Gelombang Rakyat

Gelombang Rakyat


TERKINI - TARIKH PRU13 PADA 8 JULAI INI!!?

Posted: 14 May 2012 10:18 PM PDT




Mengundi pada 7 atau 8 Julai!

Itu tarikh baru yang popular setelah jangkaan pada 9 Jun 'terbang' bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke United Kingdom malam kelmarin.

Sumber dalaman Umno memberitahu Sinar Harian, satu perhimpunan besar-besaran ahli parti komponen BN akan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 17 Jun ini.

 "Selepas itu, Perdana Menteri dijangka akan menghadap Yang di-Pertuan Agong untuk bubar Parlimen. PRU13 mungkin pada 7 atau 8 Julai, iaitu sebelum puasa," katanya menerusi SMS yang dihantar malam tadi.

Berkongsi tarikh yang sama, Timbalan Dekan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia, Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian ketika dihubungi sebelum itu berkata, PRU13 mungkin diadakan pada awal Julai.

"Semalam (kelmarin) Najib terbang ke United Kingdom dan mungkin apabila kembali pada hujung bulan ini. Beliau akan menggunakan masa yang ada bagi mengenal pasti calon BN yang akan bertanding nanti.

"Perkara ini (pemilihan calon) tidak boleh dibuat secara tergesa-gesa bagi mengelakkan timbul isu lain. Saya menjangkakan Julai depan tarikh PRU13 iaitu sebelum bulan Ramadan atau secara tepatnya, 8 Julai," katanya.

 Menurut Sivamurugan, jika negeri Pakatan Rakyat (PR) masih mahu meneruskan pilihan raya berasingan, ia akan memberi kelebihan kepada Umno dan Barisan Nasional (BN).

 "Saya melihat ini (pilihan raya berasingan) memberi kelebihan kepada BN dari segi logistik dan jentera pilihan rayanya, tetapi PR juga dilihat belum bersedia melakukan pilihan raya berasingan kerana kosnya agak besar," katanya.

 Dalam pada itu, Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Majlis Profesor Negara, Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak pula berkata, jika Perdana Menteri masih tidak membubarkan Parlimen bulan depan, hampir pasti PRU13 diadakan pada September ini.

 Beliau bagaimanapun berkata, Najib masih mempunyai masa sehingga pertengahan Jun untuk memastikan PRU13 sempat dilangsungkan pada awal Julai, sebelum bermula Ramadan.

 "Hari ulang tahun keputeraan Yang di-Pertuan Agong pada 2 Jun, jadi Perdana Menteri masih boleh bubarkan Dewan Rakyat pada Isnin selepas itu (4 Jun)," katanya.

 Ditanya mengenai kemungkinan Parlimen dibubarkan sebelum 2 Jun, Dr Mohamed Mustafa berkata, kemungkinan itu amat tipis kerana Najib sudah tentu tidak akan memiih untuk meraikan hari ulang tahun keputeraan Yang di-Pertuan Agong sebagai Perdana Menteri kerajaan sementara (caretaker government).

 "Untuk majlis rasmi meraikan Yang di-Pertuan Agong sudah tentu belum mahu hadir sebagai Perdana Menteri yang sebenar," katanya.

 Sementara itu, Timbalan Dekan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian ketika dihubungi berpendapat PRU13 mungkin diadakan pada awal Julai.

 "Semalam (kelmarin) Najib terbang ke United Kingdom dan mungkin apabila kembali pada hujung bulan ini, beliau akan menggunakan masa yang ada bagi mengenal pasti calon BN yang akan bertanding nanti.

 "Perkara ini (pemilihan calon) tidak boleh dibuat secara tergesa-gesa bagi mengelakkan timbul isu lain. Saya menjangkakan Julai depan tarikh PRU13 iaitu sebelum bulan Ramadan atau secara tepatnya 8 Julai.

Menurut Sivamurugan, jika negeri PR masih mahu meneruskan pilihan raya berasingan, ia akan memberi kelebihan kepada Umno dan BN."Saya melihat ini (pilihan raya berasingan) memberi kelebihan kepada BN dari segi logistik dan jentera pilihan rayanya, tetapi PR juga dilihat belum bersedia melakukan pilihan raya berasingan kerana kosnya agak besar," katanya. Sinar Harian



ARWAH NORAMFAIZUL ANTARA WARTAWAN DI PAMERAN MUZIUM US..!!

Posted: 14 May 2012 07:19 PM PDT


Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor, jurukamera televisyen Pertubuhan Berita Nasional (Bernama) yang terbunuh semasa bertugas di Somalia tahun lepas menjadi wartawan Malaysia pertama diberi penghormatan oleh sebuah muzium khusus untuk  wartawan di Amerika Syarikat.

Nama Noramfaizul diukir pada arca kaca di memorial itu di dalam bangunan Newseum iaitu muzium yang dikhususkan untuk wartawan dan berita, terletak di Pennsylvania Avenue berhampiran bangunan Kongres Amerika Syarikat di Capitol Hill.

Nama Allahyarham juga boleh diakses di laman web muzium itu http://www.newseum.org.


MAHATHIR 'BOCOR' TARIKH PRU13 PADA WARTAWAN.. LEPAS HARI RAYA!!?

Posted: 14 May 2012 04:41 PM PDT



Kerjaya Wartawan harus bijak dalam mengemukakan soalan. Kadangkala soalan yang bijak mampu mengawal minda individu yang ditanya. Namun agak sukar jika ada wartawan yang cuba hendak mengawal minda seorang Pemimpin bergelar OTAI dalam Kerajaan dan Politik. 

Hanya sebilangan wartawan yang berpengalaman luas sahaja mampu berbuat demikian.

Mahathir Mohamad semalam telah diasak dengan soalan panas mengenai tarikh PRU13. Akan tetapi bukan secara langsung akan tetapi kata kunci 'pandangan' disoal kepada beliau mengenai tarikh paling sesuai diadakan.

Dengan mudah Bekas PM ini menjawab 'Selepas Hari Raya'. Mungkin hari ini terpampang di dada2 akhbar memaparkan jawapan tersebut sebagai muka utama masing2. Namun ianya sekadar pandangan. Adakah Najib selaku PM bakal merujuk pandangan 'senior' beliau?



ANWAR PENCETUS 'PARASIT DAP'!!? - TUNKU AZIZ UMUM KELUAR PARTI.

Posted: 14 May 2012 09:22 AM PDT



Akibat tindakan diktator DAP atas arahan puak2 Anwar, Senator Tunku Aziz hari ini telah mengambil keputusan meninggalkan serta merta parti tersebut. Pengumuman Naib Pengerusi DAP itu telah dikeluarkan di paparan Media setelah diberitahu setelah selesai temubual bersama NTV7 malam tadi.

Tunku Aziz telah mengambil keputusan melihat situasi DAP yang semakin terdesak tidak mengendahkan Pengerusinya Karpal Singh dan lebih tertarik dengan agenda perjuangan Anwar yang telah disyaki beliau punyai matlamat tersirat yang diliha kotor dalam menakluk Kerajaan Pusat.

Tunku Aziz sebelum ini menyokong penuh kesemua tuntutan BERSIH 3.0 telah membuat kenyataan media tidak bersetuju dengan lokasi penganjuran perhimpunan itu di Dataran Merdeka atas faktor keselamatan.

Beliau yang bakal ditamatkan jawatan Senator beberapa hari sahaja lagi telah dilantik DAP memegang jawatan No. 3 Parti tersebut sekitar tahun 2008 bagi menarik sokongan pengundi Melayu. Susulan perlantikan beliau, beberapa tokoh politik Melayu turut serta menyertai parti itu malah Tunku Aziz turut diuar2 kan bakal dicalonkan sebagai MB Perak jika Pakatan berjaya kembali merampas Negeri tersebut.


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...