House PK

House PK


GEMPAR BERAPI! LIHAT BAGAIMANA RAKYAT SELANGOR DILAYAN SEPERTI PARIA OLEH AZMIN ALI!

Posted: 25 May 2012 12:59 AM PDT

OMG! TAK HABIS-HABIS 2 EKOR LAHANAT NI MENIPU!

Posted: 24 May 2012 09:00 PM PDT

Nizar Jamaluddin dan Sivakumar memang dasar tak tahu malu kerana boleh berbangga diri atas usaha orang lain.

Isu tapak baru SJKT Gunung Rapat yang dituntut setelah sekian lama kini akhirnya berjaya diselesaikan hasil usaha kerajaan Barisan Nasional (BN).

Kejayaan pemimpin BN yang hanya memerlukan tempoh masa 10 bulan untuk mendapatkan satu kawasan bagi membina sebuah sekolah baru untuk anak-anak kaum India menimba ilmu membuktikan bahawa kerajaan BN sememangnya berusaha keras untuk membantu rakyat.

Sebelum kelulusan tanah itu diberikan, pelbagai spekulasi ditimbulkan oleh pemimpin Pakatan Rakyat terutama dua badut iaitu Nizar Jamaluddin dan Sivakumar yang kononnya ingin membela nasib murid dan guru sekolah terbabit.

Saban hari Nizar dan Sivakumar terpekik terlolong kononnya kerajaan BN tidak membantu rakyat atau bersikap berat sebelah kerana mengabaikan nasib masyarakat kaum India.

Tetapi hakikatnya, kerajaan BN yang berusaha untuk mendapatkan tapak tanah berserta peruntukan untuk pembinaan sekolah terbabit di kawasan baru.

Apabila Nizar dan Sivakumar terdengar sahaja perkhabaran yang menyatakan bahawa permohonan tapak tanah sekolah berkenaan mendapat kelulusan, mereka mengambil kesempatan.

Read more...

PANAS BERAPI! BILA DAH DEKAT NAK PRU, BARU KHALID NAK CERITA PASAL RUMAH URUT!?

Posted: 24 May 2012 07:00 PM PDT

Sejak tahun pertama Khalid Ibrahim dinobatkan sebagai MB Selangor serta Ronnie Liu ditabalkan sebagai Exco PBT kita telah bercakap mengenai bilangan rumah-rumah urut yang tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan di Selangor.

Kini setelah empat tahun dan tahun terakhir sebelum PRU diadakan, tiba-tiba semalam Khalid Ibrahim buka mulut dan bersuara mengenai rumah urut.

Katanya seperti yang dilaporkan oleh freemalaysiatoday

SHAH ALAM: Kerajaan negeri Selangor akan mengambil tindakan tegas termasuk risiko merampas hartanah pemilik premis rumah urut jika membenarkan premis mereka terus digunakan untuk menjalankan perkhidmatan tersebut.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata tindakan merampas hartanah pemilik premis rumah urut itu boleh dilaksanakan mengikut undang-undang sedia ada.

Beliau menegaskan ini bermakna tindakan berkenaan bukan sahaja boleh dikenakan kepada pengendali perniagaan rumah urut malah pemilik premis rumah urut tersebut juga boleh dikenakan tindakan.

"Kita tegaskan jika mereka melanggar undang-undang bukan sahaja bisnes itu sahaja yang disita, malah bangunan, hartanah akan turut dirampas.

"Jadi risiko untuk menjalankan perniagaan ini mestilah di tangan semua pihak iaitu mereka yang menjalankan perniagaan dan yang memiliki premis tersebut," katanya pada sidang media selepas mesyuarat mingguan Exco di sini hari ini.

Abdul Khalid berkata, pertemuan akan diadakan pada minggu depan bersama pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk membincangkan kaedah pencegahan rumah urut yang semakin berleluasa di Selangor.

