BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


HOT NEWS !!! WWW1 MENERIMA BIDAAN TERTINGGI ??? WOW !!! WAJIB BACA !!!

Posted: 24 May 2012 12:00 PM PDT


Nombor pendaftaran WWW 1 mencipta rekod baru apabila bidaan tertinggi yang diterima bagi nombor siri tersebut bernilai RM520,000,mengatasi nombor pendaftaran MCA 1 yang telah dijual dengan harga RM300,100.Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha berkata siri WWW juga telah mencipta rekod tersendiri,iaitu sejumlah 13 bidaan yang telah berjaya, adalah bernilai melebihi RM100,000 dan tiga daripadanya bernilai melebihi RM300,000.Katanya (gambar) bilangan pembida yang terbanyak adalah untuk nombor WWW 333 iaitu seramai 84 orang.

"Pada asasnya, semua nombor bernilai utama, nombor menarik dan nombor popular,termasuk nombor-nombor biasa lain yang mungkin mempunyai nilai sentimental atau maksud tertentu kepada pembida,telah habis dibida," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Katanya 18,243 permohonan dengan nilai bidaan RM64,225,838.51 telah diterima sepanjang tempoh bidaan selama 15 hari dari 30 April lalu dan kutipan hasil daripada pembida yang berjaya dianggarkan sebanyak RM11.3 juta, iaitu 10 kali ganda daripada kutipan biasa dibuat untuk jualan nombor pendaftaran siri lain sebelum ini.Kong berkata sebanyak 4,908 nombor dalam siri WWW dibida manakala bakinya 5,091 akan menjadi nombor semasa Apabila siri WWW dibuka untuk pendaftaran kelak.Katanya keputusan penuh bagi nombor pendaftaran siri WWW akan dikeluarkan melalui portal JPJ (www.jpj.gov.my) pada Isnin ini dan surat rasmi berhubung keputusan bidaan akan dikeluarkan mulai 6 Jun 2012.Beliau berkata nombor pendaftaran siri WWW dijangka boleh mula didaftarkan pada 15 Jun 2012 dan pembida boleh memilih untuk menerima surat keputusan secara pos atau datang sendiri ke pejabat JPJ Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wangsa Maju.

"Bagi pembida yang berjaya,bayaran baki bidaan perlu dijelaskan dalam tempoh sebulan dari tarikh surat keputusan dan kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan nombor pendaftaran tersebut ditarik balik.Manakala pembida yang tidak berjaya, akan dipulangkan bayaran deposit berdasarkan alamat yang diberikan dalam sampul surat yang disertakan bersama permohonan," katanya.- Bernama

EKSKLUSIF !!! KES LIWAT ANWAR IBRAHIM !!! PUNCA KENAPA KES TUNDA 60 KALI TERJAWAB !!! WAJIB BACA !!!

Posted: 24 May 2012 05:00 AM PDT


Kes Liwat Anwar yang membabitkan Saiful Bukhari telah berakhir dengan kejutan pada 9 Januari tahun ini,iaitu setelah lebih 60 kali atau lebih 3 tahun tertangguh jika dikira dari tarikh laporan polis dibuat.Ketika kes masih berjalan,ramai yang tertanya-tanya apakah drama atau permainan yang sedang dimainkan oleh pihak pengamal undang-undang Malaysia ??? Mana taknya,jika kes jenayah seksual tersebut melibatkan rakyat biasa,pastinya ia sudah lama selesai,lebih-lebih lagi apabila terdapat bukti forensik dan saintifik yang nyata.Ramai yang mengesyaki bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan keseluruhan perbicaraan apabila pihak pembela dilihat mendapat kelebihan untuk menangguhkan kes dengan berbagai-bagai alasan yang tidak masuk akal dan merapu.Lebih pelik lagi,pihak pendakwa juga tidak banyak menyanggah alasan-alasan yang tidak masuk akal dan merapu itu.Sebaliknya,pihak pendakwa membiarkan saja pihak pembela mempermainkan undang-undang dan seolah-oleh mengejek rakyat jelata yang dambakan keadilan.

Walaupun hujah Peguam Cara Negara II,Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden begitu baik,konklusif,tepat serta layak diberi 'tepukan berdiri',tetapi sikap beliau yang keberatan atau enggan menyanggah strategi licik pembela untuk terus menunda kes membuatkan kita hairan.apabila peguam Anwar memilih untuk membela diri dengan hujah 'suka-sama-suka',mereka sebenarnya telah membuka ruang untuk pihak pendakwa mengikat terus keputusan berdasarkan undang-undang Malaysia yang mengharamkan aktiviti homoseksual tanpa mengira keadaan suka-sama-suka berlandaskan hak asasi dua orang dewasa yang waras.Inilah yang dijangkakan oleh rakyat,kecualilah jika rakyat tidak dimaklumkan yang undang-undang ini telah dihapuskan

Jika alasan penghakiman adalah DNA yang diperolehi dari lokap tidak wajar diterima,maka pihak pendakwa seharusnya berusaha memohon sampel melalui perintah mahkamah bagi mencari keadilan.Namun,ini tidak berlaku.Rayuan juga tidak berlaku.Yang berlaku ialah Anwar lepas bebas.Pembebasannya membuatkan ramai yang kecewa termasuk orang-orang di dalam 'inner-circle'nya yang bercita-cita untuk mengambil tempatnya.Dunia bagaikan terkedu sekejap,cuba menjustifikasi pembebasan beliau yang dianggap mustahil jika dilihat dari perkembangan perbicaraan.


Akhirnya,hari ini,sebahagian dari kemusykilan kita sudah terjawab iaitu apabila Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden,bekas pendakwaraya dalam kes liwat tersebut kini dilantik sebagai peguam bela Anwar dalam kes BERSIH 3.0.Benarlah,bila ianya melibatkan Anwar Ibrahim,tidak ada apa-apa lagi yang boleh mengejutkan kita.Begitulah juga dengan perkembangan terbaru ini.Jika dulu,Karpal Singh adalah antara orang pertama yang mendedahkan bahawa Anwar Ibrahim adalah peliwat tegar,tetapi kemudian Karpal Singh juga yang menjadi peguambelanya menafikan yang beliau meliwat.Jika dulu Karpal Singh mendesak tindakan diambil ke atas Anwar kerana terlibat dalam salahlaku homoseksual tetapi kemudiannya Karpal Singh juga yang berhujah bahawa aktiviti homoseksual di antara dua orang dewasa yang suka-sama-suka adalah tidak salah.Justeru itu,apa beza Karpal dengan Datuk Mohd Yusof ??? Hampir tiada.Kedua-duanya dibayar untuk membela Anwar dan kita pasti bayarannya amatlah lumayan sekali.Jika ada pun perbezaan,ialah kerana Karpal mendapat 'bonus tambahan' iaitu dari segi keuntungan politik.

Benar,dari segi perundangan Datuk Mohd Yusof tidak salah untuk membela Anwar.Yang nampak salahnya hanyalah dari segi etika kemanusiaan dan persepsi masyarakat yang melihat beliau sebagai tidak berpendirian.Namun,melihat dari sikap Majlis Peguam yang langsung tidak punya etika,professionalisme dan integriti,maka seperti juga Anwar, tiada apa lagi yang mengejutkan kita mengenai watak-watak para pengamal undang-undang di Malaysia.

Bagi ramai pengamal undang-undang hari ini,undang-undang itu adalah mengatasi keadilan,moral,etika malah agama juga.Jika ada pun yang lebih 'tinggi' dari undang-undang,ia adalah wang !!! Apapun,yang pasti,seperti juga kes liwat,Anwar mungkin menang dalam kes BERSIH 3.0.Namun,selagi Anwar tidak sanggup bersumpah laknat,selagi Anwar terus bersekongkol dengan zionis dan kafir harbi,selagi Anwar tidak sanggup menunjuk jam omeganya dan selagi Anwar terus cuba menghuru-harakan negara dan memburukkan nama negara dengan berbagai cara,selagi itulah nama Anwar tidak akan bersih.Biarpun terlepas dari undang-undang,sejarah tetap akan merekodkan riwayat hidup Anwar sebagai seorang peliwat dan pengkhianat.

RENUNG-RENUNGKAN

BONGKAR #BERSIH3.0 !!! APA MOTIF FAUZI SHAARI MASUK PAS ??? WAJIB BACA !!!

