BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


KISAH BENAR !!! NIK ABDUH ADALAH BUKTI UTAMA KRONISME DAN NEPOTISME DALAM PAS !!! WAJIB BACA !!!

Posted: 08 Jun 2012 08:30 AM PDT


Pilihanraya ke 13 yang akan dilangsungkan tidak berapa lama lagi pastinya menjanjikan banyak peristiwa menarik,antara yang akan menjadi tumpuan ramai ialah politik dinasti.Apabila disebut politik dinasti ia berkait langsung dengan isu kronisme dan nepotisme ataupun boleh juga dikenali sebagai politik suku sakat.Suatu ketika dulu,isu sebegini kerap dipalitkan pada batang tubuh UMNO khususnya di era kegawatan emosi 1998.Antara tuduhan popular tika itu ialah pemimpin UMNO banyak mengkayakan kroni dan ahli keluarga sendiri.Tukang rintis mempopularkan isu pula tak lain tak bukan ialah Anwar Ibrahim.

Kebetulannya,tatkala Anwar menikmati puncak kuasa sewaktu bersama UMNO,dialah orangnya yang banyak mempelopori mencipta kekayaan untuk kroni melalui pemilikan saham percuma,jawatan penting parti dan kerajaan serta pembahagian kontrak termasuklah berjaya menjadikan abang kandung dan ayahnya jutawan segera dalam sekelip mata.

Kini,Anwar terus mengekalkan reputasinya sebagai pelopor kronisme dan nepotisme sekalipun sudah bertukar sikap menjadi Pakatan Haram tegar.Parti yang di dukungnya,PKR lebih dikenali sebagai parti keluarga berbanding parti untuk rakyat.Anwar adalah Ketua Umum,isterinya Wan Azizah sebagai Presiden,anak perempuannya Nurul Izzah pula adalah Naib Presiden.Dalam pada itu,PAS juga tidak lepas dari terjebak dengan masalah kroni dan nepotisme,saling tak tumpah dengan PKR.Ura-ura terbaru dari Kelantan menyebut,ramai pemimpin PAS sedang berusaha mengangkat anak Menteri Besar,Nik Abduh Nik Aziz sebagai calon pilihanraya bagi Parlimen Kubang Kerian.

Nik Abduh yang kini dikenali sebagai orang kaya baru di Kelantan juga pernah merasa empuknya kerus sebagai Ahli Majlis MPKB selama bertahun-tahun sebelum meletakkan jawatan kira-kira 3 tahun lalu.Tika ini Nik Abduh adalah Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat.Dua tahun lalu Nik Abduh pernah merasa penangan sepak terajang politik apabila terpelanting seketika selepas gagal merebut jawatan Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan hasil permainan politik Husam Musa dan penyokongnya.Walau dari kem yang kelihatan sama tapi masing-masing ada fokus dan matlamatnya yang tersendiri.

Sekiranya pencalonan Nik Abduh dalam pilihanraya nanti menjadi kenyataan,bermakna Naib Presiden PAS,Husam Musa yang juga anak didik Nik Aziz dan satu ketika dulu pernah di war-warkan bakal menjadi MB mengantikan Nik Aziz sekali lagi terpaksa menjelajah setiap PAS Kawasan untuk mencari kerusi kosong dan selamat.Umum mengetahui jatuh bangun Husam Musa berkait rapat dengan Nik Aziz manakala sinar politik Nik Abduh juga hasil dari darah keturunan yang mengalir dalam batang tubuhnya. Dengan kata lain kroni dan nepotisme dah lama mendarah daging bersama PAS, bezanya ia kurang diperkatakan ramai kerana dikaburi dengan label "Islam" yang tercatat pada nama PAS.

RENUNG-RENUNGKAN

BONGKAR !!! KENAPA AZMIN ALI DAN ISTERINYA TIDAK ISYTIHAR HARTA ??? WAJIB BACA !!!

Posted: 08 Jun 2012 05:00 AM PDT



Sejak Raja Petra Kamarudin (RPK) mendedahkan dokumen-dokumen rahsia,hasil siasatan Badan Pencegah Rasuah (BPR) berhubung salah laku rasuah Azmin pada 1995,saya lihat sedikit sahaja yang keluar dari mulut Azmin untuk mempertahankan dirinya.Itupun kalau boleh dipanggil 'keluar dari mulut',sebab setakat yang nampak ini hanya mesej twitternya saja yang mewakilkan dirinya menafikan terlibat dalam soal tersebut.Sama ada dia sendiri atau orang lain yang menulis mesej itu bagi pihaknya,tidaklah diketahui.

Tapi yang nyata,sekali lagi Azmin memilih jalan susah untuk menunjukkan dirinya bersalah.Dalam soal seumpama ini,sepatutnya Azmin dan Shamsidar boleh cepat-cepat mengistiharkan hartanya sekeluarga kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),kalau benarlah tidak ada pendapatan luar biasa yang nak disorokkan dari pengetahuan rakyat.Apa yang susah sangat dengan isytihar harta ??? Setakat jawab dalam twitter saja,mana cukup untuk menyakinkan rakyat.Lagipun memang resam manusia,mana pernah mengaku salah,apatah lagi salah jenis yang besar macam ini.Rakyat perlu sesuatu yang lebih kukuh untuk percaya dengan penafian Azmin.

saya pelik bila Azmin memilih jalan berliku untuk mensucikan namanya bila mana jalan senang,mudah dan lapang sudah ada di depan mata.Macam kes derhaka dengan ibunya jugalah,apa yang susah sangat pergi rumah orang tua itu,peluk cium ibunya dan kemudian ambil gambar besar-besar,nescaya selesailah masalah itu.Kalau tak selesai dari segi hubungan anak beranak,sekurang-kurangnya rakyat yang dibawah ini boleh diyakinkan bahawa hubungan kedua mereka tidak ada masalah seperti yang digembar gemburkan.


Tapi sehingga kini,Azmin masih gagal melakukan perkara semudah itu walaupun khabarnya,jarak rumahnya dengan ibunya tidaklah sampai sepelaung.Malah Azmin juga adalah Ahli Parlimen dalam kawasan tersebut,kalau takpun,Azmin masih perlu round kawasan itu sebulan sekali untuk mendengar dan menyelesaikan masalah rakyat.Ambillah peluang untuk jumpa ibunya waktu itu, tapi itupun tak mampu dibuat.Ataupun Azmin tak pernah round A.K.A tak menjalankan tugas sebagai Ahli Parlimen ???

Seseorang pernah memaklumkan kepada saya bahawa Azmin ini orangnya sombong.Dia rasa dirinya sudah terlalu kuat,lebih-lebih lagi sejak dipilih menjadi Timbalan Presiden PKR dalam pemilihan Nasional 2010 yang penuh huru hara itu.Mungkin kesombongan 'dalaman' Azmin ini terbawa-bawa diluar,dalam keadaan dimana dia perlu berhadapan dengan tindakan undang-undang sekalipun.Bagi orang biasa yang tidak melakukan kesalahan, sedikit sebanyak terganggu juga kita bila dihadapkan dengan segala bukti yang menunjukkan ada benda salah yang kita pernah buat dulu,tapi dengan Azmin lain pulak fesyennya.Nak kata rilek,tidak juga,tapi lebih dari itu dia kelihatan terlalu yakin, seolah-olah tidak akan ada satu pun tuduhan yang mampu mengaitkkannya dengan jenayah rasuah dan salah guna kuasa,tak kiralah sekuat mana pun buktinya.Inilah yang berlaku kepada Azmin sekarang.

Tapi Azmin silap,dia fikir dia untouchable ker ??? Kalau Anwar pegang jawatan tinggi dalam kerajaan macam dulu,mungkin ya,tapi keadaan sudah jauh berbeza.Orang dah naik jelak dengan pelbagai tuduhan yang menjurus kepada salah guna kuasa dan korupsi yang membabitkan Azmin lebih lagi bila semua tuduhan tersebut tidak dijawab olehnya.

VIDEO SEKS ANWAR IBRAHIM BERADA DI LAMAN WEB PORNSTAR ???

KLIK DI SINI


UNTUK SELANJUTNYA


RENUNG-RENUNGKAN

KISAH BENAR !!! ANWAR IBRAHIM MENGHASUT PELAJAR TIDAK BAYAR PINJAMAN PTPTN ???

Posted: 08 Jun 2012 02:00 AM PDT


Pendedahan oleh akhbar Cina,Sin Chew Daily pada 4 Jun 2012 yang lepas dan juga Meloyakini berkenaan hasutan Anwar supaya peminjam PTPTN tidak membayar hutang mereka ternyata hanyalah satu janji populis yang tidak berpijak di bumi nyata.Dalam ceramahnya bersama Lim Guan Eng itu,Anwar yang juga Penasihat Ekonomi Selangor turut menjanjikan PTPTN akan dihapuskan dalam jangka masa setahun selepas peralihan kerajaan pusat sekiranya pakatan pembangkang memenangi pilihanraya umum ke 13 kelak.

Konon hendak diganti dengan pendidikan serba percuma.Walhal Anwar lupa,Yayasan Selangor milik kerajaan Selangor hingga kini telah menutup pusat pendidikan kemahiran serta asrama kediaman pelajarnya.Mana logiknya untuk Anwar mempraktikkan pendidikan percuma ??? Kontradik dan memualkan sekali,tidak begitu wahai pembaca Badut Rakyat sekalian ???

Zaman sekarang sudah ramai yang buka mata dan bijak berfikir jauh ke depan.Tak semudah dan sewenang-wenangnya untuk Anwar terus menjual temberang dan mengabui mata rakyat.Omong kosong dan propaganda murahan seperti yang kerap di usung oleh Anwar dan pakatan Haram sudah dianggap seperti gebang penjual ubat dan makjun kesihatan di jalanan.Seronok untuk di dengar tapi mudarat untuk di guna pakai.Dari sudut lain pula,bukankah bila pinjaman yang sudah dimeterai perjanjian kontrak dan terma syaratnya dipersetujui,apabila sengaja dilanggar memperlihatkan sikap tidak bertanggungjawab ??? Walhal,jika PTPTN itu membebankan,lebih baik dari awal lagi dijauhi.

Anwar lupa,majoriti rakyat Malaysia bukannya sebodoh pemuja dan pengikutnya.Baik Melayu,Cina,India,kadazan,Iban dan apa saja kaum di bumi bertuah ini amat jelas resam bila berhutang menjadi kewajipan pula untuk patuh pada perjanjian pembayaran semula.Tanyalah siapa saja yang waras fikirannya,mereka akan bercakap perkara yang sama,hutang wajib dibayar.Waima kerajaan negeri Pulau Pinang yang ditadbir oleh DAP hingga kini terus aktif memburu ratusan rakyatnya yang gagal membayar semula wang pinjaman pendidikan yayasan negeri,mana mungkin untuk rakyat meyakini temberang dan hasutan Anwar.

Namun apabila Anwar menghasut rakyat khususnya para pelajar mengingkari bayaran semula pinjaman PTPTN,itu jelas menonjolkan sikapnya tidak bertanggungjawab seorang pemimpin.Jelaslah,Anwar sebetulnya hanya menjemput bala apabila menggesa peminjam mengabaikan tanggungjawab membayar semula pinjaman.Rakyat Malaysia tidak mungkin sanggup membiarkan tanahair ini diserahkan kepada Anwar dan Pakatan Haram yang tiada sikap cakna dan tanggungjawab.

RENUNG-RENUNGKAN

EKSKLUSIF DAN KISAH BENAR !!! KEGANASAN ADALAH OBJEKTIF UTAMA PAKATAN HARAM BILA KALAH PRU 13 !!!

Posted: 07 Jun 2012 11:12 PM PDT


Kalau dengar apa yang dikempenkan oleh Pakatan Haram,yang jahat,yang ganas dan yang mencetuskan segala macam keganasan adalah UMNO dengan ANJINGNYA iaitu POLIS DIRAJA MALAYSIA.Walaupun tiada sebarang campurtangan UMNO dan PDRM dalam masalah yang dihadapi oleh para pemimpin Pakatan Haram,UMNO dan PDRM jugalah yang dipersalahkan oleh mereka.Para pengikut Pakatan Haram sangat percaya bahawa UMNO dan PDRM saling bekerjasama untuk menunjukkan yang Pakatan Haram adalah penjahat,pengganas dan penipu terbesar di Malaysia.

Malangnya apa yang berlaku adalah sebaliknya.Bukan UMNO yang menunjukkan keganasan tetapi dari semasa ke semasa,Pakatan Haram yang sentiasa memilih jalan kekerasan dan keganasan untuk menyampaikan keinginan mereka yang tidak tertahan-tahan untuk menguasai Putrajaya.Siri-siri demonstrasi yang membabitkan Pakatan Haram mahupun yang didalangi oleh Pakatan Haram,semuanya mengarah kepada keganasan.Kempen-kempen yang dijalankan juga lebih kepada menjerumuskan emosi dan kemarahan yang sangat meluap-luap untuk menjatuhkan kerajaan terutama dengan cerita kononnya,pemimpin-pemimpin UMNO adalah penjarah,perompak dan penyonglap duit rakyat.

Bagaimana pihak yang seringkali melaung-laungkan keganasan dan usaha menjatuhkan kerajaan yang sah dipilih oleh rakyat menerusi demonstrasi,tiba-tiba sahaja bertukar menjadi baik,bahkan menyalahkan pihak lain kerana keganasan yang dicetuskan oleh mereka ???

Kerana tidak berpuas hati dengan SPR,Pakatan Haram menganjurkan demonstrasi besar-besaran di jalanraya dan mengganggu semua urusan aktiviti perekonomian.Kerana tidak berpuas hati dengan pengundi hantu yang menjadi igauan fantasi mereka,demonstrasi dilancarkan sehingga menyusahkan jutaan orang lain yang berurusan di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur.Tidak cukup dengan demonstrasi,keganasan dicetuskan pula dengan harapan ekonomi negara akan runtuh,pelabur tidak datang,golongan penjaja dan peniaga akan mengamuk dan hasutan mereka kononnya kerajaan gagal meningkatkan taraf ekonomi akan kelihatan benar.Apabila ada yang mengatakan Pakatan Haram akan mencetuskan keganasan dan rusuhan besar-besaran di seluruh negara sekiranya mereka kalah pada PRU13,ramailah di kalangan mereka yang segera cuba menafikan perkara berkenaan.Sebaliknya tudingan mereka mengarah kepada UMNO dan barisan kepimpinan Barisan Nasional.


Siapa yang tidak berpuas hati dalam segala hal ??? Kalau sudah semuanya tidak berpuas hati,tentu sekali mencetuskan keganasan bukanlah perkara susah.Apatah lagi dari semasa ke semasa, para pemimpin Pakatan Haram sentiasa mencanangkan yang pilihanraya negara ini tidak adil,tidak telus dan tidak berkualiti.Doktrin tersebut dipercayai dan diimani dengan bersungguh-sungguh oleh para pengikut Pakatan Haram.Malah yang paling menakjubkan ialah apabila mereka mengatakan,seandainya pilihanraya negara ini berjalan dengan adil,maka keseluruhan negara ini sudah berada di bawah Pakatan Haram,bukan setakat Kedah,Pulau Pinang,Selangor dan Kelantan semata-mata.

Perkara yang sama jugalah berlaku di Sarawak dalam Pilihanraya Negeri pada April 2011.Setelah puas memukul gendang kononnya Pakatan Haram akan menang besar di Sarawak,terutama sekali oleh PKR,hakikat yang terpaksa mereka telan adalah PKR hanya mampu meraih 3 kerusi dan DAP 16 kerusi dengan baki dan majoritinya dimiliki oleh Barisan Nasional.

Cerita daripada kemenangan Barisan Nasional ialah kononnya Barisan Nasional dan Taib Mahmud telah membayar sejumlah wang kepada para pengundi untuk mengundi Barisan Nasional.Sedangkan Pakatan Haram pula,bersih dan suci.Bantuan daripada SPR ditokok dengan rasuah pengundi telah membolehkan Barisan Nasional menang.Susulan kemenangan Barisan Nasional,beberapa kali Pakatan Haram,khususnya PKR cuba melakukan demonstrasi ganas termasuklah BERSIH 3.0. Namun demonstrasi mereka tidak mendapat sambutan daripada rakyat Sarawak.Itu keadaan di Sarawak…ianya sangat berbeza di Semenanjung di mana rata-rata peminat,penganut dan penyokong Pakatan Haram terdiri daripada manusia-manusia yang sangat sukakan keganasan seperti yang dibuktikan menerusi Demonstrasi Ganas BERSIH 3.0 di mana sasaran mereka adalah cuba membunuh anggota-anggota polis.

Justeru,objektif utama Pakatan Haram seandainya mereka gagal menguasai Putrajaya atau kalah besar pada PRU13 nanti,ialah melakukan keganasan untuk menimbulkan kegerunan sepertimana yang dilakukan oleh Parti Komunis Malaya pada musim-musim Darurat dahulu.Keganasan para penyokong Pakatan Haram memang sudah terbukti terutama apabila mereka lebih sibuk menyalahkan polis dan UMNO atas perbuatan mereka sendiri !!!

VIDEO SEKS ANWAR IBRAHIM BERADA DI LAMAN WEB PORNSTAR ???

KLIK DI SINI


UNTUK SELANJUTNYA


RENUNG-RENUNGKAN

KISAH BENAR !!! ADA KAH SEBAB NIZAR PAS AKAN JATUH ??? WAJIB BACA !!!

Posted: 07 Jun 2012 07:00 PM PDT


Entah di mana silapnya,malang yang terhempuk di kepala bekas MB Perak,Nizar Jamaludin terus bertimpa-timpa mengalahkan jatuh di timpa tangga.Jika ditanya pada khalayak PAS persoalan siapakah paling dibenci tika ini, tidak dapat tidak mulut mereka akan terjuih tuju kepada Nizar.Bagi mereka sialnya mulut dan sikap Nizar menyebabkan PAS tak dapat duduk diam dari menerima hentaman dan kritikan umum.Himpunan Hijau Menuju Putrajaya misalnya yang patutnya menjadi medan penting mengembalikan PAS ke posisi terbaik untuk tawar menawar kerusi dengan rakan sepakatan dalam Pakatan Haram tiba-tiba dicemari dengan ucapan pengharapan Nizar yang mahu melihat kejatuhan PAS serta Pakatan Haram di semua peringkat.

Lumrah untuk kita sesekali tersasul namun biasanya kita akan diberi ilham oleh Allah s.w.t untuk tersedar kemudian memperbetulkannya beberapa ketika selepas ucap kata yang tersilap kita sebut sebelumnya.Tapi hingga kini baik Nizar mahupun media maya pro PAS enggan mengulas atau memperbetulkannya,barangkali masing-masing berasa malu.Kebetulan yang menarik dalam salah satu rakaman video yang memaparkan Nizar sedang berucap di majlis himpunan itu terpampang jelas beberapa penghadang kayu yang kelihatan seperti salib secara tidak sengaja.Tak semena-semana peristiwa kalimah Allah s.w.t dijadikan gadaian oleh PAS bergema kembali.



Beberapa hari sebelum itu pula,Nizar jugalah yang mencetuskan kontroversi dan kemarahan orang ramai apabila sengaja mengkritik pembelian nombor pendaftaran oleh Sultan Johor.Akibatnya panas punggung pemimpin PAS untuk mengatur buah silat untuk menepis kritikan bertali arus.Kira-kira dua tiga minggu sebelum ini,dek kerana ingin menarik perhatian ramai, Nizar telah dengan sengaja 'menceroboh' ceramah UMNO dengan hasrat mahu bikin gempak supaya pemimpin UMNO di majlis tersebut akan kelihatan terkejut,takut dan pucat.

Akhirnya apa yang terjadi malu yang dapat apabila rakaman video yang dimuatturunkan menunjukkan aksi sebaliknya.Tayangan video pembohongan Nizar dipertontonkan ramai dan sifat gemar membohong Nizar terus dibalun hinggalah Nizar tersipu-sipu malu meninggalkan majlis.Sejak dirinya terbabit berkonspirasi untuk cuba menjatuhkan Husam Musa dalam pertandingan Naib Presiden PAS setahun lalu,imej dan kredibilitinya yang sudah jatuh semakin menjunam ke bawah. Di tambah lagi dengan isu-isu terkini yang menyelubungi dirinya,lebih ramai penyokong PAS yang menyampah berbanding menyanjung dirinya.




Tidak syak lagi jika situasi ini berkekalan dan usaha meningkatkan kembali imej Nizar dan PAS gagal ditangani oleh parti itu,besar kemungkinan PRU 13 kelak harapan permulaan zaman kejatuhan PAS seperti diucapkan oleh Nizar bakal menjadi kenyataan

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! RAS ADIBA DI SAMAN RM3.2 JUTA ??? WAJIB BACA !!!

Posted: 07 Jun 2012 04:00 PM PDT


Bekas Personaliti TV3,Ras Adiba Mohd Radzi berdepan saman berjumlah RM3.2 juta oleh Pengarah Inki Plas Holding Sdn Bhd, Nik Fauzi Nik Hussein kerana didakwa telah melanggar perjanjian kontrak mengenai penjualan saham.Menurut laporan daripada KL Pos,Nik Fauzi menfailkan saman tersebut pada 3 Mei lalu menerusi Tetuan KC Tang & Co di Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur.Kes yang ditetapkan untuk pengurusan di hadapan Pendaftar Norhanum Hassan dengan dihadiri peguam Datuk Mohd haziq Pillay bagi pihak Ras Adiba dan Mohammad Shafie Afendi mewakili Nik Fauzi.Haziq kemudiannya memberitahu bahawa Norhamun telah menetapkan 27 Jun ini untuk pengurusan kes.

Menerusi penyataan tuntutan,plantif mendakwa beliau mempunyai pegangan saham di dalam syarikat Inki Plas Holding Sdn Bhd sebanyak 65 peratus dan bersetuju menjual semua saham tersebut kepada bekas Penyampai Berita Edisi 7,NTV7.

Jelas Nik Fauzi, pada 24 Julai 2006,beliau dan Ras Adiba telah memeterai perjanjian penjualan saham dan ia disetemkan pada 2 Ogos 2006.Nik Fauzi turut mendakwa bahawa Ras Adiba mempunyai kuasa dan kawalan terhadap pengstrukturan syarikat dan ia menjadi tujuan Ras Adiba membeli saham tersebut.Namun Ras Adiba dikatakan gagal dan telah menyebabkan syarikat berdepan dengan masalah kewangan.Tambahnya,Ras Adiba sepatutnya membayar liabiliti syarikat berjumlah RM3.2 juta tetapi gagal berbuat demikian dan telah memungkiri perjanjian.

Sementara itu,selain menfailkan saman ganti rugi berjumlah RM3,288,172,Nik Fauzi turut menuntut deklarasi bahawa defenden memungkiri Perjanjian Penjualan Saham bertarikh 24 Julai 2006, faedah pada kadar empat peratus setahun,kos dan relif lain.
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...