Empat tahun Khalid membisu dan menghalalkan rumah-rumah urut haram di Selangor. Berbuih sudah kita bercakap mengenainya dan sudah lama orang ramai marah. Kini disaat pilihanraya sudah berada di selekoh tiba-tiba Khalid Ibrahim menunjukkan keseriusannya tentang rumah-rumah urut.

Ini beerti akhbar yang musuh nombor satu PKR selama ini berjaya mempengaruhi fikiran Khalid Ibrahim dan Khalid juga mengesahkan apa yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia pada Isnin 21 Mei 2012 adalah benar.


Khalid sendiri dalam sidang medianya mengakui rumah urut yang semakin berleluasa di Selangor. Jika dizaman pemerintahan BN dulu, kebanyakan lesen rumah urut dikeluarkan di kawasan-kawasan yang majoritinya bukan orang islam. Tapi kini dizaman pemerintahan PKR bilangan orang sakit urat semakin bertambah hinggakan rumah urut menjalar tumbuh ke kawasan MB sendiri di Kuala Selangor iaitu kawasan yang majoritinya orang-orang melayu.

Persoalannya kini, mampukah Khalid bertindak ke atas rumah-rumah urut berkenaan jika tanpa restu Ronnie Liu ? Adalah sesuatu yang mustahil jika tanpa restu Ronnie Liu Khalid boleh ambil tindakan. Semua rumah-rumah urut di Selangor berada dalam tangan Ronnie dan Ronnie telah mengutip wang-wang perlindungan dari mereka untuk kegunaan DAP.

Jika Ronnie tidak mempertahankan rumah-rumah urut berkenaan daripada disita atas arahan Khalid Ibrahim, pasti Ronnie akan menemui ajal di tangan samseng-samseng cina. Bukan setakat menemui ajal , DAP juga akan kalah teruk di Selangor dalam PRU.

Kesimpulannya rakyat Selangor dengarlah sahaja apa yang diucapkan Khalid hari ini sebagai pemanis kata sahaja. Ianya tidak akan lebih dari itu. Dia hanya nak menunjukkan keprihatinannya supaya menjadi buah mulut rakyat menjelang pilihanraya.

Sumber: Selangor Daily

PANAS BERAPI! DEBAT NI HANYA SESUAI UNTUK 'POLITICIAN' MURAHAN JE!

Posted: 24 May 2012 05:00 PM PDT

MODAL orang POLITIK hanyalah DEBAT.. Siapa paling PANDAI berDEBAT walaupun tanpa FAKTA yang KUKUH, dialah peMENANG.. Siapa paling PANDAI berBOHONG diKHALAYAK ramai, dialah JUARA.. DEBAT sebenarnya sudah TIDAK ada NILAI lagi.. Acara DEBAT sama NILAInya dengan acara SABUNG AYAM, yang GAGAH berJUANG dan MENANG diMANDULkan manakala yang KALAH pulak diSEMBELIH dan diJADIkan LAUK! Namun, DEBAT masih menJADI PILIHan ahli-ahli POLITIK MURAHan yang tahu mereka sebenarnya GAGAL berKHIDMAT kepada RAKYAT.. DEBAT hanyalah 'CARMOUFLAGE' untuk TUTUP keGAGALan itu!

Kita SEBENARnya dah lama TAHU apa sahaja acara DEBAT yang diSERTAi oleh 'BOSS' Pemuda UMNO sebenarnya berTUJUAN untuk mengHERET UMNO ke dalam KANCAH POLITIK MURAHannya.. Sejak dulu lagi kita dok TANYA, apakah HASIL setiap kali dia berDEBAT dengan puak-puak PR? Apakah dia BERJAYA mengUBAH SOKONGan para PENYOKONG PR kepada UMNO/BN? BERANIkah 'BOSS' Pemuda UMNO ini memBUKTIkan dengan STATISTIK wujudnya perALIHan SOKONGan sedemikian RUPA? Atau pun setiap acara DEBAT yang diSERTAinya TIDAK lebih untuk memPROMOSIkan dirinya sendiri sebagai JUARA KELENTONG?

