Kedah Ke KL - MctHeory |
- HOT! Kenapa Paderi ni Puji Anwar Ibrahim?
- PANASS!! Melayu Paling Ramai Kena Tangkap Dalam Ops Cantas!!
- PANASS!! Pemuda Ugut Bunuh Ketua Polis Negara ditahan atau dibebaskan?
- HOT! Pinjaman Usahawan Ratus Juta, Apa Lagi Melayu Mahu?
- INFO! Kontroversi Melanda Pemilihan CEC Dap!!
HOT! Kenapa Paderi ni Puji Anwar Ibrahim? Posted: 14 Sep 2013 06:12 AM PDT Seorang aktivis Kristian, Baru Bian mengiktiraf sumbangan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam isu yang berkaitan Kristian di negara ini. Di laman peribadinya, Baru yang juga Pengerusi PKR Sarawak membuat salinan dua artikel yang dipetik daripada The Malaysian Insider tentang visi dan misi Archbishop Tan Sri Murphy Pakiam di samping memasukkan dua keping gambar Guan Eng dan Anwar bersama Ketua Paderi katolik itu. Archbishop Murphy Pakiam adalah Ketua Titular Roman Catholic Archibishop Kuala Lumpur, individu yang menuntut nama Allah dibenarkan mahkamah untuk digunakan dalam penerbitan sebuah akhbar mingguan Katolik 'The Herald'. Dalam artikel "Archbishop's Christmas wish: PM's time for inter-faith group", Baru Bian memasukkan gambar Guan Eng bersalaman dengan Archbishop Murphy Pakiam. Manakala dalam artikel yang sama juga gambar Anwar bersama Archbishop Murphy Pakiam turut dimasukkan. Pada 24 Disember tahun lalu bersempena dengan sambutan Krismas, Guan Eng di atas kapasitinya sebagai Setiausaha Agung DAP telah membuat desakan agar kerajaan Persekutuan yang diketuai Barisan Nasional (BN) membenarkan perkataan ALLAH digunakan dalam semua Bible berbahasa Melayu. Guan Eng berkata, gesaan ini dibuat kerana kerajaan sering melaungkan bahawa mereka mesra rakyat yang membawa keamanan, kemakmuran berlandaskan prinsip kebenaran, kebebasan, keadilan, demokrasi serta integriti. Namun gesaan Guan Eng itu dibidas oleh Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Ketua Penerangan Pas Pusat dengan berkata kalimah Allah adalah hak umat Islam dan disyorkan agar 'God' diganti dengan Tuhan dan bukannya ALLAH. Anwar terkejut dengan pendirian terbaru Pas itu dan dengan segera berjanji akan menggunakan kapasitinya sebagai Ketua Pakatan untuk memanggil mesyuarat khas berhubung nama Allah. "Isu ini telah diselesaikan. Kami bukan sahaja telah mengadakan mesyuarat tetapi membahaskan dalam perbincangan mengenai subjek ini, dan merujuk kepada teks, termasuk teks Al-Quran. "Kini ia telah ditimbulkan semula, ia akan memerlukan mesyuarat segera," katanya seperti dilapor Malaysiakini. Pada 8 Januari 2013, Pakatan melalui kenyataan yang dibacakan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersetuju nama Allah digunakan untuk bukan Islam. Baca selanjutnya, klik di sini - AIDC |
PANASS!! Melayu Paling Ramai Kena Tangkap Dalam Ops Cantas!! Posted: 14 Sep 2013 02:12 AM PDT Ops Cantas yang sedang dijalankan oleh pihak polis tidak mempunyai sebarang unsur perkauman dan tidak mensasarkan kaum India sahaja, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar. Menurutnya, cakap-cakap orang ramai yang mendakwa hanya satu kaum disasarkan adalah tidak benar dan merupakan "komen-komen nakal yang tidak sepatutnya dibuat". "Tangkapan yang paling ramai adalah terhadap orang Melayu. "Kita tangkap lebih kurang 15,000 orang Melayu berbanding hanya lebih 3,000 lebih orang India. Lebih 15,000 orang Melayu ditangkap, itu rasiskah?" katanya dalam sidang media hari ini. Bercakap lebih lanjut, Khalid berkata polis sehingga kini telah mengenal pasti sekurang-kurangnya 130 orang yang akan didakwa di bawah Akta Pertubuhan 1966 manakala 56 orang lagi akan didakwa di bawah Akta Pencegahan Jenayah 1959 susulan Ops Cantas. Ops Cantas bermula pada 17 Ogos lalu untuk membanteras jenayah gangster dan masih lagi berterusan sehingga hari ini. |
PANASS!! Pemuda Ugut Bunuh Ketua Polis Negara ditahan atau dibebaskan? Posted: 13 Sep 2013 11:38 PM PDT Akibat dari ugutan tersebut, Seorang peniaga jualan langsung, N. Murugan 33, menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras berhubung kes ugutan bunuh terhadap Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, hari ini. Selepas menyerah diri disebabkan ugutan tersebut, Ketua Polis Negara membuat keputusan untuk membebaskan N. Murugan. "Saya mengambil keputusan untuk membebaskan dia hari ini sebab saya rasa dia ini terpelajar tetapi dia ini mulut celupar," katanya pada sidang media hari ini. Semalam, seorang peniaga jualan langsung dilaporkan direman selama empat hari dan disiasat di bawah Seksyen 505 (B) Kanun Keseksaan dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan selepas menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras berhubung kes ugutan bunuh tersebut. Dia didakwa mengeluarkan komen dalam Facebook di bawah nama Murugan Nagaretinam dengan menulis: "can anyone just hire gunman to shoot down this police or igp?" semasa memberi komen dalam laman sosial kawannya mengenai kejayaan polis menembak mati dua lelaki dipercayai anggota kongsi gelap Geng 36. McTheory: Kerana mulut, badan binasa.. Anda Sokong UMNO? Sila LIKE kat Sini! P/s: Perkasakan UMNO di Alam Maya! |
HOT! Pinjaman Usahawan Ratus Juta, Apa Lagi Melayu Mahu? Posted: 13 Sep 2013 10:32 PM PDT Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan dana tambahan berjumlah RM700 juta kepada Tekun Nasional dan tambahan pembiayaan pinjaman Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) sebanyak RM300 juta untuk tempoh lima tahun. Najib yang juga Menteri Kewangan, berkata bilangan usahawan Tekun Nasional juga dijangka meningkat kepada 370,000 pada 2015 manakala sahabat AIM pula disasarkan meningkat kepada 500,000 pada 2015. Berucap pada Majlis Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera di Shah Alam, Najib berkata peranan agensi pembangunan usahawan Bumiputera seperti AIM, Tekun Nasional, MARA dan PUNB akan diperkukuh dalam mengatasi isu akses kepada pembiayaan bagi kalangan usahawan kecil dan sederhana. Ini, kata Najib bagi memastikan bilangan usahawan Bumiputera yang menerima pembiayaan dapat ditingkatkan. Perdana Menteri turut memperkenal skim pembiayaan unik baharu - Skim Permulaan 'Entrepreneur' Baharu Bumiputera (Superb) yang akan membantu syarikat permulaan menerusi dana sebanyak RM100 juta, dalam tempoh tiga tahun. Superb akan menyediakan kemudahan geran sehingga RM500,000 kepada usahawan baharu yang kreatif dan inovatif dalam bidang-bidang strategik dan mempunyai potensi masa hadapan yang besar. "Demi kelangsungan agenda, kita wajar membina satu Komuniti Baharu Usahawan Bumiputera yang mempunyai daya tahan, daya saing, daya juang, inovatif dan berani mengambil risiko. "Mereka juga perlu mempunyai minat yang tinggi dalam menyertai bidang-bidang baru berasaskan pengetahuan seperti teknologi maklumat, bioteknologi dan teknologi hijau," katanya. Perdana Menteri berkata bagi menjawab keluhan usahawan yang mengalami kesukaran mendapatkan akses pasaran, semua Kementerian dan GLC telah diarahkan untuk mengukuhkan sistem pembangunan vendor Bumiputera. Pemilihan vendor juga mestilah berasaskan meritokrasi dalam kalangan Bumiputera bagi memastikan mereka dapat dipupuk supaya berdaya maju dan mampan, katanya. Menyentuh pemerkasaan Program Pembangunan Vendor (VDP), Najib berkata Petronas akan melonjakkan program VDPnya bagi mengukuhkan rantaian bekalan sektor minyak dan gas. Tindakan yang sama akan dilaksanakan Tenaga Nasional dalam sektor tenaga, Telekom Malaysia dan AXIATA dalam sektor komunikasi, UEM dalam sektor pembinaan serta Sime Darby dan Felda Global Ventures untuk sektor perladangan. "Seiring itu, saya juga mahukan jangka masa kontrak dan konsesi vendor disesuaikan dengan tempoh bayaran balik pinjaman bank agar projek mereka dapat berjalan lancar," katanya. Sementara itu, sebagai langkah untuk memastikan peluang syarikat Bumiputera memperoleh kontrak serta sebagai persediaan untuk bersaing pada masa hadapan pula, dasar 'Carve-out' akan diperluas kepada projek-projek besar lain dalam kementerian serta GLC dan GLIC. "Dasar ini telah berjaya dilakukan dalam projek MRT, dengan 47 peratus atau RM9.0 bilion diluluskan kepada syarikat Bumiputera terpilih secara meritokrasi. "Sebagai contoh, empat projek tambahan yang telah dikenal pasti untuk terlibat dalam program ini ialah Projek Menara Warisan Merdeka, Bukit Bintang City Centre, MATRADE Exhibition Centre dan Program Pembangunan Institut Penyelidikan Getah Sungai Buloh," kata Najib.- Bernama |
INFO! Kontroversi Melanda Pemilihan CEC Dap!! Posted: 13 Sep 2013 09:38 PM PDT Pemilihan semula CEC DAP terus dilanda kontroversi apabila beberapa perwakilan yang tidak menerima notis mesyuarat dalam pemilihan awal, masih lagi tidak menerima sebarang notis untuk pemilihan semula. Lebih meragukan, apabila kepimpinan DAP menyatakan bahawa seramai 500 daripada mereka telah menghantar surat menyatakan tidak dapat hadir sedangkan mereka menafikan berbuat demikian. Tidak cukup dengan itu, turut didakwa terdapat 'perwakilan haram' seramai 547 orang, majoritinya dari Pulau Pinang, yang telah terlibat dalam pengundian awal. Tujuan mereka ini dibawa ke mesyuarat CEC adalah bagi memastikan kemenangan individu tertentu. Ironi sekali apabila semua ini berlaku dalam DAP yang merupakan parti yang paling keras memperjuangkan keadilan, meritokrasi dan kesamarataan, serta sering mendabik dada sebagai parti yang tidak berasaskan kaum. Namun, apa yang berlaku telah membuktikan bahawa DAP telah bertindak bertentangan dengan setiap satu dari slogan perjuangan parti itu. Kita sedia maklum bahawa tonggak penentangan DAP terhadap Barisan Nasional selama ini adalah kononnya kerana BN yang diterajui UMNO mendiskriminasi kaum-kaum bukan bumiputera. Kononnya UMNO terlalu melebihkan bumiputera sehingga memberi peluang pendidikan dan ekonomi kepada yang tidak layak. Kononnya ramai lagi di kalangan bukan bumiputera yang layak dan berhak mendapat peluang tersebut tetapi terpinggir kerana dasar-dasar UMNO. Kononnya juga, kaum bukan bumiputera rata-ratanya jauh lebih bijak dari bumiputera. Semua ini ditanam begitu kuat dalam sanubari DAP lalu disebarkan melalui sekolah-sekolah vernakular dan juga media berbahasa Cina sehingga akhirnya membangkitkan perasaan benci dan angkuh di kalangan hampir semua masyarakat Cina di Malaysia. Buktinya dapat dilihat dalam PRU-13 yang lalu di mana hampir semua masyarakat Cina menolak BN dan memilih DAP. Jika ditanya kepada mereka kenapa memilih DAP, jawapan mereka pasti berbunyi kerana DAP tidak perkauman, DAP mementingkan keadilan serta berpegang kepada dasar meritokrasi. Bagaimanapun, seperti yang dikatakan tadi, kemelut CEC DAP sudah cukup untuk membuktikan betapa hipokritnya kaum Cina. Dalam mereka melaungkan meritokrasi, keadilan dan kesamarataan, mereka sebenarnya cukup takut untuk bersaing secara telus. Sekiranya mereka melihat kemungkinan kaum mereka tidak mampu memenangi jawatan, maka mereka akan menipu, memanipulasi atau mengugut bagi memastikan kaum mereka terus berkuasa. Sesiapa yang pernah bekerja di syarikat swasta pasti bersetuju bahawa taktik yang sama digunakan kaum Cina dalam pekerjaan dan perniagaan. Sudah menjadi pengetahuan umum bagaimana kedai runcit atau pasaraya yang diterajui kaum Cina akan dengan sengaja mendiskriminasikan barangan buatan bumiputera dengan berbagai cara. Jika mereka menjadi pemborong, mereka tidak akan memberikan kemudahan kredit yang sama antara peniaga kaum lain dengan kaum mereka, malah akan berusaha untuk menyukarkan atau menggagalkan peniaga kaum lain agar boleh diambil alih oleh kaum Cina. Mereka juga begitu tegar sanggup meletakkan harga sewa premis perniagaan yang berbeza antara kaum lain dengan kaum mereka sendiri. Malah, dalam bidang pendidikan terutama pendidikan tambahan seperti seni dan muzik yang majoritinya dikuasai kaum mereka, terdapat beberapa kes di mana guru Cina dengan sengaja mengajar perkara yang salah atau tidak memberi maklumat penuh kepada pelajar kaum lain terutamanya yang lebih bijak dan berpotensi besar. Semua ini membuktikan betapa kaum Cina sebenarnya takut dengan persaingan berdasarkan meritokrasi dan segala laungan ke arah dasar meritokrasi hanyalah hipokrasi semata-mata. Sekiranya dasar meritokrasi benar diamalkan, mereka pasti akan memanipulasi dan menipu sebagaimana yang dilakukan oleh DAP dalam pemilihan CEC. Soalnya, sampai bila kaum Cina akan terus bersifat hipokrit? Sampai bila DAP boleh menipu yang kononnya parti itu tidak menipu? Aduan dan bukti sudah pun jelas, tetapi DAP masih tegar ingin terus menipu. Apakah kaum Cina benar-benar sanggup diperintah oleh parti penipu asalkan parti itu diterajui oleh kaum mereka? Apakah ini yang dikatakan prinsip 'kesamarataan, ketelusan atau keadilan dan tidak perkauman' yang dilaung-laungkan oleh kaum itu? Anda Sokong UMNO? Sila LIKE kat Sini! P/s: Perkasakan UMNO di Alam Maya! |
You are subscribed to email updates from Kedah Ke KL To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment