Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


PANASS!! lagi Rakyat Kedah di KENCING Pas mengenai Geran Tanah!! #saveKedah

Posted: 30 May 2012 08:12 AM PDT


Mc nak cerita ni, ini cerita dari Penduduk Kampung Bok Bak, errrrrrmmmmm Ini cerlita betui talak tipu cerlita moh"....Cikgu Joe cakap tak serupa bikin, memang puak PAS suka menipu rakyat..tibai duit ribu-ribu dari pemohon tanah, lepas tu.. janji nak bagi geran untuk tanah rezab melayu tapi hamPAS senyap macam tu jer..yang depa tau hantar notis dok minta lagi duit proses.....itulah yang di luahkan oleh Harun Jusoh, 51, seramai lebih 1,000 orang peserta yang menjadi pemohon tanah rezab Melayu di kawasan tersebut telah dijanjikan pemilikan geran tanah oleh Johari, atau lebih dikenali sebagai Cikgu Joe.

Apa kes ni cikgu Joe......sampaikan pejabat tanah Daerah tidak mengetahui sebarang butiran permohonan, ermmm ini kes aniaya ni.....APA KUASA PEJABAT YB Kupang, Boleh keluarkan arahan kutip duit dari penduduk yang memohon tanah rizab kerajaan....

"Ada sesetengah bayar RM4,000, ada yang bayar RM3,000..RM500 – RM600 ni biasa ja bayar (kepada pejabat DUN Kupang), walaupun geran tak dapat, duit tu tak dapat balik la.

Memang dasar PAS dokm menipu rakyat.... dari MB, EXCO sampailah YB dok kerkah duit rakyat "YB Johari pun ada janji kata nak bagi geran…YB-YB ni depa memang dok berceramah kata depa nak bagi geran…tapi sedangan pihak yang pejabat tanah tak tau apa pun.

Nampaknya sekarang Memang sah lah....YB PAS dok muhong..... MUNGKIN INI GELARAN YANG SESUAI UNTUK YB " PENJAGA GUNUNG GANANG TANAH" sesuka hati jer.......

TUDIAA!! BIla Benda Pelik Tapi Benar Yang Pas Kedah buat!! #saveKedah

Posted: 30 May 2012 05:36 AM PDT

Cerita pelik tapi benar ni.. Mc ambil dari blog Kamera Kupang.

KORANG TENGOKLAH SENDIRI ALAMAT PEJABAT YB JOHARI. ADUN KUPANG. INI LA WAKIL RAKYAT PAS KUPANG. 

Orait.. korang dah hafal alamat pejabat dia kan.... sekarang kita lihat surat yang dikeluarkan oleh "EXCO GUNUNG GANANG TANAH" lebih kurang pejabat tanah PAS lah... sebab surat bukan dari PEJABAT TANAH DAERAH BALING yang di iktiraf...

TAPI dari Pejabat YB PAS Kupang (YB JOHARI) emmmmm.. kira kemas dan bergayalah lah pejabat YB PAS boleh keluarkan NOTIS ARAHAN PEMBAYARAN kepada pejabat YB. mereka hanya berselindung disebalik Jawatakuasa yang dilantik yang dilantik. sedangkan dalang DISEBALIK JK tersebut adalah "orang-orang kuat YB"


Apa KES ni Yb... pelik juga bila mengetahui perkara ini... APA urusan Pejabat tanah boleh dibuat di PEJABAT WAKIL RAKYAT PAS KUPANG. 

Setahunya, segala urusan berkenaan dengan Tanah Rezab Kerajaan di Bawah urusan Pejabat Tanah Daerah Baling......Maknanya disini, PAS Kupang mengambil kesempatan ke atas permohonon Tanah Rezab Kerajaan. Tudiiiiaaaaa ehhhh..

Patut la.... di faham jumlah bayaran yang di buat pemohon mencecah ribuan ribu ringgit. ermmmm di faham jumlah pemohon melebihi 50 orang...bukan sahaja dari dearah Baling, tetapi sekitar negeri kedah..... Makin kayalah sekarang YB Joe dan kroni-kroni dia..... patut la makin ramai yang berimpit.....dengan yb sekarang.




Lihat dokumen yang dikeluarkan PEJABAT YB PAS KUPANG..... 
SURAT TANPA NAMA.. COP PUN TIADA. 


korang mesti pelikkan..... macamana pejabat YB PAS boleh kutip duit... MACAM PEJABAT AH LONG pulak..... CEPAT-CEPAT sapa mau itu tanah kasi itu wang sama gua mau proses.... wa punya kabel kuat maa....sama itu tok Ah Zizan.......


McTheory:
Lepas Pas memerintah ni..macam-macam benda boleh jadi..

PANASS!! Blogger UMNO Fitnah Pakatan Haram Selangor!!

Posted: 30 May 2012 02:12 AM PDT

wahh ada Adam Adli dengan Rafizi..

Ehh.. mana orang ni?? tak buka lagi kot..

Tak mungkinlah ramai ni jee.. ini tipu ni..


Mc percaya gambar di atas adalah superimpose yang dibuat oleh Cybertrooper UMNO berkenaan dengan Konvensyen Belia Selangor 2012, anjuran kerajaan negeri. Mana mungkin kehadiran Rafizi dan ikon Mahasewel Adam Adli hanya menarik minat 100 orang belia. Ni gambar tipu ni.. apa la nak jadi dengan blogger UMNO ni.. kerja menipu aje ya..


Pada sesiapa yang ada gambar sebenar, sila berikan pada Mc.. sebab semua gambar yang Mc ada, dah kena superimpose.. heh..


McTheory:
Lebih kerusi dari orang..

PANASS!! Anwar KENCING Kaum India Lagi!! #saveKedah

Posted: 29 May 2012 11:36 PM PDT

Muka macam ni nak percaya?

Anwar memang terkenal dengan manusia yang suka berjanji. Dia tabur janji sana, dia tabur janji sini. Kes paling hebat dalam berjanji ialah kes Kampung Buah Pala. Dia buat janji, umpama dia tuhan. Katanya andai Pakatan Rakyat memerintah Pulau Pinang, Kampung Buah Pala akan selamat. Namun selepas tu apa jadi?

Tengok dibawah ni..


Itu kisah kampung Buah Pala, sebenarnya banyak lagi contoh yang boleh Mc bawa, cuma itu salah satu contoh nyata pembohongan Anwar.

Terbaru kes pembohongan kali ini terjadi di Kulim Bandar Baharu.

Pada bulan lepas Anwar ada datang ke Kedah untuk membuat 'roadshow' ceramahnya. Bagi menunjukkan setiap ceramah Anwar di Kedah ramai, Anwar meminta bantuan daripada kaum india PKR di Kulim Bandar Baharu untuk beri beliau sokongan. Di janjikan, setiap orang yang pergi akan diberi wang saku rm50 seorang dan bas percuma.

Maka berduyun-duyunlah pekerja estet dan kilang kaum india yang bersemangat 'PKR' turun padang untuk menyokong Anwar. Di angkutnya berbas-bas untuk pergi  menyorak dan bertepuk tangan demi Anwar dan memaki UMNO/BN.

Mereka sanggup tidak bekerja, walaupun kehidupan mereka susah. Demi Anwar.. mereka sanggup ponteng kerja, tak turun berkebun, tak turun keladang. Kononnya demi perjuangan.

Namun setelah selesai ceramah, Anwar pun dah pulang ke Kuala Lumpur.. wang saku yang dijanjikan tidak tiba. Akhirnya ketua rombongan yang Mc panggil Mr Krish, terpaksa menahan maki. Saban hari pekerja estet yang dijanjikan rm50 menemui beliau dan meminta wang kepadanya. Sedangkan beliau 1 sen pun tak diberi Anwar untuk berikan kepada mereka.

Akhirnya beliau sedar, Anwar hanya mempergunakan beliau dan orang-orangnya. Anwar hanya pandai berjanji, tapi tidak tepati. Akhirnya, nama beliau yang busuk kerana orang memanggil beliau dengan gelaran penipu. Sedangkan Anwar yang menipu, beliau pun terbabit sekali.