Yang NYATAnya, setiap acara DEBAT 'BOSS' Pemuda UMNO ini pasti akan diIRINGi CABARan untuk mengHERET sama DS Najib 'TERJUN' ke dalam KANCAH POLITIK MURAHan sebegini.. Nampaknya tak CUKUP dengan POLITIK WANG yang diPELOPORinya, DEBAT pun diGUNAkan untuk meMALUkan kePIMPINan PARTInya sendiri.. Semasa PEMIMPIN lain berTUNGKUS-LUMUS turun PADANG berJUMPA dan menyelesaikan masalah RAKYAT dekat-dekat PRU-13 ini, 'BOSS' Pemuda UMNO ini menunjukkan dia memPUNYAi banyak MASA untuk diBAZIRkan dengan KANCAH POLITIK MURAHan sebegini selain menabur DUIT untuk JAWATAN dalam PARTI..

Apa pun, terPULANGlah kepada DS Najib sendiri untuk menyahutnya.. Pada kita dan RAKYAT secara keSELURUHan, DEBAT sebenarnya TIDAK akan menyerlahkan HIPOKRASI seseorang PEMIMPIN di sesebuah KAWASAN yang diWAKILinya.. Apakah kePETAHan berDEBAT itu boleh menjadi 'KEY Performance INDEX' (KPI) untuk KHIDMAT seorang Wakil RAKYAT? Ye la.. Sesiapa pun boleh berCAKAP atau JUAL KELENTONG.. Tak payah pergi SEKOLAH atau masuk OXFORD pun.. Kalau DEBAT atau kePETAHan berUCAP diJADIkan KPI, dah lama dah NEGARA ini diPERINTAH oleh REJIM Lebai-Lebai DUNGU PAS! KAH!KAH!KAH!

Namun demikian, kita terTARIK dengan 'CABARAN' MODERATOR sesi DEBAT PTPTN anjuran Sinar HARIAN baru-baru ini.. DiFAHAMkan MODERATOR tersebut bernama Dr Maszlee MALIK telah 'MENCABAR' agar DS Najib berDEBAT dengan Penasihat PKR.. 'CABARAN' ini telah menjadi 'HOT' dalam MEDIA SOSIAL ketika ini.. BerSORAK puak-puak PR dek 'CABARAN' manusia SPESIS Dr. Aziz BARI ini.. Namun demikian, Dr Maszlee MALIK tentunya TIDAK BERANI dan TIDAK akan JADIK MODERATOR jika diANJURkan sesi DEBAT antara Penasihat PKR dan UMMI Hafilda Ali.. Betul tak?



KAH!KAH!KAH! Kalau dah SAMPAI 5 KALI mereka berDUA berTEMBUNG tempat CERAMAH, Penasihat PKR aje yang LARI - Apa MAKNAnya? 5 KALI tuh... Apa kata untuk KALI ke-6 ini diADAkan DEBAT dan Dr Maszlee MALIK dengan segala HORMATnya diJEMPUT untuk menjadi MODERATORnya? Kalau TOLAK, RAKYAT akan nampak HIPOKRASI seorang lagi PROFESSOR 'KANGKUNG' dari UIA!

Atau pun Dr Maszlee MALIK boleh jugak berKERJASAMA dengan PORTAL Agenda DAILY untuk mengANJURkan DEBAT antara Penasihat PKR dengan INDIVIDU ini? ->KLIK<-


Mungkinkah akan ada PANGGILan TELEFON daripada Penasihat PKR menJERIT "Eskay, where are you? Where is my OMEGA watch?" KAH!KAH!KAH!

Malah, kalau nak diKIRA, memang RAMAI yang meng'OFFER'kan diri mereka untuk berDEBAT dengan Penasihat PKR seperti Senator EZAM, Datuk ZUL Nordin, Datuk Hassan ALI, Rahimi OSMAN dan Nallakarupan.. Kenapakah ianya TIDAK diSAHUT atau seKURANG-KURANGnya Dr Maszlee MALIK menawarkan DIRI sebagai MODERATORnya? Mana TAHU kot-kotla Penasihat PKR ada SEMANGAT?

