PAPA GOMO |
- Chapter 8 - Awas Najib Razak, Wan Azizah Kini Bukan Wanita Biasa.
- Ketua Peguam Negara Diminta Siasat Segera Bar Council
- Apa Kata Anda Sistem Pendidikan Di Malaysia?
- Demonstrasi Di Puchong, Gobind Singh Ahli Parlimen Char Kuew Tieow
- Krisis Air Selangor Jadikan Rakyat Sebagai Mangsa Politik Khalid Ibrahim
Chapter 8 - Awas Najib Razak, Wan Azizah Kini Bukan Wanita Biasa. Posted: 30 May 2012 08:00 PM PDT Agak lama Gomo mendiamkan dari menyambung semula Chapter "AWAS NAJIB RAZAK". Sengaja mahu membuatkan siri tersebut tergantung agar ada yang tertanya tanya apa kesudahan chapter tersebut. Banyak SMS,BBM,panggilan talifon, Emel dan komen yang bertanyakan apa sambungan dalam chapter ke 8. Dalam siri Chapter ke 7 sebelum ini Gomo menjelaskan mengenai peranan Wan Azizah yang sudah mengambil alih networking yang selama ini digerakkan oleh Anwar Ibrahim. Networking yang mana cukup utuh dengan sumber keewangan dan pelbagai kemudahan buat Anwar Ibrahim bergerak selama ini. Kini Wan Azizah telah pun menguasai Networking tersebut disamping seorang lagi yang telah sama menjadi Sekutu kepada Agen agen dari negara luar. Siapa seornag lagi yang telah diangkat menjadi sekutu kepada Agen Yahudi Zionis? Individu tersebut akan Gomo nyatakan dalam Chapter ke 9 dalam siri "AWAS NAJIB RAZAK" Dalam pada itu tekaan Gomo yang Anwar Ibrahim akan meletakkan jawatan pada bulan Mei ini meleset sama sekali. Mungkin ianya disebabkan PRU yang sebelum ini dijangkakan pada bulan Jun namun diheret sekali lagi yang mana berkemungkinan awal tahun 2013. Namun modus operandi Anwar Ibrahim kekal sama iaitu beliau akan meletakkan jawatan apabila sampai masanya nanti menjelang sebelum pilihanraya ke 13. Dalam chapter ke 8 hari ini Gomo nak bertanyakan kepada semua agar semua dapat memikirkan jawapan yang sesuai untuk diperhalusi serta difikirkan secara mendalam agar anda semua dapat meneka perjalanan modus operandi Anwar Ibrahim ini. Dimana Wan Azizah waktu ini? Mengapa beliau membisu sekian lama? Apa yang beliau lakukan sebagai Presiden PKR? Berita mengenai Wan Azizah tidak dilaporkan oleh media pembangkang, kemana beliau menghilang? Mungkin soalan ini agak rumit namun anda semua pasti mampu merungkai permainan Anwar Ibrahim yang cukup licik dalam memperdaya rakyat Malaysia. Wan Azizah dihentam cukup hebat pada tahun lalu mengenai video seks Anwar Ibrahim yang mana kita dapat lihat Wan Azizah terpaksa menepis kiri dan kanan demi membela Anwar Ibrahim. Jam Omega yang dikatakan didalam simpanan Wan Azizah oleh Anwar Ibrahim juga sehingga kini tidak dapat ditunjukkan kepada rakyat Malaysia. Menjelang tahun 2012 ini Wan Azizah seolah olah ghaib tampa sebarang berita melainkan satu kenyataan melalui Twiiternya yang mengesa "Azmin Ali pulang ke pangkuan Ibunya Mak Tom". Hanya itu sahaja kenyataan yang terpancul dan menjadi buah mulut pelayar politik. Pekara lain yang melibatkan Wan Azizah? Tidak ada....... Wan Azizah sebenarnya disenyapkan oleh Anwar Ibrahim yang waktu ini menjalankan Networkingnya dengan agen agen luar untuk bersiap sedia dengan segala kemungkinan yang berlaku bila menjelang pilihanraya. Banyak pertemuan yang telah berlaku antara Wan Azizah dan agen luar ini yang mana semuanya adalah menfokuskan Dana buat PKR dan keroni pakatan