Sejak daripada itu, setiap kali beliau nampak bendera PKR dan poster muka Anwar. Beliau terasa bagai nak ludah saja bendera dan muka Anwar tu. Kerana janji Anwar, beliau tidak lagi dihormati dan digelar penipu.

Anwar memang menganggap kaum india sebagai kaum yang tidak penting. Termasuk kali ini, dah berapa kali Anwar menipu kaum india? apakah kaum india masih mahu menyokong Anwar? Dah pelbagai janji yang beliau taburkan. Malah sudah dua ahli parlimen PKR, Rashid Din dan Joe Bedul menghina kaum india dengan mengatakan undi kaum india tidak penting bagi mereka.

Undi kaum india tak penting bagi PKR. Oleh yang demikian, kaum india patut boikot PKR pada PRU kali ni. tak payah nak terhegeh-hegeh nak bagi undi pada mereka. Orang dah tak sudi nak sokong buat apa lagi, betul tak?


McTheory:
Tunjukkan pada Anwar, kaum india juga ada power..

PANASS!! Lagi Artis Popular Sertai UMNO!!

Posted: 29 May 2012 09:22 PM PDT

Mc pun tak sangka mereka bertiga ini akan menyertai UMNO. Disebabkan sebelum ini, ada diantara mereka agak rapat dengan parti pembangkang.. namun atas perjuangan yang tulus dan ikhlas, Mc percaya mereka membuat pilihan yang tepat.

Kenyataan dari Amy Search



Kenyataan dari Mus May


Kenyataan dari Ibnor Reza


Tahniah kepada Amy, Mus dan Ibnor Reza.. UMNO tak janjikan syurga kepada artis yang sertai UMNO. Namun untuk berjuang demi Agama, Bangsa dan Tanah Air.. UMNO adalah pilihan utama. Jangan masuk UMNO jika hanya mahukan wang dan kuasa, gunalah platform UMNO untuk perjuangan.


McTheory:
Panass Nik Aziz tengok Amy masuk UMNO.. he he..

TUDIAA!! Cara-cara nak minta kerja kosong dari Anwar Ibrahim!!

Posted: 29 May 2012 05:47 PM PDT



McTheory:
ha ha ha.. terbaik la Rio.. ha ha...

TUDIAA!! Pelik ehh.. Sorang Wanita Rogol sepuluh Lelaki??

Posted: 29 May 2012 12:12 PM PDT



TAMBOV – Seorang wanita Rusia yang merupakan pengumpul filem ngeri dan labah-labah, Valeria K. dibicarakan di sebuah mahkamah kerana memberi ubat tidur kepada 10 lelaki sebelum merogol mereka, lapor sebuah akhbar.

Polis terkejut apabila mendapati wanita berusia 32 tahun itu merogol 10 lelaki kerana dia memiliki perwatakan yang lemah lembut dan pendiam.Wanita itu turut diberi jolokan Black Widow kerana minatnya terhadap labah-labah.

Menurut polis, Valeria akan berkenalan dengan mangsa sebelum menjemput dan memberi mereka minuman yang mengandungi bahan clonidine sehingga menyebabkan mangsanya tertidur hampir 24 jam. Dia kemudian membuka pakaian dan merogol mangsa dengan mengikat kemaluan mereka dengan seutas tali.

Semua mangsanya itu hanya sedar ketika dirawat di hospital akibat keracunan clonidine selain mengalami trauma kerana zakar mereka diikat. Namun, mereka dapat mengingati wajah seorang gadis cantik yang memberi minuman itu.

Polis berjaya mengenal pasti penjenayah tersebut dan menangkapnya selepas mangsa memberitahu rupa wanita itu. Polis mengenal pasti 10 mangsa walaupun seorang daripada mereka enggan membuat laporan.

"Apa yang berlaku kepada diri saya adalah hebat. Saya suka wanita yang ganas. Saya cuma berharap dia tidak meracuni saya dengan clonidine," kata lelaki yang enggan membuat laporan polis itu.

Sumber berita adalah Agensi.
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...