tun faisal dot com |
Khairy - Pemuda UMNO kutuk tindakan ganas Syria; gesa kerajaan keluar kenyataan Posted: 30 May 2012 01:00 AM PDT Berikut adalah kenyataan Pemuda UMNO berhubung keganasan di Syria. Kami berharap agar pihak tuan/puan dapat menyiarkannya. Sila layari www.rembau.net untuk rujukan. "Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan ganas dan tidak berperi kemanusian oleh pemimpin dan pihak berkuasa Syria di dalam menangani konflik dalamannya sehingga mengakibatkan lebih sepuluh ribu kematian di kalangan orang awam, termasuklah insiden terkini di Houla yang mana menyaksikan 108 rakyat Syria terbunuh dengan kebanyakan daripadanya adalah kanak-kanak. Pemuda UMNO dengan ini menggesa Kerajaan untuk mengeluarkan kenyataan rasmi mengecam tindakan kejam tersebut. Pemuda UMNO juga mendesak Kerajaan untuk mengusulkan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) untuk turut sama mengecam dan seterusnya memberi tekanan kepada rejim pimpinan Presiden Bashar al-Assad di Syria untuk melaksanakan pelan damai anjuran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Liga Arab,yang baru sahaja dikuatkuasakan enam minggu lalu, bagi memulihkan kembali keamanan di negara tersebut." Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile. |
You are subscribed to email updates from tun faisal dot com To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment