Gelombang Rakyat

Gelombang Rakyat


PRU13 - MAHATHIR CABAR UMNO BERI KEMENANGAN BESAR BN!!

Posted: 06 May 2012 10:11 PM PDT



Tun Dr Mahathir Mohamad meminta rakyat di negara ini mempertimbangkan sebaik-baiknya natijah menjatuhkan kerajaan menerusi rusuhan dan kekerasan, seperti yang cuba dilakukan pembangkang pada perhimpunan 28 April lepas di ibu kota.

Bekas Perdana Menteri itu juga percaya pembangkang akan terus melakukan pelbagai perkara untuk memburukkan kerajaan selagi matlamat menjatuhkan kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) tidak tercapai.

"Mereka nak jadikan Malaysia seperti Mesir, Tunisia yang dijatuhkan melalui rusuhan dan sekarang Syria... bila kerajaan tak jatuh, boleh minta kuasa asing tolong jatuhkan, tak kiralah guna senjata sekalipun.

"Rakyat kena fikir dan tidak boleh benarkan perkara ini berlaku dengan memberi kemenangan besar kepada BN pada PRU (pilihan raya umum) akan datang," katanya menerusi kenyataan BERNAMA pada Wacana Negarawan anjuran Persatuan Bekas Wakil-wakil Rakyat BN (Mubarak), di sini malam tadi.

Beliau juga percaya Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim akan terus melakukan segala usaha yang memburukkan kepimpinan kerajaan bagi memenuhi matlamatnya menjadi perdana menteri.

"Dia disingkirkan kerana ada tabiat buruk. Bila kena buang dia tubuhkan PKR dan akan terus membuat bermacam-macam angkara untuk menjadi Perdana Menteri," katanya.

Sehubungan itu katanya, rakyat harus menolak pemimpin pembangkang yang bersikap rakus dan tidak sabar dengan memberikan mandat kepada BN untuk terus meneraju negara pada pilihan raya umum akan datang.

"Nikmat yang dikecapi mentadbir negara sendiri tidak boleh dilepaskan kepada orang yang tidak sabar dan sanggup pula memburukkan negara sendiri," kata Dr Mahathir.

Pada masa yang sama, bekas Presiden Umno itu turut menasihati pemimpin dan anggota Umno agar membuang sikap "mencantas" orang lain, semata-mata kerana ingin "mengajar" Presiden Umno yang tidak memilih mereka menjadi calon pilihanraya.

Sikap sedemikian kata Dr Mahathir bukan sahaja tidak disukai rakyat, tetapi juga memberi kelebihan kepada pembangkang untuk memenangi pilihan raya.

Turut hadir Pengerusi Mubarak kebangsaan, Datuk Seri Abdul Aziz Rahman, Pengerusi Mubarak Kedah Datuk Abdul Rahman Ibrahim dan bekas pemimpin Umno.



Lagi Artikel Berkaitan (Klik pada tajuk di bawah) :-


 


PAS SELANGOR MAKIN SEWEL GUNA ARTIS ANJUR KONSERT POP YEH YEH!!

Posted: 06 May 2012 07:39 PM PDT



Penyanyi era 60-an, Datuk Jeffrydin menafikan penglibatannya dalam program anjuran Kerajaan Negeri Selangor seperti yang dihebahkan menerusi bunting yang digantung sekitar Sungai Buloh dan Paya Jaras.

Pengurus yang juga isteri penyanyi itu, Datin Rashidah Abdullah memaklumkan suaminya tidak pernah bersetuju untuk menyertai program berkenaan yang sepatutnya dijadual berlangsung malam tadi di Tapak Pasar Malam Kampung Paya Jaras.

"Saya kesal kerana pihak terbabit menggunakan nama dan gambar suami saya tanpa kebenaran, saya minta mereka turunkan semua bunting yang digantung jika tidak, perkara ini saya akan bawa ke tengah.

'Sebelum ini wakil penganjur itu mengaku dari sebuah syarikat pengendali majlis pernah menghubungi suaminya April lalu bertanyakan ada masa terluang atau tidak pada 6 Mei ini dan suami kata ada. Persetujuan belum diberi, bunting sudah dinaikkan dengan muka Datuk terpampang," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Katanya, dia ada memberitahu penganjur berkenaan bahawa suaminya tidak boleh menyanyi kerana doktor mengesahkan penyanyi itu mengalami jangkitan tekak dan perlu berehat dalam tempoh lama tetapi penganjur tetap menginginkan Datuk datang dengan berbayar.

'Saya kesal dengan sikap penganjur terbabit yang tidak menghormati keputusan Datuk yang tidak dapat memberikan komitmen untuk menyanyi atau hadir pada hari tersebut," katanya

Menurutnya, tindakan tersebut secara tidak langsung menjejaskan reputasi Jeffrydin sebagai penyanyi dan mahu pihak berkenaan tidak mempergunakan nama suaminya untuk kepentingan politik.

"Janganlah, Datuk Jeffrydin cari rezeki dengan menyanyi, bila orang buat begini seolah-olah mahu menutup periuk nasi kami sekeluarga," katanya.

Jeffrydin yang turut hadir semalam tidak dapat memberikan sebarang komen kerana masalah jangkitan tekaknya.



BERSIH 3.0 & LGBT BAWA SATU PERJUANGAN - MAJLIS FATWA PUTUSKAN HARAM..!!

Posted: 06 May 2012 04:52 PM PDT


Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia hari ini memutuskan haram untuk umat Islam menyertai perhimpunan atau demonstrasi yang bertujuan tidak baik, melanggar undang-undang serta mencetuskan huru-hara dan kekacauan dalam negara.



 


Pengerusinya Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin berkata jawatankuasa memandang serius isu itu di mana sebahagian umat Islam telah bertindak sebagai perusuh jalanan dalam banyak perhimpunan atau demonstrasi termasuk seperti yang berlaku pada perhimpunan di ibu negara 28 April lepas.

"Tindakan merusuh, membawa kacau bilau dan merosakkan harta benda awam adalah suatu perbuatan yang ditegah Islam. Malah niat untuk menjatuhkan negara yang sah di sisi undang-undang melalui penganjuran demonstrasi seumpama itu juga haram di sisi agama.



 



"Sesiapa juga tidak boleh buat, tidak (boleh) bersetuju ke arah (usaha) mendatangkan kemudaratan, keresahan, menjadikan rusuhan sesama kita hingga berpecah, apatah lagi kalau berlaku pertumpahan darah," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan muzakarah ke-99 jawatankuasa itu di Sepang.

Sehubungan itu, katanya umat Islam yang menyertai demonstrasi itu perlu insaf kerana tindakan itu bukan daripada ajaran Islam kerana Islam tidak pernah menyuruh umatnya bertindak sedemikian sehingga mengancam nyawa sesama manusia demi mencapai sesuatu agenda.

Abdul Shukor berkata sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi, banyak saluran perbincangan yang lebih bermanfaat boleh dilaksanakan tanpa menggadaikan keamanan negara.







Beliau berkata turut dibincangkan dalam muzakarah itu adalah gejala Lesbian, Gay, Biseksual, Transgender dan Transeksual (LGBT) yang tidak memerlukan pengeluaran sebarang fatwa kerana ia jelas haram di sisi Islam.

Selain mengelak daripada terjebak dalam seks songsang seumpama itu, Abdul Shukor berkata umat Islam juga diminta tidak terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan sebarang gerakan, sokongan atau kempen mengenai LGBT.

"Untuk orang yang menunjukkan sokongan dan simpati kepada LGBT pun haram juga. Tugas menghapuskan gejala ini adalah tugas semua umat Islam dan jika kita sokong perkara yang tidak baik itu dikatakan bersubahat dan berdosa jawabnya," katanya.

Beliau berkata tindakan menyanjung pemimpin yang menyokong LGBT juga perlu dielakkan kerana Islam sendiri menyenaraikan ciri-ciri pemimpin yang boleh dipilih antaranya bermoral tinggi, patuh ajaran agama, berpengetahuan dan amanah.

Abdul Shukor berkata muzakarah turut menyeru pihak berkuasa untuk mengambil tindakan bagi menyekat gejala seks songsang daripada terus berleluasa.

Dalam pada itu, beliau berkata pemimpin, individu atau media dinasihat menghentikan sikap suka mendedahkan secara terbuka perkara-perkara keji yang didakwa dilakukan mana-mana pihak.

"Ini kerana perbuatan mendedahkan keaiban orang lain lebih-lebih lagi yang berkait dengan hubungan seksual amat ditegah Islam. Jika bertujuan untuk menghapuskan kemungkaran, serahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan tugas," katanya.


PRU13 - MAHATHIR DAKWA PAKATAN ADA POTENSI MENANG!!?

Posted: 06 May 2012 11:03 AM PDT



Pembangkang dilihat seolah2 berkeyakinan untuk menawan Putrajaya. Ini dilihat menerusi ceramah2 politik mereka yang seperti biasa menjanjikan pelbagai penipuan terhadap rakyat.

Namun hakikatnya, Pembangkang jelas tidak mempunyai keyakinan untuk menang dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) menyebabkan mereka melemparkan pelbagai tuduhan untuk menunjukkan kepada rakyat bahawa kerajaan sedia ada zalim dan perlu digulingkan.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, pembangkang sudah banyak kali berdepan dengan kekalahan malah sejak negara ini merdeka, mereka tidak pernah menang di peringkat pusat.

"Sebab itu mereka mahu bersedia, kalau kalah kali ini (PRU13), mereka akan cetuskan huru-hara, buat demonstrasi dan desakan yang kononnya kerajaan menipu untuk menang.

"Ini memang pendekatan pembangkang yang bertujuan menjatuhkan kerajaan melalui demontrasi, bahkan Nik Aziz (Mursyidul Am Pas, Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat) sendiri turut mengatakan bahawa demontrasi ini halal," katanya pada sidang media selepas menghadiri program Wacana Tokoh Negarawan bersama penjawat awam, hari ini.

Dalam ucapannya, Mahathir berkata, pembangkang melihat bahawa mereka tidak mungkin memenangi pilihan raya atau membentuk kerajaan menerusi sistem demokrasi.

"Saya percaya pembangkang kurang yakin untuk menang dalam pilihan raya. Mereka sudah cuba 55 tahun tetapi rakyat tetap pilih kerajaan yang prihatin terhadap kebajikan, tidak pilih parti lawan.

"Ada juga negeri yang pilih mereka tetapi tidak di peringkat pusat. Mereka tidak pernah menang, sebab itu mereka sekarang ini cuba menggambarkan kerajaan ini zalim dan harus digulingkan (oleh rakyat)," katanya.

Menurutnya, usaha dan dakwaan memburuk-burukkan imej polis merupakan satu lagi helah pembangkang untuk menggulingkan kerajaan.

"Ada usaha yang sedang dibuat untuk memburuk-burukkan polis, dan menunjukkan ia sebagai satu lagi bukti kezaliman kerajaan, agar rakyat memberontak bagi menjatuhkan kerajaan.

"Betulkah kerajaan ini zalim sedangkan banyak nikmat yang sudah dikecapi rakyat selama ini. Namun mereka tetap menyatakan kerajaan zalim untuk menghalalkan tindakan yang mereka lakukan," katanya.



"U MUST FIRED HIM.." - KAK WAN UGUT ANWAR PECAT AZMIN ALI!!

Posted: 06 May 2012 06:22 AM PDT



 Presiden PKR Wan Azizah Wan Ismail terlepas kata memberi komen tentang insiden pendedahan ibu kepada Azmin Ali yang disiarkan di Buletin Utama malam tadi.

Kak Wan yang sememangnya diketahui umum tidak gemar akan kehadiran Azmin memberi kenyataan balas kepada wartawan hari ini didakwa sebagai 'hint' agar Timbalan Presiden PKR itu berundur segera dari arena politik dan menebus maruah beliau yang kini secara tidak langsung mencemar imej parti.






Kak Wan menjelaskan beliau tidak dapat menerima Pemimpin di Negara ini yang bersikap menderhaka kepada seorang ibu kandung sendiri yang jelas mempamerkan dirinya tidak layak memimpin sebuah Negara. 

Sungguhpun Azmin mendapat sokongan besar dari Diktator PKR Anwar Ibrahim, akan tetapi insiden yang berlaku pada hari ini membuktikan cabaran Kak Wan terhadap suaminya itu bahawa Azmin bakal mengkuburkan parti dek kerana sikapnya yang semakin tamakkan kuasa.



 



Kak Wan juga dikatakan pernah bertelagah dengan Anwar dalam satu mesyuarat pada pemilihan PKR yang lalu tatkala Azmin bertindak menyeleweng dan gila kuasa dalam merebut jawatan No. 2 dalam parti sehingga menyebabkan Datuk Zaid Ibrahim bertindak meletak jawatan.

Namun, Anwar kini telah mengambil langkah sebaliknya dengan mengasak kesemua pimpinan Parasit PAS menyatakan sokongan dan membela Azmin Ali bagi memastikan ianya dilihat fitnah besar pada pandangan mata pengundi Melayu.

Ini berjaya dibuktikan susulan kenyataan Nik Aziz yang memberi sokongan penuh pada Azmin hanya beberapa jam setelah gambar aksi seks MP Gombak itu disebarkan. Khalid Ibrahim pula pada ketika ini turut mengumpul seberapa banyak sokongan sulit dalam memastikan Azmin tidak disenaraikan sebagai calon pada PRU 13 kelak.






Tindakan Khalid ini sebagai balas dendam terhadap strategi Azmin mendedahkan kelemahan pentadbiran beliau di Selangor dan merampas kuasa jawatan No. 1 PKR Negeri dari genggamannya itu. 

Antara strategi Khalid termasuklah mengeluarkan beberapa keratan gambar yang mempamerkan aksi Azmin Ali sedang melakukan hubungan sumbang bersama seorang wanita yang tidak dikenali.

Azmin kini didakwa kini telah menguasai hampir kesemua anak syarikat dan Majlis Perbandaran di Negeri Selangor sebagai salah satu senjata kuat menumbangkan Khalid Ibrahim.



  
KLIK DI SINI untuk tonton semula pengakuan Ibu Kandung Azmin Ali yang mendedahkan sikap derhaka ADUN Bukit Antarabangsa itu.



BERSIH 3.0... OTAI RAHIM NOOR AKHIRNYA BERSUARA!!

Posted: 06 May 2012 02:17 AM PDT



Tiga orang bekas ketua polis negara menyeru supaya pasukan berkenaan mengambil tindakan tegas ke atas penganjur perhimpunan BERSIH 3.0 yang didakwa mahu menawan Dataran Merdeka dan mengguling kerajaan, lapor akhbar Berita Minggu.

Laporan berkenaan memetik kenyataan Tan Sri Rahim Noor, Tan Sri Musa Hassan dan Tun Haniff Omar yang bimbang perhimpunan tersebut diadakan untuk mencetus anarki dan keadaan darurat.

Laporan itu adalah susulan daripada kenyataan perdana menteri bahawa penganjur berkenaan merancang untuk menawan Dataran Merdeka bermula 28 April sehingga Hari Buruh.

Rahim berkata komplot untuk mengguling kerajaan boleh berlaku berdasarkan keadaan perhimpunan tersebut, walau tidak diketahui oleh pengerusi bersama BERSIH Datuk S Ambiga.

Polis sebaliknya dapat mengesan ancaman terselindung seperti itu, Rahim lagi dalam laporan tersebut.

"Dalam sejarah negara sejak Perang Dunia Kedua, polis memang banyak pengalaman dalam hal sebegini tetapi Ambiga tiada langsung. Dia hanya belajar undang-undang.

"Ambiga dan pihak lain terbabit bersekongkol untuk tujuan masing-masing, tetapi umpama tidur sebantal mimpi lain-lain."

Musa pula dipetik sebagai berkata, komplot mengguling kerajaan seperti itu diperhatikannya berlaku di beberapa negara dan perhimpunan 28 April jelas menyimpang daripada tujuan sebenar.

Pandangan Musa itu juga disokong Haniff yang berkata kenyataan perdana menteri berasas kerana berdasarkan maklumat risikan polis.

Tambahnya peluang untuk mengguling kerajaan seperti itu memang ditunggu oleh individu tertentu.


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...