BADUT RAKYAT |
- HOT NEWS !!! NORA DANISH DAN AKSI GHAIRAH !!! BILA NAK JAWAB YEK ??? WAJIB BACA !!!
- KISAH BENAR !!! ANWAR IBRAHIM DAN LIM GUAN ENG ADALAH DUA DIKTATOR DALAM PAKATAN HARAM ??? WAJIB BACA !!!
- KISAH BENAR !!! DIPLOMAT SINGAPURA MELAWAT PUSAT PENTADBIRAN PAS KEDAH ??? ADAKAH INI ADA UDANG DI SEBALIK BATU ??? WAJIB BACA !!!
- NEWS UPDATE !!! TOLONG CARI 2 PEROMPAK INI DAN SEBARKAN MAKLUMAT DI BLOG,TWITTER DAN FACEBOOK !!!
- EKSKLUSIF !!! JOM BERSENAM BERSAMA ANAK MUDA DI #HBN2012 !!! WAJIB BACA !!!
- HOT NEWS !!! TUNTUTAN AIDIL ZAFUAN MACAM BUDAK-BUDAK - RITA RUDIANI !!! WAJIB BACA !!!
HOT NEWS !!! NORA DANISH DAN AKSI GHAIRAH !!! BILA NAK JAWAB YEK ??? WAJIB BACA !!! Posted: 19 May 2012 11:54 AM PDT Ketika gambar Nora Danish dalam gaya seksi dan agak ghairah keluar di sebuah majalah,maka ramai yang terperanjat.Ada yang cuba berlagak bijak pandai dengan mengatakan ia dihasilkan dengan teknik pertindihan (super impose) sedangkan majalah itu dijual di hampir semua kedai buku utama dan dengan jelas meletakan muka Nora Danish serta temuramah dengan artis itu.Sejak itu,ramai yang ternanti-nanti penjelasan dari Nora Danish akan mengapa dia sanggup bergambar dalam keadaan begitu. Sinar Harian Melaporkan Setakat ini,Beliau hanya berdiam diri.kita lihat apa yang terjadi pada kisah Nora Danish dan gambar tersebut seperti laporan dari Sinar Harian HAMPIR dua minggu berada di Tanah Suci bagi mengerjakan umrah, akhirnya aktres jelita, Nora Danish selamat tiba di tanah air,10 Mei lalu.Rasanya ramai yang mencari Nora kerana sepanjang pemergiannya di Tanah Suci,gambar pelakon drama Tentang Dhiya ini beraksi seksi di sebuah majalah menjadi perbualan hangat.Penampilan Nora mengejutkan peminatnya kerana biarpun sering tampil dengan imej seksi,namun Nora kelihatan lebih 'berani' dalam majalah itu. Zass cuba menghubungi Nora bagi mendapatkan kenyataannya berkenaan perkara itu tetapi gagal. Mungkin Nora masih mahu berehat selepas pulang ke tanah air.Apa pun, sama-samalah kita tunggu Nora memberikan kenyataannya dalam masa terdekat - SH |
Posted: 19 May 2012 05:00 AM PDT betul ker Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng Dua Diktator Dalam Satu Pakatan Haram ??? apa pun ikuti dulu kisah PKR dan DAP.PKR dan DAP mempunyai banyak persamaan kerana itu perkahwinan poligami mereka dengan PAS menyaksikan kemesraan yang lebih antara antara mereka berdua,berbanding dengan PAS.Persefahaman antara mereka cukup utuh terutamanya dari segi matlamat iaitu ingin menjadikan negara ini sebagai Negara Republik,berfahaman plural,berpegang kepada prinsip liberal sekali gus menolak Islam sebagai agama rasmi,menghapuskan Raja-raja Melayu serta hak istimewa bumiputera.anda sudah lihat kan sebelum ini ??? Bagaimanapun,menyedari yang mereka tidak mungkin dapat meraih sokongan ramai jika mempromosi matlamat tersebut secara terang-terangan dan drastik maka cara halus dan perlahan-lahan digunakan untuk merombak fikiran rakyat.Ini dilakukan dengan berbagai cara menggunakan berbagai wajah seperti BERSIH,Seksuality Merdeka,SUARAM,SUHAKAM dan termasuklah menjemput Irshad Manji,lesbian tersohor dunia untuk mengasak minda muda-mudi kita agar menerima pemikiran ini. Seharusnya dengan persefahaman yang sedemikian,PKR dan DAP sudah boleh bergabung sebagai satu parti.Lagipun,kedua-duanya sama-sama mempromosi diri sebagai parti berbagai kaum.Tidak lupa juga,kedua-dua mereka merupakan parti pengamal nepotisme dan kronisme yang nyata kerana diterajui oleh keluarga dan sahabat handai pemimpin tertinggi.jika matlamat,prinsip,pegangan dan hala tujunya sama,kenapakah mereka masih menjadi dua komponen berasingan ??? Jawapannya,kerana pemimpin-pemimpin mereka gila kuasa,ingin bergelar Ketua dan tidak sanggup menjadi orang nombor dua.Walaupun DAP secara lahirnya menerima Anwar sebagai Ketua Pembangkang dan bakal Perdana Menteri bayangn tetapi umum tahu bahawa DAP mempunyai kuasa penuh ke atas Anwar kerana menyimpan segala bukti rahsia gelapnya.Anwar pula,lebih rela menjadi boneka kepada DAP asalkan di atas kertas,jawatannya tertera sebagai orang nombor satu.Baginya,sekurang-kurangnya tanpa bergabung dengan DAP,dapatlah juga beliau mendabik dada sebagai Ketua yang sebenar iaitu kepada juak-juak dalam partinya yang akan sentiasa setia buta tuli kepadanya.Jika bergabung dengan DAP,pasti semua juak-juaknya menjadi keliru perintah mana yang perlu diikut,adakah perintah Ketua Boneka atau Ketua yang sebenar ??? Masalah yang lebih besar dari sekadar hairaki jawatan ialah sifat Anwar dan juga keluarga Lim itu sendiri iaitu mereka semua mempunyai sifat diktator tegar. Anwar adalah seorang Ketua yang tidak demokratik,kerana itu beliau sanggup memanipulasi undi dalam pemilihan parti untuk memastikan hanya 'orang-orangnya' yang kekal di jawatan tertinggi. Walaupun PKR mempunyai Presiden iaitu isteri beliau sendiri,tetapi Presiden PKR hanyalah ilusi atau bayang yang tidak wujud secara nyata.Keputusan parti dibuat seratus-peratus oleh Anwar tanpa mengambil kira pendapat dan pandangan orang lain.Kerana itu,seorang demi seorang rakannya meninggalkannya setelah menyedari bahawa mereka hanyalah alat yang diambil dan ditolak ke tepi mengikut keadaan semasa dan mengikut nafsunya. Sifat diktator Lim Guan Eng pula sudah menjadi pengetahuan umum.Beberapa kali sifat tersebut mengheret beliau ke dalam konflik, krisis dan keadaan memalukan.Kes SPICE misalnya,telah membuka luas karektor kuku-besinya yang keterlaluan.Namun,seperti juga Anwar,Lim Guan Eng terlalu angkuh untuk mengakui dan memperbaiki kesilapan.Mereka sering mempersetankan segala kritikan dan membawa keangkuhan mereka ke tahap lebih tinggi setiap kali dikritik, sehingga akhirnya menyerlahkan sifat zalim. Kerana itu Lim Guan Eng tega meranapkan kampung-kampung dan perniagaan Melayu dan India yang baginya tidak menyokongnya.Tetapi para peniaga Cina yang dianggap penyokongnya dibela dan perniagaan mereka tidak diganggu walaupun berniaga di kawasan yang dilarang serta menghalang lalu-lintas. Semua ini didedahkan oleh Tunku Aziz,serentak dengan pengumuman beliau untuk keluar dari DAP.Bagi Tunku Aziz,Lim Guan Eng adalah dari jenis yang berlainan dari bapanya yang tidak berpegang kepada integriti dan membuat sesuatu dengan hanya mengikut emosi dan ego sendiri.Mungkin Tunku Aziz sudah terlalu lama berkawan dengan Kit Siang atau mungkin juga beliau terlalu lurus dan mudah percaya sehingga gagal melihat bahawa Kit Siang adalah borek dan Guan Eng adalah rintik.Siapa lagi yang mengajar Lim Guan Eng,jika bukan Lim Kit Siang agar tidak perlu menghormati sesiapa.Keluarga Lim ini hidup dengan beraja di mata,bersultan dihati.Orang lain adalah hamba dan bangsa lain adalah anjing yang boleh disenyapkan,disepak-terajang atau dibunuh jika perlu. dengan dua orang diktator berada dalam satu pakatan,bagaimana kita mengharapkan yang mereka dapat bekerjasama dengan baik jika menjadi pemerintah ??? Pemerintahan dua orang diktator pastinya menjanjikan kezaliman dan penindasan dua kali ganda juga.Seperti yang kita lihat hari ini,keangkuhan mereka membuatkan mereka sering berbuat silap dan merugikan diri serta parti.Maka,jika dua diktator ini menjadi pemerintah sekali gus,pasti kesilapan yang dilakukan mereka juga akan berganda sehingga akhirnya akan menyebabkan negara kerugian dengan berlipat kali ganda juga RENUNG-RENUNGKAN |
Posted: 19 May 2012 01:30 AM PDT Malaysia mengalu-alukan lawatan Menteri Dalam dan Luar Negara Singapura, Masagos Zulkifli pada 7-10 Mei lalu.Sepertimana yang terkandung dalam kenyataan media pihak Singapura,dalam lawatan tersebut,beliau dijadualkan berjumpa dengan Timbalan Menteri Luar,Datuk Richard Riot Jaem dan Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wira Abu Seman.Selain itu,beliau juga dijadualkan bertemu dengan Datuk Seri Azizan Razak di Kedah serta DYMM Tuanku Syed Sirajuddin di Perlis.Namun,sumber-sumber dari Kedah mengkhabarkan bahawa Encik Masagos telah membuat lawatan sampingan yang tidak terkandung dalam jadual asal ketika berada di Kedah.Jika beliau hanya berjalan-jalan tidak mengikut jadual perjalanan untuk 'pekena' laksa Kuala Kedah atau Mee Abu bolehlah kita berkata 'Ada Aku Kesah ??? Sukatilah Bro !!! ' Tetapi,bila khabar yang diterima menyatakan beliau telah melawat Pusat Pentadbiran PAS Kedah,maka saya mula merasa curiga,hairan,serta marah.sebab itu saya kata adakah ini ada udang di sebalik batu !!! Jika ini benar ini berlaku,mesti rakyat malaysia akan marah kerana tindakan ini jelas menunjukkan bahawa Singapura telah dengan sengaja menunjuk sikap tidak menghormati hubungan diplomatik antara kerajaan dua negara dengan mengunjungi pusat pentadbiran parti pembangkang Malaysia. saya juga merasa hairan kenapa PAS membenarkan ini berlaku.Sedangkan umum tahu sejarah antara Singapura VS Malaysia atau Lee Kwan Yew VS Tunku/Tun M/Melayu yang penuh dengan prasangka serta tidak pernah selesa.Sifat kiasu Singapura yang enggan mengalah,enggan mengaku salah dan tidak boleh bertolak ansur dalam apa jua perkara membuatkan hubungan antara dua negara ini tegang.Walaupun tegang tetapi tetap tenang kerana sifat pemimpin Malaysia yang cukup sabar dan berhemah dalam menangani karenah kiasu mereka. Siapa tidak tahu dendam dan impian Lee Kwan Yew untuk meng Cinakan Malaysia sepertimana yang dilakukannya di Singapura.Lee Kwan Yew juga tidak pernah berselindung tentang pendiriannya yang menganggap Islam itu sebagai penghalang perpaduan dan telah membuat kenyataan menyeru orang Islam agar tidak terlalu berpegang kepada agama agar lebih mudah untuk bercampur dan bermasyarakat Dan siapa tidak tahu hubungan 'abang-adik' PAP dengan DAP.Dikhabarkan juga bahawa Lim Guan Eng memiliki sebuah pejabat di Singapura dan hampir setiap minggu akan ke sana.Untuk apa ??? Apa agendanya ??? Apakah Pulau Pinang sebuah negeri di bawah jajahan Malaysia atau Singapura ??? Semua ini masih lagi menjadi tandatanya dan masih belum terjawab. Kini dengan lawatan pihak kerajaan Singapura ke Pusat PAS saya tertanya-tanya lagi tidak cukupkah DAP sebagai adik kandung dan kini PAP ingin mengambil PAS sebagai adik angkat pula ??? Rasa curiga rakyat Malaysia terhadap Singapura dan PAS bukanlah tidak berasas.pilihanraya semakin hampir dan Kedah adalah negeri yang menuju muflis di bawah pimpinan PAS.Tidak mustahil jika lawatan Singapura itu membawa niat untuk 'membantu' adik-angkatnya di Kedah.Bantuan yang ditawarkan boleh jadi dalam bentuk 'pelaburan' melalui 'kerjasama'. Justeru,persoalannya sekarang sejauh manakah kebijaksanaan kepimpinan PAS Kedah untuk membaca yang tersirat,yang tersurat serta mencongak-congak angka,kesan dan akibat jika mereka menerima 'pelaburan' dan 'kerjasama' dengan Singapura ??? Kebimbangan ini juga bukannya tidak berasas kerana kita cukup maklum dengan tahap 'kebijaksanaan' pemimpin-pemimpin PAS apatah lagi bila berhadapan dengan orang luar atau bangsa lain.Pemimpin-pemimpin PAS,termasuk Ustaz Azizan bukannya pernah terdedah dengan persaingan dengan bangsa lain dan tidak punya pengalaman untuk menangani manipulasi, jauh sekali memahami agenda mereka.Kerana itu,saya bimbang Kedah akan ditimpa nasib seperti Kelantan di mana tanah-tanah rizab Melayu habis tergadai ke tangan orang akibat 'kebijaksanaan' pemimpinnya.Ustaz Azizan harus menjawab segala kemusykilan rakyat mengenai lawatan Singapura ke Pusat Pentadbiran PAS Kedah ini.Jika tidak benar,katakan tidak benar.Jika benar,katakanlah kenapa.Rakyat Malaysia ada hak untuk mendapat penjelasan bagi menghapuskan segala kemusykilan RENUNG-RENUNGKAN |
NEWS UPDATE !!! TOLONG CARI 2 PEROMPAK INI DAN SEBARKAN MAKLUMAT DI BLOG,TWITTER DAN FACEBOOK !!! Posted: 18 May 2012 10:00 PM PDT Bukan hanya dibogel dan dicabul,malah seorang broker hartanah turut dikurung lebih 10 jam di sebuah unit kondominium mewah di Mont Kiara,petang Khamis lalu ketika mengendalikan urusan jual beli hartanah berkenaan.Difahamkan,wanita berusia 34 tahun itu dihubungi sepasang suami isteri dipercayai warga tempatan melalui laman web hartanah menyatakan minat untuk melihat dan membeli unit kondominium berkenaan sebelum mengadakan janji temu pada petang hari kejadian. Bagaimanapun,sebaik tiba di unit kondominium itu,mangsa dipercayai dipukul kedua-dua suspek sebelum dibogel dan dicabul,seterusnya diikat dan dikurung dalam bilik di unit kondominium itu.Berita Harian Melaporkan,mangsa hanya berjaya diselamatkan kira-kira jam 3 pagi Jumaat lalu oleh Polis Bantuan yang menjalankan rondaan rutin di kawasan kondominium selepas dimaklumkan penduduk yang terdengar tangisan dan jeritan wanita berkenaan meminta pertolongan. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur,Datuk Ku Chin Wah ketika mengesahkan kejadian,berkata polis terpaksa memecahkan pintu unit kondominium itu sebelum menemui mangsa dalam keadaan tidak berpakaian dengan kedua-dua tangannya diikat,selain mengalami beberapa kecederaan dipercayai dipukul. "Mangsa juga broker hartanah dari Kepong,dihubungi suspek atas alasan mahu melihat rekaan dalaman unit kondominium itu.Bagaimanapun,suspek bertindak agresif sebaik memasuki kondominium dengan memukul mangsa,seterusnya mencabul sebelum mengikat dan mengurung wanita itu.Hasil siasatan mendapati suspek turut menyamun barangan berharga milik mangsa,termasuk telefon bimbit dan beg duit,selain melarikan sebuah kereta jenis Toyota Vios milik wanita itu," katanya. Ku berkata,polis sedang menjalankan gerakan memburu kedua-dua suspek berdasarkan kesan cap jari,selain mengenal pasti identiti mereka melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kondominium itu.Sementara itu Facebook PDRM ini meminta mereka yang mempunyai maklumat mengenai suspek-supek berkenaan agar segera menghubungi Pegawai Penyiasat Insp. Mohd Najeeb Mohd Esam ditalian 012-7293533 atau Balai Polis Travers atau balai-balai berhampiran. TOLONG SEBARKAN MAKLUMAT INI !!! KERJASAMA ANDA AMAT DI HARGAI !!! SEBARKAN DI FACEBOOK,TWITTER DAN BLOG !!! TERIMA KASIH !!! |
EKSKLUSIF !!! JOM BERSENAM BERSAMA ANAK MUDA DI #HBN2012 !!! WAJIB BACA !!! Posted: 18 May 2012 07:00 PM PDT SEGMEN : FIT AND ACTIVE PROGRAM : PERTANDINGAN MISS FITNESS PENYELARAS PROJEK : SITI FARIDA BINTI AZHAR NO. TELEFON : 03-88713190/0122942607 PENJELASAN /SINOPSIS AKTIVITI PERTANDINGAN MISS FITNESS INI ADALAH TERBUKA KEPADA SEMUA PENGGIAT DAN PEMINAT AKTIVITI KECERGASAN DI SELURUH NEGARA. PELAKSANAAN PROGRAM INI AKAN DIADAKAN PADA 26 MEI 2012 SEMPENA SAMBUTAN HARI BELIA NEGARA. SETIAP PESERTA DIKEHENDAKI MELALUI 5 DISIPLIN IAITU 1RM BENCH PRESS(KEKUATAN MAKSIMUM),CHIN UP (KEKUATAN),DEAD LIFT (KUASA),LARIAN 2.4 KM (KARDIOVASKULAR)– TREADMILL SERTA DUDUK DAN JANGKAU (KELENTURAN). PEMENANG AKAN DITENTUKAN OLEH PEGAWAI TEKNIKAL/HAKIM MELALUI KIRAAN MATA KESELURUHAN YANG DIPEROLEHI BAGI SETIAP DISIPLIN.SEKIRANYA PEMENANG BERADA PADA KEDUDUKAN SERI,MAKA SATU ALTERNATIF DISIPLIN AKAN DITENTUKAN OLEH PEGAWAI TEKNIKAL/HAKIM YANG PERLU DILALUI OLEH PESERTA TERSEBUT BAGI MENENTUKAN PEMENANG. AYUH RAKYAT MALAYSIA KE PERHIMPUNAN HARI BELIA NEGARA 2012 !!! SEGALANYA UNTUK ANDA !!! |
HOT NEWS !!! TUNTUTAN AIDIL ZAFUAN MACAM BUDAK-BUDAK - RITA RUDIANI !!! WAJIB BACA !!! Posted: 18 May 2012 03:55 PM PDT Pelakon Rita Rudaini Mokhtar menyifatkan tuntutan nusyuz (perintah kembali taat) yang dituntut suaminya, Aidil Zafuan Abd. Radzak di Mahkamah Rendah Syariah sebagai kelakar dan macam "budak-budak".Rita,berkata,dia geli hati mendengar tuntutan itu yang disifatkannya sebagai tidak masuk akal kerana selama ini dia tidak pernah melanggar perintah suami ataupun membelakangkannya. "Dia tuntut saya supaya kembali taat? Haa... memang betul-betul kelakar.Saya tergelak dengar tuntutan dia.Selama ini siapa yang tidak taat? Saya menjalankan tugas sebagai isteri dengan baik untuk dia dan anak-anak.Saya juga tidak pernah lari atau keluar dari rumah tetapi dia yang buat (keluar rumah) senyap-senyap dan tinggalkan saya dengan dua orang anak bersendirian," katanya kepada mStar Online di luar mahkamah. Dalam prosiding di Mahkamah Rendah Syariah,Aidil Zafuan menarik balik permohonan untuk bercerai dengan isterinya itu atas alasan mahu berdamai selain memikirkan kebaikan kedua-dua anak mereka.Aidil juga dalam tuntutan nusyuz itu mahu Rita dan anak-anak berpindah dari kediaman mereka sekarang di Damansara ke rumah yang baru didiami Aidil di USJ 1, Subang Jaya.Beliau yang juga pemain bola sepak pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) itu juga memberitahu rumah berkenaan didiaminya secara percuma tajaan ATM dan Rita perlu berpindah untuk mengelak pembaziran kerana perlu membayar sewa rumah teres mewah yang didiami sebelum ini. Aidil memberitahu jika Rita gagal mematuhi permintaannya itu (untuk berpindah) dia boleh dikenakan tindakan dalam tuntutan tersebut.Rita memberitahu,tidak ada sebab untuk dia berpindah kerana mereka pernah berkongsi suka dan duka di rumah yang di diami sekarang ini dan sudah tinggal sejak empat tahun lalu. "Buat apa saya nak pindah? Sudah empat tahun kami tinggal bersama di Damansara. Kenapa dia tak balik rumah dan tinggal bersama saya serta anak-anak kalau dia suami yang bertanggungjawab? Sewa rumah sebanyak RM3,000 sebulan itu kami kongsi untuk bayar sama-sama. Bayangkan, bayaran yang separuh dia keluarkan itu pun dipertikaikan, apatah lagi nafkah anak-anak?" soal Rita. Dalam perkembangan berkaitan,Aidil turut menepis tuduhan kononnya dia mempunyai hubungan dengan wanita lain selepas bertindak meninggalkan rumah mereka Januari lalu seperti dilaporkan akhbar mingguan sebelum ini.Aidil berkata,dia tidak pernah menjalinkan hubungan dengan mana-mana individu sebaliknya lebih menumpukan perhatian kepada kariernya sebagai pemain bola sepak. "Tuduhan itu adalah satu dakwaan yang mengarut kerana saya tidak berlaku curang dengannya, apalagi dengan kesibukan menjalani latihan bola sepak. Saya tiada masa untuk semua itu.Saya berpendapat Rita menuduh saya menjalinkan hubungan dengan wanita lain berdasarkan komen yang dibuat oleh peminat-peminatnya menerusi laman sosial Twitter," katanya selepas prosiding selesai. Dalam pada itu,Aidil juga berkata dia masih lagi menyayangi Rita walaupun hatinya sedikit tawar selepas membaca terlalu banyak kenyataan yang dibuat isterinya itu melalui media. "Saya masih lagi menyayanginya, cuma hati saya sedikit tawar dengan kenyataannya yang telah keluar di media. Apa-apa pun, saya harap dia kembali kepada saya dengan syarat dia perlu menjadi isteri yang baik dan mendengar kata," tuturnya. Rita dan Aidil bernikah di Songkhla,Thailand pada 28 Februari 2008 dan perkahwinan itu tidak mendapat restu keluarga.Sepanjang perkahwinan itu,mereka dikurniakan dua orang anak lelaki iaitu Airit Rayyan Rizqin, 4 tahun dan Airit Qaqa Arjuna yang kini berusia kira-kira setahun. |
You are subscribed to email updates from BADUT RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment