BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


HOT NEWS !!! LELAKI YANG HADIAHKAN TUALA WANITA KEPADA LIYANA JASMAY DI TAHAN !!!

Posted: 26 May 2012 12:00 PM PDT


Seorang lelaki misteri yang merupakan peminat fanatik kepada selebriti cilik comel terkenal,Liyana Jasmay telah ditangkap oleh polis pada Khamis lalu kerana menggangu privasi pelakon tersebut.Lelaki tersebut didapati berlegar-legar di hadapan rumah Liyana Jasmay termasuk membawa hadiah.Namun,yang menjengkelkan lagi apabila lelaki tersebut turut pernah memberi tuala wanita sebagai hadiah.

Menurut Liyana,ganguan ini bukanlah kali pertama tetapi sebaliknya kali keenam sejak November tahun lalu.Lelaki yang berusia dalam lingkungan 20-an itu sering membawa hadiah kepada Liyana seperti baju-T,kasut,minyak wangi,cakera padat termasuk tuala wanita.

Pihak polis telah memberkas lelaki tersebut di hadapan rumah Liyana sekitar jam 11.40 malam, kelmarin.Keluarga Liyana telah membuat laporan polis selepas melihat gelagat yang mencurigakan serta rasa terancam terhadap tindakan lelaki tersebut menerusi rakaman kamera litar tertutup.- MyNewsHub

HOT NEWS !!! LISA SURIHANI AKAN BERHENTI BERLAKON ??? WAJIB BACA !!!

Posted: 26 May 2012 08:30 AM PDT


Lisa Surihani yang baru saja selesai menjalani penggambaran filem 'Dendam Orang Mati', membayangkan kemungkinan drama bersiri 15 episod 'Di Manakah Juwitaku' merupakan drama terakhir buat dirinya.Pembayang tersebut bolehlah disimpulkan sebagai mahu menumpukan sepenuh perhatian terhadap rumahtangganya bersama Yusry Abd Halim.Iyalah,kalau asyik sibuk berlakon,mana pula ada masa nak layan suami dan tugas lain sebagai isteri.

"Kemungkinan selepas drama ini, ia akan menjadi drama siri saya yang terakhir. Saya hanya mahu buat filem dan itupun saya akan lebih memilih.Saya hormat orang yang buat drama siri sebab ia memerlukan komitmen yang tinggi serta tuntutan masa yang lama," ujar Lisa,dalam satu temubual dengan media baru-baru ini,

Bagaimanapun,Lisa menafikan Yusry yang telah menyekat kerjayanya selepas berkahwin.

"Ini bukan atas permintaan Yusry kerana dia sendiri lagi menyokong dan menggalakkan Lisa berlakon. Ini adalah atas keputusan Lisa sendiri kerana Lisa pun nak menjalankan tanggungjawab sebagai isteri juga.Walau bagaimanapun,tengok pada keadaan dan rezeki.Jika sudah tertulis untuk buat,saya akan jalankan tanggungjawab saya," jelasnya. - MyArtis

KANTOI !!! DEBAT PTPTN @KHAIRYKJ DAN @RAFIZIRAMLI !!! DARI MANA RM237 BILLION INI DATANG ??? WAJIB BACA !!!

Posted: 26 May 2012 05:00 AM PDT


PENULIS tergerak untuk membangkitkan persoalan ini setelah mendapati ia menjadi tajuk perbincangan hangat di media sosial dan Internet sekarang.Ia berhubung kait dengan sesi Debat PTPTN antara Ketua Pemuda UMNO,Khairy Jamaludin dengan Pengarah Strategik PKR,Rafizi Ramli.Ia menarik perhatian penulis kerana dari banyak perkara yang dibincang antara kedua pemimpin muda tersebut,kenapa soal ini pula yang menjadi benchmark siapa yang menang dan siapa yang kalah dalam debat itu.Lagipun seperti yang biasa disebutkan,laman ini berpaksi kepada kebenaran,bukan kepada polemik politik yang tidak berkesudahan seperti mana yang dimahukan ramai orang.

Baiklah.

Seperti yang penulis katakan semalam, Rafizi gagal menjelaskan kepada rakyat bagaimana Pakatan Rakyat boleh menjayakan janji untuk memberi pendidikan percuma dan penghapusan hutang PTPTN. Sumber memaklumkan penulis,semua maklumat telah diberikan kepada Rafizi tapi di saat -saat akhir Rafizi memilih untuk tidak mendedahkan maklumat tersebut atas alasan yang kurang dipastikan kenapa.Sebaliknya Rafizi memilih untuk mempertikaikan soal berapa banyak peruntukan pendidikan hasil dari'sumbangan RM237 Billion' oleh Petronas kepada kerajaan Malaysia sepanjang tempoh bapa mertua Khairy,Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri (2003 -2009).Sebelum berbicara panjang,penulis suka nak menyatakan disini bahawa dari kajian penulis,jumlah RM237 billion ini tidak dinyatakan dimana-mana sebagai sumbangan Petronas kepada kerajaan sepanjang tempoh Abdullah menjadi Perdana Menteri.

Paling dekat ialah sumber dari blog mantan Perdana Menteri,Tun Mahathir Mohamad yang menyebut Petronas telah menyumbang sebanyak RM 270 billion (sebelum cukai atau selepas cukai, penulis tidak pasti) kepada kerajaan sepanjang tempoh pemerintahan Abdullah, dan projek apa yang telah dibiayai dari hasil wang ini? Sumber boleh rujuk disini.Kita tahu Rafizi adalah bekas kakitangan Petronas tapi Mahathir adalah Penasihat Petronas.Kalau diberi antara 2 pilihan maklumat siapa yang perlu lebih dipercayai,sudah tentu penulis memilih Mahathir.Soal siapa Mahathir dan kekejamannya ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim,itu adalah perkara berbeza.Yang dibangkitkan sekarang ialah maklumat tentang sumbangan Petronas kepada kerajaan sepanjang tempoh Abdullah sebagai Perdana Menteri.Lagipun,tindakan Rafizi membuat perbandingan ini adalah hampir sama dengan tindakan Mahathir pada 2010,cuma tidak mengkhusus kepada pendidikan seperti yang dilakukan Rafizi dalam debat tersebut.Balik pada soal RM 237 billion ini tadi.

Dari mana angka ini datang? Graf dibawah menunjukkan jumlah sumbangan Petronas kepada kerajaan sepanjang tempoh perkhidmatan Abdullah sebagai Perdana Menteri (2004-2008).Yang mana kalau pembaca boleh mengira,jumlahnya hanyalah sebanyak RM202.8 billion !! Katakanlah plus minus 10% pun,masih jauh dari angka yang diberikan Rafizi.


Kenapa penulis membangkitkan hal ini dengan panjang lebar?

Kerana seperti ditulis diatas,isu ini sedang hangat dibincangkan di alam siber bagi menunjukkan bahawa Khairy 'kalah' berdebat dengan Rafizi kerana gagal menjawab soalan tersebut sebanyak 2 kali. Sekarang tahulah kita kenapa Khairy tidak boleh menjawab,angka diberikan itu salah dan tidak boleh dirujuk dimana-mana.

Jadi dimana yang Rafizi menang kalau rujukannya pun sudah salah ???

Itu belum disebutkan lagi dengan apa cara pendapatan Petronas semasa penggal pemerintahan Abdullah,mampu dikaitkan dengan keupayaan Pakatan Rakyat untuk memberikan pendidikan percuma setelah mengambil alih Putrajaya nanti.

Penulis tak nampak bagaimana 'cerita' 4 tahun lepas mampu membantu Pakatan Rakyat menjayakan janji pendidikan percuma dan penghapusan hutang PTPTN seperti yang menjadi tajuk debat tempoh hari. Tidak hairan kenapa ramai menganggap tujuan Rafizi membangkitkan persoalan ini ialah untuk menyerang peribadi Khairy.

Tak pasal-pasal, dari seorang yang dianggap majoriti ahli UMNO sebagai 'persona non grata' (orang yang tidak diperlukan), Khairy kini diangkat menjadi hero pula.

Oleh yang demikian, penulis harap Rafizi tampil dengan penjelasan dari mana sumber RM 237 billion ini diperolehi sebelum isu-isu lain yang timbul semasa debat itu mengambil tempat.

Antara yang paling memalukan, sudah tentulah dalam soal "beri pendidikan pra sekolah percuma pun tak mampu di Selangor (manifesto 2008), inikan pulak pendidikan peringkat tinggi percuma" yang disebutkan ahli Parlimen Rembau tersebut semasa menutup hujahannya.

