BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


KISAH BENAR !!! PENGALAMAN PEGAWAI PEMASARAN HAMPIR DI CULIK DAN DI CABUL DI THE CURVE !!! WAJIB BACA !!!

Posted: 30 May 2012 12:00 PM PDT


Seorang pegawai pemasaran Internet nyaris menjadi mangsa kepada beberapa perogol apabila wanita tesebut hampir dilarikan di tempat letak kereta di pusat membeli-belah The Curve.Bagaimanapun, Chin Xin-Chi melawan dan melompat keluar daripada kereta yang sedang bergerak ketika ia mahu keluar dari tempat letak kereta.Mengimbas kembali pengalaman yang menakutkan itu di akaun Facebooknya, Chin sedang memuatkan beg beli-belahnya di tempat duduk belakang kereta teman lelakinya ketika kejadian berlaku kira-kira 5.20 petang pada Ahad lepas.Dia bersendirian pada hari tersebut.


"Secara tiba-tiba, pintu kereta ditutup kuat dan leher saya dicekik," tulisnya.

"Seorang lelaki menutup mulut saya dengan tangannya dan berbisik kepada supaya tidak menjerit. Dia kemudiannya menolak saya sehingga ke lantai tempat duduk belakang kereta dan memberi isyarat sebagai tanda amaran kepada saya supaya tidak menjerit," tambahnya.

Menurut tulisannya itu,seorang lelaki lain muncul dan mengambil kunci keretanya dan mendesak supaya memberikan tiket parkir.

"Saya beritahu mereka bahawa mereka boleh ambil apa sahaja, dan lepaskan saya pergi. Tetapi ketika itu mereka tidak langsung bertanyakan tentang wan.Namun sebaliknya,salah seorang daripada mereka cuba untuk mencabul.Kemudian,saya dipukul.Oh Tuhan.Oh Tuhan.Perkara ini benar-benar berlaku.Saya diculik dan saya fikir saya tahu apa yang mereka mahukan," tulis Chin.

Sementara menunggu peluang untuk melepaskan diri, Chin berkata,dia tahu akan mereka akan memperlahankan kereta apabila mahu keluar daripada kawasan parkir.Dia dapat membuka pintu kereta tetapi salah seorang suspek menolaknya kembali ke dalam kereta dan dia bergelut dengan kedua-dua suspek sebelum berjaya melepaskan diri.Pengalaman pahit itu dari mula dia meninggalkan mesin bayaran tiket parkir untuk melepaskan diri iaitu kira-kira empat minit dianggap sebagai satu mimpi ngeri," tulisnya.

Dia turut menulis di twitternya bahawa dia bernasib baik kerana hanya mempunyai beberapa kesan calar dan lebam meskipun hilangan hampir kesemua barangan miliknya termasuk telefon bimbit.Sementara itu,Pengurus pusat The Curve,Jazmi Kamarudin berkata,pihaknya akan bekerjasama dengan pihak polis termasuk memberi sokongan kepada Chin.

"Memandangkan siasatan masih berjalan, kami tidak dapat memaklumkan sebarang butiran," kata beliau.

"Kami amat menyesali terhadap insiden yang berlaku meskipun telah banyak usaha menjaga keselamat dilakukan," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Polis mengesahkan kejadian itu telah dilaporkan dan kes itu dikategori sebagai rompakan - Mstar

HOT NEWS !!! K-POP DI KELANTAN !!! YANG NI SALAH SIAPA ??? WAJIB BACA !!!

Posted: 30 May 2012 08:35 AM PDT


sebelum ini puak pakatan haram menghentam kaw-kaw Berkenaan persembahan K-POP di Hari Belia 2012 putrajaya.apa cerita di kelantan ??? dengar cerita lagi 2 hari persembahan K-POP akan bermula di kelantan.betul ker ??? adakah ini pun salah BN juga ??? Nik Aziz tak nak beri fatwa ke ??? Sibuk dengan cerita Negeri lain,sedangkan negeri sendiri tak terjaga.Betul ke PAS perjuangkan ISLAM kalau macam ni caranya ??? terima kasih Jejarikami kerana memberi Info.Lihat Video di Bawah !!! K-POP A.K.A Kelantan Pop..muahahahaha...



RENUNG-RENUNGKAN

KISAH BENAR !!! SATU LAGI PENIPUAN KERAJAAN NEGERI PAS KELANTAN TERBONGKAR !!! WAJIB BACA !!!

Posted: 30 May 2012 05:00 AM PDT


satu lagi penipuan Kerajaan Negeri kelantan di bawah PAS terbongkar.sebelum ini berkenaan ladang rakyat.kali ini lebuhraya pulak.kelmarin Kerajaan Pas Kelantan telah melancarkan tabung wakaf untuk pembinaan Lebuh Raya Husam yang menghubungkan Kota Bharu ke Kuala Krai.Mana-mana rakyat jelata yang nak menyumbang sebagai wakaf diminta menyalurkan sumbangan mereka ke akaun seperti dibawah.

No akaun : 03036 01 000 3031

Bank : Bank Islam

Nama : Baldah Toyyibah (Prasarana) Kelantan Sdn Bhd

Perhatikan dalam bulatan kuning poster diatas atau yang dibawah ini.


Susulan tulisan rakan Blogger RBF Pagi semalam berhubung lebuh raya berkenaan,seorang pembaca menghubungi beliau dan memberitahu seperti berikut.

Katanya beliau ke Bank Islam malam tadi untuk mendeposit wang ke dalam akaun berkenaan dengan niat untuk memberi sumbangan bagi projek berkenaan Pembaca itu tidak menyatakan kepada RBF beliau penyokong parti mana.Saya rasa pembaca berkenaan adalah penyokong Pas kerana beliau terpesona dengan derma wakaf yang dilancarkan Pas.Namun katanya beliau terkejut sebaik sahaja beliau memasukkan nombor akaun berkenaan di mesin deposit didapati nama pemegang akaun berlainan dengan nama yang diiklankan.

Pada mulanya beliau sangkakan yang beliau tersilap memasukkan nombor akaun.Setelah beberapa kali mencuba nama yang sama juga keluar.Untuk memuaskan hati beliau menyemak semula di internet nombor akaun berkenaan.Didapati ianya sama seperti nombor yang beliau masukkan di mesin deposit Bank Islam.rakan Blogger RBF mengambil langkah berhati-hati dengan tidak menyiarkan luahan pembaca berkenaan kerana bimbang ianya satu perangkap atau taktik untuk mengenakan beliau.

RBF sendiri ke Bank Islam tengahari semalam untuk memasukkan wang ke dalam akaun berkenaan bagi menderma kepada tabung wakaf berkenaan.Manalah tahu mungkin boleh tumpang syurga Pas kelak.Apabila dimasukkan nombor akaun berkenaan didapati ianya BUKAN diatas nama Baldah Toyyibah (Prasarana) Kelantan Sdn Bhd.Sebaliknya pemegang akaun berkenaan bernama TETUAN ROWSTEAD SYSTEMS SDN.

Bukan sekali RBF cuba,malah berkali-kali dan setiap kali dimasukkan nombor akaun sepertimana yang diedarkan oleh Kerajaan Pas Kelantan itu nama TETUAN ROWSTEAD SYSTEMS SDN yang keluar seperti mana gambar dibawah.Lalu RBF membatalkan hasrat untuk menderma.


Jika ada mana-mana pembaca yang tidak percaya apa yang Rakan Blogger RBF tulis,anda boleh ke Bank Islam sekarang untuk menderma kepada tabung berkenaan .anda semua tak nak syurga ke ??? muahahaha..opsss...

Pemakluman kutipan derma diatas bukannya dilakukan oleh individu atau NGO.Sebaliknya ianya dilakukan oleh sebuah kerajaan negeri.Ianya sungguh memalukan.Mengikut undang-undang yang sedia ada mana-mana pihak yang ingin melakukan kutipan derma perlu mendapat kebenaran polis terlebih dahulu.Dalam hal ini tidak dapat dipastikan samada Kerajaan Pas Kelantan telah mendapat kebenaran polis atau tidak untuk mengutip derma berkenaan.Jika ada kebenaran sudah pasti nombor rujukan kebenaran akan dicetak pada poster diatas.Saya tidak mahu membuat kesimpulan atau tuduhan yang bukan-bukan.Terpulang kepada Pembaca Badut Rakyat untuk menilai dan membuat keputusan.

Adakah peristiwa Tabung Memali akan berulang ???

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! SKANDAL ANTARA LIM GUAN ENG DAN NG PAIK KHENG !!! APA CERITA NI ??? WAJIB BACA !!!

Posted: 30 May 2012 01:30 AM PDT


Sehingga kini belum ada penjelasan rasmi dari Ketua Menteri Pulau Pinang,Lim Guan Eng mahupun isterinya Betty Chew berkaitan isu melibatkan seorang wanita bernama Ng Paik Kheng yang sedang hangat diperkatakan ramai sekarang.Khabarnya di antara Ng Paik Kheng dan Lim Guan Eng ada hubungan istimewa sehingga timbul angin panas dalam jiwa raga Betty Chew yang juga isteri kepada Lim Guan Eng.Sejauh mana wujudnya hubungan istimewanya tersebut, sukar digambarkan secara jelas tapi bayangan awal rasanya saling tak jauh dari konflik cinta tiga segi.Mengikut kisahnya lagi,Betty Chew dilaporkan betul-betul terkena sawan angin panas hingga sampai ke peringkat pertelingkahan 'kecil' itu turut melibatkan tangan dan kaki,betul ker ???

Kalau dah tangan dan kaki turut 'berbicara' itu maknanya ada banyak yang tak kena dalam 'hubungan istimewa' Lim Guan Eng dengan wanita tersebut hingga memaksa Betty Chew membuka pencak kungfu.Jarang sekali seorang perempuan mengamuk tak tentu pasal kecualilah ada bukti nyata yang sukar ditempis ataupun bila ianya sudah menggelegak hingga cair tahi telinga mendengar perkhabaran sedemikian rupa.Di masa yang sama,agak pelik melihat unit propaganda DAP cuba campur tangan melakukan reverse psycho dengan menyebarkan gambar palsu untuk mengelirukan orang ramai yang tercari-cari wajah wanita yang dikaitkan mempunyai hubungan istimewa dengan Setiausaha Agung DAP itu.

Andai kata cerita-cerita tersebut langsung tidak betul,apa perlunya untuk DAP bertungkus lumus melakukan diversi bagi menangani isu tersebut.Teringat pula kes raba tetek suatu ketika dulu.Modus operandi kali ini pun tak jauh beza dengan isu raba tempoh hari apabila unit propaganda DAP dengan sengaja menyebarkan gambar pemain catur untuk menutup isu anak Lim Guan Eng.Apapun,sewajarnya Lim Guan Eng, Betty Chew dan khususnya Ng Paik Kheng sendiri segera tampil menjelaskan keadaan supaya ia tidak lagi menjadi buah mulut orang ramai

RENUNG-RENUNGKAN

EKSKLUSIF AND HOT VIDEO !!! AKHIRNYA !!! YANG ANDA NANTIKAN DAH KELUAR !!! WAJIB LIHAT !!!

Posted: 29 May 2012 10:00 PM PDT



Akhirnya !!! Video yang selama ini anda nanti-nanti kan dah keluar !!! ini lah dia kelakuan pemimpin dari Pakatan Haram.adakah ini pemimpin anda wahai puak Pakatan Haram ??? Semoga anda yang menyaksikan video ini dapat menyebarkannya agar seluruh Malaysia tahu kebenarannya.lihat video di bawah !!!



ERKKKK !!!

SILAP VIDEO !!!

VIDEO AIS KRIM KER ???

TUNGGU LAH VIDEO TU YER !!!

COMING SOON !!!

RENUNG-RENUNGKAN

KISAH BENAR !!! RAKYAT SELANGOR TUNTUT 50 BULAN SUBSIDI RM11.40 UNTUK AIR ??? WAJIB BACA !!!

Posted: 29 May 2012 07:00 PM PDT


Kerajaan negeri perlu membayar subsidi RM11.40 untuk setiap isi rumah yang masih menggunakan meter pukal di flat dan pangsapuri dalam tempoh mereka memerintah.Itu kenyataan wakil NGO yang mewakili rakyat Selangor di kawasan Kota Raja.RM11.50 sebulan adalah subsidi air yang dibanggakan oleh rejim Khalid Gagap yang kononnya diberikan kepada semua rakyat Selangor.Keseluruhan kos untuk tempoh 50 bulan adalah sebanyak RM575 untuk satu keluarga.Andai subsidi air percuma diberikan kepada seluruh rakyat Selangor mengapa masih ada lagi tuntutan seperti ini dikalangan rakyat Selangor.

Harian Metro melaporkan tentang tuntutan rakyat Selangor di kawasan Kota Raja.

KLANG : Tidak berpuas hati dengan janji kerajaan negeri berhubung pengagihan air percuma, beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) daerah Klang, semalam, menuntut kerajaan negeri mengembalikan bayaran 50 bulan subsidi air kepada penduduk dalam tempoh 10 hari.NGO berkenaan mewakili 4,000 penduduk flat dan pangsapuri di Kota Raja, di sini, yang tidak menerima subsidi air seperti dijanjikan kerajaan negeri selepas mengambil alih pentadbiran.

Difahamkan,walaupun sudah empat tahun mentadbir Selangor, kerajaan negeri masih gagal memberikan 20 meter padu air kepada penduduk seperti dijanjikan.Presiden Badan Prihatin Rakyat Selangor (BPRS), Saarah Ali Bashah yang mewakili penduduk terbabit berkata, kerajaan negeri perlu membayar subsidi RM11.40 untuk setiap isi rumah yang masih menggunakan meter pukal di flat dan pangsapuri dalam tempoh itu hingga kini.Menurutnya, janji yang ditabur pada Pilihanraya Umum (PRU) 2008 perlu ditunaikan memandangkan tempoh pentadbiran kerajaan Selangor sudah menjangkau empat tahun.

"Sudah 50 bulan kerajaan negeri mengambil alih pentadbiran dan setiap isi rumah perlu dibayar RM570 gara-gara tidak mendapat manfaat skim air percuma.Sekiranya janji tidak ditunaikan, NGO dan penduduk akan terus membuat demonstrasi bagi menuntut janji berkenaan ditunaikan," katanya dalam sidang media di sini,semalam.

Sementara itu,Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang ditemui selepas menghadiri Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di Shah Alam, berkata, kerajaan negeri tidak akan membayar sebarang tuntutan yang dikemukakan penduduk berhubung isu air.Menurutnya, kerajaan negeri akan menukar meter pukal kepada meter individu bagi mengatasi masalah air percuma yang dihadapi penduduk."Kerajaan negeri tidak akan membayar tuntutan yang dikemukakan penduduk kerana harga yang mereka (penduduk) bayar air melebihi daripada apa yang sepatutnya," katanya. - HM

EKSKLUSIF !!! STATEMENT BERANI MATI DARI NEELOFA !!! WAJIB BACA !!!

Posted: 29 May 2012 03:45 PM PDT


Siapa yang mahu perkara sebegini (gangguan seksual) berlaku dalam industri seni negara.Namun,itulah hakikatnya dan ia berlaku sejak dulu lagi.Saya banyak melalui pengalaman dan diganggu secara peribadi oleh golongan VIP daripada seseorang bergelar Datuk sehinggalah Tan Sri.

Mereka ada pelbagai cara untuk mendekatkan diri dengan saya.ada yang tawarkan kemewahan dengan memberikan peluang perniagaan,ada juga yang mahu memberikan wang.Ada juga yang menghubungi semata-mata untuk mengajak saya keluar makan.Bayangkan,mereka sanggup memberikan saya peluang perniagaan serta wang tetapi saya percaya mereka tidak ikhlas dan ada maksud tersirat di sebaliknya.Tidak perlu saya jelaskan siapa mereka,cuma yang boleh saya beritahu,mereka bukan orang biasa tetapi dalam golongan elit.

Begitupun,saya ada pendirian dan tak mahu terjebak dengan perkara negatif begini.Malaysia ini kecil,apa lagi Kuala Lumpur,lambat laun orang akan tahu apa yang kita lakukan,lebih-lebih jika bergelar artis,kisah peribadi bukan rahsia.Untuk jangka masa panjang,saya tidak mahu perkara sebegitu merosakkan reputasi dan imej saya.Biasanya jika berdepan dengan situasi sebegini,saya ada cara untuk memberi maklum balas dan reaksi.

Saya tolak secara berhemah,sama ada menghubungi melalui telefon atau melalui khidmat SMS.Bila ada Datuk atau Tan Sri pelawa ajak makan,saya akan jawab apa yang sepatutnya.Saya tidak pandai hendak bermanja-manja menjawab panggilan mereka.Pernah juga apabila bersua dan bertentang mata,VIP mempelawa saya untuk meraikan majlis tertentu.Tidak ada masalah untuk saya penuhi permintaan itu,tetapi saya hanya akan pergi jika ada kenalan saya.

Selepas majlis selesai,saya tidak akan terima apa-apa ajakan lain,walaupun sekadar nak minum kopi bersama.Namun,pada masa yang sama saya juga tidak mahu mereka sakit hati hingga menimbulkan rasa benci apabila menolak pelawaan mereka.Saya bimbang nanti mereka boleh bertindak lebih buruk.Macam-macam yang mereka boleh lakukan.Setakat ini belum ada berani pergunakan saya atau ajak sehingga ke bilik tidur.Ada rakan artis yang berdepan pengalaman sebegitu.Mungkin kerana karekter saya juga.Mereka (golongan VIP) mungkin cuba dekati artis yang mereka temui di kelab malam,saya pula tidak ke kelab malam,apatah lagi minum arak.

Saya juga tidak akan keluar bersendirian,sebaliknya sentiasa bersama orang yang rapat dengan saya (terutama keluarga).Nak jumpa sesiapa pun,saya tidak keluar sendiri,pasti ada orang temankan saya.Itu isyarat saya bukan jenis mudah didekati,apatah lagi hendak mengajak saya keluar bersendirian.

Neelofa
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...