Posted: 24 May 2012 01:30 AM PDT


Dalam keadaan sekarang,di mana imej pasukan polis di mata penyokong Pakatan haram berada di tahap terendah,sudah tentu ramai yang terkejut dengan tindakan bekas Pengarah Siasatan Jenayah,Bukit Aman,Datuk Fauzi Shaari menyertai salah satu parti komponen dalam Pakatan Haram,iaitu PAS.Ini bukan kita persoalkan kebebasannya yang dibenar dibawah amalan demokrasi untuk menyertai mana-mana parti politik.Itu adalah haknya sebagai individu yang telah bersara dari pasukan polis.Nak masuk parti mana pun kita peduli apa,tapi janganlah bagi kenyataan kononnya kemasukannya ke dalam PAS setelah yakin yang dirinya tidak terlibat dalam sebarang kegiatan jenayah.Apakah Beliau bermaksud semua pegawai polis yang masih berkhidmat dan telah bersara tapi tidak menyertai PAS,terlibat dengan kegiatan jenayah ???

Itu satu hal.Satu hal yang lain ialah,bagaimana cepat Fauzi melupakan segala sumpah seranah yang pernah dilemparkan PAS terhadap pasukan polis yang pernah disertainya dulu,terutama yang membabitkan tindakan polis mematahkan tunjuk perasaan dan jenayah lain yang dilakukan mereka sejak 1998 ???

Malah kalau nak dilihat lebih jauh ke belakang,iaitu pada 1985 dimana berlakunya kejadian Memali yang menyaksikan penyokong PAS diketuai Ibrahim Libya,menyerang dan membunuh 4 orang anggota polis sebelum dia dan 13 pengikutnya yang lain dibunuh kerana tindakan tersebut,nescaya tidak ada alasan kenapa Fauzi perlu menyertai PAS.Sebabnya,kejadian Memali menunjukkan bahawa kebencian PAS terhadap polis bukan setakat terhad kepada kata-kata nista dan kecaman,tapi lebih dari itu juga.Lupakah Fauzi bahawa dalam kejadian itu semua ahli PAS yang mati,dikebumikan tanpa dimandi, dikafan dan disembahyangkan kerana didakwa mati syahid ??? Syahid kerana mereka mati dibunuh oleh pasukan polis yang dituduh kafir ketika itu ??? Kalau Fauzi masih kurang yakin, tanyalah Hadi yang mengeluarkan fatwa tersebut.Ironinya,Hadi juga yang hari ini menerima borang keahlian Fauzi bekas pegawai kanan polis.Dunia,dunia.inilah politik dalam PAS bila dah ludah jilat balik.maksud saya di sini adalah penyokong Pakatan Haram suka panggil polis dengan macam-macam tapi terima juga bekas polis dalam Pakatan Haram yer ???

Secara rasminya,Fauzi baru 4 hari menjadi ahli PAS,boleh dikatakan sumbangannya terhadap parti itu masih belum ada lagi. Tapi satu yang pasti,'sumbangan' PAS terhadap Fauzi semasa mengecam dalam banyak kes-kes jenayah yang melibatkan PAS,terlalu banyak untuk dijelaskan dalam ruang yang agak terhad ini.Dengan kekuatan pasukan polis ini diukur dari segi intergriti dan maruah,tindakan Fauzi ini tidak boleh diterima sama sekali - walaupun Fauzi memberikan alasan mahu menerangkan kepada penyokong PAS mengenai jasa dan sumbangan polis yangmungkin tidak diketahui penyokong parti tersebut.Setakat apa yang saya lihat,persepsi penyokong PAS terhadap polis selepas penyertaan Fauzi masih sama,tidak ada apa yang berubah.Majoriti dari yang saya temui,berasa ragu-ragu dengan tindakan Fauzi menyertai PAS.Pada mereka,kalau dah sekali jadi 'anjing kerajaan' (polis),selamanya jugalah akan jadi 'anjing kerajaan' juga.Kelihatannya mereka ini tidak berkongsi perasaan yang sama dengan kepimpinan tinggi PAS yang bangga menerima kemasukan 'anjing' ini ke dalam parti mereka.