yang lain terutama parti PAS yang sememangnya mengharapkan Dana dari Anwar Ibrahim untuk kempen PRU 13 nanti. Peranan terbesar Wan Azizah yang mungkin tidak diketahui ramai adalah pada Demo BERSIH 3.0 yang diadakan pada 28hb April yang lalu. Peranan yang cukup besar bagi menjaga Networking Anwar Ibrahim dan sekutu mereka dari negara luar. Mungkin anda tidak mengetahui pada sehari sebelum BERSIH 3.0 berlangsung tempoh hari, Wan Azizah telah mengatur serba serbi yang diperlukan oleh Agen agen asing yang mendarat di Malaysia bagi menyertai BERSIH 3.0. Bukan seorang dua agen yang sampai tetapi berbelas orang agen agen tersebut yang berkeliaran pada BERSIH 3.0. Wan Azizah telah mengambil peranan yang dimainkan Anwar Ibrahim sebelum ini dan anda semua mampu untuk menilai peranan dan kekuatan yang Wan Azizah akan mainkan selepas ini. Wan Azizah bertindak sebagai salah seorang perancang utama dalam kegilaan BERSIH 3.0 tempoh hari yang mana keganasan yang bermula dilokasi lain adalah peranan yang dimainkan agen asing tersebut melalui lampu Hijau dari Wan Azizah. Chapter ke 9 akan menyusul nanti yang mana akan Gomo perlihatkan beberapa pekara yang dilakukan Anwar Ibrahim, Wan Azizah dan seorang lagi yang akan diperkenalkan kepada semua. Chapter 9 on the way..... Prolog - Awas Najib Razak, Anwar Ibrahim Akan Main Gila. Chapter 1 - Awas Najib Razak, Anwar Ibrahim Akan Letak Jawatan Mei Ini. Chapter 2 - Awas Najib Razak, Kemboja Putih Akan Merebut Jawatan Perdana Menteri. Chapter 3 - Awas Najib Razak, Nallakarupan Dan Eskay Sasaran Utama Anwar Ibrahim Chapter 4 - Awas Najib Razak, Rosmah Mansor Dijadikan Modal Fitnah Luar Biasa Selepas Ini Chapter 5 - Awas Najib Razak, Kediaman Anwar Ibrahim Di Amerika Telah Siap Tersedia. Chapter 6 - Awas Najib Razak, Gandingan Suami Isteri Bukan Satu Omongan Kosong Psssttt... Wan Azizah terus menyepi tampa kita mengetahui modus operandi yang dilaksanakan beliau dalam memastikan BN tumbang PRU 13 kelak. DAP ANTI ISLAM PAS ITU MELAYU UMNO ITU ISLAM ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT |
Ketua Peguam Negara Diminta Siasat Segera Bar Council Posted: 30 May 2012 05:00 PM PDT Buzz Azam Ahli Majlis Peguam Mohd Khairul Azam Abdul Aziz hari ini menyerahkan sebuah notis kepada Peguam Negara Malaysia, Tan Sri Abdul Ghani Patail bagi menyiasat Pengurusan Majlis Peguam yang turut dianggotainya itu agar ianya dapat dibersihkan dari anasir-anasir politik berkepentingan."Anak Melayu Ada Telor" Beliau yang berkata kepada pemberita di Ibu Pejabat Jabatan Peguam Negara mengambil langkah tersebut susulan daripada kes saman kepada Badan Peguam tersebut yang telah difailkan menerusi Tetuan Azam Aziz & Co, Peguambela & Peguamcara, No. 43A-2-30 Jalan 3/48A, Bandar Baru Sentul, 51000 Kuala Lumpur. Antara Tuntutan Planitif adalah bagi: i. Deklarasi bahawa Notis panggilan EGM bertarikh 4/5/12 yang dikeluarkan oleh defendan defenda adalah tidak sah dan terbatal serta bertentangan dengan Akta Profesion Undang Undang 1976. ii. Deklarasi bahawa Usul untuk EGM bertarikh 4/5/12 yang dikeluarkan oleh defendan-defendan sebagai tidak sah dan terbatal serta bertentangan dengan Akta Profesion Undang-Undang 1976 serta menjurus kepada kesalahan di bawah Akta Hasutan 1948. iii. Deklarasi bahawa Extraordinary General Meeting of the Malaysian Bar bertarikh 11/5/12 berkenaan adalah tidak sah dan terbatal serta bertentangan dengan Akta Profesion Undang Undang 1976. iv. Deklarasi bahawa Usul yang diluluskan dalam EGM berkenaan adalah tidak sah dan terbatal serta bertentangan dengan Akta Profesion Undang Undang 1976 serta menjurus kepada kesalahan di bawah Akta Hasutan 1948. v. Injuksi untuk melarang Defendan-Defedan secara sendiri atau melalui ejen-ejen, pekerja-pekerja, wakil-wakil atau sesiapa pun bagi pihak defendan-defendan daripada menulis atau menyebarkan apa-apa perkara berkaitan EGM bertarikh 11/5/12 berkenaan, menerbitkan apa-apa penulisan atau artikel berkaitan EGM bertarikh 11/5/12 berkenaan seperti dalam perenggan atau artikel artikel yang serupa atau mempunyai maksud dan kesan yang sama terhadap plainitif di dalam laman web milik defendan kedua dan / atau media cetak lain, media elektronik, internet atau apa-apa cara sekalipun bagi tujuan penyiaran kepada umum; vi. Kos, lain lain relief yang difikirkan adil dan suai manfaat oleh Mahkamah Yang Mulia ini. Khairul Azam menerusi notis tersebut mendesak Peguam Negara menyiasat Majlis Peguam mengikut Legal Profession Act 976 (ACT 166) di bawah seksyen 46a(c)(iii). Notis salinan juga akan dihantar secara pos kepada :- 1) YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak 2) YB Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Mohamed Nazri bin Tan Sri Abdul Aziz 3) Presiden Majlis Peguam Lim Chee Wee "Tujuan notis siasatan dihantar adalah supaya Majlis Peguam tidak dipengaruhi oleh mana-mana parti politik atau kesatuan luar sekaligus menjadikan Majlis Peguam sebuah badan bebas." katanya. Beliau juga mendesak agar tindakan melucutkan jawatan terhadap mana-mana Anggota Majlis Peguam yang melanggari seperti yang tertera pada notis tersebut. Sumber KL POS Lepas ni kita lihat apa tindakan AG atas laporan ini, apakah AG akan terus membisu seolah olah menghalalkan apa yang Bar Council lakukan? Ataupun AG akan bertindak secara matang dalam menangani pekara tersebut. Sama sama kita nantikan episod yang. Psssttt... Mujur ada lagi peguam Melayu yang berani macam saudara Buzz Azam ni, Syabas anak Melayu DAP ANTI ISLAM PAS ITU MELAYU UMNO ITU ISLAM ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT |
Apa Kata Anda Sistem Pendidikan Di Malaysia? Posted: 30 May 2012 09:00 AM PDT Pendidikan dinegara kita yang mana mengundang banyak persepsi baik dari kalangan pelajar sekolah rendah, menengah, IPTA, Kolej dan lain lain. Isu yang mendapat tempat adalah PTPTN dan kemudahan yang disediakan dipusat pengajian tersebut. Apa pula kata anda? |
Demonstrasi Di Puchong, Gobind Singh Ahli Parlimen Char Kuew Tieow Posted: 30 May 2012 05:56 AM PDT Demonstrasi bantahan penduduk Kampung Bunga Melur Batu 14 yang diadakan pada pukul 2 petang dihadapan bangunan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) petang tadi berlaku sedikit kekecohan apabila wakil penduduk berasa tersinggung dengan tindakan salah seorang yang dipercayai Ahli Majlis bercakap Read More.... Nah satu lagi cerita menarik untuk rakyat Malaysia melihat sendiri kedajalan pemimpin Pakatan Pembangkang terutama didalam negeri Selangor. Satu bukti nyata bahawa pemimpin pembangkang begitu rakus dalam merompak apa yang ada didalam negeri Selangor. Meh layan Video dibawah ini: Apa yang akan mereka pemimpin pakatan Selangor iaitu Kerajaan negeri akan nyatakan? Ohh dah tentu mereka akan kata ni satu lagi konspirasi UMNO mengupah sebilangan orang untuk menjatuhkan imej Kerajaan Pakatan Selangor. Apa pun anda sebagai rakyat Malaysia boleh menilai apa yang berlaku dan fikirkan apa yang terjadi disekeliling anda. Pastikan PRU 13 nanti anda mampu berfikiran secara waras memilih kerajaan yang benar benar berkerja untuk rakyat. Psssttt.. Gobind Singh mana? Takkan lari? Hahaha DAP ANTI ISLAM PAS ITU MELAYU UMNO ITU ISLAM ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT |
Krisis Air Selangor Jadikan Rakyat Sebagai Mangsa Politik Khalid Ibrahim Posted: 30 May 2012 01:00 AM PDT Baru-baru ini kita dikejutkan dengan satu kenyataan media yang dibuat oleh Menteri Industri Asas Tani , Datuk Seri Noh Omar mengenai kesusutan rizab air terawat di negeri Selangor yang kini hanya tinggal 2.4% berbanding rizab yang sepatutnya iaitu 20% . Kenyataan yang dibuat oleh Datuk Seri Noh Omar ini mencerminkan tahap kritikal rizab simpanan air terawat di Selangor dan hal ini boleh dikaitkan dengan jangkaan yang dibuat oleh AWER (Association of Water and Energy Research Malaysia) melalui siaran media yang dikeluarkan pada 13 Januari 2012. Siaran media AWER menjangkakan krisis air Selangor mungkin akan melanda sebelum tahun 2014. Dari kajian yang dibuat oleh AWER, pengeluaran air terawat dari tahun 2007 hingga 2010, menunjukkan peningkatan purata sebanyak 2.14% setahun. Melalui siaran media pada 25 Mei 2009 , projek Penyaluran Air Mentah Pahang Selangor dianggar bernilai RM 3.936 billion . 75% daripada jumlah itu dibiayai oleh JICA (Japan International Corporation Agency) dan selebihnya oleh kerajaan persekutuan. Projek Penyaluran Air Mentah Pahang - Selangor ini dijangkakan mampu untuk menyalurkan 1,890 juta liter sehari. Air mentah ini akan disalur ke Loji Rawatan Air Langat 2 sebelum diagih untuk kegunaan domestik. Walau bagaimanapun, sehingga ke hari ini kerajaan Selangor di bawah pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim masih menangguhkan pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 melalui peruntukan kuasa yang ada pada mereka. Tindakan kerajaan negeri ini dipercayai untuk memberi tekanan kepada kerajaan pusat supaya mempercepatkan proses penstrukturan semula air di Selangor. Pada masa kini, konsesi air di Selangor diuruskan oleh Puncak Niaga (M) Sdn Bhd, Syarikat Bekalan Air Selangor Berhad , Konsortium ABBAS Sdn Bhd dan Syarikat Pengeluar Air Sdn Bhd dan kerajaan negeri Selangor bercadang untuk mengambil alih syarikat-syarikat ini demi memastikan program pemberian air percuma kepada rakyat boleh diteruskan. Tawaran terakhir kerajaan negeri kepada syarikat-syarikat ini sebanyak RM 10 billion telah ditolak. Susulan itu, Tan Sri Khalid menggesa Menteri yang bertanggungjawab , Datuk Seri Peter Chin Fah Kui untuk menggunakan kuasa menterinya di bawah Akta Industri Perkhidmatan 2006 bagi memastikan syarikat-syarikat konsesi ini bersetuju dengan rancangan penstrukturan semula air. Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air dalam respon terhadap kenyataan Khalid membuat kenyataan bahawa Akta itu hanya boleh digunakan sekiranya terdapat kekurangan air yang kritikal. Oleh itu, tindakan kerajaan negeri Selangor dalam melengah-lengahkan pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 pasti akan menyebabkan situasi kekurangan air yang kritikal berlaku di Selangor dalam tempoh 2 tahun lagi. Dan pada ketika itu menteri bertanggungjawab tidak mempunyai pilihan melainkan mengambilalih pengurusan air Selangor dari konsesi-konsesi air yang terlibat. Walaubagaimanapun tindakan kerajaan negeri Selangor ini dilihat seolah-olah memperjudikan nasib pengguna-pengguna air di Selangor dan sekitar Lembah Klang. Apabila konsesi-konsesi ini diambil alih kerajaan, diandaikan Loji Rawatan Air Langat 2 diteruskan dengan kelulusan kerajaan negeri Selangor. Sementara menunggu Loji Rawatan Air Langat 2 siap pembinaannya, penduduk Selangor, Lembah Klang dan Putrajaya terpaksa berada dalam tempoh 'catuan' air dan pastinya memberi kesan pada kawasan-kawasan perindustrian yang beroperasi di Selangor dan kawasan sekitanya. Sekiranya diteliti, masalah ini berpunca dari polisi 20 meter padu air percuma yang diperkenalkan oleh kerajaan Negeri Selangor. Tan Sri Khalid Ibrahim berpendapat sekiranya kerajaan negeri menguruskan sendiri konsesi-konsesi air, kenaikan tariff air dapat dibendung dan kerajaan negeri Selangor berupaya untuk meneruskan program pemberian 20 meter padu air terawat percuma kepada rakyat Selangor. Kerajaan pusat sebaliknya tidak menghalang pengambilalihan syarikat-syarikat konsesi ini oleh kerajaan negeri, walau bagaimanapun tawaran kerajaan negeri kepada syarikat-syarikat konsesi ini telah ditolak. Datuk Seri Peter Chin Fah Kui pada satu ketika membidas kerajaan negeri Selangor yang mempolitikkan isu penstrukturan semula air dengan mengatakan tidak timbul isu tariff air di Selangor akan naik jika kerajaan negeri memberi kelulusan kepada kerajaan pusat untuk meneruskan pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2. Beliau turut menyatakan sebarang caj air ditentukan oleh kerajaan negeri dan bukan kerajaan pusat. Sekiranya pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 tidak dimuktamadkan secepat mungkin, akan tiba satu ketika penduduk di Selangor, Lembah Klang dan Putrajaya akan mengalami krisis air yang serius. Kerajaan negeri Selangor pada hari ini masih lagi mencongak-congak kos pembinaan projek yang dikatakan membazir itu, pelbagai cadangan yang dikatakan lebih baik dan menjimatkan diberikan pada saat-saat akhir ini sedangkan segala kajian dan rekabentuk telah dibuat untuk Loji Rawatan Air Langat 2 sejak tahun 2006 lagi. Dalam keadaan yang agak mendesak, seharusnya sesuatu dilakukan untuk mitigasi bagi masalah yang bakal melanda dan bukannya mengalihkan tumpuan tentang apa yang sepatutnya dilakukan pada peringkat permulaan. Kebajikan rakyat haruslah diutamakan dengan mengetepikan sentimen politik. Harga yang perlu dibayar sekiranya krisis air berlaku Selangor, Lembah Klang dan Putrajaya adalah sangat tinggi jika dibandingkan dengan kos pembinaan projek itu sendiri. Sumber KL POS Psssttt.... Takkan Rakyat Selangor nak duduk diam je? DAP ANTI ISLAM PAS ITU MELAYU UMNO ITU ISLAM ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT |
You are subscribed to email updates from PAPA GOMO To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment