Gelombang Rakyat |
- PROPA MUZAKARAH NIK AZIZ.. LETAK SYARAT UMPAMA IBLIS MAHU TERIMA MANUSIA!!
- POLITIK GILA KHALID GAGAP VS AZMIN.. PENDUDUK AMPANG PECAH BERANG CUKAI PINTU NAIK!!
- ADAM ADLI SAHKAN B'KHEMAH DI PUTRAJAYA SABOTAJ HIMPUNAN JUTAAN BELIA 2012!!?
- VIDEO JERITAN BERBISA BAWA TENAGA MAKSIMA BELIA WILAYAH PERSEKUTAN!!
- MUFTI DIGELAR 'BAPAK SETAN' SOKONG MUZAKARAH UMNO-PAS.
- HBN 2012 - 4 RIBU GEGAR SUNWAY PYRAMID.
- GERBANG KERJAYA DI HIMPUNAN JUTAAN BELIA 2012.
- PELUANG PAMER BAKAT BERMAIN YOYO DI HIMPUNAN JUTAAN BELIA 2012.
- PEMINAT FIXIE TIDAK SABAR KE PUTRAJAYA.
- PEGUAM MUDA SOKONG HIMPUNAN JUTAAN BELIA 2012.
- JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT DI HIMPUNAN JUTAAN BELIA 2012.
PROPA MUZAKARAH NIK AZIZ.. LETAK SYARAT UMPAMA IBLIS MAHU TERIMA MANUSIA!! Posted: 21 May 2012 01:19 AM PDT Muzakarah.. Musyawarah.. Siapa yang mencadangkan perbincangan bersama UMNO ini? PAS. Sejak sekian lama isu Muzakarah ini menjadi bualan Pimpinan PAS. Ada sampai satu peringkat sanggup datang bertemu Pimpinan UMNO mahu ianya direalisasikan secara semangat ukhuwah ummah. Alih2.. UMNO pula yang kena maki semula dek kerana menerima semangat perpaduan Islam ini. Tatkala Puak Kumpulan berhaluan kanan memulakan idea ini, Puak Parasit PAS lantas menyelar usaha tersebut. Bukan diselar Kumpulan yang mencetuskan idea ini. UMNO juga yang diludah semula. Kini hendak dijilat balik. Hendak bermuzakarah biar rasional. Jangan kelirukan umat Islam di Negara ini dengan Propaganda Politik sempit Pimpinan seperti Diktator PAS Nik Aziz ini. Jasad sahaja bernama Nik Aziz. Rohnya telah dikawal Parasit2 PAS upahan Anwar. Lebih memperlihatkan agenda kotor Kumpulan Parasit PAS ini apabila meletakkan syarat yang berbeza2 setiap kali idea Muzakarah ini tercetus dari kalangan pimpinan Pro Ulama' parti tersebut. Kali ini lain pula syaratnya.. Hendak bermuzakarah mesti terima Pakatan. Syarat paling bodoh. Apa sebenarnya motif muzakarah ini? Dengan siapa hendak bermuzakarah? Melihat permainan tarik tali PAS yang dahagakan pengundi Melayu di Negara ini memberi kesan negatif terhadap perpaduan ummah. Malah ianya turut memecahbelahkan penyokong PAS sendiri setelah Pimpinan yang diarahkan Presiden Parti merealisasi Muzakarah tersebut diugut dan anggota yang menjalankan tugas itu dibuang lantas menggelar sebagai Agen UMNO pula. Tindakan Parasit PAS mengawal Muzakarah dari puak Pro Ulama' Parti sesukar IBLIS menerima kehadiran Manusia yang dicipta Ilahi. Minta maaf. Tapi itu realiti yang kita dapat lihat sikap Parasit Anwar dalam sebuah parti Islam. Mana tidaknya? Parasit2 PAS lebih rela jilat Pimpinan sebuah Parti yang menentang perjuangan yang ada perkaitan dengan perundangan Islam demi menentang UMNO. Parasit2 PAS lebih rela bersatu bersama pimpinan yang menyokong pembelaan menerusi Mahkamah terdapat perkahwinan sejenis demi membunuh UMNO. PS : UMNO kena jual mahal kali ini berkaitan isu Muzakarah. |
