Gelombang Rakyat

Gelombang Rakyat


TERKINI - DAP PECAT KESEMUA JAWATAN TUNKU AZIZ..!!?

Posted: 09 May 2012 12:18 AM PDT



Mungkin tindakan DAP selepas ini melengkapkan tafsiran sebenar 'amalan demokrasi' yang diamalkan Pakatan. Dek kerana hanya tidak bersetuju dengan lokasi Perhimpunan BERSIH 3.0 di Dataran Merdeka, kini beberapa tindakan susulan menanti Naib Pengerusi DAP Tunku Aziz.

Sungguhpun menyokong tuntutan BERSIH 3.0, tindakan Pemimpin Melayu DAP menolak keputusan penganjur memilih Dataran sebagai lokasi atas faktor keselamatan peserta tidak dapat diterima Anwar dan kuncu2 beliau kerana mencalar sokongan penyokong sedia ada.






Maka difahamkan langkah pertama diambil DAP dengan menggugurkan jawatan Senator yang dimiliki Tunku Aziz yang bakal diperbaharui pada 30 Mei ini.

Malah dikatakan tindakan melucutkan jawatan Naib Pengerusi DAP bakal menyusul jika Tunku Aziz terus mempertahankan perdirian beliau tersebut.






Hari ini, Lim, yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, dijangka mengumumkan pelantikan ahli akademik Ariffin Omar dan bekas presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Syed Shahir Syed Mohamud sebagai senator baru yang dicalonkan oleh negeri ini.



HASAN ALI DEDAH SAKSI INSIDEN MURTAD TERIMA UGUTAN BUNUH..!!?

Posted: 08 May 2012 10:12 PM PDT




Presiden Jalur Tiga (Jati), Datuk Dr Hasan Mohamed Ali mendakwa pasangan suami isteri murtad yang membuat pengakuan sebelum ini diugut selepas penayangan video mereka didedahkan.

Hasan turut mendakwa, bukan sahaja pasangan itu diancam dan diugut malah ia disasarkan terhadap anak-anak mereka.

Hasan berkata, kedua-duanya juga terlibat dalam kemalangan beberapa hari selepas itu.

Bagaimanapun, katanya, beliau tidak dapat memastikan sama ada kemalangan itu ada kaitan dengan pendedahan video murtad yang ditayangkan kepada media atau pun tidak.

Katanya, beliau percaya ia berkemungkinan bermotifkan pendedahan itu atau pun berlaku secara kebetulan.

"Mereka terlibat kemalangan apabila keretanya dilanggar lori beberapa hari selepas video itu ditayangkan. Teori mengatakan ia pelanggaran biasa tetapi ada mengatakan ia berkaitan pendedahan itu.

"Apapun ada orang datang jumpa dia. Ada panggilan ancam dia malah mengugut anak-anak dia," katanya pada sidang media di rumahnya, semalam.

Katanya, pasangan itu telah membuat laporan polis berhubung insiden itu.

Ketika ditanya sama ada polis memberi perlindungan terhadap pasangan suami isteri itu, Hasan enggan mengulas lanjut.

"Saya tidak boleh dedahkan perkara-perkara ini tetapi mereka selamat cuma kenderaan rosak.

"Hal-hal berkaitan polis saya tidak menjawab lebih daripada itu tetapi laporan polis ada dibuat," katanya.


SI TANGGANG IS COMING BACK.. HASAN ALI MAHU BAWA AZMIN JUMPA CHE TOM!!?

Posted: 08 May 2012 02:24 AM PDT



 Kelihatan Hasan Ali telah mengambil langkah memberi pandangan beliau selaku salah seorang Motivator bidang Hal Ehwal Keluarga yang berpengalaman luas menyeru Azmin Ali segera bertaubat dan menemui ibu beliau yang kian kecewa terhadap anak lelaki beliau.

Azmin dilihat beliau sewajarnya mempamerkan dirinya sebagai seorang Pemimpin yang tidak bertanggungjawab kerana kegagalannya memimpin Keluarga.





TONTON Video ini untuk ketahui kenyataan penuh Hasan Ali mengenai tindakan luahan perasaan ibu Azmin Ali.





-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...