rakyat.Kenyataannya yang menyokong pembinaan lebuhraya bertol iaitu Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE). Menurut laporan,YB Dr. Ahmad Yunus mahukan rakyat memanfaatkan lebuhraya berkenaan untuk meningkatkan ekonomi dan taraf hidup tanpa mempolitikkan isu lebuhraya tersebut.


Wow!!! Mempolitikkan lebuhraya? Nada kenyataannya jelas menyanggah kegemaran politikus Pakatan Rakyat, yang acapkali menjadikan lebuhraya sebagai isu untuk memenangi hati rakyat.

Apakah kenyataan ini benar, atau akhbar terbabit memanipulasi kenyataan asal beliau?

Sekiranya benar,maka kenyataan itu sama sekali bertentangan dengan apa yang pernah diwar-warkan oleh Pesuruhjaya PAS Selangor,yang cukup gemar mengambil tol lebuhraya sebagai contoh peningkatan kos hidup dalam beberapa ceramahnya.

Apakah YB Sijangkang, secara berkias,menyatakan pendiriannya bahawa beliau tidak tergolong di dalam golongan disebut oleh Hasan Ali sebagai "parasit"?

Jika diteliti,kenyataan YB Sijangkang itu sebenarnya melawan arus, atau songsang dari apa yang sering dipolitikkan oleh PAS dan ahlul-ahlulnya. Dan ini boleh dianggap sebagai pendekatan berhemah YB Sijangkang bagi mendekati kem Hasan Ali.Apapun, penulis ucapkan tahniah kepada YB Sijangkang, yang berani berfikir di luar kotak, sambil menimbang keperluan lebuhraya bertol.Jangan malu-malu untuk menyertai Hasan Ali, kerana khuatir sikap "gentleman" YB Sijangkang akan terus karam bersama golongan parasit pada PRU 13 nanti. - Selangor Daily

KISAH BENAR #BERSIH3.0 !!! ANWAR IBRAHIM BAPA POLITIK YANG BENCI KERAJAAN DAN SUKA DENGAN HASUTAN ??? WAJIB BACA !!!

Posted: 13 Jun 2012 10:00 PM PDT


Ketua Pembangkang,Anwar Ibrahim mendakwa meningkatnya kejadian keganasan politik adalah disebabkan sikap berdiam diri Perdana Menteri terhadap insiden yang berlaku.Anwar memberi contoh kekecohan yang berlaku semasa ceramah beliau di Lembah Pantai tempoh hari sebagai bukti dakwaannya.Rakyat tahu hakikat sebenar bahawa sepanjang sejarah politik negara tidak pernah berlaku kejadian seperti mana yang dituduh oleh Anwar.Pola keganasan politik yang disebut beliau mula kelihatan dalam masyarakat Malaysia sebaik sahaja Anwar dibebaskan dari penjara lapan tahun lalu.Ia bertambah rancak apabila beliau memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh pada 2008 dan seterusnya diangkat sebagai Ketua Pembangkang.

Kalau dahulu hanya terdapat protes secara kecil-kecilan dan terpencil oleh penyokong pembangkang tetapi setelah Anwar memimpin gabungan parti-parti PKR,PAS dan DAP di dalam Pakatan Haram,seolah-olah terdapat perancangan yang lebih teratur dan tersusun untuk menimbulkan huru hara di negara ini.Kemuncaknya boleh dilihat daripada rusuhan yang berlaku semasa perhimpunan Bersih 3.0 pada April lalu.Bukan sahaja harta benda awam musnah dan rosak,malah kenderaan pasukan polis juga dimusnahkan serta petugas media tercedera.Klip video jelas menunjukkan Anwar memberi arahan kepada Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali supaya penyokong merempuh halangan perimeter Dataran Merdeka.

Rusuhan Bersih 3.0 disebabkan peranan utama Anwar menghasut orang ramai serta pengerusi perhimpunan, Ambiga Sreenevasen yang melanggar Akta Perhimpunan Aman 2012.Inilah politik benci dan hasutan yang diamalkan oleh pihak Pakatan Haram sejak dari dahulu.Pergi sahaja ke mana-mana ceramah yang dianjurkan mereka,rakyat akan berpeluang mendengar bermacam-macam tuduhan liar,fitnah dan tohmahan yang dilemparkan kepada kerajaan dan pemimpin-pemimpin negara.Sudah tentu sasaran utama mereka ialah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Tidak cukup dengan itu,Pakatan Haram menggembangkan budaya politik kotor mereka untuk menyerang isteri Perdana Menteri,malah anggota keluarga Perdana Menteri juga tidak bebas daripada serangan politik Pakatan haram.Politik hasutan yang dicetuskan oleh pemimpin-pemimpin pembangkang seperti Anwar, Nik Aziz, Lim Guan Eng, Mat Sabu dan lain-lain inilah yang mewujudkan suasana tidak tenteram dan ketidakstabilan politik di dalam negara.Pakatan Haram tidak mempunyai modal politik yang kukuh untuk menghentam kerajaan melainkan membuat dakwa dakwi yang kadangkala di luar logik dan penerimaan akal yang sihat.Setiap isu diputar belit dan diselewengkan fakta,umpamanya menuduh Datuk Seri Shahrizat Jalil terlibat secara langsung dalam isu NFC semasa beliau menjadi anggota Kabinet.

Setelah meletak jawatan barulah SPRM membersihkan namanya dan keluar fakta sebenar bahawa beliau tidak terbabit langsung dalam isu tersebut.Namun kerosakan terhadap integriti dan maruah seorang menteri telah pun berlaku disebabkan fitnah pihak Pakatan Haram.Anwar serta pemimpin Pakatan Haram tidak peduli samada apa yang dihamburkan dari mulut mereka dalam siri ceramah kepada rakyat berlandaskan kepada fakta atau sebaliknya.Yang penting Pakatan Haram mahu menimbulkan semaksimum kebencian di dalam hati rakyat terhadap kerajaan.Segala usaha pembangunan yang di bawa oleh kerajaan Barisan Nasional untuk membela nasib rakyat sejak merdeka mahu ditutup oleh Pakatan Haram dengan budaya fitnah dan hasutan mereka.Pakatan Haram berfikir jika rakyat sudah cukup membenci kerajaan atas propaganda dan dakyah ang mereka sebarkan,maka mereka untuk merampas Putrajaya menjadi semakin cerah.Mereka gagal memahami politik lapuk yang mereka amalkan sudah lama ketinggalan zaman.Pemimpin politik seperti Anwar dilihat sebagai sudah usang dan lebih sesuai dikaitkan dengan zaman Jurassik.Rakyat mahu kerajaan sediada terus menerajui usaha membela mereka kerana mereka tahu membezakan antara fakta Perdana Menteri dan auta Anwar.

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! KESEPAKATAN BN TERBUKTI MELALUI KONSEP CALON BOLEH MENANG !!!

Posted: 13 Jun 2012 07:00 PM PDT


Rakyat mengalu-alukan formula baru pembahagian kerusi berdasarkan konsep 'calon boleh menang' dan bukannya populariti parti sepertimana yang diumumkan oleh Tan Seri Muhyiddin Yassin Kelmarin.

Contoh yang diberikan ialah,"…kalau di Parlimen Batu kita lihat (Pengerusi Parti Progresif Penduduk Wilayah Persekutuan) Datuk A. Chandrakumanan boleh menang,maka kita letakkan menggantikan Gerakan,…"

Formula baru ini dapat memastikan bahawa penyokong BN tidak berada dalam dilemma ketika membuang undi atas alasan tidak suka dengan calon yang diletakkan. Sementara itu,ia juga akan membantu BN menarik golongan atas pagar kerana golongan ini sering mengundi berdasarkan calon dan bukan parti.Lebih dari itu,tidak mustahil penyokong Pakatan Haram akan memberi undi kepada BN atas faktor calon yang tepat dan diterima baik oleh masyarakat setempat.Syukurlah kerana BN telah belajar dari kesilapan 2008,di mana faktor calon yang salah banyak merugikan parti yang sedia lemah ketika itu.Pada 2008,BN terlalu yakin dan selesa dengan nama parti sehingga mengambil mudah faktor calon.Ramai pemimpin BN ketika itu percaya yang rakyat mengundi parti dan bukan calon serta parti akan tetap menang walau siapapun calonnya dan walaupun calon itu tidak bekerja dengan baik untuk mereka.Ternyata sikap tersebut telah membawa kerugian yang besar kepada parti,rakyat dan juga negara.

Walaupun begitu,BN masih berhadapan dengan ketidakpastian sikap parti-parti komponen untuk menerima baik formula ini.Semangat setiakawan serta kematangan calon akan teruji secara langsung.Kemungkinan sabotaj dan boikot tidak boleh dielakkan seratus-peratus.Maka,di sinilah perlunya rakyat bertindak matang agar tidak terpedaya dengan taktik sabotaj dan golongan yang tidak matang itu.Adalah penting untuk kita melihat sesuatu dalam konteks yang besar dan luas sebelum membuat keputusan.Sedikit kajian dalam mencerna maklumat juga tidak akan merugikan kita kerana undi kita adalah penentu masa depan kita dan juga negara.

Sewajarnya,sekiranya seorang wakil rakyat telah berkhidmat dengan baik akan disukai oleh penduduk setempat.Maka sewajarnyalah juga beliau akan dicalonkan kembali.Justeru, jika tidak tercalon, ia adalah salah diri sendiri dan bukannya salah parti atau salah kepimpinan. Andainya masih ingin merajuk,mengsabotaj atau memboikot PRU kerana tidak tercalon,maka ia dengan sendirinya menunjukkan yang mereka sememangnya tidak mempunyai ciri-ciri seorang manusia yang bertanggungjawab, jauh sekali seorang wakil rakyat atau pemimpin yang baik, sekali gus membuktikan bahawa keputusan untuk tidak mencalonkan mereka adalah tepat sekali.

Apa yang para calon 'wannabe' ini perlu tahu ialah, PRU di zaman transformasi ini tidak boleh lagi dianggap seperti PRU-PRU sebelum ini. Pemikiran rakyat sudah maju, sikap rakyat sudah berubah. Rakyat mampu memperolehi maklumat mengenai pemimpin dan isu-isu tertentu melalui hujung jari sahaja. Pemimpin boleh berpura-pura baik, boleh memanipulasi maklumat dan boleh menipu mengenai sesuatu isu tetapi beliau tidak boleh menipu sesiapa kecuali dirinya sendiri.Maka,kita harap semua pemimpin dari semua parti komponen berlapang dada dan menerima nasib mereka dalam PRU akan datang dengan terbuka. Jika nasib tidak menyebelahi anda sebagai calon,pastinya itu adalah yang sewajarnya untuk anda. Terimalah dengan sebaiknya dan baikilah diri jika masih menyimpan cita-cita untuk ke puncak kuasa. Tunjukkan pada rakyat bahawa kesepakatan antara parti-parti komponen BN adalah kesepakatan yang tulen, dan bukannya palsu sepertimana Pakatan Haram.

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! PENYANYI LELAKI MALAYSIA YANG BERTATU DAN PLAYBOY DI BONGKAR ??? SIAPA YEK ???

Posted: 13 Jun 2012 04:00 PM PDT


satu malaysia dah gempar kerana sebuah blog hiburan terkenal,Rotikaya.com menyiarkan di ruangan gosipnya yang mempamerkan beberapa keping gambar penyanyi lelaki bertatu di lengan dan berpelukan dengan seorang gadis seksi.siapa kah lelaki itu ??? Menurut blog tersebut,gambar-gambar panas penyanyi yang sedang meningkat naik itu dikirim oleh seorang peminat melalui emel yang seolah-olah sangat marah terhadap perilaku artis itu yang menyerupai seorang "playboy".Pengirim emel tersebut turut mendakwa bahawa meskipun penyanyi yang dirahsiakan identiti itu mengaku mempunyai kekasih hati,dia masih menjalin hubungan sulit dengan bekas kekasihnya sehingga kini.

"Walaupun ketika ini beliau mengakui memiliki kekasih hati, pengirim e-mail mendakwa penyanyi ini masih menjalinkan hubungan dengan bekas kekasih lama'nya.Berderet juga nama yang di'senaraikan kepada kami lengkap dengan tempoh mula & tamat percintaan. Si pengirim seakan mempunyai pengetahuan tinggi tentang kehidupan penyanyi ini," kata pemilik laman hiburan itu.

Selain dari gambar aksi memeluk gadis seksi,turut disiarkan gambar penyanyi itu menayangkan tatu di lengannya,gambar bercoli di muka dan sekeping gambar lagi yang terdapat segelas air yang dipercayai arak di atas meja di depannya.Bagaimanapun pemilik Rotikaya.com masih berteka-teki mengenai identiti penyanyi itu yang dipercayai telah bertatu sejak dia tinggal di luar negara sebelum ini.

ANDA NAK LAGI GAMBAR LELAKI INI ???

KLIK DI SINI

UNTUK SELANJUTNYA

RENUNG-RENUNGKAN
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...