Nukilan: Tukang Dok Peghati

GEMPAR TAHAP VAVI! PUTRAJAYA DISERANG PENGGANAS BERSHIT!

Posted: 24 May 2012 09:32 AM PDT



FUYOH! DASYAT GILE LE!

Kalau nak tengok aktiviti penuh Hari Belia, KLIK SINI

CILI KASI TARUK! INI BUKTINYA NIZAR LILIN MEMANG GILAKAN PUBLISITI!

Posted: 24 May 2012 05:42 AM PDT

Apabila Nizar Jamaluddin diheret ke mahkamah kerana membuat fitnah terhadap ATM dan Najib Abdul Razak, sebenarnya itulah yang dimahukannya. Nizar Jamaluddin seperti yang diketahui, menjadi nama yang sudah amat membebankan, tidak sahaja kepada PAS Perak, sebaliknya kepada Pakatan Rakyat Perak yang bercita-cita untuk menguasai semula pentadbiran negeri dalam PRU13.

Terlalu banyak angkara yang dilakukan oleh Nizar Jamaluddin yang menyebabkan Pakatan Rakyat Perak mendapat malu. Walaupun cuba dilindungi oleh Nga Kor Ming dan Ngeh Kor Ham dengan pengalihan isu yang tidak membabitkan Nizar Jamaluddin, namun rata-rata, ramai yang terus mempersoalkan dan mentertawakan gelagat Nizar yang semakin tidak keruan kebelakangan ini.

Pembohongan Nizar Jamaluddin yang masih berangan-angan untuk menjadi Menteri Besar Perak juga telah didedahkan oleh pelbagai pihak. Pembohongan terbarunya adalah tentang betapa kecutnya pemimpin UMNO Perak yang berceramah di Kampar yang kemudian berdasarkan bukti, Nizar sebenarnya yang kecut perut apabila ceramah-ceramahnya mula didekati oleh para pemimpin UMNO.

Read more...

PANAS BERAPI! MARI DENGAR NASIHAT ORANG LAMA PASAL LYNAS!

Posted: 24 May 2012 04:00 AM PDT

Negara bakal kehilangan sumber hasil pendapatan jika projek Lynas Advanced Materials Plant (Lynas) di Gebeng, Pahang tidak dilaksanakan, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bekas Perdana Menteri berkata, kerugian berlaku apabila pihak tidak memahami kebaikan projek menghalang kerajaan mengekstrak dan menggunakan kapasiti tenaga elektrik bersih dijana daripada nadir bumi.

Katanya, perlombongan dan kegiatan mengekstrak nadir bumi Malaysia tidak bahayakan rakyat dalam apa juga cara, seperti tidak mudaratnya bateri lithium-ion dalam telefon bimbit.

"Malaysia kaya dengan hasil nadir bumi dalam kuantiti ketara. Ia tidak berbahaya. Tahi bijih atau amang lebih mudah mengeluarkan gelombang radio berbanding nadir bumi.

"Perlombongan dan pengekstrakan nadir bumi membawa kekayaan kepada Malaysia, malah negara sepatutnya mengeluarkan bateri lithium-ion digunakan kenderaan elektrik mahupun hibrid," katanya dalam entri terbaru di blog peribadi, chedet.

Dr Mahathir berkata, beliau difahamkan loji Lynas di Pahang tidak membabitkan proses mengaktifkan mana-mana komponen nadir bumi untuk menjadikan ia radioaktif.

"Sisa buangan nadir bumi tidak menghasilkan radiasi, sekali gus isu untuk mengeksport bahan buangan itu tidak berbangkit.

"Kita membawa dan menggunakan telefon bimbit setiap masa, melekapkannya ke telinga untuk mendengar dan bercakap menerusi gelombang udara. Bateri lithium-ion tidak memancarkan sinaran radiasi yang berbahaya," katanya.

Untuk artikel penuh Tun M, KLIK SINI

CILI KASI TARUK! HENTIKAN SEMUA DEBAT KERANA IANYA AMAT MEMALUKAN!

Posted: 24 May 2012 02:06 AM PDT

Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, tidak perlu diadakan debat terbuka antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tengku Adnan menganggap bahawa perdebatan bukanlah jalan penyelesaian dalam merungkai pelbagai masalah, sebaliknya pendekatan Perdana Menteri yang lebih gemar turun padang dan menyelami kehendak rakyat diaplikasikan untuk pengurusan dan pentadbiran negara ini.

"Apa yang jelas, tindakan mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib mengadakan debat sebagai jalan menyelesaikan masalah adalah sesuatu yang tidak logik untuk dilakukan dan tentunya sebagai pemimpin berjiwa besar saya fikir tidak ada keperluan untuk Perdana Menteri menerima cadangan tersebut," kata beliau dipetik Umno Online, hari ini.

Tengku Adnan juga berkata, pada pandangan beliau Perdana Menteri tidak perlu melayan tuntutan debat, apatah pula dengan "ketua pembangkang yang seringkali melihat kepada sudut negatif semata-mata untuk menjatuhkan kerajaaan yang telah memajukan negara."

"Berdasarkan beberapa siri debat yang telah berlangsung sebelum ini didapati bahawa ia lebih cenderung untuk dimanipulasikan oleh pihak pembangkang selain memainkan emosi tanpa mengguna pakai ilmu yang ada," katanya.

Beliau turut mengingatkan bahawa perdebatan yang diadakan adalah ikutan daripada budaya politik di Amerika Syarikat dan Eropah yang berbuat demikian menjelangnya pemilihan presiden mereka.

"Kenapa kita mesti terikut-ikut dengan acuan dari Barat sedangkan kita sendiri mempunyai sistem pentadbiran yang lancar dan berpandukan kepada demokrasi terpimpim," kata Tengku Adnan yang juga Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN).

Tengku Adnan juga mengkritik Pakatan Rakyat (PR) yang seringkali mencari populariti dengan melakukan provokasi dan cuba mengusulkan keperluan debat dibuat sedangkan keutamaan adalah rakyat dan negara.

"Sebagai pemimpin yang amanah dan melaksanakan tanggungjawab tentunya Perdana Menteri lebih mengutamakan kehendak rakyat keseluruhannya daripada memenuhi tuntutan segelintir pembangkang yang kerapkali lebih bersifat provokatif.

"Ini bukanlah perkara baru kerana umumnya, penerimaan ikhlas kerajaan akan dijadikan satu permainan sebagaimana perpaduan dan muzakarah yang turut disensasikan sebagai satu isu atas tujuan mengekalkan populariti pemimpinnya yang tenggelam kerana gagal dalam pentadbiran," katanya lagi.

Tegasnya, pihak pembangkang hanya tahu memanipulasi isu dan melakukan provokasi kepada kerajaan dengan harapan rakyat akan terpengaruh dan memberikan sokongan kepada mereka.

"Pembangkang gagal melakukan kebajikan dan kemajuan kepada masyarakat dan lantaran itulah mereka tiada punca untuk dicanangkan selain daripada mencari kesalahan dan memanipulasikan kepimpinan Umno-BN," katanya lagi. – Sinar Harian

HOUSE PK: Sebenarnya debat yang baru berlalu hari tu, sangat mengewakan, aku setuju dengan apa yang ditulis oleh blogger ini. KLIK SINI

Walaupun ada kengkawan yanag memuji kaw-kaw punya pasal debat tu, bagi aku ianya amat memalukan dan stu perangkap untuk memalukan PM sebenarnya. Senang cite la, tak yah layan la permintaan orang gila ni.
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...