POLITIK GILA KHALID GAGAP VS AZMIN.. PENDUDUK AMPANG PECAH BERANG CUKAI PINTU NAIK!! Posted: 20 May 2012 11:18 PM PDT Perang kerakusan politik dalaman PKR memberi kesan terhadap urustadbir Negeri. Peperangan Kepimpinan Khalid Gagap VS Azmin Ali yang menyerang sesama sendiri menerusi belakang tabir telah mengheret pelbagai masalah rakyat di Negeri Selangor. Demikian yang berlaku kepada beberapa penduduk di Taman Taman Ampang Pecah yang terkejut apabila menerima notis kenailan cukai taksiran yang menghadapi kenaikan yang mendadak. Salah seorang penduduk kawasan, Baharum Wariya merintih masalah tersebut menerusi beberapa media yang hadir berkata, notis bertarikh 3 Mei 2012 itu diterima semalam dengan jumlah cukai RM143.10 lebih tinggi berbanding 13 tahun sebelumnya hanya RM108. "Rumah saya diami adalah kos rendah, nilainya RM25,000 ketika saya beli pada tahun 1990 dan cukai pintu yang dikenakan sebelum ini hanya RM54 untuk setengah tahun. "Tetapi sekarang cukai telah melonjak tinggi dan jika kenaikan sama dialami penduduk di kawasan ini yang kebanyakannya berpendapatan rendah maka jelas akan membebankan mereka," katanya ketika ditemui semalam. Beliau turut mempersoalkan Notis Pindaan Kepada Senarai Nilaian yang diterima yang terlampir kenaikan cukai taksiran itu dibuat setelah berlaku pengubahsuaian dan tambahan pada struktur hadapan rumahnya. Bagaimanapun, katanya pengubahsuaian itu dibuat sejak tahun 1998 dan dia hairan mengapa baru sekarang kenaikan cukai dikenakan. Menurutnya, kenaikan itu dianggap tidak munasabah malah bertentangan dengan hasrat Kerajaan Negeri yang sebelum ini mencanangkan penurunan cukai 20 peratus. "Manifesto Kerajaan Negeri sebelum ini mahu menurunkan cukai 20 peratus, tetapi notis ini membuktikan bukan saja janji tak di tunai malah dinaikkan lebih tinggi dari itu. "Sudahlah denda lewat dinaikkan daripada RM2 kepada RM20, ini pula kenaikan mendadak cukai pintu yang memang membebankan," katanya. Menurutnya, walaupun notis pindaan itu akan dikuatkuasakan pada 7 Julai ini dan memberi ruang penerima mengemukakan bantahan, namun dia percaya bantahan itu tidak dilayan seperti yang berlaku terhadap penduduk Desa Alam Ria di Batang Kali yang kini menanggung beban cukai tinggi. Katanya, ruang bantahan turut diberikan kepada penduduk taman tersebut, tetapi disebabkan keputusan muktamat Ahli Majlis Daerah Hulu Selangor, maka bantahan itu tidak dilayan. Baharum turut kesal kerana walaupun Kerajaan Negeri menaikkan cukai itu tetapi penyelenggaraan tidak dilakukan sehingga keadaan longkang tersumbat, lalang terbiar di kawasan taman tersebut. |
ADAM ADLI SAHKAN B'KHEMAH DI PUTRAJAYA SABOTAJ HIMPUNAN JUTAAN BELIA 2012!!? Posted: 20 May 2012 07:29 PM PDT Perhimpunan bermula Selasa ini (esok) bakal menjadi penentu status pengaruh gerakan tidak berfaedah yang dibawa Kumpulan dikepalai Adam Adli benar2 kental atau sebaliknya. 'Kekuatan' yang cuba dipamerkan Adam Adli and the gang dengan menyatakan provokasi berkhemah di Dataran Merdeka sebelum ini dapat mempamerkan kononnya suara Mahasiswa di seluruh Negara. Kononnya golongan belia di Negara ini majoritinya benci akan kepimpinan Kerajaan sedia ada gara2 agenda politik sempit yang dibawa sebilangan pihak. Ianya disusuli pula dengan Himpunan BERSIH 3.0 yang akhirnya mencetuskan rusuhan yang menggugat keselamatan masyarakat sekeliling secara amnya. Adakah ini yang disuarakan belia di Negara ini? Lebih 500 aktiviti bakal disajikan khas buat 2 Juta Belia di Negara ini pada Himpunan Jutaan Belia 2012 yang bakal berlangsung bermula 23 Mei hingga 27 Mei 2012. Putrajaya bakal ditawan golongan Belia sepanjang tempoh tersebut. Tiada kepentingan dan fahaman politik. Apatah lagi mentaliti sempit sebagaimana yang dibawa Adam Adli n the gang. Ada juga beberapa Kumpulan Belia yang khuatir geng Adam Adli bakal bikin kacau di Himpunan tersebut. Tak mengapa. Kalau dia datang nak join kita, apa salahnya. Tapi kalau dia bikin kacau, 2 Juta belia akan halau dia n the gang dari Himpunan tersebut. Kerana kita berhimpun bukan untuk kepentingan politik sempit. Kita hadir kerana kita adalah Belia berwawasan. LAGI ARTIKEL BERKAITAN (KLIK PADA TAJUK DI BAWAH) :- 1. 4 RIBU BELIA BANJIRI SUNWAY PYRAMID SOKONG HIMPUNAN JUTAAN BELIA.2. HIMPUNAN JUTAAN BELIA 2012 - BELIA CINA IKRAR BAKAL BERI KEJUTAN. |
VIDEO JERITAN BERBISA BAWA TENAGA MAKSIMA BELIA WILAYAH PERSEKUTAN!! Posted: 20 May 2012 04:42 PM PDT Panas Usah Membakar Jiwa, Bicara Usah Menggegar Sahaja, Jika benar kita membawa Cita2, MARILAH BERSAMA TUNJUKKAN TENAGA!! Ucapan oleh Presiden Majlis Belia Wilayah Persekutuan Pn Ida Harlina ini disampaikan pada Sambutan Hari Belia Peringkat Negeri yang diadakan baru2 ini. Antara Aktiviti Xtreme yang bakal dipamerkan khas buat 2 Juta Belia di Putrajaya pada 23 hingga 27 Mei ini (KLIK PADA TAJUK DI BAWAH UNTUK PAPARAN) :- |
MUFTI DIGELAR 'BAPAK SETAN' SOKONG MUZAKARAH UMNO-PAS. Posted: 20 May 2012 08:22 AM PDT Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin, bekas Mufti Perlis dan kini Felo Pusat Pengajian Islam Oxford SAYA suka dengan idea muzakarah Umno-Pas. Sejak dahulu lagi saya menyokong hasrat itu. Berdialog, berbincang, berunding, cuba memahami antara satu sama lain adalah perlambangan manusia bertamadun. Kedua parti besar itu mewakili rakyat kita yang sudah dan ingin bertamadun, maka adalah patut untuk mereka menzahirkan manifestasi ketamadunan itu dalam bentuk mampu berbincang apabila ada keperluan. Maka di sini saya ingin sebutkan beberapa perkara yang saya lihat perlu diberikan perhatian dalam hasrat tersebut: 1. Asasnya, perbincangan ke arah meredakan permusuhan sesama muslim adalah ajaran Islam. Firman Allah: (maksudnya) "Dan jika dua puak daripada orang-orang yang beriman berperang, maka damaikanlah antara keduanya; jika salah satunya berlaku melampau terhadap yang lain, maka perangilah puak yang melampau itu sehingga mereka kembali mematuhi perintah ALLAH; jika mereka kembali patuh, maka damaikanlah antara keduanya dengan adil, serta berlaku adillah kamu (dalam segala perkara); Sesungguhnya ALLAH mengasihi orang-orang yang berlaku adil. Sebenarnya orang-orang yang beriman itu bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada ALLAH supaya kamu beroleh rahmat" (Surah al-Hujurat: ayat 9-10). 2. Banyak perkara negative dalam dilangsaikan melalui perdamaian perasaan sesama umat. Bisik-bisik tanpa asas yang benar di belakang, banyak menyebabkan keadaan yang lebih buruk. Firman ALLAH (maksudnya) "Tiada kebaikan pada kebanyakan bisik-bisikan mereka, kecuali (bisik-bisikan) orang yang menyuruh bersedekah, atau menyuruh berbuat kebaikan, atau menyuruh perdamaian antara manusia. Dan sesiapa yang berbuat demikian dengan maksud mencari keredaan ALLAH, tentulah Kami akan memberi kepadanya pahala yang amat besar" (Surah al-Nisa': ayat 114). 3. Pemikiran bahawa salah satu parti akan mengalami kerugian sebelum perundingan ataupun muzakarah agak tidak kukuh. Sepatutnya, sebagai parti yang sudah lama dalam sejarah, keduanya mempunyai kemampuan untuk duduk berbincang secara matang dan mantap. Bahkan kesediaan mereka untuk duduk berbincang akan memberikan nilai yang positif di mata rakyat. 4. Perkara yang penting pada peringkat ini ialah membawa kedua pimpinan parti itu duduk dalam satu perbincangan dengan perasaan ukhuwwah yang berasaskan kepentingan umum melebihi kepentingan diri. Kejayaan untuk mereka duduk dalam suasana yang demikian adalah sesuatu yang besar. 5. Hendaklah dipastikan bahawa pertemuan kedua parti itu adalah atas hasrat kebaikan rakyat secara menyeluruh, bukan untuk kepentingan survival parti yang bersifat terhad. Pertemuan itu tidak sepatutnya memandulkan usaha-usaha baik kedua belah pihak. Ini seperti usaha-usaha transformasi di pihak Umno, dan usaha-usaha positif yang boleh membuka cara fikir rakyat di pihak Pas. 6. Perbincangan ataupun muzakarah itu bukan semestinya melakukan asimilasi politik yang akan menjadikan salah satu parti itu lebur ke dalam yang satu lagi. Jika itu berlaku, ia akan boleh menghilang 'checks and balances' dalam sebuah negara demokrasi. Itu tidak baik untuk rakyat. Sebaliknya peranan muzakarah mampu mengingatkan hakikat diri mereka semua tentang ukhuwwah islamiyyah, sekali gus mengembalikan nilai-nilai akhlak dan adab Islam apabila berbeza ataupun bersengketa. 7. Muzakarah itu tidak patut menjadi medan membahaskan kesalahan antara kedua parti kerana ruang itu sudah ada di Parlimen, sebaliknya keduanya hendak mencari 'common ground' antara kedua parti yang dapat memberikan kebaikan kepada rakyat dan negara. Hakikatnya, sesiapa yang mendekati kedua parti ini, banyak ruang dari sudut naluri insani muslim yang sama ataupun hampir sama. Banyak hasrat dan cita yang sama. Banyak rasa yang sama. Banyak duka dan suka yang sama. Kebanyakan khilaf yang zahir disebabkan 'perbuatan' dalam politik dan pengurusan. Namun ruang untuk melihat persamaan masih ada. 8. Berjumpa, tersenyum, bersalaman dan nasihat menasihati dengan niat yang baik sentiasa mempunyai keberkatan dan rahmat. Ia melapangkan dada, mendatangkan hikmah dan menjadikan perasaan kita lebih dekat dengan Tuhan. Kemudian, setelah usaha ikhlas berlaku, keadaan masih tidak dapat dibaiki, semua pihak teruskan usaha yang baik yang sedia ada dan serahkan segala urusan itu kepada ALLAH. Pertemuan sekurang-kurang menjadi tanda di akhirat bahawa arahan ALLAH tentang perdamaian telah diusahakan dengan Ikhlas. Saya rasa perasaan saya sama dengan rakyat biasa yang lain, mendoakan hasrat itu dapat dilihat dan direalisasikan dalam iklim politik yang matang. |
HBN 2012 - 4 RIBU GEGAR SUNWAY PYRAMID. Posted: 14 May 2012 06:57 PM PDT Kira-kira 4,000 orang hadir memenuhi ruang Concourse, Sunway Pyramid di sini bagi meraikan Sambutan Hari Belia Negara yang disambut setiap 15 Mei sebagai tanda penghargaan dan pengiktirafan kerajaan kepada belia. Majlis disempurnakan oleh Tan Sri Muhiyiddin bin Haji Mohd.Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Turut mengiringi pada majlis tersebut, Menteri Belia dan Sukan, Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek serta Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Senator Tuan Gan Ping Sieu. Hadir sama, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dato' Sri Mustapa Mohamed dan Menteri Sains dan Inovasi, Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili dan Presiden Majlis Belia Malaysia, Mohamed Maliki Mohamed Rapiee sebagai tanda sokongan. Justeru itu, sebagai menghargai golongan belia ini, Himpunan Hari Belia Negara (HBN) 2012 yang bertemakan "Jadikan Hari Esok Lebih Baik Dari Hari Ini " berlangsung selama lima hari bermula 23 hingga 27 Mei di Putrajaya. Sambutan tahun ini bakal menyaksikan 500 acara dalam 38 segmen, 1,000 persembahan, 24 pentas di sepanjang enam kilometer dengan sasaran untuk menghimpunkan seramai dua juta belia. Dalam Perutusan yang disampaikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak, menyatakan bahawa " Himpunan HBN 2012 adalah manifestasi pengiktirafan kerajaan bagi menjadikan Putrajaya sebagai medan besar untuk para belia mempamer tenaga dan kreativiti mereka. Pemimpin terdahulu, telah mendirikan Putrajaya sebagai kota kemegahan kita. Mari kita beri pengisian kepada kota ini dengan semangat dan tenaga para belia untuk masa depan kita bersama." Timbalan Perdana Menteri dalam ucapan pelancaran beliau berkata, "Jumlah golongan belia yang melebihi sepertiga penduduk negara iaitu seramai 12.5 juta adalah sumber kekuatan negara paling utama. Sama ada negara kita akan menjadi maju menjelang tahun 2020 dan kekal maju selepas itu bergantung kepada sejauhmana generasi belia yang ada pada hari ini dapat menggarap segala bakat, potensi dan kebolehan diri dengan sebaik mungkin,".. Tambah beliau , " Kerajaan melihat organisasi belia memainkan peranan penting dalam usaha mengasah bakat kepimpinan dan pembangunan kendiri belia seperti Parlimen Belia yang bakal diwujudkan tidak lama lagi sabagai platform kepada belia untuk menyuarakan pendapat, pandangan, idea dengan cara yang berhemah iaitu melalui perbincangan dan sepakatan." "Apa jua perancangan yang dibuat oleh kerajaan hari ini mengambil kira keperluan masa hadapan. Dalam merangka pelbagai dasar negara, termasuk dasar transformasi yang sedang dilaksanakan pada masa ini, kerajaan mendengar suara belia, menghargai hasrat belia dan cuba sedaya upaya untuk memenuhi jangkaan belia dengan hanya satu matlamat iaitu apa jua dasar yang dilaksanakan mestilah menjamin masa depan yang lebih baik buat golongan belia," ujarnya lagi . Beliau juga menyeru kepada semua belia seluruh negara untuk menjadikan Sambutan HBN pada tahun ini sebagai simbol kebersamaan belia dan kerajaan dan bersama-sama memenuhi Putrajaya dengan lautan belia dengan memaparkan semangat cintakan negara, kedamaian, keharmonian dengan berhimpun secara aman dalam suasan penuh keriangan. Sempena Pelancaran HBN 2012 hari ini juga, pelbagai aktiviti telah dijalan dan dijayakan oleh belia yang sentiasa menyokong penuh usaha kerajaan terhadap pembangunan belia di Malaysia. Antara aktiviti yang berlangsung adalah Persembahan Kebudayaan 1Malaysia, persembahan Flashmob, essemble aksi remaja kreatif dan diserikan dengan kehadiran selebriti tanah air seperti Fizo Omar, Lisa Surihani, Mia Sara dan pemain Skuash Kebangsaan, Azlan Iskandar turut hadir sebagai tanda sokongan HBN 2012. |
GERBANG KERJAYA DI HIMPUNAN JUTAAN BELIA 2012. Posted: 14 May 2012 04:03 AM PDT Gerbang Kerjaya adalah program yang dianjurkan oleh Bahagian Pembangunan Kemahiran, Kementerian Belia dan Sukan dengan Kerjasama JobsMalaysia, Kementerian Sumber Manusia dan ia adalah salah satu program Hari Belia Negara – Himpunan Jutaan Belia 2012 yang akan diadakan di Putrajaya pada 23 hingga 27 Mei 2012. Belia-belia lepasan SPM, Diploma dan Ijazah serta kelulusan lain yang diikhtiraf boleh berkunjung ke Gerbang Kerjaya bagi mendapatkan maklumat dan info serta khidmat nasihat yang berkaitan dengan kerjaya. Sebanyak 100 Booth pameran di mana melibatkan lebih 70 agensi / syarikat yang akan bersama-sama menyertai program ini. Para pengunjung boleh mendapatkan segala info dan maklumat yang berkaitan seperti, bengkel motivasi kerjaya, panduan & khidmat nasihat kerjaya, kaedah menulis resume, kaedah temuduga & etika berpakaian dan sebagainya. Gerbang Kerjaya juga turut menawarkan temuduga secara terbuka kepada semua selain daripada permohonan secara kaedah online. Bagi membantu para pengunjung yang hadir, JobsMalaysia turut menawarkan khidmat perunding kerjaya dan padanan kerjaya kepada bakal pekerja. Kepada semua rakyat Malaysia dan bakal pekerja, datanglah beramai-ramai ke Himpunan Jutaan Belia 2012 di Gerbang Kerjaya untuk mendapatkan info dan maklumat berkaitan pekerjaan dan peluang kerjaya yang bakal ditawarkan kepada anda. Datanglah beramai-ramai di Presint 3 Putrajaya !!! Untuk Lebih Lanjut sila hubungi EN.NORAZMI MOKNI (019-9710776) - Seketeriat HBN 2012 |
PELUANG PAMER BAKAT BERMAIN YOYO DI HIMPUNAN JUTAAN BELIA 2012. Posted: 14 May 2012 01:06 AM PDT "Yoyo merupakan aktiviti yang terdiri daripada dua cakera sama saiz yang diperbuat daripada plastik, kayu, atau besi, disambungkan dengan gandar, yang dibelit dengan tali. Pertandingan ini merupakan kali kedua diadakan sempena Sambutan Hari Belia Negara dan dipertandingkan dalam kategori berikut : 1A (Single) 2A (Double A) 4A (Offstring) 5A (Counterweight) Pertandingan ini terbuka kepada semua pemain Yoyo di Malaysia tidak kira sama ada di Semenanjung atau Sabah dan Sarawak yang berumur 10 tahun dan ke atas. " Untuk keterangan lebih lanjut sila hubungi EN. SABRAN B. ABD BAHAR (019-2230365/03-88713747) - Seketeriat HBN 2012 |
PEMINAT FIXIE TIDAK SABAR KE PUTRAJAYA. Posted: 12 May 2012 04:55 PM PDT Basikal fixie telah menjadi trend bagi golongan remaja dan belia masa kini dan di mana- mana kita dapat melihat para belia menunggang basikal jenis fixie ini secara berkumpulan. Sekali pandang, tidak banyak perbezaan yang dapat dilihat di antara basikal 'fixie' berbanding basikal biasa. Selain warnanya yang kebiasaannya terang serta digerakkan menggunakan satu gear sehala, bahagian lain semuanya sama. Basikal fixie atau dalam bahasa inggeris fixie bike (fixed-wheel bicycle) bermaksud, roda bebas (freewheel) di mana paddle sentiasa bergerak apabila basikal sedang bergerak. Penuntut-penuntut Universiti Malaya di sini tidak terkecuali untuk mempunyai kumpulan-kumpulan kecil yang berminat terhadap basikal fixie. Mereka ditemui sewaktu Karnival Sukan Universiti Malaya bersama Menteri Belia dan Sukan baru-baru ini menyatakan bahawa aktiviti basikal fixie ini merupakan satu aktiviti yang sihat serta banyak memberi manfaat kepada mereka sebagai pelajar. Sumbangan basikal