Akhirnya Projek Lebuh Raya KB – Kuala Krai Hanya Jadi Hanya Projek Pecah Tanah

 
 
KOTA BHARU 7 Jun – Apakah status terkini projek koridor depu, projek pelihara kambing jamnapari, projek jambatan Kota Bahru ke Palekbang, projek Pelabuhan Darat di Kuala Krai dan projek stadium yang sebelum ini ghairah dilancarkan kerajaan pimpinan Pas?
 
Apakah projek mega berkenaan sekadar alat untuk mempermainkan perasaan rakyat Kelantan untuk terus setia dan tetap bersama pimpinan yang dicanang kepimpinan ulama. Apakah Lebuhraya Kota Bharu-Kuala Krai juga bakal menerima nasib yang sama sepertimana projek di atas?
Mengulas mengenainya, Pengerusi Pemuda BN Kelantan, Anuar Safian berkata cukup-cukuplah kerajaan negeri bersandiwara dan mempermainkan perasaan rakyat negeri berkenaan.
 
"Kerajaan negeri sekali lagi dilihat bermain polemik dan dan beretorik terhadap  perasaan rakyat Kelantan dengan mengadakan majlis pecah tanah lebuh raya berkenaan.
 
"Cukuplah menggula-gulakan rakyat dengan hal-hal yang menjadi hasrat rakyat tetapi tidak mampu dan tidak  dapat melaksanakannya. Amat malu dan amat tidak wajar bagi sebuah kerajaan negeri cuba mengutip derma bagi membangunkan sebuah lebuh raya yang memakan jumlah ratusan juta dengan hanya membuat majlis pecah tanah untuk gimik dan memohon derma dari rakyat kelantan," ujarnya kepada UMNO-Online di sini.
Anuar yang juga Ketua Pemuda UMNO Kubang Kerian seterusnya yakin majlis pecah tanah akan kekal menjadi satu simbolik sepertimana projek-projek gimik kerajaan negeri yang terdahulu yang tidak memberikan hasil kepada rakyat kelantan.
 
"Ini semua adalah merupakan mainan politik untuk memacu undi dalam pilihanraya. Tidak lebih daripada itu.
"Bagi Pemuda Kelantan, cukuplah kerajaan negeri membuat kerja sia -sia dan akhirnya rakyat yang akan merana. Bagi kita, rakyat mesti memilih kerajaan baru bagi merealisasikan lebuhraya tersebut d samping memberi peluang pekerjaan yang lebih baik kepada anak muda dinegeri ini," katanya
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...