Penulis berpendapat beginilah,dimasa hadapan, jika kurang persediaan, elok dibatalkan sahaja debat itu kerana penulis lihat ia bukan menaikkan lagi imej Pakatan Rakyat,tapi tambah menjatuhkan lagi.

Sumber SuaraPakatanRakyat

APA CERITA NI RAFIZI ???

JERAT ANDA TAK MENGENA !!!

PORTAL DARI PAKATAN HARAM SENDIRI DAH BUKA AIB ANDA !!!

RENUNG-RENUNGKAN

#HBN2012 !!! EKSKLUSIF AND HOT VIDEO !!! SIAPA MINAT U-KISS ??? JOM LAYAN !!!

Posted: 26 May 2012 01:30 AM PDT


semalam satu konsert telah berlangsung di mana genre korean pop atau K POP yang di minati oleh golongan remaja malaysia.Kumpulan U-KISS telah berada di putrajaya.bila saya lihat video itu ramai nya anak muda tak kira kaum datang.best juga layan lagu U-KISS ni.rasa macam muda balik.muahahahaha..terima kasih kepada Kl Pos kerana upload video ni.jom layan video di bawah



APA MACAM ???

BEST TAK ???

RENUNG-RENUNGKAN

KANTOI !!! DEBAT PTPTN @KHAIRYKJ DAN @RAFIZIRAMLI !!! BERAPA BILLION KERAJAAN PR JIMAT DARI HASIL TENDER TERBUKA ??? WAJIB BACA !!!

Posted: 25 May 2012 10:09 PM PDT


Masihkah anda ingat lagi berkenaan dengan Debat PTPTN antara Ketua Pemuda UMNO,Khairy Jamaludin dan Pengarah Strategik PKR,Rafizi Ramli kelmarin.Isunya berhubung dengan 'angan-angan' Rafizi kononnya Pakatan Haram mampu menjimatkan wang rakyat sebanyak RM 30 biliion dengan menawarkan sistem tender terbuka.Ketepikanlah dulu dari mana Rafizi dapat angka-angka itu semua,sebab kita yakin dengan Rafizi sendiri berada di luar kerajaan,dia hanya cipta angka itu dalam kepala otaknya dan keluarkan semasa sesi debat sedang berlangsung.Maklumlah,siapa pula yang nak menentukan kesahihan kenyataan Rafizi itu betul tak pembaca Badut Rakyat.siaran langsung lah katakan.

Ketepikanlah juga kos pendidikan percuma dan penghapusan ini akan mencapai sebanyak RM 150 billion.saya bukan akauntan bertauliah seperti Rafizi tapi rasanya saya tahu RM 30 billion yang 'dijimatkan' oleh Pakatan Haram jauh lebih kurang untuk menampung kos pendidikan percuma dan penghapusan PTPTN yang dijanjikan Pakatan Haram.Itu baru bercakap satu janji,belum lagi janji-janji lain seperti penghapusan tol,harga minyak yang rendah sampai kiamat dan lain-lain yang saya segan nak sebutkan disini.takut tak masuk akal.muahahaha...opsss...Yang saya nak persoalkan adalah sejauh mana penjimatan dari proses tender terbuka ini benar-benar mampu menjimatkan wang rakyat sebanyak yang didakwa Rafizi.Kita bermula di negeri-negeri yang diperintah Pakatan Haram sekarang seperti Kedah,Kelantan,Pulau Pinang dan Selangor.Berapa sudah dijimatkan dari proses tender terbuka di negeri-negeri tersebut dan apa kelebihannya kepada rakyat jika dibanding dengan pemerintahan BN sebelumnya ???

Rafizi perlu tunjukkan angka-angka ini untuk menyokong 'fakta' yang disebutkannya dalam debat tersebut. Kalau tak dapat semasa sesi debat,boleh dibentangkan sekarang.Bukannya cakap banyak tentang benda-benda yang tidak berkaitan dengan cadangan Pakatan Haram untuk memberikan pendidikan percuma dan penghapusan PTPTN.Contohnya,apa kaitan kes NFC serta Tajudin Ramli dengan PTPTN dan pendidikan percuma ??? Begitu juga apa kaitan Datuk Seri Shahrizat dengan pinjaman NFC yang diuruskan suaminya ??? Shahrizat ada nama dalam syarikat itu ker ??? Tender terbuka ini kita tahulah,bukan semata-mata bergantung kepada harga terendah,ada lebih banyak lagi faktor-faktor lain yang perlu diambil kira.Kalau harga murah sangat pun tapi kualiti barang atau perkhidmatan yang dibekalkan,serendah harganya juga,rakyat tetap tidak akan berpuas hati.Sedangkan itulah yang penting,perkhidmatan kepada rakyat.

Mungkin kelebihan Rafizi ialah Pakatan Haram mempunyai barisan penyokong yang masuk resmi 'kakak tua',mengulang sahaja apa yang disebut pemimpin mereka tanpa guna otak untuk berfikir.memang itupun yang diinginkan Anwar,Hadi dan Kit Siang.Kalau penyokong mereka boleh berfikir,tidaklah masing-masing bertahan sekian lama dalam politik walaupun tak sehebat mana.Apa pun yang penting sekarang ialah masanya untuk Rafizi mendedahkan segala bukti bagi menyokong semua dakwaan air liurnya itu. Bermula dengan penjimatan dari proses tender terbuka di Kelantan, Kedah,Selangor dan Pulau Pinang.Bukan susah sangat mendapatkan data-data tersebut dari kerajaan negeri yang disebutkan di atas,semudah memetik jari saja.Apatah lagi yang minta Rafizi,budak muda kegemaran Anwar,tak cukup tanganlah kakitangan berkenaan menyiapkannya.Kemudian bentangkan kepada rakyat untuk kita menilai kebenaran disebalik dakwaan yang dibuat.Kalau itupun Rafizi tak boleh nak kemukakan,apa barang mau cerita RM 30 billion penjimatan wang kerajaan pusat yang dia sendiri pun tak tahu hujung pangkalnya.

RENUNG-RENUNGKAN

KISAH BENAR !!! PM BUKAN MELAYU !!! NIK AZIZ RESTU IMPIAN KARPAL SINGH ??? WAJIB BACA !!!

Posted: 25 May 2012 07:00 PM PDT


mari kita ikuti sejarah Mereka Berdua.Suatu ketika dulu dalam tahun 1990,pemimpin utama DAP,Karpal Singh pernah mencabar PAS supaya melangkah mayatnya dahulu sekiranya PAS masih berkeras untuk meneruskan hasratnya untuk menubuhkan negara Islam.Kira-kira 20 tahun berlalu,akhirnya PAS membatalkan hasrat untuk mendirikan negara Islam dengan alasan dalam Al-Quran tiada disebut negara Islam.Tanpa perlu melangkah mayat Karpal Singh akhirnya PAS tewas dan DAP bertepuk tangan gembira teruja.Sepanjang awal tahun 1990-an,PAS gah bercakap perihal hukum hudud yang mahu diaplikasikan dalam pemerintahan negeri dan negara,namun selepas lebih 20 tahun berlalu Karpal Singh dan DAP membuktikan kemampuan mereka mengawal selia halatuju PAS.Sekali lagi PAS tunduk pada kuasa politik DAP apabila hukum hudud kemudiannya ditongsampahkan oleh pembangkang kerana mengutamakan Buku Jingga.

Beberapa ketika yang lalu,kalimah Allah s.w.t menjadi isu kontroversi apabila pihak gereja Kristian menuntut hak penggunaan kalimah tersebut,sebagaimana biasa respon PAS ialah tunduk pada tuntutan tersebut semata-mata mahu menjaga kerjasamanya dengan DAP.Untuk entah kali ke berapa,PAS mengalah lagi dek kerana takutkan kekuatan yang dimiliki oleh DAP disamping kelemahan PAS itu sendiri yang sudah tenggelam dalam angan-angan untuk ke puncak kuasa dengan bantuan non muslim pro DAP.Beberapa hari yang lepas,Karpal Singh menganggap pelan transformasi yang dirintis oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai tidak meluas dan hanya berada di pinggiran sahaja.Alasannya kerana status Bumiputera kini sepatutnya turut meliputi kaum lain yang lahir pada atau selepas negara merdeka.Seperti biasa penyokong dan pemimpin PAS tampil mengangguk dan mengiakan tuntutan DAP itu atas nama samarata dan keadilan.

Kini,Karpal Singh sekali lagi buka mulut meluahkan hasratnya yang mahu mengangkat seorang Bukan Melayu sebagai Perdana Menteri Malaysia.Kata Karpal Singh,"Saya tidak pasti sama ada hasrat untuk melihat bukan Melayu menjadi Perdana Menteri termakbul dalam era saya,namun saya tetap akan memperjuangkan impian ini".Respon awal dari PAS khususnya Nik Aziz,agak mengecewakan.Tiada bantahan keras ataupun persoalan yang dibangkitkan melainkan sekadar menyatakan kenyataan Karpal Singh itu hanyalah kata-kata dari seorang yang sudah tua.Dengan kata lain,bagi Nik Aziz kenyataan berbaur provokasi oleh Karpal Singh itu boleh diremehkan begitu sahaja.Sedangkan sejarah menunjukkan tiap bait kata yang keluar dari mulut Karpal Singh seringkali melambangkan prinsip dan dasar DAP sebagaimana dibuktikan dalam bantahan keras DAP terhadap isu negara Islam,hukum hudud,isu kalimah Allah s.w.t, hak keistimewaan Melayu dan Bumiputera dan lain-lain.

Justeru itu,melihat pada respon Nik Aziz yang seumpama melepaskan batuk di tangga,rasanya tidak salah untuk kita beranggapan yang Nik Aziz sebenarnya seperti merestui kenyataan Karpal Singh yang mahu jawatan Perdana Menteri dikuasai oleh bukan Melayu.Untuk menguasai pemerintahan negara secara majoriti mudah,Pakatan Haram hanya memerlukan 112 kerusi daripada keseluruhan 222 jumlah kerusi parlimen.Sekiranya 40 kerusi parlimen Pakatan Haram itu milik DAP dibantu dengan sokongan 20 lagi ahli parlimen PKR bukan Melayu,tentu saja impian DAP mudah tercapai.Bayangkan jika benar tampuk pemerintahan negara ini jatuh ke tangan Pakatan Haram ketika itu mahukah Nik Aziz berdolak dalik mengatakan kenyataan Karpal Singh itu hanyalah ucapkata dan angan-angan orang tua sahaja ???

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! NAJWA LATIF MENYINDIR WARTAWAN ??? WAJIB BACA !!!

Posted: 25 May 2012 04:00 PM PDT


Penyanyi remaja sensasi Youtube,Najwa Latif sebelum ini pernah menjelaskan lagu terbarunya, 'Kosong' tidak bertujuan untuk menyindir sesiapa terkejut apabila membaca laporan terbaru yang mengatakan single terbarunya itu ditujukan khas buat pihak media.

"Saya tidak berniat menyindir wartawan sebaliknya ia dihasilkan sebagai pemangkin semangat saya selain untuk dikongsikan kepada orang lain sekiranya menghadapi masalah," jelas Najwa.

Penyanyi berusia 17 tahun ini berkata,tidak pernah terlintas di fikirannya untuk menyakiti mana-mana pihak,sebaliknya lirik lagu yang ditulis adalah semata-mata untuk memberi inspirasi kepada diri sendiri dan orang lain.

"Walaupun adakalanya saya dikritik tetapi saya mengambil perkara itu sebagai positif untuk memperbaiki diri tetapi setakat ini tidak pula saya mempunyai masalah atau bermusuh dengan mana-mana pihak media," katanya kepada mStar.

Sementara itu,kakak kepada Najwa,Syafikah Latif turut menafikan dakwaan tersebut dan menganggap tuduhan yang dilontarkan tidak berasas.

"Sebelum tulis lirik lagu berkenaan,saya terlebih dahulu berbincang dengan Najwa tentang tema, konsep lagu dan sebagai remaja kami ingin menghasilkan sesuatu yang dapat memberi inspirasi kepada orang lain terutamanya golongan remaja,"jelasnya.

Tambah Syafiqah lagi, dia tidak boleh menghalang penilaian orang lain kerana setiap orang punya pandangan mereka sendiri.

"Saya dan Najwa tidak perlu melenting terhadap dakwaan ini sebaliknya menerima semua dengan positif untuk memperbaiki kelemahan yang ada."

Ketika ditanya bagaimana penerimaan Najwa berhubung cerita negatif yang menimpanya,Syafiqah berkata dia sangat berbangga dengan adiknya itu kerana tidak mudah melatah apabila dihimpit kontroversi.

"Dia tetap fokus pada pelajaran sebagai persediaan menghadapi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) hujung tahun ini," kata Syafiqah.

GAMBAR CIUM MULUT PENYOKONG KELANTAN TERSEBAR ???

ANDA NAK LIHAT ???

KLIK DI SINI

UNTUK SELANJUTNYA
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...