Itu menjadikan kenyataan Fauzi kononnya untuk membetulkan pandangan ahli PAS terhadap pasukan polis adalah satu kenyataan yang mengarut.Bukan penyokong PAS tak tahu yang polis hanya menjalankan tugas seperti yang dibenarkan dibawah undang-undang,mereka tahu,tapi semua penghinaan itu masih dilemparkan kerana mereka tidak berpuas hati niat mereka untuk membuat kacau digagalkan oleh polis.Sepatutnya sebagai bekas pegawai tinggi polis,Fauzi perlu mempertahankan tindakan polis dan mengecam pihak yang melanggar undang-undang.Ini tidak,Fauzi memilih untuk bersekongkol pula dengan mereka.Kalau nak menambah ilmu agama dan sebagainya,ada lebih banyak badan-badan yang berkecuali seperti Perkim,YADIM atau JAKIM.Kenapa PAS juga yang dicari ??? PAS tidak langsung berkaitan dengan agama,kecuali dari sudut pakaian dan perkataan yang ada arab-arab sikit.ni sama macam kes bob lokman.hmmm...

PAS adalah sebuah parti politik yang ditubuhkan untuk menang pilihanraya dan menubuhkan kerajaan,tidak ada yang kurang dari itu.Malah dalam menjayakan cita-cita politiknya,PAS sanggup mengorbankan Islam seperti ketika menggugurkan negara Islam dari perjuangan PAS dan cadangan menggantikan Islam dalam perlembagaan kepada Addin.Justeru saya yakin,kemasukan Fauzi ke dalam PAS adalah untuk mencari peluang dicalonkan dalam pilihanraya,itu sahaja motifnya.Walaupun dia menafikan,itu bukan suatu yang mengejutkan.PAS dan munafik adalah pasangan kembar siam yang tidak boleh dipisahkan malah antara syarat utama untuk menjadi ahli parti tersebut (tidak terkecuali Fauzi) kalau boleh dikatakan begitu.

RENUNG-RENUNGKAN

#BERSIH3.0 !!! INI SEMUA SALAH UMNO DAN KONSPIRASI POLITIK ??? WAJIB BACA !!!

Posted: 23 May 2012 10:00 PM PDT


Sekali lagi pihak Pakatan Haram melontar tuduhan terhadap kerajaan dan UMNO bahawa tindakan mendakwa Ketua Umum PKR,Anwar Ibrahim dan timbalan presiden parti,Azmin Ali berhubung himpunan Bersih 3.0 motifkan politik.kalau dah salah tu buat cara salah.anda sendiri kan yang beri arahan ??? apa pun Rakyat Malaysia sudah muak dengan alasan yang diberikan Anwar setiap kali pendakwaan mahkamah dilakukan terhadapnya.Pemecatan beliau oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada 1998 Kononnya di katakan 'konspirasi politik peringkat tertinggi'.

Begitu juga dakwaan liwat,pertama kali 14 tahun lalu dan kali kedua pada 2008,juga dianggap 'konspirasi' untuk menyekat impian Anwar ke Putrajaya.Malah bagi mengguatkan lagi hujah mereka,maka diseret pertubuhan hak asasi manusia antarabangsa seperti Human Rights Watch untuk membuat menyokong Bersih 3.0 serta menghentam kerajaan.Begitulah sifat dan perangai pimpinan Pakatan Haram,terutamanya Anwar dan kuncu-kuncunya yang sentiasa bergantung atas sokongan NGO dari Amerika Syarikat mahupun Eropah untuk mengabsahkan segala tindak tanduk politik mereka,walaupun perbuatan itu secara terang melanggar undang-undang negara ini.

Anwar dan pakatan haram yang diketuainya mahu dilihat bahawa mereka bebas melakukan apa sahaja untuk menentang kerajaan tanpa apa-apa sekatan perundangan.Ini termasuklah mengadakan siri ceramah tanpa permit sesuka hati mereka di seluruh negara serta menganjurkan perhimpunan yang berakhir dengan rusuhan.Di dalam himpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu,bukan sahaja ramai peserta,malah petugas media serta anggota polis yng menjalankan tugas mereka turut tercedera.Ini semuanya angkara Anwar yang dilihat di dalam paparan video memberi arahan supaya peserta merempuh halangan untuk menceroboh Dataran Merdeka yang sudahpun diisytiharkan sebagai zon larangan.Begitu juga penganjur utamanya,Ambiga Sreenevasen seorang peguam kanan yang sepatutnya arif mengenai undang-undang tetapi bertindak lebih sebagai pemimpin pakatan haram.



Pakatan Haram ni agaknya terfikir mereka bebas dari segala dosa dan kesalahan,sebab itu Pakatan Haram bebas melakukan apa sahaja tanpa sebarang tindakan undang-undang.Malah mereka memperlecehkan Akta Perhimpunan Aman 2012 yang diluluskan untuk menangani antara lain penganjuran serta protes jalanan seperti Bersih 3.0.Tindakan kerajaan mendakwa Anwar,Azmin dan lain-lain pemimpin pembangkang dalam isu ini patut dipuji dan dihargai.Ia menunjukkan dalam hal menjaga keselamatan awam dan negara,kerajaan bersikap tegas dan tidak memilih bulu.

Sesiapa sahaja yang melanggar undang-undang, tidak kira apa kedudukan mereka dalam masyarakat, hatta Ketua Pembangkang sekali,tidak bebas melakukan perkara yang menodai kesucian perundangan negara.Samada Anwar dan Azmin bersalah atau tidak,terpulang kepada kebijaksanaan mahkamah menentukan berdasarkan hujah dan bukti sedia ada.Bak kata pepatah Melayu,siapa yang termakan cili,dia lah yang merasa pedasnya atau dalam lingo anak-anak muda,'sendiri buat sendiri tanggung'.

RENUNG-RENUNGKAN

EKSKLUSIF AND HOT VIDEO !!! ISU MUZAKARAH PAS DAN UMNO !!! APA KATA USTAZ FATHUL BARI ??? WAJIB LIHAT !!!

Posted: 23 May 2012 07:00 PM PDT


"Yang mencadangkan adalah kalian, PAS, asalnya,walaupun itu pandangan Tuan Guru Nik Abdul Aziz, UMNO sambut, sebelum berlaku lagi rakyat dah seronok.kami pun gembira untuk melihat muzakarah ini berlaku "kata Ustaz Fathul Bari Mat Jahaya yang kecewa dengan sikap berdolak dalih PAS dalam isu tersebut.Syarat yang diletakkan sangat mengecewakan. Sewajarnya bermuzakarah ini,kita perlu letak satu topik tajuk yang tidak bias,", katanya.

LIHAT VIDEO DI BAWAH



RENUNG-RENUNGKAN

EKSKLUSIF !!! APA PENGARUH DAN KUASA ARTIS DI MALAYSIA ??? WAJIB BACA !!!

Posted: 23 May 2012 04:00 PM PDT


Pengaruh dan kuasa seseorang artis cukup kuat.Mereka yang terbaik seringkali mempertaruhkan trek rekod kerja yang membanggakan tanpa perlu bersandar kepada gosip murahan untuk dikenali.Artis-artis seperti itu melihat industri hiburan sebagai medan untuk menjual bakat sehingga mampu menjadi satu jenama yang kukuh.Apabila membicarakan nya dalam konteks tempatan,kita juga sebenarnya mempunyai tokoh-tokoh seni yang begitu besar kuasa dan pengaruh mereka sehingga mampu menggerakkan industri seni ke satu tahap lebih tinggi.

Allahyarham Tan Sri P. Ramlee misalnya,antara legenda seni yang sehingga kini masih utuh pengaruhnya.Biarpun koleksi filemnya ditayangkan berulang kali di kaca televisyen,ia tidak pernah membangkitkan rasa jemu.Setiap dialognya mudah diingati dan meninggalkan kesan yang bukan sedikit kepada seluruh rakyat Malaysia.Begitu juga dengan lagu-lagunya yang menyuntik emosi kepada pendengar.Bayangkan,jika ada pihak yang bertanggungjawab menjaga setiap hasil karya dan harta intelektualnya seperti mana di Barat dengan mudah arwah memiliki harta untuk dinikmati oleh keturunannya.

Begitu juga dengan Allahyarham Datuk Sudirman Haji Arshad yang merupakan Penghibur No. 1 Asia.Bermula dengan gelaran juara Bintang RTM 1976, Sudirman melangkah kemas dalam perjalanan seninya sehingga mampu mencipta pelbagai rekod luar biasa.Siapa dapat lupa konsert gergasi percumanya di Jalan Chow Kit,Kuala Lumpur pada tahun 1986 sehingga dibanjiri seramai 100,000 orang ketika itu.Itu sudah cukup membuktikan bahawa pengaruh Sudirman memang besar dan ia dikuatkan lagi dengan lagu-lagu popularnya yang sehingga kini terus diminati ramai.Sudirman juga tidak hanya menyanyi sebaliknya turut mengorak langkah sebagai ahli perniagaan yang berjaya sebelum beliau pulang ke Rahmatullah pada tahun 1992.

Nama-nama seperti Fauziah Ahmad Daud,Erma Fatima,Julia Rais dan Eman Manan juga mempunyai karisma tersendiri sehingga menjadi pengaruh yang kuat dalam menarik penonton ke pawagam pada era kegemilangan mereka.Erra Fazira merupakan contoh terbaik sebagai penyambung legasi pelakon terdahulu apabila berupaya mencatatkan kutipan pecah panggung untuk setiap filem lakonannya.Sememangnya gelaran Primadona Filem Melayu alaf baru berhak menjadi milik Erra biarpun wajahnya jarang lagi ditonton di layar lebar.Sama juga seperti pengaruh dua kumpulan rock unggul negara, Search dan Wings yang masih lagi diminati sehingga ke hari ini. Semuanya dapat dibuktikan dengan kehadiran penonton ke konsert mereka yang tidak pernah kurang daripada 10,000 orang.

Jika berbicara dalam konteks penghibur pula, Datuk Sheila Majid antara yang cukup kuat pengaruhnya biarpun usia pembabitannya dalam bidang seni menghampiri tiga dekad.Siapa sangka dengan memperkenalkan muzik yang disifatkan baharu menerusi album Dimensi Baru pada tahun 1985, Sheila terus kekal sebagai seorang penghibur ternama negara.Dia antara penghibur yang berani mempertaruhkan kelainan dan bersikap optimis dalam setiap langkah seninya. Buktinya, Sheila mampu berdiri teguh dalam meluaskan pengaruh muziknya.

Seorang lagi bintang, Datuk Siti Nurhaliza juga tidak boleh dinafikan lagi pengaruhnya sehingga ketika ini masih tiada yang mampu menyingkirkannya dari posisi paling atas.Terus kekal sebagai penyanyi nombor satu negara,kehadiran Siti dianggap sebagai satu fenomena dan selama 17 tahun menjadi artis, dia masih terus diminati dan disayangi.Ada pihak beranggapan popularitinya akan jatuh dan sengatan Siti akan hilang bisanya selepas berkahwin dengan Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa yang penuh kontroversi pada tahun 2006. Ternyata itu bukan kekangan untuk Siti terus disanjung peminat.Tidak lagi tertumpu kepada bidang nyanyian, Siti terus meluaskan empayarnya dengan bergelar ahli perniagaan dan melahirkan produknya sendiri, SimplySiti.Begitu juga dengan Jamal Abdillah, Anuar Zain, Afdlin Shauki dan Aznil Nawawi yang membuktikan artis lelaki juga mempunyai karisma tersendiri untuk menjadi pengaruh besar dalam masyarakat kita.Sekarang ini, semuanya terletak kepada kebijaksanaan artis-artis baru untuk memastikan jenama mereka terus unggul dan paling penting, mampu bertahan dalam jangka masa panjang.

Antaranya Yuna, Zizan Razak, Johan Raja Lawak, Zee Avi,Hafiz Suip,Neelofa dan Najwa Mahiaddin (sekadar beberapa contoh) yang dilihat berpotensi untuk menjadi artis paling berpengaruh.Tetapi semuanya perlu usaha dan kerja keras selain bantuan serta sokongan daripada semua pihak untuk memastikan kerjaya mereka terus berkembang mekar.

APA MACAM ???

BOLEH JADI BLOGGER HIBURAN TAK ???

MUAHAHAHAHA....

RENUNG-RENUNGKAN
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...