BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


KISAH BENAR #BERSIH3.0 !!! THE ECONOMIST SAH KAN ANWAR IBRAHIM ROSAK ??? WAJIB BACA !!!

Posted: 09 May 2012 11:57 AM PDT


PERHIMPUNAN Bersih telah dengan cepat meletakkan kedudukannya sebagai sesuatu yang ritual dalam kalendar politik Malaysia.Skripnya adalah seperti ini : beribu-ribu penunjuk perasaan mengumumkan mereka akan berarak di Kuala Lumpur untuk menuntut reformasi sistem pilihan raya ; kerajaan yang gelabah dan pemimpin protes menghabiskan masa berhari-hari bagi tawar-menawar tempat yang lebih sesuai.Protes diteruskan dengan mengingkari arahan polis ; keganasan terjadi,beratus-ratus orang ditangkap ; kerajaan mengeluarkan beberapa permohonan maa f; semua orang balik ke rumah.

Cuma yang berbeza adalah kesan politiknya.Tahun lepas,ia adalah besar.tahun ini barangkali sangat kecil.Bersih bermaksud 'bersih' dalam bahasa Melayu dan pergerakan Bersih terdiri daripada gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan organisasi hak sivil yang mahu sistem pilihan raya dibersihkan bagi membolehkan semua parti mendapat peluang yang saksama untuk memenangi pilihan raya.Pada masa ini ramai mendakwa sistem pilihan raya telah dimanipulasi dengan banyaknya supaya memihak kepada parti pemerintah,Barisan Nasional (BN) yang telah berkuasa secara berterusan sejak negara ini mencapai kemerdekaan daripada Britain bermula pada 1957.

Oleh itu,Bersih tidak dapat dipisahkan daripada matlamat perjuangan pembangkang, yang diketuai oleh Anwar Ibrahim.Perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April pastinya telah menarik lebih ramai orang berbanding perhimpunan tahun lepas,mungkin seramai 80,000 orang (walaupun polis meletakkan angka separuh daripada jumlah itu ataupun 40,000).


Dalam keadaan hampir pasti pilihan raya umum akan diadakan pada bulan-bulan akan datang,minat yang tinggi tidaklah mengejutkan.Tetapi jika dibuat perbandingan,perhimpunan tahun lalu yang bilangan penunjuk perasaan adalah kecil,lebih mencapai kesan politik yang hebat.Pada masa itu,kerajaan Najib Tun Razak tidak mengendalikan keseluruhan situasi dengan baik.Beribu-ribu polis anti rusuhan telah dirakam oleh kamera video dan telefon pintar memukul penunjuk perasaan yang tidak bersenjata untuk menyuraikan mereka.

Meriam air telah ditembak ke hospital dan lebih daripada 1,600 orang telah ditangkap.Penggunaan keganasan itu sangat memalukan kerajaan, sekali gus mengesahkan gambaran dalam fikiran ramai orang bahawa Perdana Menteri sememangnya menindas bagi kalangan nasionalisme Melayu dan bukannya seorang liberal reformasi seperti yang beliau dakwa.Akibat disengat oleh kritikan meluas di media antarabangsa,kerajaan Najib terpaksa memohon maaf terhadap banyak tingkah lakunya.Kemudiannya,ia memansuhkan banyak undang-undang lapuk dan menindas bagi memenangi semula pengiktirafan reformasinya.Satu jawatankuasa Parlimen juga telah ditubuhkan untuk mengkaji cadangan bagi reformasi sistem pilihan raya. Ini semua, kemenangan jelas kepada Bersih.

Tahun ini adalah lebih kepada skor seri.Sudah tentu,pada akhir perhimpunan tersebut terdapat satu lagi letusan keganasan dan polis sekali lagi dilihat menggunakan meriam air dan gas pemedih mata terhadap penunjuk perasaan.Mereka menangkap lebih daripada 400 orang daripada peserta perhimpunan. Sekali lagi terdapat laporan kekejaman polis dan sekali lagi Perdana Menteri perlu membuat penjelasan.Kali ini Najib merasakan terpaksa memohon maaf secara peribadi kepada seorang wartawan tempatan yang telah dipukul oleh polis (dia adalah salah seorang daripada beberapa orang yang dipukul).


Sekali lagi,adegan buruk ini tidak dapat memperkukuhkan dakwaan Najib untuk menjadi pemimpin berfikiran reformasi yang berbeza.Bagaimanapun, pada tahun ini terdapat masalah di sebelah Bersih juga.Beberapa penunjuk perasaan telah menyerang dan menterbalikkan sebuah kereta polis dan kira-kira 20 pegawai polis cedera.Kejadian ini sudah tentu digunakan oleh kerajaan dan membolehkan Najib mendakwa "pihak polis menjadi mangsa. Mereka menjadi sasaran dan telah dipukul."




Pemimpin Bersih,Ambiga Sreenevasan,mengakui bahawa sesetengah orang akan berfikir bahawa "matlamat perhimpunan tersebut telah tersasar" kerana kelakuan tidak terkawal beberapa penunjuk perasaan.Keganasan yang berlaku mungkin sedikit telah mencemarkan pergerakan yang lebih luas untuk pembaharuan demokratik. Dan Anwar juga perlu menjelaskan perbuatannya.Dia dirakam kamera video berada berhampiran sekatan polis sedang bercakap dengan salah seorang rakannya : pengkritik mendakwa bahawa dia telah menghasut penyokong untuk mengetepikan halangan.Anwar sendiri berkata ini adalah karut.

Bagaimanapun,adalah jelas bahawa Bersih tidak akan dapat menguasai asas moral yang tinggi - seperti yang mereka lakukan pada tahun lepas.Kempen untuk reformasi sistem pilihan raya akan berterusan,tetapi Najib muncul daripada pergaduhan tahun ini dengan pengiktirafan reformis beliau yang terus utuh,yang tidak tersangat buruk untuk diguna pakai. - Utusan Malaysia

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! DAVID TEO AKHIRNYA MEMINTA MAAF BERKENAAN DENGAN KUTUK ARWAH BOB KUMAN !!! WAJIB BACA !!!

Posted: 09 May 2012 08:30 AM PDT


Salam takziah saya buat seluruh keluarga dan sahabat handai arwah Bob Kuman (Husni Bin Mohd. Rawi).Pemergian beliau sememangnya satu kehilangan buat industri hiburan Malaysia.Saya sendiri terkejut apabila mendengar berita pemergian beliau namun kita sebagai manusia harus redha dengan segala ketentuan Tuhan.Allahyarham sebelum ini banyak terlibat dalam produksi saya & beliau sangat komited dengan segala kerja yang dilakukannya.Saya juga sangat menghormati beliau sebagai sahabat dan rakan kerja yang sama sama bekerja dalam industri.Di kesempatan ini,saya dari lubuk hati yang dalam memohon maaf daripada keluarga Allahyarham sekiranya ada kata-kata atau tindakan saya yang menyinggung perasaan mereka.Bukanlah niat saya untuk mencetuskan sebarang kontroversi.

Saya sedar kata-kata saya dalam rancangan Melodi bertarikh 22 April 2012 saya ada menyebut tentang sumbangan yang telah saya beri di Hospital Tawakal pada tahun 2010 yang lalu semasa beliau sakit.Dalam kenyataan itu, saya ada menyebut "jika Bob Kuman perlukan sumbangan lebih, saya boleh sedekah".Di sini saya ingin menjelaskan bahawa kenyataan ini dikeluarkan semasa Arwah masih hidup,BUKANNYA setelah beliau meninggal.Penggunaan perkataan "sedekah" yang saya maksudkan adalah "derma atau sumbangan".

Apa yang saya faham, "sedekah" bukanlah sesuatu yang hina. Selalu kita dengar "senyum adalah satu sedekah" dan "sedekahkan al-Fatihah" jika ada orang meninggal dunia.Saya anggap perkataan ini sesuatu yang suci tetapi mungkin saya tersalah tafsir.

Saya sedar kata-kata saya ini telah menyinggung perasaan keluarga dan sebilangan masyarakat terutamanya peminat dan penyokong Arwah Bob Kuman.Percayalah,demi Tuhan saya langsung tidak terlintas niat di hati untuk menyakitkan hati mana-mana pihak sedangkan beliau telah saya anggap sebagai sahabat baik saya.Saya sekali lagi memohon maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki di atas kertelanjuran saya. Saya bukanlah insan sempurna yang tidak terlepas dari melakukan kesilapan. Pengalaman ini akan saya jadikan pedoman untuk menempuh hari-hari yang mendatang dengan lebih berhati-hati.

Kepada semua rakan-rakan artis dan peminat,sama-sama lah kita mendoakan kesejahteraan roh Allahyarham di-sana.Diharapkan permohonan maaf ikhlas ini dapat diterima dengan hati yang ikhlas juga.

Ikhlas,
David Teo

EKSKLUSIF DAN KISAH BENAR #BERSIH3.0 !!! JAWAPAN PALING PEDAS DARI RIDHUAN TEE ABDULLAH !!! WAJIB BACA !!!

Posted: 09 May 2012 05:00 AM PDT


Demonstrasi jalanan duduk bantah,Bersih 3.0 minggu lalu telah berakhir.Janji duduk bantah tidak lagi dipatuhi,yang jelas ramai berdiri memberi isyarat,berjalan,berlari,membuat kacau-bilau dan lari.Sama ada capai matlamat atau tidak,itu sudah tidak penting.Apa lebih penting kesan yang ditinggalkan.Pada kumpulan ini,sudah tentu mendakwa tindakan 'paling berjaya'.Mereka merancang meneruskan Bersih 4.0.Apa pun Bersih sudah tidak lagi bersih, tetapi menjijikkan.Gelagat pemimpin-pemimpin ultra kiasu laksana jaguh kampung.Lebih melucukan,mereka dakwa lebih 300,000 sertai perhimpunan tersebut.Wah !!! Hebatnya.Perlakuan baik semuanya mereka,aksi buruk dan provokasi adalah tindakan pihak tertentu,terutama yang dirujuk di sini adalah Umno.Pendek kata,ultra kiasu Bersih adalah betul,yang salah pihak berkuasa (polis) dan Umno.Maklumlah,siapa nak mengaku berak tengah jalan.Inilah politik desperado,mereka yang ingin menguasai Putrajaya.Pemimpin inikah kita harapkan memimpin negara ???

Golongan ini mengatakan demokrasi telah mati di Malaysia.Kerajaan bertindak kejam seperti Hitler dan Stalin.Adakah demokrasi bermakna mengikuti semua diamalkan Barat tanpa ubah suai mengikut acuan kita ??? Adakah "gay,lesbian, biseksual,transgender" (LGBT) dibolehkan atas nama demokrasi ??? Jika begitu keadaannya,akidah kita sudah tergelincir.Ahli Bersih terlibat didakwa begitu berdisiplin,mendengar arahan dan patuh kepada cakap ketua.Hebat sangatkah ketua itu sehingga boleh kawal keadaan kelam-kabut tersebut ??? Bolehkah arahannya dipatuhi ??? Apakah jaminan peserta demonstrasi tidak merempuh pagar kawat duri polis yang dipasang di sekeliling Dataran Merdeka ??? Adakah wajar mereka ditinggalkan begitu sahaja selepas tunjuk muka seketika ??? Nampak sangat kita pengecut,kerana takut dipersalahk jika berlaku apa-apa.Selepas itu,mudahlah menuding jari dan salahkan orang lain. Sepatutnya sebagai pemimpin yang baik,kita berada di sana sehingga demonstrasi selesai.


Apa saya lihat,kebanyakan pemimpin mereka datang sebentar sahaja,tunjuk muka,beri isyarat,selepas itu lari hilangkan diri.Bayangkan selepas itu,berlaku perkara tidak diingini, siapakah beri arahan dan leraikan suasana kelam-kabut tersebut kalau bukan pihak berkuasa ???

Insiden sama berlaku ke atas Dewan Pemuda Pas yang menuntut akhbar Sinar Harian meminta maaf dan tarik balik laporan mendakwa anggota Unit Amal menyerbu ke arah pihak polis semasa perhimpunan di luar Kuala Lumpur City Centre.Mereka menyifatkan tindakan itu sebagai "tidak munasabah".Rekod Unit Amal,dakwanya begitu 'bersih' selama ini.Persoalannya,bukan soal rekod,munasabah atau tidak,tetapi keadaan ketika itu.Hebat sangatkah Unit Amal boleh mengawal keadaan tidak tentu keruan ??? Apakah mungkin mereka tidak melakukan kesalahan ??? Persepsi golongan ini terhadap polis sudah negatif sejak awal ??? Bila diperlukan kita puji polis.Bila dalam begini,kita kutuk dan lawan mereka.Adakah ini wajar ???



Pada saya,perhimpunan itu jadi lebih teratur jika diadakan di tempat tertutup seperti stadium atau lokasi negeri diperintah ultra kiasu. Kenapa mereka tidak mahu dan berkeras? Jawapannya, dengan berada di jalanan,menampakkan mereka ramai kerana orang awam turut berada di situ untuk melihat gelagat mereka.Mereka mahu publisiti murahan.Takut-takut nanti tidak ramai,ada yang akan dakwa demonstrasi itu tidak berjaya.Janganlah terlalu obses dengan kejayaan rakyat Mesir berhimpun di Dataran Tahrir.Budaya Arab berbeza dengan budaya Melayu atau rakyat negara kita. Lagipun, rakyat Mesir menentang rejim yang zalim.Isu pendaftaran pemilih (SPR) adalah alat sahaja.Matlamat mereka meraih simpati,menunjukkan kehebatan dalam usaha menawan Putrajaya.Selaku ahli akademik yang pernah mengkaji peranan dan fungsi SPR,dulu saya tidak nafikan ada banyak kelemahan SPR.Hari ini,SPR sudah banyak berubah.Penambahbaikan begitu ketara.

Soal sama ada pemimpin SPR adalah ahli Umno atau tidak,bukan soalnya.Ramai penjawat awam di negeri-negeri Pakatan Rakyat menjadi ahli parti mereka,kenapa tidak dipertikaikan ??? Bagaimana dengan kredibiliti mereka ??? Adakah mereka tidak bias dalam membuat keputusan ??? Pada saya,menjadi ahli parti tidak salah,selagi mana penjawat awam tersebut ada sifat takutkan ALLAH.Menurut rakan Facebook saya,hari ini rakyat diajar demonstrasi lawan kerajaan. Esok lusa,akan ada demonstrasi lawan mereka yang memperkenalkan budaya demonstrasi jalanan ini. Mereka takkan dapat duduk selesa dengan ajaran dan anjuran mereka sendiri. Pasti akan makan tuan !!!

Oleh Ridhuan Tee Abdullah

RENUNG-RENUNGKAN

EKSKLUSIF DAN KISAH BENAR #BERSIH3.0 !!! CACATAN SEBENAR PELAJAR SEKOLAH YANG MENJADI MANGSA PAKATAN HARAM !!! WAJIB BACA !!!

Posted: 09 May 2012 02:00 AM PDT


Ini merupakan catatan ikhlas dari seorang pelajar sekolah rendah yang di bawa oleh Ibu Bapa bagi menyertai Demonstrasi BERSIH 3.0 anda lihat sendiri cacatan di bawah.pelajar sekolah menjadi mangsa Keadaan..

'AMAT PANAS'


Kenapa pelajar sekolah rendah yang tidak faham politik Demonstrasi BERSIH 3.0 di paksa ikut dalam demonstrasi yang kemudiannya menjadi rusuhan ???


Politik fitnah dan penipuan Pakatan Haram membutakan hati ibubapa sehingga sehingga sanggup menyiksa anak kecil ini untuk turut menyertai Demonstrasi BERSIH 3.0 !!!


Apakah Pakatan haram akan menyalahkan Barisan Nasional dalam isu ini ???


Apa gunanya pendidikan percuma di tahap pengajian tinggi jika gagal di pendidikan tahap dasar ???

Sumber Gambar Shizone.Com

IKUTI APA YANG BERLAKU PADA PERHIMPUNAN 28 APRIL YANG LEPAS BERKENAAN GAMBAR DI ATAS !!!

KLIK DI SINI

UNTUK SELANJUTNYA

RENUNG-RENUNGKAN

EKSKLUSIF AND HOT VIDEO !!! BAYI KECIL DI PUKUL DENGAN KEJAM ??? WAJIB LIHAT !!!

Posted: 09 May 2012 12:37 PM PDT


perempuan pukul bayi .wmv by f100002488623807

anda lihat video di atas.cuba dengar betul-betul.saya baru lihat video ini berlegar di youtube.sekiranya anda dapat download,tolong download dan tolong buat laporan kepada pihak polis.perbuatan perempuan ini amat kejam bagi saya !!! kalau boleh upload di youtube masing-masing,biar rakyat tahu perbuatan perempuan ini...

SEBARKAN !!!

STATUS TERKINI VIDEO PENDERAAN BAYI :

Berhubung dengan penyebaran video penderaan bayi melalui media sosial,PDRM telah menerima hampir 300 aduan dan komen daripada orang ramai yang rata-rata bersimpati dan prihatin dengan nasib bayi tersebut.

Untuk makluman,kes tersebut telah dilaporkan di IPD Petaling Jaya pada 29 Mei 2011 dan tangkapan telah dibuat pada hari yang sama.Pelaku merupakan ibu kandung kepada bayi perempuan yang didera.

Wanita tersebut kini sedang menjalani hukuman penjara selama 18 bulan bermula pada tarikh tangkapan di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.(PDRM)

RENUNG-RENUNGKAN

EKSKLUSIF AND HOT VIDEO BERSIH3.0 !!! MAJLIS PEGUAM MENIPU RAKYAT MALAYSIA !!! WAJIB LIHAT !!!

Posted: 08 May 2012 09:58 PM PDT



Mengapa Majlis Peguam menipu Rakyat Malaysia dan sembunyikan fakta bahawa peserta BERSIH yang memulakan provokasi dan melanggar perintah mahkamah ???

Mustahil peguam ini boleh mempertikaikan tindakan bodoh Majlis Peguam yang cuba menyembunyikan fakta sebenar.

Terbukti !!! Majlis Peguam sudah menjadi alat politik manusia perosak di bawah ini !!!


LIHAT VIDEO DI BAWAH



RENUNG-RENUNGKAN

EKSKLUSIF AND HOT VIDEO !!! ANTARA PERSEMBAHAN ARTIS AKAN BERADA DI HARI BELIA NEGARA 2012 !!! WAJIB LIHAT !!!

Posted: 08 May 2012 07:00 PM PDT



Persembahan Artis - Artis Terkenal Seperti

1. Clash Of The Centuries
2. Wings
3. Search
4. Black & Meet Uncle Hussain
5. Azlan And The Typewriter
6. Kristal

Akan membuat persembahan pada Hari Belia Negara 2012 pada 27hb Mei jam
8.45 malam bertempat di Precint 4,Putrajaya.

Masuk Adalah Percuma.

Dibawakan khas oleh Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia.



AYUH RAKYAT MALAYSIA KE PERHIMPUNAN HARI BELIA NEGARA 2012 !!!

SEGALANYA UNTUK ANDA !!!

EKSKLUSIF AND HOT NEWS !!! SAIFUL APEK BANTAI DAVID TEO KAW-KAW KERANA KUTUK ARWAH BOB KUMAN !!! WAJIB BACA !!!

Posted: 08 May 2012 04:00 PM PDT



Pemergian Allahyarham Bob Kuman ternyata masih lagi belum reda meski pun jenazahnya sudah selamat dikebumikan pada minggu lepas.Kisah hidup Bob Kuman menjadi perhatian umum apabila Allahyarham tampil ke depan mendedahkan sikap David Teo dan syarikat produksinya yang beliau dakwa tidak mengendahkan kesihatan dirinya dan menghulurkan bantuan kewangan walaupun Allahyarham jatuh sakit di lokasi pengambaran.

Malah, isu antara mereka berlarutan sehinggalah David Teo membuat kenyataan Bob Kuman sebenarnya hanyalah meraih simpati dan meminta sedekah dengan mengeluarkan cerita sedemikian.Masalah mereka berdua berlarutan hinggalah Bob Kuman menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Terkini,seorang lagi pelakon dan pelawak tanah air,Saiful Apek pula membangkitkan kontroversi terbaru tentang pemergian Allahyarham Bob Kuman.Saiful Apek telah memuat naik status di laman sosial Facebooknya (FB Fanpage) iaitu kenyataan yang menyindir David Teo.

"HA! HA! HA! Sikalang wa balu aman sbab itu olang talak mule mintak sedekah & aniaya wa lagi! HA! HA! HA!", kenyataan di FB Fanpage Saiful Apek yang didakwa dari David Teo.


Pada mulanya,tidak dapat dipastikan sama ada kenyataan yang kononnya dikeluarkan David Teo tentang Allahyarham Bob Kuman itu adalah benar atau tidak.Namun,melihatkan balasan Saiful Apek dengan soalan-soalan yang diajukan oleh peminat-peminatnya di laman Twitter dan Facebooknya mengukuhkan lagi kenyataan itu mungkin dari David Teo yang telah mengutuk diri Allahyarham Bob Kuman.


Kenyataan David Teo itu sedikit sebanyak telah pun mengguriskan hati Saiful Apek di mana kenyataan 'melampau' penerbit itu seolah-olah tidak menghormati dan menghargai diri Allahyarham.Semoga,isu tentang Allahyarham Bob Kuman tidak perlu diperbesarkan lagi memandangkan tiada lagi insan seni itu di dunia ini.Biarlah rohnya tenang bersemadi di sisi Illahi dan mendoakan kesejahteraannya di sana.Amin. - MyNewsHub

AL-FATIHAH...
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...