jenis ini oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sempena program ini kepada semua kolej kediaman bagi tujuan riadah dianggap bertepatan dengan usaha kerajaan dan Universiti Malaya bagi membudayakan cara hidup sihat di kalangan warga pendidik dan pelajarnya. Ahli-ahli kumpulan tersebut turut menyatakan bahawa mereka tidak sabar untuk menunggang basikal fixie di sekitar Putrajaya untuk bersama-sama menyertai aktiviti Himpunan Jutaan Belia 2012 yang akan berlangsung pada 23 hingga 27 Mei 2012 nanti. Penganjuran aktiviti basikal fixie segmen MyHobby yang dikendalikan oleh Bahagian Pembangunan Rakan Muda iaitu Night Ride, Fixie (New Trend), Pertandingan Track Stand dan Bunny Hop, Freestyle Tricks serta Gold Sprint lebih menyemarak semangat mereka semua untuk menyertainya. |
PEGUAM MUDA SOKONG HIMPUNAN JUTAAN BELIA 2012. Posted: 12 May 2012 04:14 AM PDT "Ia merupakan satu transformasi kerajaan untuk mengumpulkan belia-belia Malaysia untuk melakukan pelbagai aktiviti yang bermanfaat bukan sekadar hiburan" semata-mata bahkan ia juga melibatkan kerohanian, pendidikan dan karier," ujar Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Dato' Razali Haji Ibrahim dalam taklimat Hari Belia Negara (HBN) 2012 bersama 25 peguam muda profesional di Sekreteriat Hari Belia Negara di Sekretariat HBN 2012, Menara Kementerian Belia dan Sukan (KBS) di sini hari ini. HBN yang bakal berlangsung selama lima hari bermula 23 sehingga 27 Mei disajikan dengan lebih dari 500 acara di 24 pentas yang sediakan khasnya untuk belia-belia Malaysia menunjukkan kreativiti dan bakat-bakat masing-masing. Menurutnya lagi, "peguam-peguam muda dapat memberi sumbangan dalam pembentukan negara dan dapat menyumbangkan bantuan guaman secara percuma berkaitan dengan undang-undang negara dan sebarang permasalahan kepada pengungjung-pengungjung yang hadir pada HBN kali ini." Di samping itu, KBS menggalakkan belia-belia profesional dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) berkerjasama dalam menjayakan HBN yang bakal mengumpulkan dua juta generasi pemimpin masa depan negara. |
JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT DI HIMPUNAN JUTAAN BELIA 2012. Posted: 12 May 2012 04:09 AM PDT Pasukan bomba dan peyelamat Malaysia akan melaksankan demonstrasi menyelamat pada 26 mei 2012 bertempat di sektor x jam 4.00 petang hingga 5.00 petang . Antara demonstrasi yang akan dipersembahkan adalah situasi menyelamat mangsa kemalangan jalanraya. Selain dari itu Jabatan Pertahanan Awam Malaysia akan mengadakan demontrasi menyelamat yang mana dilaksanakan pada 26 mei 2012 bertempat di sector x jam 5.30 petang hingga 6.30 petang iaitu demontrasi menyelamat mangsa runtuhan bangunan (Urban Rescue) . Manakala Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia akan melaksana demontrasi menyelamat di tasik putrajaya pada 27 mei 2012 bermula jam 5.00 – 6.00 petang . Penganjuran tersebut akan diuruskan oleh pasukan StarTeam APMM. Demonstrasi Menyelamat Mangsa Tarikh/Masa: 3.00 - 4.00 Petang (25 Mei 2012) Kerjasama: Polis Diraja Malaysia Untuk Makluman hubungi EN. AHMAD SYAMMIEL BIN MOHAMED KARIM (019-6208284) - Seketeriat HBN 2012 |
You are subscribed to email updates from Gelombang Rakyat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment