BADUT RAKYAT |
- HOT NEWS !!! AIDIL SAFUAN BATALKAN HASRAT UNTUK CERAIKAN RITA RUDIANI ??? WAJIB BACA !!!
- HOT NEWS !!! TARIKH PRU 13 18 JULAI INI ??? WAJIB BACA !!!
- KISAH BENAR !!! MP KAPAR MINTA RM10 JUTA DARI KHIR TOYO UNTUK KELUAR PKR ??? WAJIB BACA !!!
- #BERSIH3.0 !!!BADUT RAKYAT KENA VIRUS ??? EGM MAJLIS PEGUAM TIDAK SAH DAN ADA PENGUNDI HANTU !!! WAJIB BACA !!!
- EKSKLUSIF AND HOT VIDEO !!! KENALI PEMIMPIN ANDA !!! ADAKAH INI YANG ANDA NAK ??? WAJIB LIHAT !!!
- HOT NEWS !!! RUMAH FUZIAH REAKTOR TERBAKAR KERANA LYNAS ??? WAJIB BACA !!!
- EKSKLUSIF !!! GERBANG KERJAYA DAN MALAYSIA OPEN YOYO AKAN BERADA DI #HBN2012 !!! WAJIB BACA !!!
- EKSKLUSIF HARI IBU !!! IKUTI LUAHAN FARID KAMIL DAN FIZO OMAR BERKENAAN IBU MEREKA !!! AZMIN ALI MACAM MANA ??? WAJIB BACA !!!
| HOT NEWS !!! AIDIL SAFUAN BATALKAN HASRAT UNTUK CERAIKAN RITA RUDIANI ??? WAJIB BACA !!! Posted: 16 May 2012 02:24 PM PDT ![]() Pemain bola sepak kebangsaan,Aidil Zafuan Abd. Razak membuat kejutan dengan menarik balik kes permohonan cerai yang difailkan terhadap isterinya,pelakon Rita Rudaini Mokhtar di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling semalam.Perkembangan itu sama sekali tidak diduga oleh Rita dan peguamnya,Datuk Mohd. Zaidi Md. Zain kerana mereka hanya dimaklumkan oleh peguam Aidil iaitu Ahmad Nazib Johari tentang permohonan itu lima minit sebelum kes disebut semula petang semalam. "Sepatutnya prosiding hari ini (semalam) adalah sebutan untuk melantik wakil ahli keluarga masing-masing bagi membentuk Jawatankuasa Pendamai.Kami sebenarnya sudah bersedia dan melantik bapa tiri Rita (Johari Jonid) yang datang dari Kangar,Perlis sebagai menuruti arahan mahkamah.Oleh itu,kami mohon kos perosiding itu harus dibayar pihak plaintif," kata Mohd. Zaidi. Hakim Syarie Wan Mahyuddin Wan Muhammad kemudian membenarkan permohonan plaintif untuk menarik balik kes itu,namun plaintif perlu membayar RM250 kepada defendan sebagai kos kerugian kerana menarik balik kes itu pada saat akhir.Terdahulu,Ahmad Nazib memberitahu,terdapat tiga alasan utama mengapa plaintif terpaksa menarik balik tuntutan cerai yang dibuat mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 pada 12 April lalu. Permohonan penarikan balik kes tersebut difailkan sehari sebelum prosiding berlangsung atas alasan ingin memulihkan semula rumahtangga mereka selain ingin kembali hidup aman bersama isteri dan anak-anaknya.Dalam prosiding yang sama,pihak plaintif turut memohon defendan agar kembali taat kepadanya " Saya juga menuntut dia dan anak-anak untuk berpindah ke rumah saya di USJ 1 sebagai tanda taat dan setia kepada suami," kata Aidil Zafuan. Selain itu,Aidil Zafuan turut meminta Rita Rudaini agar berpindah ke rumah beliau yang terletak di USJ 1 bersama anak-anak.Beliau memaklumkan bahawa rumah yang disediakan oleh majikan amat selesa untuk diduduki serta sesuai dengan pendapatannya yang diperoleh. SEMOGA MEREKA BERDUA KEMBALI BERBAHAGIA HENDAKNYA !!! AMIN... |
| HOT NEWS !!! TARIKH PRU 13 18 JULAI INI ??? WAJIB BACA !!! Posted: 16 May 2012 11:49 AM PDT ![]() Mengundi pada 7 atau 8 Julai! Itu tarikh baru yang popular setelah jangkaan pada 9 Jun 'terbang' bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke United Kingdom malam kelmarin.Sumber dalaman Umno memberitahu Sinar Harian, satu perhimpunan besar-besaran ahli parti komponen BN akan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 17 Jun ini. "Selepas itu, Perdana Menteri dijangka akan menghadap Yang di-Pertuan Agong untuk bubar Parlimen. PRU13 mungkin pada 7 atau 8 Julai, iaitu sebelum puasa," katanya menerusi SMS yang dihantar malam tadi. Berkongsi tarikh yang sama,Timbalan Dekan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia, Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian ketika dihubungi sebelum itu berkata, PRU13 mungkin diadakan pada awal Julai. "Semalam (kelmarin) Najib terbang ke United Kingdom dan mungkin apabila kembali pada hujung bulan ini. Beliau akan menggunakan masa yang ada bagi mengenal pasti calon BN yang akan bertanding nanti.Perkara ini (pemilihan calon) tidak boleh dibuat secara tergesa-gesa bagi mengelakkan timbul isu lain. Saya menjangkakan Julai depan tarikh PRU13 iaitu sebelum bulan Ramadan atau secara tepatnya, 8 Julai," katanya. Menurut Sivamurugan, jika negeri Pakatan Rakyat (PR) masih mahu meneruskan pilihan raya berasingan,ia akan memberi kelebihan kepada Umno dan Barisan Nasional (BN). "Saya melihat ini (pilihan raya berasingan) memberi kelebihan kepada BN dari segi logistik dan jentera pilihan rayanya, tetapi PR juga dilihat belum bersedia melakukan pilihan raya berasingan kerana kosnya agak besar," katanya. Dalam pada itu,Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Majlis Profesor Negara, Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak pula berkata, jika Perdana Menteri masih tidak membubarkan Parlimen bulan depan, hampir pasti PRU13 diadakan pada September ini.Beliau bagaimanapun berkata,Najib masih mempunyai masa sehingga pertengahan Jun untuk memastikan PRU13 sempat dilangsungkan pada awal Julai, sebelum bermula Ramadan. "Hari ulang tahun keputeraan Yang di-Pertuan Agong pada 2 Jun, jadi Perdana Menteri masih boleh bubarkan Dewan Rakyat pada Isnin selepas itu (4 Jun)," katanya. Ditanya mengenai kemungkinan Parlimen dibubarkan sebelum 2 Jun, Dr Mohamed Mustafa berkata, kemungkinan itu amat tipis kerana Najib sudah tentu tidak akan memiih untuk meraikan hari ulang tahun keputeraan Yang di-Pertuan Agong sebagai Perdana Menteri kerajaan sementara (caretaker government). "Untuk majlis rasmi meraikan Yang di-Pertuan Agong sudah tentu belum mahu hadir sebagai Perdana Menteri yang sebenar," katanya. Sementara itu, Timbalan Dekan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian ketika dihubungi berpendapat PRU13 mungkin diadakan pada awal Julai. "Semalam (kelmarin) Najib terbang ke United Kingdom dan mungkin apabila kembali pada hujung bulan ini,beliau akan menggunakan masa yang ada bagi mengenal pasti calon BN yang akan bertanding nanti.Perkara ini (pemilihan calon) tidak boleh dibuat secara tergesa-gesa bagi mengelakkan timbul isu lain. Saya menjangkakan Julai depan tarikh PRU13 iaitu sebelum bulan Ramadan atau secara tepatnya 8 Julai. Menurut Sivamurugan,jika negeri PR masih mahu meneruskan pilihan raya berasingan, ia akan memberi kelebihan kepada Umno dan BN. "Saya melihat ini (pilihan raya berasingan) memberi kelebihan kepada BN dari segi logistik dan jentera pilihan rayanya,tetapi PR juga dilihat belum bersedia melakukan pilihan raya berasingan kerana kosnya agak besar," katanya. - Sinar Harian |
| KISAH BENAR !!! MP KAPAR MINTA RM10 JUTA DARI KHIR TOYO UNTUK KELUAR PKR ??? WAJIB BACA !!! Posted: 16 May 2012 08:30 AM PDT ![]() Ahli Parlimen Kapar,S Manikawasagam adalah antara pemimpin PKR yang sering dikaitkan dengan tindakan untuk keluar PKR sejak tahun pertama beliau dinobatkan sebagai MP.Baru-baru ini semasa kunjungan Anwar Ibrahim ke Kapar,Manikawasagam dalam ceramahnya yang berkobar-kobar depan Anwar menyatakan taat setia beliau kepada PKR dan tidak akan keluar parti seperti rakannya N Gobalakrishnan.Kesempatan itu digunakan sebaik mungkin oleh beliu untuk membelasah Gobala. Banyak pihak tidak mengetahui kisah sebenar di sebalik dakwaaan atau khabar angin yang tersebar sebelum-sebelum ini yang mengatakan MP Kapar akan keluar parti.Dakwaan tersebut adalah benar,cuma ianya tidak menjadi kenyataan kerana habuan tidak dapat dipenuhi.Ada kalanya cerita tersebut disebarkan sendiri oleh MP Kapar dan orang-orangnya untuk menarik perhatian pemimpin-pemimpin PKR.Hujung 2008 Manikawasagam bermasalah dengan Kerajaan PKR Selangor berhubung isu Klang Sentral dan isu pasir.Masa itu beliau tekad untuk keluar dari PKR.Pada satu hari di bulan Disember selepas selesai ceramah di Kuala Selangor,lebih kurang jam 1.30,Manikawasagam telah menuju ke Hotel Holiday Inn Glenmarie di Shah Alam untuk bertemu DR Khir Toyo,mantan MB Selangor.Terdapat beberapa individu lain turut serta dalam pertemuan itu.Antara 7-8 orang. Sel13.Com Melaporkan,Dalam pertemuan itu Manikawasagam telah menceritakan masalah beliau dengan Khalid Ibrahim A.K.A Gagap,Teng Chang Kim serta beberapa kepimpinan PKR yang lain termasuk Tian Chua yang di dakwanya terlibat mengutip duit dengan peniaga-peniaga di Bandar Baru Sungai Buloh.Beliau menyatakan kepada Dr Khir Toyo yang beliau ingin meninggalkan PKR dan menjadi MP Bebas.Dr Khir menyerahkan kepadanya serta mengalu-alukan langkahnya jika itu yang beliau fikir baik untuknya.Pada masa itu Manikawasagam cuba untuk menyatakan sesuatu,namun tidak terkeluar dari mulutnya kerana terdapat individu-individu lain bersama Khir Toyo pada waktu itu. Selang beberapa hari Manikawasagam meminta sekali lagi pertemuan dengan Dr Khir Toyo diaturkan.Pertemuan berlangsung lebih kurang jam 10 pagi di sebuah cafe Hotel Grand Blue Wave Shah Alam.Bersama Khir Toyo pada masa itu juga terdapat tiga indvidu lain sebagai temannya.Satu langkah yang tepat untuk mengelak fitnah dan juga sebagai saksi jika berlaku perkara yang tidak dijangka .Manikawasagam hadir seorang diri.Manikawasagam kelihatan resah gelisah untuk menyatakan sesuatu kepada Khir.Akhirnya beliau terpaksa buka mulut dan menyatakan beliau perlukan RM 10 juta untuk keluar PKR dan menjadi MP Bebas.Beliau memberitahu perlu banyak wang untuk 'cover' orang-orangnya. Khir Toyo agak terkejut dengan permintaan tersebut dan menyatakan kepada Manikawasagam beliau tidak boleh memenuhi permintaan tersebut kerana bukan dasar Umno atau BN untuk memberi wang kepada mereka yang nak keluar dari parti pembangkang. Khir menyatakan jika MP Kapar memerlukan bantuan untuk rakyat atau peruntukkan bagi kawasannya beliau boleh tolong usaha dan sampaikan kepada pihak-pihak atasan kerajaan. Tetapi untuk minta wang RM 10 juta bagi lompat parti Khir berkata itu tidak boleh dan beliau tidak mampu lakukan.Manikawasagam kelihatan kecewa dan pertemuan berakhir disitu. Bukan setakat Khir sahaja, malah ada beberapa pemimpin-pemimpin BN lain dan juga ahli perniagaan yang pernah dijumpai oleh Manikawasagam untuk beliau dapatkan wang bagi keluar PKR. Namun Sehingga ke hari ini belum ada mana-mana pihak atau individu yang sanggup membayarnya untuk beliau keluar parti.Siapa pemimpin BN dan ahli perniagaan yang dijumpai oleh beliau untuk dapatkan habuan keluar parti akan didedahkan kemudian. apa cerita ni ??? anda lihat sendiri wahai Pembaca Badut Rakyat sekalian !! Selama ini setiap kali ada MP atau Adun Pakatan Haram keluar parti ,mereka sering mengatakan individu berkenaan telah dibeli oleh Umno atau BN.Hakikatnya apa yang terjadi diatas itulah yang sebenarnya.Jika BN mampu membeli,telah lama MP Kapar keluar PKR. RENUNG-RENUNGKAN |
| Posted: 16 May 2012 05:00 AM PDT Badut Rakyat nampaknya telah di godam dan di bubuh virus.yang tu saya akan ceritakan sebentar lagi.betul ker Badut Rakyat kena virus ??? saya ceritakan dulu berkenaan dengan Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) Majlis Peguam yang diadakan Jumaat lepas.mesyuarat ini diadakan untuk membincangkan Perhimpunan BERSIH 3.0 dan akhirnya menyaksikan pertelagahan pendapat di antara ahli-ahli yang hadir.Beberapa orang ahli majlis tersebut mengkritik sifat berat sebelah dan tidak professional Majlis Peguam dalam membincangkan resolusi kerana jelas pihak jawatankuasa telah menyembunyikan sebahagian fakta dari dibentangkan dalam perbincangan.Dalam mesyuarat tersebut,hanya video yang menunjukkan polis memukul perusuh yang ditayangkan sementara video yang menunjukkan keganasan sengaja dicetuskan oleh perusuh langsung tidak ditunjukkan walaupun pihak mereka memilikinya.Berdasarkan pembentangan fakta yang tidak lengkap itu,Majlis Peguam kemudian telah memutuskan resolusi yang seratus-peratus menyalahkan pihak polis.Kesalahan pihak penganjur dan perusuh yang mengingkari undang-undang pula langsung tidak diambilkira. Tidak cukup dengan itu,terdapat juga rungutan mengenai kehadiran pelajar 'chambering' di EGM tersebut yang turut mengundi usul yang dibentangkan sedangkan mereka tidak layak untuk mengundi.Ini menyebabkan ramai ahli yang tidak puas hati dan mendesak agar Mesyuarat tersebut diumumkan sebagai tidak sah.Menurut Presidennya,Lim Chee Wee,resolusi tersebut tidak boleh dipertikai tetapi pihak yang mempertikai boleh membawa perkara tersebut ke mahkamah.Alasan beliau,ahli-ahli punya hak untuk bertentangan pendapat.Dalam ertikata lain,Majlis Peguam berhak membuat keputusan apa saja walaupun terdapat fakta yang disembunyikan serta dikira di atas undi yang tidak sah.Jika Majlis Peguam sendiri tidak menitikberatkan undang-undang,atas dasar apa lagi harus kita hormati mereka sebagai pengamal undang-undang ??? Walaupun Majlis Peguam cuba menafikan tetapi umum sedia maklum bahawa Majlis Peguam adalah proksi kepada Pakatan Rakyat.Justeru,tidak mustahil tindakan Majlis Peguam ini adalah berdasarkan undang-undang baru yang bakal diperkenalkan oleh Pakatan Haram jika mereka memerintah.Dalam undang-undang Pakatan Haram,mana-mana rakyat yang tidak puas hati terhadap sesuatu perkara boleh berarak di mana saja,mengganggu sesiapa saja dan menceroboh mana-mana kawasan larangan bagi menyatakan ketidakpuasan hati mereka.Jika dihalang oleh pihak berkuasa,maka mereka berhak mengganas dan pihak berkuasa tidak boleh sama sekali mengambil tindakan terhadap mereka. Selain itu,undang-undang baru ini juga membenarkan pihak pengamal undang-undang untuk menyembunyikan mana-mana bukti atau fakta yang tidak memberi keuntungan atau tidak menepati kepentingan mereka. Hukuman juga boleh dijalankan dengan hanya mendengar dari sebelah pihak sahaja.Kita telah pun menyaksikan undang-undang ini dipraktikkan oleh Majlis Peguam sendiri hari ini,serta dalam pemilihan parti PKR suatu ketika dahulu di mana membawa kepada pergaduhan besar dan memaksa beberapa pemimpin dan ahli keluar parti.Mungkin Majlis Peguam perlu 'merasa ubat mereka sendiri'(a taste of their own medicine) sepertimana yang dilalui oleh Ambiga,bekas Presiden mereka serta Penganjur BERSIH 3.0 baru-baru ini. Apabila Ambiga 'disuapkan' dengan Perhimpunan Aman oleh para peniaga di hadapan rumahnya,beliau tiba-tiba melenting dan meroyan marahkan para peserta.Justeru,saya rasa mungkin Lim Chee Wee juga ingin sangat merasa ubat yang sama iaitu mengundang Perhimpunan Aman di hadapan rumahnya pula. Lebih elok jika perhimpunan tersebut bertukar ganas dengan para peserta memprovok,mencabar,menghamun,mencacinya dan kemudiannya melompat dan memusnahkan keretanya serta mencederakannya.Dalam pada itu, pihak polis adalah dilarang sama sekali untuk masuk campur atau akan didakwa oleh Majlis Peguam sebagai 'keganasan polis'. APA KATA LIM CHEE WEE ??? EGM ADA PENGUNDI HANTU !!! APA CERITA NI ??? TOLONG SEBARKAN !!! BADUT RAKYAT KENA VIRUS ??? RAMAI YANG E-MAIL KATA BADUT RAKYAT ADA VIRUS !!! LIHAT GAMBAR DI BAWAH SEKALI LAGI DAN LIHAT ADA USERNAME DAN PASSWORD !!! INI ADALAH PROTECT UNTUK VIRUS !!! MANA TAHU PUAK PAKATAN HARAM NAK BAGI VIRUS !!! OPSSS !!! ANDA HANYA KLIK CANCEL DAN TERUSKAN MEMBACA !!! TERIMA KASIH... RENUNG-RENUNGKAN |
| EKSKLUSIF AND HOT VIDEO !!! KENALI PEMIMPIN ANDA !!! ADAKAH INI YANG ANDA NAK ??? WAJIB LIHAT !!! Posted: 16 May 2012 01:30 AM PDT saksikan video di atas,saya tak nak ulas panjang berkenaan video di atas.ini lah pemimpin yang anda agung wahai Puak Pakatan Haram.kononnya nak menuju ke putrajaya.kalau betul nak putrajaya,tak boleh ker nak bincang kalau ada masalah ??? takkan lah buat rusuhan ??? nak jadi macam London ker ??? nak jadi macam luar negara yang kacau bilau ker ??? oppss ter ulas panjang pulak APA KOMEN ANDA ??? RENUNG-RENUNGKAN |
| HOT NEWS !!! RUMAH FUZIAH REAKTOR TERBAKAR KERANA LYNAS ??? WAJIB BACA !!! Posted: 15 May 2012 10:00 PM PDT ![]() SAYA terpanggil untuk mengulas mengenai perkembangan yang berlaku berpunca daripada cadangan untuk membangunkan loji memproses nadir bumi,Lynas di Gebeng,Kuantan,Pahang.Titik tolak kegelisahan ini adalah kewujudan thorium yang terdapat dalam bahan mentah yang akan diproses.Untuk pengetahuan pembaca,thorium juga terdapat dalam amang (tahi bijih timah).Di sini saya ingin menyatakan beberapa fakta yang dipersetujui oleh masyarakat sains sejagat. Thorium secara semula jadi mempunyai satu isotop (Thorium 232) dan ia mempunyai separuh hayat 14 bilion tahun. Ia mereput dan menghasilkan zarah alfa dan zarah itu mempunyai tenaga empat MeV. Tiada keraguan tentang fakta-fakta tersebut. Di sini saya ingin menjelaskan apa yang dimaksudkan dalam pernyataan tersebut.Separuh hayat selama 14 bilion tahun bererti separuh daripada thorium yang ada akan mereput dalam masa 14 bilion tahun. Separuh lagi masih utuh. Kalau Lynas dikatakan akan memproses 22,000 tan galian dan kandungan thorium adalah 10 peratus, mengikut anggaran Save Malaysia Stop Lynas (SMSL).Bermakna akan wujud 2,200 tan thorium.Separuh daripadanya (1,100 tan) akan mereput.Sekiranya reputan berlaku dalam 1 bilion tahun,purata reputan harian adalah tiga miligram (mg). Sekiranya reputan berlaku dalam 10 bilion tahun,purata reputan harian adalah 0.3 mg. Kesimpulannya daripada 22,000 tan yang diproses, purata yang mereput adalah kurang daripada 0.3 mg sehari. Angka 0.3 mg adalah tiga gram dibahagi dengan 10,000. Adakah amaun ini boleh membunuh atau memusnahkan alam sekitar? Fakta seterusnya,zarah alfa yang dipancarkan mempunyai tenaga sebanyak empat MeV. Zarah ini boleh merentasi udara sejauh 2.5 sentimeter atau satu inci. Ini bererti udara setebal satu inci sudah cukup menjadi perisai untuk melindungi kita dari thorium yang mereput. Thorium yang tidak mereput adalah tidak berbahaya.Dalam air,sinaran alfa merentasi kurang daripada satu mikron. Angka ini merujuk kepada satu milimeter dibahagi dengan 1,000 dan ia terlalu nipis. Zarah alfa dari reputan thorium tidak akan dapat menembusi kulit kita (andaian bahawa kandungan badan manusia adalah 90 peratus air). Kalau sinaran itu tak sampai kepada kita dan jikalau sampai pun, ia tidak dapat menembusi kulit kita, jadi apa masalahnya? Saya memohon kepada sesiapa yang menulis tentang keburukan thorium,tolonglah tulis berlatarbelakangkan fakta.Cerita mesti konsisten dengan fakta sains. Saya mengakui bahawa setiap pembaharuan mempunyai risiko.Saya bersedia untuk berganding bahu dengan SMSL memantau loji Lynas di Gebeng dan saya akan menjadi orang pertama untuk menyatakan kepada khalayak ramai sekiranya ada pelanggaran peraturan yang ditetapkan oleh piawaian antarabangsa.Akan tetapi saya tidak akan berdiam diri sekiranya rakyat Malaysia diperbodoh-bodohkan. Satu fakta lagi yang perlu di nyatakan adalah thorium wujud dalam bentuk sebatian kimia thorium dioksida,thorium sulfat dan beberapa bentuk lain. Sebatian ini didapati tidak larut dalam air dan ketumpatannya adalah sekitar 10 kali ganda ketumpatan air.Mencampurkan sebatian ini dengan air adalah seperti mencampurkan besi dengan air.Besi terus mendap ke bawah. Air yang digunakan Lynas di Gebeng akan disimpan beberapa hari sebelum dilepaskan. Ini bermakna sebatian thorium akan mendap.Saya ingin penjelasan daripada SMSL. Sains dan teknologi apa yang boleh menyebabkan perairan di Laut Cina Selatan menjadi seperti apa yang berlaku di Fukushima,Jepun? Bagaimanapun, saya mengakui 'habuk' daripada bijih atau galian dari Australia itu boleh membawa risiko.Garis panduan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) menekankan keselamatan semasa pengangkutan dan pemprosesan berlaku.Saya pasti Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) mengenakan syarat yang ketat dalam hal ini. Dalam wacana ilmiah di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) pada 28 Mac 2011, Pengerusi AELB, Profesor Datuk Dr. Sukiman Sarmani menyatakan sekiranya Lynas melanggar mana-mana peraturan yang ditetapkan, AELB akan mengeluarkan perintah 'Hentikan Operasi'.Harus diingatkan ketumpatan udara adalah lebih sedikit daripada ketumpatan gas nitrogen yang berat molekulnya 28 gram (gm) per mol.Berat molekul thorium dioksida adalah (232 + 32 >264) gm per mol.Berdasarkan angka 264 gm per mol berbanding 28 gram per mol sudah pasti habuk thorium dioksida tidak akan wujud lama sebagai habuk dalam udara. Lebih cepat penurunan kewujudan habuk thorium sekiranya hujan.Kajian mengenai kanser paru-paru harus dijalankan untuk mengetahui kesan thorium kepada kesihatan.Kajian darah yang dicemari oleh thorium juga harus dilakukan sebelum membuat sebarang tuduhan melulu. Saya tertarik dengan langkah Himpunan Hijau yang berkunjung menemui Pesuruhjaya Tinggi Singapura pada Mac lalu. Di dalam memorandum yang diberi, mereka meminta kerajaan Singapura menyatakan kebimbangan terhadap Lynas. Himpunan Hijau juga menyatakan kebimbangan makanan laut dari Kuantan yang dihantar ke Singapura akan mengandungi unsur radioaktif. Ironinya, Perdana Menteri Singapura pernah berhasrat membina janakuasa nuklear berasaskan bahan api thorium iaitu 'Liquid Fluoride Thorium Reactor (LFTR)' dengan alasan ia tidak berbahaya dan efisien. Cadangan itu dimasukkan dalam pelan induk pembangunan tenaga republik itu.Cuba layari artikel "Thorium for Singapore" di www.thoriumsingapore.com. SMSL mahukan zon penampan Lynas adalah 30 kilometer (km) daripada penempatan penduduk.Oleh kerana susah hendak mencari mana-mana kedudukan di republik itu yang jauhnya melebihi 30 km dari Malaysia,saya cabar mereka membuat demonstrasi di sepanjang Selat Tebrau, Johor bagi menyatakan pendirian membantah janakuasa nuklear tersebut. Jadi,apakah pendirian Himpunan Hijau sekarang. Masihkah hendak menyembah pemimpin Singapura untuk menyelesaikan masalah thorium di Gebeng? Loji Lynas adalah kilang kimia dan ia sangat kecil jika dibandingkan dengan janakuasa nuklear yang akan dibina oleh Singapura. Thorium dari Australia adalah 1,900 bahagian per sejuta (ppm) atau 0.19 peratus tulen. Nanti di Singapura, thorium yang diguna adalah 100 peratus tulen.Adakah Himpunan Hijau akan diam seribu bahasa? Perbuatan mengadu kepada Pesuruhjaya Tinggi Singapura adalah paling melucukan. Saya ingin juga menarik perhatian kepada mereka yang menggunakan lampu minyak gas. Mentol yang digunakan menggunakan thorium. Saya ingin tahu apakah pendirian pertubuhan bukan kerajaan yang menyokong SMSL setelah mengetahui fakta ini. Lampu minyak gas inilah yang menerangi kota, desa dan pelbagai jenis kediaman lebih daripada satu abad. Thorium yang digunakan dalam mentol ini 99 peratus dan thorium di Gebeng nanti tak sampai satu peratus.Di laman sesawang pihak Singapura itu kita akan mendapati kata-kata aluan "Welcome to the Future". Adakah kita akan menolak hakikat ini hanya berdasarkan hujah harga hartanah di Kuantan akan merudum hingga tiada nilainya. Harga hartanah di Singapura adalah beratus atau beribu ganda lebih tinggi berbanding nilai hartanah di Kuantan.Loji nuklear akan dibina di tengah bandar raya Singapura, sedangkan Lynas di Gebeng. Kalau menggunakan ukuran 30 km dari kediaman yang dituntut SMSL, mana Singapura nak cari tempat sedemikian. Pandangan rakyat dan kerajaan Singapura nampaknya berbeza sekali dengan pihak pembangkang.Oleh itu,benarkah kita ini lebih maju dalam pengetahuan sains berbanding dengan mereka? ![]() DR. A. RAHMAN OMAR ialah lulusan Doktor Falsafah (PhD) Fizik Nuklear daripada Kansas State University,Amerika Syarikat. |
| EKSKLUSIF !!! GERBANG KERJAYA DAN MALAYSIA OPEN YOYO AKAN BERADA DI #HBN2012 !!! WAJIB BACA !!! Posted: 15 May 2012 07:00 PM PDT ![]() Gerbang Kerjaya adalah program yang dianjurkan oleh Bahagian Pembangunan Kemahiran,Kementerian Belia dan Sukan dengan Kerjasama JobsMalaysia,Kementerian Sumber Manusia dan ia adalah salah satu program Hari Belia Negara – Himpunan Jutaan Belia 2012 yang akan diadakan di Putrajaya pada 23 hingga 27 Mei 2012.Belia-belia lepasan SPM,Diploma dan Ijazah serta kelulusan lain yang diikhtiraf boleh berkunjung ke Gerbang Kerjaya bagi mendapatkan maklumat dan info serta khidmat nasihat yang berkaitan dengan kerjaya. Sebanyak 100 Booth pameran di mana melibatkan lebih 70 agensi / syarikat yang akan bersama-sama menyertai program ini.Para pengunjung boleh mendapatkan segala info dan maklumat yang berkaitan seperti,bengkel motivasi kerjaya,panduan khidmat nasihat kerjaya,kaedah menulis resume,kaedah temuduga etika berpakaian dan sebagainya. Gerbang Kerjaya juga turut menawarkan temuduga secara terbuka kepada semua selain daripada permohonan secara kaedah online.Bagi membantu para pengunjung yang hadir, JobsMalaysia turut menawarkan khidmat perunding kerjaya dan padanan kerjaya kepada bakalpekerja. Kepada semua rakyat Malaysia dan bakal pekerja,Ayuh datang beramai-ramai ke Himpunan Jutaan Belia 2012 di Gerbang Kerjaya untuk mendapatkan info dan maklumat berkaitan pekerjaan dan peluang kerjaya yang bakal ditawarkan kepada anda.Datanglah beramai-ramai di Presint 3 Putrajaya !!! Untuk Lebih Lanjut sila hubungi EN.NORAZMI MOKNI (019-9710776) ![]() Yoyo merupakan aktiviti yang terdiri daripada dua cakera sama saizyang diperbuat daripada plastik,kayu,atau besi,disambungkan dengan gandar,yang dibelit dengan tali.Pertandingan ini merupakan kali kedua diadakan sempena Sambutan Hari Belia Negara dan dipertandingkan dalam kategori berikut : 1A (Single) 2A (Double A) 4A (Offstring) 5A (Counterweight) Pertandingan ini terbuka kepada semua pemain Yoyo di Malaysia tidak kira sama ada di Semenanjung atau Sabah dan Sarawak yang berumur 10 tahun dan ke atas. " Untuk keterangan lebih lanjut sila hubungi EN. SABRAN B. ABD BAHAR (019-2230365/03-88713747) AYUH RAKYAT MALAYSIA KE PERHIMPUNAN HARI BELIA NEGARA 2012 !!! SEGALANYA UNTUK ANDA !!! |
| Posted: 15 May 2012 04:00 PM PDT ![]() kasih ibu membawa ke syurga.Pengorbanan insan paling istimewa ini tidak mampu dibalas dengan wang ringgit hatta harta menggunung tinggi.Bagi Farid Kamil dan Fizo Omar,ibu berada di kedudukan paling tinggi dalam carta hati mereka.Sebagai tanda kasih sayang tidak bertepi,dua aktor yang menjadi kegilaan ramai ini meraikan ibu tercinta sempena sambutan Hari Ibu dengan menikmati hidangan tengah hari istimewa di Kelantan Delights,yang menyediakan bufet sajian tengah hari setiap Isnin hingga Jumaat dengan aneka juadah hidangan tempatan, khususnya dari Negeri Che Siti Wan Kembang.Ia menjadi pilihan Farid untuk ibunya bertukar selera menikmati masakan Kelantan seperti nasi dagang, nasi tumpang dan kuih lompat tikam. Harga juga berpatutan iaitu RM35 seorang.Berpeluang merakamkan detik manis itu,Farid dan Fizo mengakui tidak malu andai ada yang melabelkan mereka anak ibu kerana sememangnya mereka manja dan menyanjung tinggi ibu masing-masing. Melihat kemesraan Farid dengan ibunya,Sharifah Bardah Idid Syed Abdyllah Idid, 57,dan layanan baik Fizo terhadap insan yang melahirkannya,Hasnah Jidin,52,terbit rasa terharu.Betapa sucinya kasih ibu dan anak,malah apabila perbualan menjurus kepada pengorbanan si ibu,baik Farid mahupun Fizo,tidak mampu menahan sebak. Air mata yang bergenang cuba disembunyikan di sebalik kaca mata hitam.Farid yang baru pulang daripada percutian di Pulau Redang bersama keluarga menjelaskan,ibunya adalah insan yang mampu melembutkan hatinya. Sekeras mana pun hatinya ketika itu, pasti mampu dileburkan dengan kata-kata lembut wanita paling cantik di matanya itu. "Mak sentiasa ada dalam hati dan fikiran saya.Dia adalah segala-galanya,malah saya sanggup berkorban apa saja untuk mak,termasuk nyawa saya.Mak adalah rujukan terbaik dan kerana itu apa saja masalah,saya pasti kongsi dengannya.Biarpun ada yang tidak saya kongsi sepenuhnya, mak tahu apa yang saya rasa dan lalui.Itulah kelebihan seorang ibu yang tidak ada pada orang lain.Kadangkala belum pun sempat saya beritahu,mak hubungi saya kerana dapat rasakan yang saya ada masalah.Saya akui,keputusan pelajaran saya tidak secemerlang adik tetapi sebagai anak dan abang sulung,saya berusaha jadi contoh terbaik dan buat mak ayah bangga dengan saya," katanya yang berbangga dengan pencapaian empat adiknya. Bagi Bardah,Farid anak yang aktif,kreatif dan perlu diberi banyak perhatian.Sejak kecil,putera sulungnya menunjukkan kecenderungan terhadap bidang seni apabila sering menjayakan persembahan di sekolah.Pernah dia mengeluh kerana berharap Farid tersenarai sebagai pelajar yang menerima hadiah kecemerlangan, tetapi anaknya berada di atas pentas untuk menjayakan persembahan. "Sebagai ibu,saya bangga dikurniakan lima anak yang baik.Bagi saya,setiap anak ada keunikan tersendiri.Farid aktif dengan aktiviti seni di sekolah. Bila saya bising, ada teman rapat mengingatkan saya bahawa Farid mewarisi bakat saya.Ketika di sekolah rendah, saya aktif di belakang tabir.Kalau ada persembahan di sekolah,saya bertindak selaku pengarah.Tak sangka bakat itu turun kepada Farid," kata pesara guru itu yang mengamalkan kelembutan dalam mendidik anak. Celah Farid,dirinya adalah kombinasi keperibadian ibu dan ayahnya.Ciri-ciri fizikal yang ada padanya lebih mirip dengan bapanya,namun dalaman dia banyak mewarisi sikap ibunya,termasuk keberanian serta kesungguhan. "Kalau nak tahu, mak saya lasak ketika kecil. Dia suka panjat pokok dan sikap itu saya warisi. Kalau mak mahu ambil saya di tadika, tak payah cari tempat lain, tengok saja atas pokok, mesti ada saya.Satu lagi, mak kalau nakkan sesuatu, dia akan usahakan sampai dapat," katanya ketawa sambil berkongsi rasa terharu diberi nama yang membawa maksud insan kamil dan unik. Sementara itu,Hasnah berkata,dia bangga dianugerahkan zuriat sebaik Fizo yang sanggup berkorban apa saja demi kebahagiaan keluarga.Pelawaan untuk tinggal bersama di Kuala Lumpur adalah hadiah terindah buatnya.Sehingga kini,Fizo tidak pernah lalai menjaga keperluan dan kebajikannya. "Sejak kecil,Fizo memang rapat dengan saya, malah boleh dikatakan dia paling manja.Apa yang boleh saya simpulkan,dia anak yang taat,baik,senang dijaga,mendengar kata dan sangat bertanggungjawab.Setiap tahun,dia tidak pernah lupa meraikan hari ibu dan ulang tahun saya.Paling tidak dapat saya lupakan, dua tahun lalu,dia meraikan hari jadi saya ke-50 di Langkawi.Majlis yang diadakan di tepi pantai itu sangat istimewa dan menjadi kenangan terindah buat saya.Memori manis membesarkannya, ketika di tingkatan tiga,dia aktif menyertai perlawanan bola sepak dan selalu ketinggalan kelas.Dia pernah tanya saya,kalau keputusan PMR dapat banyak A macam mana? Saya jawab, kenalah saya bawa bas ke sekolah untuk menjemputnya kerana jika naik kereta,tak muat nak bawa banyak A.Ketika ambil keputusan PMR, dia hubungi saya dan minta bawa bas kerana dia dapat 7A.Sebagai ibu,saya sangat gembira dan bersyukur.Sebagai hadiah,saya belikan dia motosikal," katanya yang tidak kisah siapapun calon isteri Fizo asalkan bakal menantunya ikhlas menyayangi Fizo dan keluarga. Fizo yang setia menemani ibunya mengakui tidak betah berjauhan dengan ratu hatinya. Hidup terasa sunyi dan serba tidak kena jika ibunya pulang bercuti di kampung halaman mereka di Kelantan. "Ma adalah orang pertama yang saya jumpa setiap pagi dan orang terakhir yang berbual dengan saya sebelum masuk tidur.Selagi saya tak balik kerja,ma akan tunggu walaupun jam 4 pagi.Ma akan buatkan saya kopi dan kami berbual paling tidak pun setengah jam.Kalau ma balik kampung,saya akan minta ma cepat-cepat pulang semula ke Kuala Lumpur sebab saya rindu.Jika dapat berita baik, orang pertama yang akan tahu adalah ma tetapi jika sebaliknya, ma adalah orang terakhir tahu kerana saya tidak mahu dia susah hati.Saya bangga dapat jadi anak ma. Tanpa ma, saya tidak akan berada di tahap sekarang. Ini masa untuk saya balas budi dan bahagiakan ma.Saya sanggup buat apa saja untuk pastikan ma gembira. Memang azam saya mahu bawa ma dan adik tinggal dengan saya dan syukur,ia dapat saya laksanakan.Lebih puas apabila cita-cita saya untuk tunaikan hajat ma menunaikan haji dapat direalisasikan hujung tahun lalu, biarpun berdepan pelbagai dugaan," katanya yang tak dapat menahan air mata daripada gugur. Katanya,beruntung seorang anak jika ibu menyuarakan selesa mahu menetap bersama. Itu adalah paling indah buat seorang anak. Adalah kesilapan besar apabila anak menolak menjaga ibu, sebaliknya memilih menghantar mereka ke rumah orang tua. Sewajarnya nasib wanita yang pernah bertarung nyawa melahirkan zuriat itu dikasihi dan dijaga sebaik mungkin. "Susah payah seorang ibu besarkan anak, hanya ibu dan anak yang tahu. Justeru, jika masih ada ibu bapa, jagalah betul-betul. Saya pernah dengar seorang ustaz berkata, rezeki akan masuk bila keluar rumah, kita cium dahi ibu. Di saat itulah rezeki akan masuk. Sesungguhnya bagi saya, menjaga ibu satu nikmat.Sejak dulu jadi amalan saya. Walau sekecil mana pun gaji, saya akan bagi pada ma. Saya percaya 50 peratus rezeki adalah untuk diri sendiri dan selebihnya untuk ma, adik dan orang lain. Setiap kali dapat bayaran,orang pertama saya akan bagi adalah ma.Alhamdulillah, sebab itu rezeki saya tidak pernah putus, malah apa yang saya buat menjadi," katanya yang turut menjelaskan buku masakannya,Air Tangan Fizo adalah hadiah untuk ibunya yang disifatkan sebagai 'chef' paling hebat. Ditanya tidak takutkah dengan gelaran anak mak yang cukup 'digeruni' kebanyakan wanita, sambil ketawa Fizo berkata, sepatutnya wanita di luar sana bersyukur andai bertemu jodoh dengan jejaka yang diberi jolokan itu kerana lelaki yang mengutamakan ibu serta keluarga akan mendidik zuriat yang bakal dilahirkan supaya menyanjung tinggi insan bergelar ibu.Secara tidak langsung,si isteri akan bahagia kerana mempunyai anak yang menyayangi dan menghormatinya. - Harian Metro AZMIN ALI MACAM MANA PULAK ??? BILA NAK JUMPA IBU ??? INGAT !!! SYURGA DI TELAPAK KAKI IBU !!! IBU ADALAH SEGALANYA !!! RENUNG-RENUNGKAN |
| You are subscribed to email updates from BADUT RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.








No comments:
Post a Comment