PAPA GOMO |
- Vote 4 BN, Rakyat Selangor Mampu Melakukannya.
- Najib Razak, Scorpene Modal Terakhir Juak Pembangkang
- Anwar Pandikutty Saudagar Mimpi
Vote 4 BN, Rakyat Selangor Mampu Melakukannya. Posted: 08 Jun 2012 06:55 PM PDT Sayangi Selangor, Yakini BN. Rakyat Selangor pasti mampu melakukannya demi anak anak Selangor akan datang dalam memastikan kerajaan Pakatan PAS,PKR yang hanya menjadi Boneka DAP dihancurkan. Cukup sepenggal mereka tadbir Selangor, Save Selangor..... Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile. |
Najib Razak, Scorpene Modal Terakhir Juak Pembangkang Posted: 08 Jun 2012 06:07 AM PDT ISU yang hebat dimainkan media pro pembangkang mutakhir ini ialah berkaitan dengan tulisan seorang wartawan Roger Mitton dari akhbar Phonm Penh Post berhubung skandal Scorpene dan pembunuhan Altantunya. Naik muak pun ada bercakap benda yang hampir sama sejak 5 tahun lepas tapi memikirkan Hospital Bahagia belum ada ubat untuk mengatasi penyakit mental yang seumpama ini, maka jadi tanggungjawab penulislah untuk menerangkan kepada rakyat Malaysia tentang penipuan yang cuba disebarkan si benak-benak otak dalam Pakatan Rakyat ini. Penulis suka nak memulakan tentang akhbar Phonm Penh Post ini. Phonm Penh Post adalah akhbar berbahasa Inggeris dari Kemboja atau dalam bahasa Inggerisnya Cambodia. Cambodia pula adalah antara negara termiskin di Asia Tenggara, dan tidak pernah kita dengar Cambodia menjadi pusat rujukan agensi-agensi berita terkemuka di dunia seperti Reuters, AFP dan sebagainya. Penulis dimaklumkan bahawa di Cambodia sendiri pun, Phonm Penh Post bukanlah akhbar yang terkenal seperti New Strait Times dan The Star disini, maklumlah, dengan kadar buta huruf yang tinggi, berapa kerat saja orang di Cambodia sana nak baca akhbar berbahasa Inggeris. Tujuan penulis menyebutkan ini bukan dengan maksud menghina, tapi nak menggambarkan bahawa betapa kecilnya akhbar ini dibanding dengan agensi berita antarabangsa yang lain. Jadi siapa Phnom Penh Post ini dan apa layaknya untuk bercakap tentang masalah di Malaysia, nak cakap pasal kapal selam? Cambodia pun tak memiliki waima sebijik kapal selam untuk membolehkannya mengalami sendiri pengalaman membeli dan menguruskan peralatan ketenteraan tersebut dari perspektif yang betul. Justeru, rujukannya penulis rasa lebih banyak dari apa yang dipapar dan ditulis di Internet semata-mata, bukan berdasarkan fakta sebenar. Tidak hairan kenapa banyak fakta dalam artikel tersebut yang salah dan menyerong dari hal yang sebenarnya berlaku (atau yang sekurang-kurangnya kita tahu berlaku, berdasarkan laporan dari Mahkamah dan sebagainya). Malah kalau boleh disebutkan disini sudah outdated. Tapi semua itu nampaknya tidak menghalang balaci pembangkang untuk mensensasikan berita ini ke tahap tertinggi, atau tahap dewa mengikut bahasa yang biasa disebut. Tidak pedulilah kalau berita itu betul atau tidak, asalkan ada kaitan dengan pembohongan yang rancak disensasikan mereka di negara ini, sudah cukup sesuai untuk dijadikan isu. Ini bukan rendah lagi dah, tapi sudah ke tahap jatuh jauh ke bawah kualiti blogger dan facebooker pembangkang apabila berita dari sumber yang tidak kuat pun diangkat menjadi isu sensasi. Kalau maklumat dalamnya itu benar, boleh tahan, ini banyak yang salah. Contohnya dakwaan Altantunya pernah berjumpa dengan Datuk Seri Najib di Paris dan 'komisen' yang dibayar kepada Perimekar Umum tahu, Datuk Seri Najib sudah 4 kali bersumpah tidak pernah mengenali dan berjumpa dengan Altantunya (secara peribadi). Sengaja disebutkan 'secara peribadi' disitu sebab penulis sendiri sudah beberapa kali berjumpa dengan Perdana Menteri – tidak bermaksud beliau mengenali penulis. Begitu juga dengan Pakcik Hasan di Muar, Ah Lok di Kuala Lumpur dan Makcik Bedah di Kuching, kalau nak disebutkan ramai, beratus ribu kalau tak berjuta orang yang sudah berjumpa dengan Datuk Najib, tapi tak semuanya dikenali pemimpin nombor satu negara itu. Sebagai orang Islam pula, tidak ada sebab kenapa penulis nak menolak pengakuan bersumpah Datuk Najib itu, lagipun selain 'air liur' adakah apa-apa sumber lagi yang boleh mengesahkan pertemuan tersebut? Setakat gambar yang di super imposedkan itu tak payahlah, buang masa. Kalau Roger Mitton dan Phonm Penh Post terlalu jahil untuk faham kepentingan disebalik sumpah, berlambak sumber di internet akan penafian Datuk Najib yang beliau pernah berjumpa dengan mendiang. Itu pun sudah lebih dari cukup, tapi hairan, masih lagi menjadi bahan tulisannya. Isu komisen ini juga sudah berulang kali disebut dalam persidangan Parlimen Malaysia dan disiarkan di media antarabangsa. Perimekar bukan orang tengah sehingga nak dibayar komisen, Perimekar adalah syarikat yang menyediakan perkhidmatan sokongan dan penyelenggaraan kepada operasi 2 buah kapal selam yang dibeli kerajaan Malaysia selama 6 tahun. Termasuk kos latihan dan sara hidup anak-anak kapal serta keluarga mereka sepanjang beberapa tahun mereka berada di Perancis. Jelasnya disini, Phonm Penh Post ini adalah akhbar picisan yang tidak dapat perhatian waima di Cambodia. Orang Pakatan saja yang sibuk sebab ada isu yang boleh disensasikan disitu, dan ini bukanlah suatu yang mengejutkan. Asas pertuduhan ke atas Datuk Najib dalam kes ini diketahui terlalu lemah, justeru apa pun yang boleh dikutip, akan dikutip mereka untuk dijadikan isu. Phonm Penh Post tidak terkecuali. Bahkan penulis pernah dimaklumkan seseorang, kalau di punggung lembu ada tertulis perkataan Najib & Altantunya, nescaya lembu itupun akan diangkat menjadi calon pilihanraya mewakili Pakatan Rakyat. Penulis rasa orang itu melawak, tapi itu tidak mengepikan maksud sebenarnya, betapa bebalnya orang Pakatan Rakyat ini. Sumber Beruang Biru |
Anwar Pandikutty Saudagar Mimpi Posted: 08 Jun 2012 01:46 AM PDT Secara keseluruhan di seluruh negara terdapat 222 kerusi parlimen. Untuk memenangi pilihanraya seterusnya menguasai tampuk pemerintahan peringkat pusat secara majoriti mudah bermakna minima 112 kerusi perlu dimiliki. Pada masa sekarang pakatan pembangkang memiliki 75 kerusi (sebelumnya 82), 7 dimiliki Bebas yang terdiri dari kalangan bekas pemimpin PKR manakala BN pula menguasai 140 kerusi. Mengikut ramalan saudagar mimpi terkenal pula iaitu Anwar Ibrahim, tanpa teragak-agak telah mensasarkan kemenangan pembangkang dengan majoriti mudah dengan kelebihan 10 kerusi. (Nanyang Siang Pau dan China Press) Maksudnya Anwar yakin pakatan pembangkang yang 'diketuainya' mampu menang mudah di 122 kerusi parlimen pada PRU 13 kelak. Dalam pada pembangkang masih mempertikaikan ketelusan dan keberkesanan SPR dalam menguruskan daftar pengundi pilihanraya, boleh pula Anwar meramalkan kemenangan bakal menjadi miliknya. Nampak sangat segala macam serangan terhadap kewibawaan SPR sebelum ini hanyalah agenda politik pembangkang semata-mata, lagipun kalau betul SPR tidak telus patutnya Kelantan dah lama kembali kepada BN. Berbalik pada keyakinan Anwar untuk menguasai 122 kerusi parlimen itu, sebetulnya siapa saja boleh membuat ramalan sambil bermimpi indah tambah-tambah lagi untuk memujuk hati sendiri. Tapi realitinya jarang sekali mengikut kehendak mimpi. Contoh mudah waktu Anwar sibuk mencanangkan mimpinya untuk menjadi PM 16 September 2008, walaupun berjaya menyebabkan penyokong pembangkang hanyut dalam lamunan, hakikat kemudiannya jauh panggang dari api. Trend sekarang tidak lagi sama seperti PRU 12 2008 dulu, hatta masyarakat Cina yang sebelum ini diketahui mendukung kuat agenda pakatan pembangkang pun sudah beransur-ansur menjauhi Anwar dan kuncu-kuncunya. Ditambah lagi dengan sokongan majoriti orang Melayu dan bumiputera lain serta kaum India condong bersama BN tentu saja sukar untuk Anwar merealisasikan mimpinya. Mengikut kajian ramai penganalisis politik, dalam pilihanraya akan datang paling tinggi pun hanya 70 kerusi parlimen sahaja yang boleh dimenangi pembangkang berbanding pencapaian terbaik mereka menguasai 82 kerusi semasa PRU 12 sebelum ini. Populariti yang dikecapi Anwar dan PR hasil kelemahan kepimpinan negara sebelum ini sudah tidak sama seperti dulu. Sebagaimana pembangkang naik mencanak demikian juga jatuhnya agak merudum. Terlampau banyak isu melingkari polisi dan dasar pembangkang yang diketahui umum tidak secocok dengan realiti masyarakat Malaysia yang menyebabkan Anwar hanya layak untuk kekal sebagai saudagar mimpi sahaja. |
You are subscribed to email updates from PAPA GOMO To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment