Gelombang Rakyat |
- JAWI RAMPAS 500 BUKU KELUARAN IRSHAD MANJI DI BANGSAR!!
- CERITA DI MAHKAMAH.. KAK WAN 'JELING MAUT' WARTAWAN TANYA SHAMSIDAR PASAL ANWAR!!
- SYABAS.. KERAJAAN MALAYSIA SAMAN AMBIGA LGBT!!
JAWI RAMPAS 500 BUKU KELUARAN IRSHAD MANJI DI BANGSAR!! Posted: 23 May 2012 05:09 PM PDT Pegawai Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) merampas tujuh naskah buku "Allah Liberty & Love - Courage To Reconcille Faith & Freedom" karya penulis kontroversi, Irshad Manji berikutan kandungannya yang menyalahi hukum syarak. Ketua Penolong Pengarah Kanan Penguatkuasa Jawi Wan Jaafar Wan Ahmad berkata serbuan yang melibatkan lapan pegawai itu dilakukan pada pukul 8.45 malam di sebuah kedai buku di pusat beli belah terkenal di Bangsar. "Kami menerima maklumat terdapat sekurang-kurangnya 500 edisi terjemahannya sudah dicetak dan berada di pasaran di seluruh negara, malah usaha mengesan buku berkenaan sedang dilakukan," katanya kepada pemberita di sini. Irshad, penulis kelahiran Uganda dan memegang kerakyatan Kanada mencetuskan kontroversi kerana menyokong gerakan lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT) di Malaysia. Wan Jaafar berkata buku berkenaan dirampas dan disiasat mengikut Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan atas kesalahan berhubung kesucian Islam dan institusinya, termasuk menghasilkan penerbitan yang bertentangan dengan hukum syarak. |
CERITA DI MAHKAMAH.. KAK WAN 'JELING MAUT' WARTAWAN TANYA SHAMSIDAR PASAL ANWAR!! Posted: 23 May 2012 06:19 AM PDT Ikuti antara kupasan dan pengalaman salah seorang wartawan Agendadaily pada hari Perbicaraan Anwar dan Azmin berkaitan isu BERSIH 3.0 di Mahkamah baru2 ini :- Antara yang mencuri perhatian semasa prosiding pendakwan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Azmin Ali kerana kes Bersih pagi Selasa tentulah kehadiran Shamsidar Taharin dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail sama. Isteri Azmin Ali itu tampil dengan pakaian warna cream hampir sama dengan warna dipakai suaminya. Sewaktu di bilik mahkamah beliau asalnya tidak duduk sekali dengan Wan Azizah. Beliau duduk di barisan belakang wartawan bersama beberapa penyokong pembangkang lain di situ. Ini sehinggalah ada anggota keluarga Anwar bagi isyarat memanggilnya agar duduk sama dengan Wan Azizah. Gerak geri mereka terus menjadi perhatian wartawan yang membuat liputan.Mereka nampak bersembang beberapa ketika semasa duduk bersama. Kemudian kedua mereka ikut serta suami masing-masing semasa hendak membayar wang ikat jamin RM500 yang dikenakan untuk pertuduhan pertama kes itu. Ditemui wartawan Agendadaily untuk mengulas dakwaan adanya skandalnya dengan Anwar yang heboh kebelakangan ini,Shamsidar dengan nada bersahaja kata..."saya tak mahu komen...saya tak mahu komen". Sementara itu Wan Azizah yang lihat wrtawan Agendadaily hendak menyapanya terus lambai tangan isyarat tak mau cakap. |
SYABAS.. KERAJAAN MALAYSIA SAMAN AMBIGA LGBT!! Posted: 23 May 2012 03:46 AM PDT Kerajaan memfailkan saman menuntut gantirugi berjumlah RM122,000 terhadap Pengerusi Bersama BERSIH, Datuk S Ambiga serta sembilan lagi ahli jawatankuasa pemandu gabungan tersebut kerana didakwa gagal mengawal perhimpunan anjurannya pada 28 April lalu sehingga pihak kerajaan terpaksa menanggung kerugian. Turut disaman Ahli Jawatankuasa pemandu itu yang disaman ialah Maria Chin Abdullah, Zaid Kamarudin, Haris Fathillah Mohamed, Arumugam a/l Kalimuthu, Arul Prakkash a/l Sinnappan, Wong Chin Huat, Dr Ahmad Farouk Musa, Toh Kin Woon dan Andrew Khoo. Pengerusi Bersama BERSIH, Datuk A Samad Said dan seorang lagi anggota jawatankuasa pemandu, Hishammuddin Rais, bagaimanapun tidak tersenarai dalam saman tersebut. Ketika dihubungi, Ambiga berkata, beliau telah diserahkan saman tersebut pada kira-kira jam 3.25 petang ini Dalam samannya, kerajaan mendakwa pihak defenden telah:
Akibat daripada kegagalan tersebut, kata saman tersebut, 15 kenderaan milik kerajaan mengalami keroskan dan terpaksa menanggung kerugian yang telah ditaksirkan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR). Menurut saman tersebut, kos untuk memperbaiki semua kenderaan terbabit ialah antara RM2,000 hingga RM16,000 yang kesemuanya berjumlah RM122,000. |
You are subscribed to email updates from Gelombang Rakyat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment