PEMIKIR POLITIK JERANTUT |
- SIKIT-SIKIT UMNO!! GILA DAH PAKATAN NI!!
- hot!! FASHA SANDHA HAMIL!! FOTO!!
- PANAS!! FAZURA BUAT AKSI PANAS!!
- hot!! VIDEO DEBAT KJ VS RAFIZI!! RAFIZI KANTOIKAN PAKATAN LEMAH!!
- PANAS!! ANWAR BEGANG DENGAN KHAIRY JAMALUDDIN SEKARANG!! KJ PECAH LOBANG ANWAR!!
SIKIT-SIKIT UMNO!! GILA DAH PAKATAN NI!! Posted: 23 May 2012 05:59 PM PDT SHAH ALAM – Umno menafikan ia atau Barisan Nasional (BN) terbabit dengan kumpulan badan bukan kerajaan (NGO) yang merancang mendirikan gerai di hadapan rumah Pengerusi Bersama Bersih, Datuk S Ambiga, hari ini dan esok. Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, sebaliknya beliau meminta pihak terbabit menghentikan rancangan itu kerana itu bukan hasrat keseluruhan rakyat yang sayangkan keamanan dan kesejahteraan. "Terdapat aduan yang diterima berkenaan sensitiviti sesetengah pihak, khususnya berkaitan penjualan daging di kawasan individu yang tidak memakannya, selain bertindak kurang sopan dengan aksi menunjukkan punggung dan sebagainya. "Umno dan BN menganggap perlakuan tersebut tidak sepatutnya berlaku dan kebudak-budakan," katanya dalam satu kenyataan semalam. Tengku Adnan, yang juga Ahli Parlimen Putrajaya berkata, rakyat tidak perlu terikut- ikut dengan perangai pihak yang mahu menghancurkan negara sedangkan negara ini mempunyai undang-undang. "Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah menyarankan konsep wasatiyah atau kesederhanaan yang harus difahami semua," katanya. |
hot!! FASHA SANDHA HAMIL!! FOTO!! Posted: 23 May 2012 11:07 AM PDT Ramai yang sedia maklum bahawa Fasha Sandha telah pun hamil walaupun masih di peringkat awal perkahwinan. Semalam, Fasha bersama suami tercinta, Jejai telah ke Pusat Perubatan Prince Court bagi menjalani ujian kehamilan. Memetik dari Beautifulnara.com, Dr. Paul merupakan doktor yang melakukan pemeriksaan telah mengesahkan kehamilan Fasha. Doktor tersebut telah melakukan ujian pengimbas namun tidak dapat dikesan kerana masih di peringkat awal kandungan. Menurut Dr. Paul, bayi dapat dilihat melalui ujian pengimbasan setelah kandungan berusia enam minggu ke atas. Selain itu, Fasha juga telah melakukan ujian toxoplasma kerana Fasha merupakan penggemar kucing. Fasha membela lapan ekor kucing dirumahnya. Dr. Paul menasihati Fasha supaya tidak mendekati kucing kerana bulu dan najis kucing adalah tidak selamat kepada ibu yang mengandung. Setelah melalui beberapa pemeriksaan semalam, Dr. Paul telah menjangkakan tarikh kelahiran cahaya mata Fasha dan Jejai pada 9 Februari 2013. Fasha menyatakan rasa terujanya kerana anaknya akan berbintang Aquarius, memetik dari temubual Fasha bersama Beautifulnara.com. Pastinya Fasha dan Jejai tidak sabar untuk melihat bakal cahaya mata mereka. Namun, diingatkan tarikh kelahiran biasanya akan awal atau lewat dua minggu bergantung kepada kondisi ibu serta kandungan. Oleh: HARITS ASYRAF |
PANAS!! FAZURA BUAT AKSI PANAS!! Posted: 23 May 2012 05:15 AM PDT Khabar terbaru mengenai bintang filem Pisau Cukur, Fazura. Pada Ahad ini, pelakon itu bakal melancarkan sebuah butik yang terletak di Bangsar. Berdiri dengan jenama "House of Doll", idea untuk memiliki butik sendiri hadir dua tahun lalu. "Saya terfikir untuk memiliki sebuah butik hasil titik peluh saya sendiri setelah melihatkan aktiviti lakonan saya sendiri semakin berkurangan. Faz sendiri suka berfesyen dan apa yang ditawarkan oleh butik ini lebih kepada apa yang Faz suka. Faz mahukan kelainan dan apa yang kami tawarkan lebih kepada "ready to wear' dan ada satu kejutan buat peminat." jelas Fazura yang turut dinamakan sebagai jurucakap jenama telefon pintar Blackberry. Mengelak untuk mengulas lanjut mengenai kejutan tersebut, namun apa yang boleh GUA sampaikan adalah ia melibatkan kerjasama untuk "couture wear". Fazura ditemui di acara Blackberry "Stop Missing Out!" yang berlangsung di The Gardens, Mid Valley. "Faz menghabiskan banyak masa di Twitter dengan menggunakan Blackberry. Saya yakin Blackberry merupakan peranti komunikasi terbaik untuk mendekatkan Faz dengan peminat." Kempen "Stop Missing Out!" menawarkan peluang kepada peminat dan pengguna Blackberry bagi memenangi hadiah menarik antaranya menonton wayang, sesi memanjakan diri, karaoke, futsal dan membeli-belah bersama selebriti. Selain Fazura, turut terlibat antaranya Bunkface, Jehan Miskin, Joe Lee, Julie Woon, Liyana Fizi dan Megan Tan. Kempen ini bakal bermula pada 1 Jun hingga 1 Julai depan. Layari www.StopMissingOut.com.my untuk menyertai. |
hot!! VIDEO DEBAT KJ VS RAFIZI!! RAFIZI KANTOIKAN PAKATAN LEMAH!! Posted: 23 May 2012 04:24 AM PDT |
PANAS!! ANWAR BEGANG DENGAN KHAIRY JAMALUDDIN SEKARANG!! KJ PECAH LOBANG ANWAR!! Posted: 23 May 2012 02:43 AM PDT Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin mendakwa Pakatan Rakyat (PR) tidak yakin mampu untuk menjana ekonomi negara dan itu sebabnya mereka mahu memansuhkan kemudahan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan pendidikan percuma kepada pelajar institut pengajian tinggi awam (IPTA). Sebelum ini PR telah melancarkan beberapa manifesto jika menang pilihan raya akan memberi pendidikan percuma kepada rakyat terutama kerajaan di bawah naungan mereka. "Pakatan Rakyat tidak yakin dengan pemerintahan mereka dan mereka tak boleh bagi keyakinan pada rakyat," hujah Khairy pada debat bersama Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli anjuran Sinar Harian di sini, sebentar tadi. Memetik hujah Rafizi yang sebelumnya mengatakan bahawa hutang negara akan meningkat dari tahun ke tahun jika PTPTN diteruskan dan pendidikan di peringkat tinggi tidak dihapuskan akan memberi kesan kepada kehidupan rakyat pada 10 tahun akan datang. Khairy turut mengulas hujahnya dengan memberi keyakinan bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) akan terus meningkatkan ekonomi rakyat Malaysia melalui pelbagai langkah yang telah dilaksanakan sekarang. Sebelum ini, dalam kenyataan media, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan gaji minimum, yang dinanti-nantikan oleh hampir lima juta pekerja sejak lebih setahun lalu, dengan kadar antara RM800 hingga RM1,000. Najib turut melaksanakan durian runtuh kepada peneroka yang berjumlah RM15,000 pada setiap seorang peneroka Felda pada Mei lalu. "Keyakinan BN dapat ditingkatkan melalui peningkatan gaji serta memberi peluang pekerjaan kepada graduan selepas tempoh enam bulan menamatkan pelajaran. "BN juga berkeyakinan terhadap pertumbuhan ekonomi dari semasa ke semasa di bawah pemerintahan kerajaan BN sekarang," kata beliau lagi. Pssssssssst: puak pakatan dah mula pakai otak..bagus la..haha |
You are subscribed to email updates from PEMIKIR POLITIK JERANTUT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment