PISAU.NET |
- Isu Jirat Cina di Rizab Melayu: Azizan Pekak, Buta Atau Pura-pura Tuli?
- Derma Untuk Lebuhraya Ke Syurga
- Dokumen Sulit Rasuah Anwar Azmin Di Dedahkan!
- Pencapaian Terbaik Bersih 3.0,Ibadah Haji Bakal Terjejas.
Isu Jirat Cina di Rizab Melayu: Azizan Pekak, Buta Atau Pura-pura Tuli? Posted: 30 May 2012 06:00 AM PDT Isu pembinaan jirat Cina komersial di Tanah Rizab Melayu, Karangan, Kulim sudah berlanjutan sejak 2007. Memang mudah bagi Dato' Seri Azizan, selaku Menteri Besar menyalahkan kerajaan terdahulu dalam kes ini. Tetapi Azizan harus sedar bahawa, kerana marahkan kerajaan terdahululah maka rakyat telah bertindak menukar kerajaan di mana Azizan berpeluang menjadi Menteri Besar sekarang. Harapan rakyat agar Azizan boleh berbuat sesuatu - memperbetulkan yang silap dan menambahbaikkan apa yang sedia baik. Namun, harapan kini bertukar menjadi kemarahan. Azizan bukan sahaja tidak boleh memperbetulkan apa-apa tetapi menambahkanlagi kesilapan dan merosakkan apa yang sedia baik.Negeri Kedah kini berada dalam keadaan 'koma' dan semakin merosot setiap hari. Tidak cukup dengan pembalakan mega yang menghancurkan sistem perairan dan menjejaskan ekologi yang mana habis balak-balak yang masih 'halus' dibedal oleh kontraktor-kontraktor yang tidak bertanggungjawab. Suatu ketika Azizan menjawab beliau tidak punya kuasa menghentikan semua itu kerana ia 'salah kerajaan terdahulu'. Kemudiannya, kontrak yang lama diperbaharui dan Azizan hanya pura-pura tuli konon tidak tahu menahu mengenainya. Begitu juga dengan Kulim Hi-Tech Park, yang suatu masa dahulu dibanggakan sebagai 'Silicon Valley' Malaysia kini muram, tiada pelaburan baru melainkan warga pengurusan Kulim Hi-Tech Park yang baru sahaja yang meriah keluar negara tanpa had. Ada Azizan kisah? Tidak, kerana kemungkinan besar beliau tidak tahu menahu apa-apa. Sikap yang sama diambil oleh Azizan dalam menangani masalah jirat cina di rizab melayu ini iaitu tidak berbuat apa-apa. Tapak tanah yang menjadi kontroversi ini terbahagi kepada 3 lot tanah dan dua daripadanya yang berkeluasan 8 hektar masih berstatus Tanah Rizab Melayu manakala satu lagi pula yang berkeluasan 76 hektar dijual kepada orang Cina pada 1926 iaitu sebelum Akta Tanah 1933 diwartakan. Tanah ini sehingga kini masih berstatus Tanah Rizab Melayu. Kawasan inilah yang akan dijadikan jirat Cina komersial di mana pembinaan sedang rancak dijalankan. Penduduk-penduduk di sini telah memacakkan papan tanda membantah pembinaan jirat Cina itu. Perhimpunan aman juga dibuat untuk merayu keprihatinan Menteri Besar untuk menyelesaikan masalah ini. Mereka mengharapkan agar kerajaan negeri boleh menggantikan kawasan lain kepada pihak terbabit dan mungkin juga memberikan pampasan sewajarnya untuk menyelesaikan masalah ini. Sebarang bentuk penyelesaian adalah dialu-alukan dengan mengambil kira kepentingan 16,000 penduduk Melayu di kawasan tersebut. Sebagai mewakili parti yang menggunakan nama Islam, sikap membisu Azizan dalam perkara ini amatlah mengecewakan. Isu jirat Cina di kawasan kediaman Melayu bukan isu kecil, apatah lagi di atas Tanah Rizab Melayu. Isu ini melibatkan sensitiviti agama dan budaya serta mampu mencetuskan ketegangan kaum. Keengganan Azizan mengambil isu ini secara serius amat mengecewakan rakyat Kedah. Mereka tertanya-tanya, kenapakah Azizan tidak mampu memainkan peranan yang sepatutnya untuk mencari jalan terbaik - mungkin dengan meminta kerjasama DAP untuk merasionalkan perkara ini dengan pihak pemaju projek tersebut. Atau mungkinkah benar Azizan kecut perut bila berhadapan dengan isu yang membabitkan kaum Cina? Apakah sudah menjadi 'prinsip' PAS untuk mengalah setiap kali berkonfrontasi dalam perkara yang membabitkan kaum Cina? Apapun, ini adalah pengajaran kepada rakyat Kedah agar tidak tertipu oleh PAS yang membawa imej Islam, negara kebajikan dan mewakili Melayu.PAS bukan tidak ingin membela Melayu, tetapi PAS tidak berani dan tidak tahu caranya |
Derma Untuk Lebuhraya Ke Syurga Posted: 30 May 2012 01:09 AM PDT Baru saja disergah oleh Majlis Fatwa Masjidil Haram berkenaan fatwa sesat yang menjanjikan syurga kepada pengundi, hari ini Nik Aziz sekali lagi menjanjikan pahala pula kepada manusia yang menderma untuk pembinaan Lebuh Raya Rakyat Kota Bharu-Kuala Krai bernilai RM1.8 billion sepanjang 73km. Menurut laporan Berita Harian, Nik Aziz juga mengakui turut menyumbang RM5,000 bagi pihak arwah ibu dan ayahnya sebagai bayaran pahala kepada mereka. Nik Aziz berkata demikian selepas majlis pecah tanah pakej Satu lebuh raya itu antara Machang-Kuala Krai yang membabitkan laluan sepanjang 43 km. Nik Aziz dengan itu menyeru rakyat untuk menderma bagi memastikan lebuh raya ini siap sepenuhnya. Derma itu pasti akan digantikan dengan ganjaran pahala, katanya. Menarik sekali! Cuma kita ada sedikit kemusykilan: Adakah jumlah sumbangan menentukan jumlah ganjaran pahala? Atau adakah semua yang menderma akan menerima jumlah pahala yang sama tanpa mengira jumlahnya? Dan bolehkah kita menebus dosa dengan menderma kepada pembinaan lebuh raya ini atau menggunakan sistem kontra iaitu, satu jenis dosa untuk beberapa ringgit derma? Bagaimana pula jika ada yang menderma dengan wang haram? Apakah mereka juga mendapat pahala? Jika orang bukan Islam yang menderma, apakah mereka akan dikecualikan dari api neraka atau sekadar diringankan siksaan? Bagaimana pula dengan orang yang telah mengundi PAS yang telah dijamin syurganya oleh Nik Aziz? Apakah dengan menderma lagi kepada lebuh raya ini maka mereka akan berpeluang untuk mendapat syurga yang lebih tinggi? Kita perlukan sedikit butiran lanjut mengenai perkara ini kerana ramai lagi umat Islam yang tidak mengundi PAS dan mereka ini semua pasti ingin tahu lebih lanjut kalau-kalau derma ini akan membantu memberatkan timbangan pahala ketika dihisab nanti. Lebuh Raya Rakyat ini juga dikatakan bakal menyediakan laluan khas untuk binatang seperti gajah dan harimau yang dikatakan melalui kawasan itu. Tidak pula dikhabarkan sama ada laluan khas untuk makhluk-makhluk lain seperti jin atau bunian juga disediakan dan diasingkan jantina, bagi menepati sifat sebuah lebuh raya ke syurga. Apa yang kurang menarik ialah, walaupun lebuh raya ini bersifat 'saham akhirat', ini tidak bermakna yang lebuh raya ini akan beroperasi tanpa tol. Sebelum ini Husam Musa telah membuat kenyataan bahawa "Mungkin akan ada tol nanti tapi kadarnya lebih murah dan berbeza mengikut musim." Nampaknya, walaupun Pakatan Rakyat menjanjikan lebuhraya tanpa tol di Malaysia tetapi Kelantan sebagai Serambi Mekah, sekali lagi mengatasi negeri-negeri lain dalam soal ini di mana tol dihalalkan di sana. Maka terfikir juga kita, mungkinkah bayaran tol bagi lebuhraya ini juga akan mendapat ganjaran pahala? Jika ya, bolehkah Nik Aziz memanjangkan pemberian pahala itu untuk pembayar tol di lebuh raya negeri-negeri lain? Kita boleh ketawa geli hati dan menggeleng-gelengkan kepala dengan kesesatan yang dibawa Nik Aziz, tetapi penulis tetap tertanya-tanya berapa ramai pula yang akan tersesat dengan mempercayai bahawa Nik Aziz benar-benar mampu menjanjikan pahala kepada manusia, terutamanya manusia yang menderma dengan niat inginkan pahala dan bukan kerana ingin membantu mereka yang memerlukan. Sepatutnya, sebelum menyeru rakyat menderma untuk membina lebuhraya lebih baik Nik Aziz memungut derma untuk membina masjid yang sudah dijanjikan pahalanya oleh Allah S.W.T. Bukan rakyat tidak tahu bahawa kerajaan PAS Kelantan hanya mampu membina satu masjid sahaja sepanjang dua dekad pemerintahan. Masjid-masjid lain semuanya dibina oleh kerajaan pusat. Hakikatnya, meminta derma dari rakyat merupakan satu kenyataan rasmi bahawa PAS telah GAGAL TOTAL. PAS gagal menjana kewangan negeri dan akibatnya gagal menyediakan kemudahan asas kepada rakyat, gagal membuka peluang pekerjaan, gagal menaikkan taraf hidup rakyat dan kini PAS tidak malu ingin menagih derma dari rakyat pula. Rata-rata rakyat Kelantan hidup dalam kemiskinan dan Islam telah mengingatkan bahawa kemiskinan menghampirkan kita kepada kekufuran. Justeru, bagaimana hendak ke syurga jika miskin dan tak mampu menderma untuk pembinaan lebuhraya? Bagaimana hendak ke syurga jika kufur? Apakah hanya dengan mengundi PAS? Inikah yang Nik Aziz cuba sampaikan sebenarnya iaitu kempen 'Undilah PAS' sempena pilihanraya yang semakin hampir? Apapun, apa yang kita nampak ialah Nik Aziz sebenarnya cuba memungut derma untuk menampung dana pilihanraya, bukannya untuk projek lebuh raya |
Dokumen Sulit Rasuah Anwar Azmin Di Dedahkan! Posted: 29 May 2012 11:00 PM PDT AIDCNews – 29/05/12 – Satu kenyataan daripada pengawai penyiasat BPR didedahkan oleh Raja Petra Kamaruddin (RPK) di dalam lamannya hari ini menunjukkan Datuk Seri Anwar Ibrahim terlibat secara langsung memberi arahan kepada Ketua Pengarah BPR Datuk Shafee Yahaya supaya menutup kes rasuah Azmin Ali. Siasatan kes itu berlaku pada tahun 1995, di mana ketika itu Anwar adalah Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia dan Azmin Ali adalah Setiausaha Sulitnya. Kenyataan pegawai BPR yang asal : Saya adalah seorang bekas pegawai kanan BPR yang terlibat di dalam penyiasatan kes terhadap Azmin Ali dan isterinya Shamsidar pada tahun 1995. Saya rasa terpanggil untuk mendedahkan bagaimana 'corrupt' seorang bernama Anwar Ibrahim dan Azmin Ali di mana kedua-duanya kaya raya dan malah cerita Shamsidar merupakan gundik Anwar pada saya bukanlah suatu yang mengejutkan kerana telah lama perkara ini berlaku. Hanya orang yang pekak, buta dan tuli sahaja yang sengaja mengatakan segala cerita 'corrupt' dan juga skandal sex mereka sebagai suatu cerita rekaan atau konspirasi. Disini saya hendak menunjukkan contoh bagaimana seorang Ketua Pengarah BPR ketika itu, iaitu Datuk Shafee Yahaya kononnya seorang yang baik, berintegriti, pernah mendedahkan kononnya Dr Mahatir menengkingnya dalam kes Hassan Abul (Pesgawai BNM) dan kemudian buat buku pula yan menunjukkan bagaimana baiknya dia. Tapi dalam diam dan ramai orang BPR tahu dia telah menghentikan siasatan kes Azmin Ali setelah mendapat arahan Anwar. Kalau Datuk Shafee betul-betul bersih saya tabiklah. Tapi nak saya bongkarkan ke kisah Datuk sebelum Datuk jadi KP BPR? Maka Datuk Shafee tolonglah jangan nak komen apa-apa selepas pendedahan ini.Kronologi KesSiasatan kes ini bermula daripada satu maklumat (yang di tandakan sebagai Lampiran A). Pemberi maklumat menyatakan dengan jelas pemilikan harta Azmin Ali yang ketika itu 1995 hanyalah Setiausaha Sulit (SUS) Anwar yang bergaji lebih kurang RM2400/=. Kalau sekarang beliau hanyalah gred 41 sahaja di dalam Perkhidmatan Awam. Ekoran daripada itu, satu repot polis telah dibuat bagi membolehkan BPR menjalankan siasatan (lihat Salinan Repot yang ditandakan sebagai Lampiran B). Repot yang dibuat adalah bertarikh 24.5.1995. Ekoran itu, satu minit ringkas dikemukakan oleh Allahyarham Basri bin Idris sepertimana Lapiran C berkembar. Ia menunjukkan pemilikan harta Azmin sejak 1991 – 1995, antara lain memiliki sebuah BMW 325i, Proton Wira 1.6 Xli, Proton Satria 1.6 Xli. Proton Perdana 2.0 SE, 1000 saha,m Hicom, sebuah rumah No. 23, Jalan 1/4D Bukit Mas, Taman Melawati seluas 8500 sqft. Hebatkan? BPR siasat ke? Atas arahan Datuk Shafee (lihat minit no. 2), pegawai penyiasat diarahkan supaya tidak memohon Notis Pengisytiharan Harta yang sepatutnya di keluarkan di bawah seksyen 23 Akta Pencegahan Rasuah 1961 kepada Azmin Ali. Tuan-tuan semua tahu, kalau dalam keadaan biasa, bukan setakat Notis, tetapi Azmin sudah tentu akan ditahan untuk siasatan BPR. Knowing how BPR's style of work. Besar atau tidak pangkatnya Azmin yang hanya gred biasa dalam perkhidmatan awam ketika itu, Pengarah Siasatan diarah oleh Datuk Shafee supaya berjumpa sendiri Azmin di pejabat TPM (siapa lagi kalu bukan Anwar Ibrahim) dan meminta Azmin mengemukakan pengisytiharan secara sukarela.Now, what is the legal implication when Azmin voluntarily declare his asset? Meaaning to say he is not bound for any criminal prosecution under Prevention Corruption Act and Penal Code if the Public Prosecutor satisfy as to how Azmin having an unexplain excessive property.Diketika itu, kami yang terlibat di dalam penyiasatan merasakan amat pelik dan juga frustrated dengan arahan yang dikeluarkan oleh Datuk Shafee. Namun saya amat merasakan bagaimana Arwah Basri Idris meneruskan usahanya bagi memperoleh Notis Pengisytiharan Harta itu (limat minit No. 2 bertarikh 20/6/1995) bagi membolehkan siasatan diteruskan untuk memeriksa pengaliran wang dalam akaun-akaun Azmin Ali (quoted as YDS at para 6 of the minutes). Usaha mendapatkan Notis Berjaya dan lihat Minit-Minit bil 4 – 9 dan Kertas Siasatan dirujuk kepada Datuk Shafee pada 8 Mei 1996. Rujuk m init 10, lihat bagaimana Datuk Shafee mahu kes ini dirujuk kepada TPM dengan minitnya bertarikh 9/5/1995. Apakah integrity BPR ketika itu di bawah pimpinan beliau yang mana Datuk Shafee sering menekankan integrity di kalangan kami. Akhirnya lihatlah minit bil 15, Kertas Siasatan dikemukakan kepada Datuk Shafee bertarikh 12/9/1996 oleh Dato' Mohd Zawawi Nordin, Timbalan Ketua Pengarah BPR ketika itu. Beliau secara jelas memberitahu harta Azmin adalah diluar kemampuannya.Dramatiknya selepas itu, Kertas Siasatan ini terpendam atau dipendam macam jeruk oleh Datuk Shafee atas arahan Anwar Ibrahim. Sehinggalah pada 23/9/1997 (setahun lebih), tiba-tiba Datuk Shafee has violated a law when personally instructed this investigation to be closed. Minit beliau berbunyi (rujuk minit 16) "Telah maklumkan kepada YAB TP" dan beliau menulis "KUS". Perkataan KUS bermakna Kemas Untuk Simpan. Ia adalah terminology yang digunakan oleh BPR dan Polis apabila suatu siasatan itu telah siap dan tiada tindakan lanjut.Perbuatan Datuk Shafee ini melanggar undang-undang jenayah di bawah Kanun Tatacara Jenayah dan juga Perlembagaan Persekutuan kerana beliau tiada hak untuk mengarah suatu siasatan dihentikan melainkan arahan Pendakwaraya. Namun oleh kerana terlalu taksub kepada Anwar Ibrahin he has betray his own agency dan terutamanya Rakyat Malaysia.Di bawah ini tuan-tuan bolehlah tatapiu pengisytihatan harta secara sukarela Azmin Ali dan di dalam fail siasatan BPR bernombor 15/5/1995 Datuk Shafee telah hilangkan Notis Pengisytiharan Harta dan juga pengisytiharan harta Azmin Ali. Pengisytiharan harta secara secara sukarela Azmin Ali dapat tuan-tuan baca daripada Fakta kes pegawai Penyiasat yang saya tandakan Lampiran D. Jangan tuan-tuan buta, cek-cek yang masuk dalam akaun Shamsidar sahaja ketika itu sudah melampaui RM7 juta lebih. Seorang sururumah tangga amat kaya dan dikayakan oleh Anwar.Sebab itu apabila Anuar Shaari memberi dokumen-dokumen pemilikan saham Shamsidar dan Azmin untuk siasatan lanjut, apakah ,masyarakat buta? Saya dapat download dokumen-dokumen itu melalui website dan silalah baca sendiri. Orang seperti Datuk Shafee telah merendahkan martabat BPR dan lihat peyamun yang diselamatkannya ketika itu menjadi penderhaka kepada Negara. Banyak kerosakan telah dilakukannya. I need not to explain more about this. Hanya orang yang buta, pekak dan tuli akan jadi bahalol dunia seperti Datuk Shafee.Kes ini melibatkan satu siasatan oleh BPR ke atas Azmin Ali Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar dan isteri Azmin, Shamsida (hanyalah seorang surirumah) pada tahun1995. Siasatan dibuat ke atas Azmin kerana dikatakan mempunyai harta peribadi yang banyak hasil daripada perlakuan rasuah yang dilakukan semasa memegang jawatan Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar pada waktu tersebut. Ketika Anwar adalah Timbalan Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan Malaysia. Berdasarkan maklumat dan repot polis yang diterima, satu Kertas Siasatan telah dibuka bernombor BPR/KS: Semasa siasatan dibuat mendapati gaji Azmin hanya RM2,442.00 sebulan tetapi mampu untuk membeli 2 buah rumah iaitu rumah pertama:double storey banglow di Setapak harga RM284,118 dengan deposit sebanyak RM14,181 dan bayaran bulanan sebanyak RM3,376.75. Manakala rumah kedua:rumah berkembar di Taman Melawati harga RM210,000 dengan deposit sebanyak RM60,000 dan bayaran bulanan sebanyak RM1,110.35. Jika dicampurkan kedua bayaran bulanan ialah sebanyak lebih kurang RM4,500.00. Ini sahaja dan menunjukkan hutang Azmin melebihi sekali ganda gaji bulanan beliau. Di mana Azmin mendapat wang tambahan untuk menampung bayaran hutang ini?? Bukan itu saja, tak mungkin semua gaji Azmin di gunakan untuk membayar hutang rumah?? Bukankah ini sahaja dah mencukupi menunjukkan Azmin mempunyai pendapatan yang lain. Itu tidak diambil kira lagi dimana Azmin mendapat wang untuk membayar wang deposit rumah-rumah tersebut.Siasatan yang dijalankan oleh BPR juga membuktikan Azmin memiliki 2 buah kenderaan iaitu BMW no plat BBN 3 berharga RM160,529.85.81 dimana bayaran deposit sebanyak RM120,529 dan bayaran bulanan pula sebanyak RM875 sebulan. Kereta kedua pula Proton Perdana no plat WDU 64 berharga RM80,767.81 dengan ansuran bulanan sebanyak RM700. Jika kita lihat komitmen bulanan bagi kedua kereta ini ialah lebih kurang RM1,700. RM1,700 pada ketika itu nilai yang besar. Mana tak nya klu dilihat gaji setiausaha sulit TPM pun pada masa tu baru RM2 ribu lebih.Saham yang dimilik oleh Azmin dan isterinya juga umpama seorang bisness man. Cuba kita lihat bagaimana isteri seorang penjawat awam mempunyai saham di dalam pasaran saham dengan nilai keseluruhan melebihi setengah juta. Itu tak termasuk baki-baki didalam akaun bank yang pernah satu ketika mencecah RM300 ribu lebih. Cuba lihat keadaan yang saya nyatakan di atas. Adakah kita mempercayai penjawat awam boleh hidup dengan sedemikian?? Tetapi perkara yang paling membingungkan saya apabila BPR menutup kes ini? Sedangkan memang jelas Azmin dan isterinya mempunyai harta yangberlebihan yang tidak setimpal dengan pendapatannya. MENGAPA SIASATAN BPR DIHENTIKAN? SIAPA YANG MEMPUNYAI KUASA UNTUK MEMBERHENTIKAN SIASATAN INI?? ADAKAH ORANG YANG MEMBERHENTIKAN SIASATAN INI BERSENGKOKOL DENGAN AZMIN ATAUPUN TAKUT KEPADA PEMIMPIN PADA MASA TERSEBUT Untuk makluman, pada waktu itu Ketu Pengarah BPR adalah Dato Shafee Yahya. Dengan nyata skali KP BPR telah membuat satu keputusan yang tak relevan bilamana menghentikan siasatan ini. Apa sebenarnya yang berlaku? Jika kita tunjukkan perkara ini kepada budak sekolah pun mereka dapat menilai bahawa tak mungkin dengan gaji RM 2 ribu legih sebulan mampu mempunyai gaya hidup mewah seperti Azmin. TEETAPI kenapa Dato Shafee menghentikan siasatan ini? ADAKAH kerana bersengkongkol? Favouritism? Mengikut telunjuk pemimpin seperti Kerbau dicucuk hidung? Ataupun sama dah NYANYUK????????Kite cube renung-renungkan kembali berkaitan dengan perkara ini dan lihatlah lampiran-lampiran yang diupload bersama. Ingatlah hidup ini hanya perjalanan yang sementara sahaja. Jangan ingat kita terlepas untuk selama-lamanya. seterusnya |
Pencapaian Terbaik Bersih 3.0,Ibadah Haji Bakal Terjejas. Posted: 29 May 2012 06:00 PM PDT Kejayaan paling manis pernah dicapai oleh haprak pakatan apabila berjaya menakluki Makkah & Madinah. Atas inisiatif yang baik lagi suci khawarij PAS berjaya membawa agenda Ambiga,Anwar dan Lim Guan Eng hingga didepan Kaabah. Hasilnya jika kerajaan Arab Saudi mengurangkan kuota jemaah haji,mereka yang terlepas peluang bolehlah berjimat cermat memandangkan perjuangan RAKYAT haprak pakatan sudah pasti sebahagian daripada jihad dan murni... Pakcik makcik dan bakal jemaah Haji yang bersusah payah mengumpul wang untuk menunaikan Haji sudah pasti akan mendapat habuan hasil daripada kebijaksanaan para pejuang fisabillah PAS yang diketuai sendiri oleh Nik Abduh B Nik Aziz. Manakala Nasharudin Tantawi yang melancarkan Bersih 3.0 Makkah Madinah juga sudah pasti menyambut baik hasrat kerajaan Saudi kerana dengan mengadakan himpunan sebegitu boleh dijadikan sebagai alasan untuk mengugut umat Islam dan rakyat secara keseluruhan agar tunduk dan patuh kepada kehendak Bersih 3.0 atau bakal menerima padah! Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan menghubungi Raja Arab Saudi, Raja Abdullah dalam masa terdekat berhubung kedudukan dan permohonan kuota jemaah haji dari negara ini yang dibimbangi terjejas ekoran isu perhimpunan Berhih 3.0.Pisau kata " Bersih 3.0 Nik Aziz kata halal" |
You are subscribed to email updates from PISAU.NET To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment