BADUT RAKYAT |
- KISAH BENAR !!! SIANG LELAKI SEJATI !!! MALAM JADI WANITA ??? WAJIB BACA !!!
- HOT NEWS !!! VIDEO PANAS 'ICE CREAM' AZMIN ALI ADALAH KERJA ORANG DALAM PKR ??? WAJIB BACA !!!
- EKSKLUSIF DAN KISAH BENAR !!! HOT VIDEO !!! HATI SAYA HANCUR - CHE TOM !!! IBU @AZMINALI !!! WAJIB BACA !!!
- KISAH BENAR #BERSIH3.0 !!! AKHBAR CINA PUTAR BELIT KENYATAAN PADA PERHIMPUNAN ??? WAJIB BACA !!!
- EKSKLUSIF !!! HOT VIDEO AND PICTURE #BERSIH3.0 !!! KEJADIAN SEBENAR BAGAIMANA KERETA POLIS DISERANG TERSEBAR !!! WAJIB LIHAT !!!
- KISAH BENAR !!! ISLAM BUKAN AGAMA RASMI SEKIRANYA PR MEMERINTAH - HADI AWANG !!! WAJIB BACA !!!
- HOT NEWS !!! NORA DANISH DAH MULA BUAT PERANGAI ??? WAJIB BACA !!!
KISAH BENAR !!! SIANG LELAKI SEJATI !!! MALAM JADI WANITA ??? WAJIB BACA !!! Posted: 05 May 2012 11:52 AM PDT PONTIAN – "Di siang hari,dia lelaki sempurna dan melaksanakan semua tanggungjawab termasuk pergi bekerja kontrak,tetapi pada waktu malam kelakuannya berubah seperti wanita dengan bersolek tebal,memakai coli,pakaian pelangsing dan baju tidur perempuan." Demikian keluh wanita mahu dikenali sebagai Zaleha,40,yang buntu dengan sikap pelik suaminya dan terpaksa membendung penderitaan itu sejak awal mereka mendirikan rumah tangga lebih 15 tahun lalu.Menurutnya,setiap malam selepas mengubah perwatakan daripada lelaki kepada wanita,suaminya yang dikenali sebagai Mamat,42,hanya berkurung dalam rumah bagi mengelak orang ramai melihat penampilan peliknya itu. Zaleha berkata,perkahwinan dia dan Mamat dirancang keluarga dan dia tidak mengetahui tabiat aneh lelaki itu sehingga mereka berpindah dari rumah mentua ke kediaman sendiri di sebuah kawasan perumahan di sini,selepas dua bulan mendirikan rumah tangga. "Saya berpakaian begitu kerana mengikut kehendak naluri. Saya tidak kisah apa tanggapan orang lain kerana lebih penting saya puas dengan apa yang saya lakukan," kata Mamat, 42, ketika dihubungi, semalam. Mamat mengaku dia menjalani kehidupan dua alam iaitu pada waktu siang menjadi lelaki sejati sebagai suami dan ayah kepada seorang anak remaja,namun berubah dengan memakai pakaian wanita di malam hari. "Bagi saya, apa yang saya lakukan ini tidak salah kerana saya tidak mengganggu orang lain. Ini ketentuan Allah yang ditakdirkan kepada saya kerana sejak kecil, saya mempunyai naluri pelik ini dan keluarga saya juga tahu," katanya. Mamat berkata,dia berasa seronok apabila berpakaian seperti wanita,namun bantahan keluarga mengenai sikap peliknya itu menimbulkan tekanan kepadanya. "Ketika bujang,saya mula mengumpul pakaian wanita dan memakainya di luar rumah.Keluarga saya tidak tahu perkara itu," katanya. Menurutnya,dia juga tidak mempunyai keinginan untuk berkahwin, namun bersetuju dengan kehendak keluarga yang menjodohkannya dengan wanita pilihan mereka. "Saya ingin menjadi diri sendiri dan saya percaya isteri dan anak sudah menerima keadaan saya ini. Oleh itu, saya tidak kisah mengenai pandangan serong jiran mahupun saudara-mara," katanya. - Harian Metro |
HOT NEWS !!! VIDEO PANAS 'ICE CREAM' AZMIN ALI ADALAH KERJA ORANG DALAM PKR ??? WAJIB BACA !!! Posted: 05 May 2012 08:24 AM PDT Rakaman video panas individu yang didakwa mirip Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali,bersama seorang wanita yang tersebar baru-baru ini didakwa dilakukan "orang dalam parti PKR" sendiri. Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu,Datuk Zulkifli Noordin,mendakwa rakaman itu dibuat sebagai satu cara menjatuhkan pemimpin terbabit kerana perebutan jawatan dan ingin mendapat perhatian yang lebih daripada Penasihat PKR yang juga Ketua Pembangkang,Datuk Seri Anwar Ibrahim. "Ia kerja dalaman (PKR), tak ada kena mengena dengan orang luar.Saya tahu siapa yang rakamkan video ini, bila tiba masa nanti, saya akan dedahkan,"katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah umum Pendedahan Eksklusif Wajah Sebenar Anwar Ibrahim di Kampung Sungai Kiat di sini. Zulkifli berkata,dalam masa terdekat juga akan ada beberapa lagi video aksi panas membabitkan pemimpin pembangkang yang lain akan didedahkan. "Ada beberapa video lagi membabitkan pemimpin pembangkang lain dan 'pelakonnya' memang orang yang tak disangka-sangka," katanya. Sementara itu,beliau berkata sebuah buku mengenai perkahwinan campur yang antara kandungannya memberi mesej wanita Islam dibenarkan mengahwini lelaki bukan Islam kini dikesan disebar meluas secara percuma di negara ini. Zulkifli berkata,buku yang membawa fahaman liberalisme dan pluralisme disebarkan atas alasan Islam adalah satu konsep menyerah diri kepada Tuhan tanpa mengira agama. "Ini bermakna,mengikut konsep itu, setiap wanita Islam boleh berkahwin dengan mana-mana lelaki bukan Islam.buku ini sangat berbahaya kepada akidah (orang Islam)," katanya. Penerbitan buku itu didakwa ditaja oleh yayasan Jerman,Konrad Adenauer Foundation atau sekarang lebih dikenali sebagai Konrad Adenauer Stiftung (KAS) yang menurut Zulkifli,yayasan berkenaan terbabit membantu penajaan badan pemikir Anwar, Institut,Kajian Dasar (IKD).Zulkifli berkata,penyebaran buku berkenaan perlu diharamkan dan siasatan mengenainya perlu dibuat segera bagi menyelamatkan akidah umat Islam di negara ini. - BERNAMA ANDA DAH DAPAT JAWAPAN ??? SALAH UMNO KER SEMUA INI ??? RENUNG-RENUNGKAN |
Posted: 05 May 2012 05:21 AM PDT Permintaan dan Doa Seorang Ibu.Apa lagi yang pengikut PKR mahu ??? Adakah Che Tom,Ibu Kepada Azmin Ali Ini juga dibayar oleh UMNO ??? Adakah Azmin akan bersumpah seperti di minta ibu beliau ??? lihat kisah sedih ini.Ibu Azmin Ali Menceritakan segalanya !!! Kami tiba di sebuah banglo lama dekat Kampung Kolam Air,Hulu Kelang kira-kira pukul 3 petang.Dari jauh kelihatan seorang ibu tua yang bertongkat memandang kami dengan wajah yang cukup sayu.Namanya Che Tom Yahaya,berusia 78 tahun.Kalau sebut nama itu mungkin ramai yang tak mengenalinya,tapi kalau sebut nama Azmin Ali,Azwan Ali dan Ummi Hafilda Ali,tak mustahil ramai yang akan mengingatinya.Beliau adalah ibu kandung kepada tiga individu yang cukup dikenali ramai ini.Ketika memulakan bicara,Che Tom mengambil masa hampir beberapa minit sebelum melontarkan ayatnya yang pertama.Namun setiap kali beliau bercakap,setiap kali itu jugalah airmatanya jatuh menitis membasahi pipi. "Bila mengenangkan perbuatan Azmin, hati makcik hancur," kata Che Tom merujuk kepada perbuatan dan tingkah laku anak sulungnya yang juga Ahli Parlimen Gombak itu. Menurut Che Tom,entah dimana silapnya,Azmin,anak yang cukup baik dan mendengar kata tiba-tiba boleh berubah menjadi yang sebaliknya.Kata Che Tom, kali terakhir beliau bertemu muka dengan anak sulungnya itu hanyalah pada pagi Hari Raya Aidil Fitri tahun lepas.Sejak itu Azmin tidak lagi menjenguknya walaupun jarak pejabat Timbalan Presiden PKR berkenaan hanyalah kira-kira 10 minit dari rumahnya.Malah menurut Che Tom, Azmin langsung tidak memberi nafkah kepada beliau termasuk tidak datang menziarahinya sewaktu beliau sakit dan terlantar di hospital. "Pada pagi hari raya itu kebetulan Ummi Hafilda juga ada di rumah saya…melihat saja kehadiran Ummi Hafilda,dia terus memaki hamun dan mengeluarkan kata-kata kesat.Malah di pagi yang mulia itu juga,dia memberitahu anak-anaknya supaya jangan duduk di atas kerusi di rumah saya kerana kononnya ia belum 'disamak',Azmin juga tak bagi anaknya menjamah makanan yang dihidangkan kerana menuduhnya 'benda haram'.Bila saya tegur kenapa dia sanggup berkata begitu terutama kepada adik perempuannya itu sedangkan Ummi Hafilda juga adalah darah dagingnya sendiri,jawab Azmin,darah dagingnya hanyalah Anwar Ibrahim," kata Che Tom sambil menahan sebak. Menurut Che Tom,Allah saja yang tahu betapa seksa dan azabnya dia sewaktu mengandungkan Azmin.Tetapi, menurut Che Tom, dia tidak sangka segala kesusahan itu dibalas dengan sedemikian rupa.Ketika ditanya mengenai tuduhan terbaru yang dilemparkan ke atas Azmin,Che Tom berkata dia tidak tahu sama ada ianya benar atau sebaliknya.Tetapi beliau mengakui cukup tertekan apabila masyarakat sekeliling bercakap mengenainya,malah telefonnya juga asyik berbunyi apabila ramai sanak saudara dan kenalan bertanyakan hal itu. " Bagi makcik mudah,kalau betul dia rasa dia di pihak yang benar,saman mereka,bersumpah dengan nama Allah untuk membersihkan namanya itu," kata Che Tom. Selasa lalu,beberapa laman blog menyiarkan siri gambar yang memaparkan aksi panas seorang lelaki mirip pemimpin pembangkang dengan wanita termasuk melakukan seks oral di dalam sebuah tandas.Paling mengejutkan pendedahan beberapa blog yang menyiarkan gambar seorang lelaki menyerupai pemimpin parti pembangkang sedang menyelak baju seorang wanita di dalam sebuah tandas.Gambar itu dipercayai sebahagian daripada sedutan rakaman aksi seks lelaki berkenaan bersama wanita misteri yang dirakam menggunakan kamera tersembunyi daripada bahagian atas tandas tersebut.Bagaimanapun,Azmin segera menafikan beliau adalah lelaki dimaksudkan dan pada masa sama,menuduh UMNO sebagai dalang dalam penyebaran gambar panas itu.Ketika diminta berkata sesuatu kepada Azmin sempena Hari Ibu esok,Che Tom berkata,beliau redha sekiranya 'dijemput pulang' oleh Allah dalam masa terdekat ini dan tidak mengharapkan Azmin pulang menziarahi jenazahnya.Cuma Che Tom berkata,beliau berharap benar agar Azmin perlu menjauhkan diri dari 'kumpulan' yang disertainya sekarang. "Saya tak pernah ajar Azmin untuk jadi seperti sekarang,saya malu kepada masyarakat," katanya. Namun biar apapun yang terjadi,tambah Che Tom,dia tetap sayangkan Azmin. "Saya tak akan buang dia,dia tetap anak saya yang saya bela dari tapak kaki dua jari.Baliklah ke pangkal jalan dan bertaubatlah," katanya dalam nada perlahan sambil memandang ke arah luar jendela banglo usang tersebut. - MyNewsNub RENUNG-RENUNGKAN |
KISAH BENAR #BERSIH3.0 !!! AKHBAR CINA PUTAR BELIT KENYATAAN PADA PERHIMPUNAN ??? WAJIB BACA !!! Posted: 05 May 2012 01:22 AM PDT Sin Chew Daily,Nanyang Siang Pau,China Press,Guong Ming Daily dan Oriental Daily menggelapkan akhbar mereka sebagai menandakan Hari Kebebasan Akhbar Sedunia bagi membantah keganasan yang dilakukan terhadap pihak media ketika BERSIH 3.0..Ketua Pengarang Sin Chew Daily Pook Ah Lek berkata akhbar tersebut bertindak sedemikian kerana Kononnya ramai pekerja media termasuk jurugambar telah dipukul ketika perhimpunan tersebut dan Ketua Pengarang,Nanyang Siang Pau,Chong Choong Nam pula berharap agar dengan ini pihak berkuasa diingatkan bahawa pekerja media perlu diberi perlindungan oleh pihak polis.Akhbar-akhbar berbahasa Cina di negara ini terkenal dengan sikap berat sebelah kepada mana-mana organisasi yang menentang kerajaan. Walaupun hakikatnya mereka terus wujud dan bebas untuk menghasut para pembaca bagi mempercayai bahawa korupsi dan kononnya semua kekejaman telah di lakukan oleh kerajaan BN sudah tidak dapat diperbaiki lagi dan mereka tetap melaung-laungkan bahawa tiada kebebasan media di Malaysia.kalau tiada kebebasan media,masa dalam video kenapa mereka boleh bersama dengan polis ??? cuba fikir balik di situ wahai pembaca Badut Rakyat. Jelas bahawa akhbar-akhbar ini hanya mengikut gerak langkah Pakatan Haram dan telah dibutakan oleh sifat prejudis terhadap kerajaan.Bukan kah keterlaluan jika di katakan bahawa laungan mereka sebagai media yang bebas,terbuka dan telus adalah karut semata-mata.Sebelum kita terbawa-bawa dengan sentimen dan emosi seperti mereka, eloklah jika kita mengimbas kembali tujuan sebenar BERSIH 3.0,BERSIH 3.0 sepatutnya adalah berkenaan 8 tuntutan untuk memastikan pilihanraya yang bersih dan adil.Jika akhbar-akhbar cina tersebut benar-benar bebas dan tidak berat sebelah maka mereka pasti telah berkali-kali mewar-warkan fakta di mana 7 dari 8 tuntutan BERSIH telah pun diluluskan.Tinggal satu tuntutan sahaja yang tidak dapat dipenuhi iaitu tempoh berkempen selama 21 hari dalam Pilihanraya Umum. Bagaimanapun SPR telah bersetuju untuk memanjangkan tempoh kempen dari 7 ke 10 hari.Ini kerana tempoh kempen yang panjang mampu membawa kepada scenario terburuk sepertimana ia menjadi punca tragedi 13 Mei 1969.bukan kita tidak tahu bahawa pihak pakatan haram ini telah lama dan sentiasa berkempen dan untuk mereka menuntut tempoh kempen selama 21 hari kelihatan seperti satu lawak jenaka yang menyedihkan. Tentu sekali,dalam kes 'membersihkan senarai undi' terutamanya 42,051 nama yang dibangkitkan oleh BERSIH,SPR memerlukan kerjasama dari individu tersebut sendiri.Ini adalah proses berterusan yang mana,seperti juga semua negara yang mengamalkan demokrasi tiada jaminan dapat diberikan bahawa senarai pengundi adalah benar-benar bersih 'sehingga menciutkan'.Tetapi bagi BERSIH untuk menjatuhkan kerajaan melalui demonstrasi jalanan hanya kerana 42,051 nama ini, adalah satu lakonan yang keterlaluan. Jadi,BERSIH tidak berpuas hati dan masih ingin mengadakan bantahan untuk menunjukkan kepada dunia bahawa mereka mempunyai sokongan majoriti rakyat yang mendambakan pilihanraya yang bersih bersinar-sinar.Baiklah,maka mereka diberi Stadium Merdeka untuk 'duduk dan bantah' sepertimana yang dijanjikan.Malangnya,atas sebab yang tidak diketahui, penganjur BERSIH 3.0 telah menolak tawaran ini Dan di sinilah puncanya kekecohan di mana akhbar-akhbar cina ini telah dengan sengaja dan terlepas pandang. Akhbar-akhbar ini patut bertanya kenapa BERSIH tidak menerima tempat yang ditawarkan ??? kenapa 'tempat' menjadi isu penting jika benar mereka hanya ingin menunjukkan kekuatan jumlah penyokong ??? Akhbar mereka juga langsung tidak bertanya kenapa para peserta perlu berarak di jalanan dan mencabar pihak berkuasa ??? Bukankah lebih mudah untuk mengira jumlah penyokong jika mereka duduk dengan tertib di dalam stadium ??? Bukankah ia akan lebih aman dan teratur ??? Jika ini dilakukan,tentunya pihak media tidak akan melaporkan perbezaan yang jauh dari segi angka sokongan sepertimana yang berlaku hari ini.akhbar-akhbar ini juga tidak bertanya kenapa harus para peserta mencuba menceroboh Dataran Merdeka sedangkan mereka tahu ia telah diharamkan ??? kenapa mereka terus merempuh sedangkan mereka dapat mendengar dengan jelas arahan polis agar bersurai ??? Kenapa mereka perlu melanggar undang-undang ??? jawapan anwar ibrahim tu gambar kat atas..muahahaha... Tidakkah akhbar-akhbar ini tahu bahawa dalam situasi huru-hara,polis ada hak untuk menundukkan perusuh yang tidak terkawal jika mereka enggan mematuhi arahan untuk bersurai.Dalam BERSIH 3.0 arahan dan amaran diberi bukan sekali, tetapi tiga kali bagi mengawal keadaan. Dan telah menjadi pengetahuan umum bahawa polis punya hak untuk mengambil tindakan ke atas mereka yang melanggar arahan. Tidak mungkin pihak akhbar cina ini begitu naïf sehingga tidak tahu bahawa pihak media dan pemerhati juga tertakluk kepada arahan polis dalam situasi sedemikian ??? Kesimpulannya,akhbar-akhbar ini tidak pun berminat dengan punca kekecohan tetapi hanya berminat untuk menghentam polis dan segala-galanya yang berkaitan dengan kerajaan.Seolah-olah,bagi Sin Chew,Nanyang Siang Pau,China Press,Guong Ming Daily dan Oriental Daily,profesionalisme dan etika atau mungkin juga undang-undang boleh dipersetankan, asalkan mereka dapat menembak sasaran yang amat dibenci mereka iaitu,kerajaan. RENUNG-RENUNGKAN |
Posted: 04 May 2012 10:00 PM PDT anda nak lihat kejadian sebenar bagaimana kereta polis di serang oleh Puak Pakatan Haram ini.lihat gambar di bawah dan sebarkan !!! puak pakatan haram kata salah polis !!! lihat dan saksikan kebenaran !!! Sumber Gambar dari Kl Pos GAMBAR DI ATAS ADALAH BUKTI BAGAIMANA PUAK PAKATAN HARAM MENGHENTAM DAN MENYERANG KERETA POLIS !!! Polis mendapati perusuh pada perhimpunan Sabtu lalu di ibu negara mempunyai hasrat untuk menuju ke kawasan yang dilarang berhimpun oleh mahkamah iaitu Dataran Merdeka.Ketua Polis Kuala Lumpur,Datuk Mohmad Salleh,berkata niat perusuh perhimpunan itu terbukti berdasarkan gambar-gambar yang diperoleh daripada pihak media dan polis. "Rempuhan ini menunjukkan mereka mempunyai hasrat menuju ke Dataran Merdeka yang dikawal oleh polis dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur," katanya dalam satu kenyataan menerusi laman Facebook Polis KL hari ini. Sabtu lalu,peserta perhimpunan itu bertindak merempuh penghadang untuk memasuki Dataran Merdeka sekali gus melanggar perintah Mahkamah Majistret Kuala lumpur yang melarang kehadiran orang awam di dataran itu mulai 28 April hingga 1 Mei.Semalam polis mengenal pasti 49 orang termasuk seorang wanita,yang dipercayai terbabit dalam kejadian merusuh pada perhimpunan bertukar ganas dekat Dataran Merdeka itu.Kenyataan itu turut menyertakan gambar rusuhan dan juga gambar 42 orang perusuh yang terbabit dalam perhimpunan tersebut. - BERNAMA info terbaru !!! lebih 90 peratus perusuh puak pakatan haram menghina dan mencaci polis ketika perhimpunan sabtu lalu sebelum Merempuh Halangan Polis..APA KATA ANDA ??? SIAPA YANG BERSALAH ??? POLIS ATAU PUAK PAKATAN HARAM ??? ANDA NAK KRONOLOGI KEJADIAN BAGAIMANA KERETA POLIS DISERANG ??? KLIK DI SINI UNTUK SELANJUTNYA RENUNG-RENUNGKAN |
KISAH BENAR !!! ISLAM BUKAN AGAMA RASMI SEKIRANYA PR MEMERINTAH - HADI AWANG !!! WAJIB BACA !!! Posted: 04 May 2012 07:00 PM PDT Presiden PAS,Hadi Awang nampaknya ingin terus bermain dengan kata-kata dengan menggunakan 'Islam' sebagai kata dasarnya.Jika sebelum ini PAS ingin menubuhkan Negara Islam tetapi kemudiannya digugurkan dan ingin menubuhkan Negara Kebajikan seolah-olah di dalam Islam tidak terdapat kebajikan,maka kali ini,Hadi bukan sahaja ingin menukar terma tetapi ingin membuang terus 'Islam' dari perlembagaan jika Pakatan Haram,ditakdirkan memerintah negara ini. Menurut Hadi Awang,ketika merasmikan mesyuarat tahunan Pemuda Pas Terengganu di Kampung Kubang Lembek baru-baru ini : "sekiranya Pakatan Rakyat memerintah Perlembagaan Persekutuan akan diubah dan Islam tidak lagi akan dijadikan agama rasmi tetapi akan dijadikan 'cara hidup'". Menurut beliau,meletakkan Islam sebagai 'agama' di dalam perlembagaan adalah tidak wajar kerana agama hanya merupakan kepercayaan seperti yang dipegang oleh barat iaitu hubungan antara manusia dan Tuhan, tetapi tidak mengambilnya sebagai 'cara hidup'. Bagaimanapun,untuk kesekian kalinya,Hadi Awang ditempelak lagi oleh Karpal Singh yang menganggap cadangan Hadi Awang itu sebagai satu tindakan yang tidak tepat. Menurut Karpal : "Islam telah diterima di peringkat antarabangsa sebagai agama sejak sekian lama dan Suruhanjaya Reid pasti telah mengambilkira dan mempertimbangkan perkara itu sebelum memasukkannya di dalam Artikel 3 Perlembagaan Persekutuan." Karpal juga menegaskan bahawa cadangan itu adalah kenyataan peribadi Hadi dan bukannya pendirian Pakatan Rakyat malah Hadi juga tidak pernah berbincang dengan mana-mana sekutu Pakatan Rakyat mengenai perkara ini. Kita faham bahawa Hadi ingin sangat mengambil hati DAP dan PKR dan ingin sangat dilihat sebagai seorang yang berfikiran terbuka agar dapat 'diterima' sebagai setaraf dengan pemimpin-pemimpin DAP dan PKR.Selama ini,Hadi dilihat sebagai pak turut dan tidak mendapat penghormatan yang sepatutnya dari 'rakan sejawat' dalam Pakatan Haram.Mungkin kerana itulah, beliau sanggup membuang kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara.Namun,keterbukaan yang cuba ditonjolkan Hadi nampaknya tidak menjadi kerana ia dilihat sebagai ancaman pula oleh Karpal yang mewakili DAP.Karpal nampaknya dapat melihat kehadapan, di mana sekiranya Islam dijadikan cara hidup, maka orang Cina dan India pasti akan diharamkan dari minum arak dan berjudi serta tentunya tiada lagi jualan makanan tidak halal di seluruh Malaysia. Sedangkan, arak dan judi dan daging khinzir sudah menjadi sebahagian dari 'cara hidup' mereka. Ini bukan kali pertama PAS membuat kenyataan yang bertentangan dengan aspirasi Pakatan Rakyat.Sebelum ini,isu hudud,arak,judi,Negara Islam dan banyak lagi hukum hakam agama dijadikan isu dan perdebatan antara PAS dengan DAP.seperti yang kita sedia maklum,dalam semua isu,PAS telah mengalah kepada DAP.Cadangan Hadi untuk menjadikan Islam sebagai cara hidup itu sebenarnya baik. Tetapi, antara mengamalkan Islam sebagai cara hidup dan meletakkan Islam sebagai agama rasmi negara adalah dua perkara yang berlainan sama sekali. Andainya Islam tidak tertulis secara sah di dalam perlembagaan sebagai agama rasmi, maka bagaimana kita hendak menjustifikasikan undang-undang menghalang agama lain berdakwah kepada orang Islam ??? Dan di manakah kedudukan kita jika terdapat usaha melarang laungan azan di masjid-masjid ??? Bagaimana pula dengan kuasa untuk memastikan tanda 'halal' atau 'tidak halal' dipaparkan sewajarnya di kedai-kedai yang menjual makanan ??? Hadi mungkin berhujah bahawa halal atau tidak halal tidak lagi menjadi isu jika Islam dijadikan addin dan bukan sekadar agama di Malaysia.Namun,bukankah Islam juga menyatakan secara tegas akan hak bukan Islam untuk hidup dengan caranya ??? Cara hidup Islam juga bermakna kita tidak boleh memaksa mereka untuk melakukan sesuatu semata-mata untuk menepati kehendak Islam. Justeru,jika Islam tidak termaktub sebagai agama rasmi negara ini, di manakah hak dan kuasa kita untuk menuntut bukan Islam menitikberatkan soal tanda 'halal' dan 'tidak halal' dalam produk mereka ??? Sungguh kita tidak faham kenapa seorang Presiden parti Islam sanggup mencadangkan sesuatu yang boleh merugikan umat Islam. Satu-satunya penjelasan yang ada ialah beliau tidak berfikiran jauh dan tidak mampu menganalisa implikasi dari cadangan yang beliau kemukakan. Atau mungkinkah beliau sudah mula terpengaruh dengan fahaman pluralis yang menerima semua agama sebagai sama ??? RENUNG-RENUNGKAN |
HOT NEWS !!! NORA DANISH DAH MULA BUAT PERANGAI ??? WAJIB BACA !!! Posted: 04 May 2012 04:00 PM PDT saya terkejut apabila melihat gambar seksi aktres popular Nora Danish dalam ruangan majalah GLAM edisi Mei 2012,anda ingat tak sebelum ini Nora telah berangkat ke tanah suci Mekah untuk menunaikan Umrah dan telah memuat naik gambarnya bertudung ketika di sana ??? sekarang,tiba-tiba pakai seksi pulak.hmmm.. Menurut beberapa blog hiburan tempatan yang saya baca,photoshoot ini dijalankan sebelum Nora berangkat ke tanah suci.Dalam ruangan tersebut,Nora yang digelar sebagai 'hot mama' membicarakan tentang lelaki pilihannya kelak.Dalam ruangan tersebut juga Nora menjelaskan bahawa dia akan lebih mementingkan kerjaya dan keluarga.betul ker gambar tu sebelum Nora berangkat ke tanah suci ??? tengah musykil.itu jer... RENUNG-RENUNGKAN |
You are subscribed to email updates from BADUT RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment