tun faisal dot com

tun faisal dot com


[Gambar] Perbezaan jelas #AspirasiMahasiswa dan `rubber stamp' PR. ProM #ProPembangkang

Posted: 16 Apr 2012 05:30 PM PDT


Siapalah mak ayah budak-budak PR ni?  Banyak minum susu lembu kot? :)



Perbezaan Diantara Mahasiswa #AmanKampus Dengan Mahasiswa Pro-Militan (#Mahasewel)

MAHASISWA JELAJAH AMAN KAMPUS
Berpimpin tangan beramai-ramai untuk membina "Ikatan Ukhwah Aman Kampus"
( UiTM Shah Alam )

VS

MAHASISWA PRO-MILITAN
Berpimpin tangan tak berapa ramai untuk memperkotak-katikkan pihak berkuasa
( Ketika demonstrasi Mansuh PTPTN )
*************************************************************************************

MAHASISWA JELAJAH AMAN KAMPUS
Megah mengibarkan Jalur Gemilang

VS

MAHASISWA PRO-MILITAN
Biadap menurunkan bendera Pemimpin Negara
*************************************************************************************

MAHASISWA JELAJAH AMAN KAMPUS
Sanggup berpanas untuk menjayakan program santai; Ikatan Ukhwah Aman Kampus
( UiTM Shah Alam )

VS

MAHASISWA PRO-MILITAN
 Sanggup berbaring di atas jalan seperti... Lembu???
*************************************************************************************

MAHASISWA JELAJAH AMAN KAMPUS
Menghormati warga tua

VS

MAHASISWA PRO-MILITAN 
Tidak menghormati orang tua.
Contoh seperti melakukan upacara kalung bunga pada potret Pemimpin Negara
sebagai simbolik kematian dan... Orang tua mereka tak malu kah
memiliki anak sebegini...???
*************************************************************************************

MAHASISWA JELAJAH AMAN KAMPUS
Membantu golongan yang memerlukan dan kurang upaya


 VS

MAHASISWA PRO-MILITAN
Membantu menambah kesesakan di jalanan sahaja
*************************************************************************************

MAHASISWA JELAJAH AMAN KAMPUS
Mengunjungi rumah anak yatim sambil bermesra dan melakukan kerja-kerja amal
( Rumah Putera/Puteri Harapan di Pengkalan Chepa )

VS

MAHASISWA PRO-MILITAN 
Dah macam tiada rumah. Anak siapa ni...???
*************************************************************************************

MAHASISWA JELAJAH AMAN KAMPUS
 Menunggang motosikal beramai-ramai sambil berarak bagi memeriahkan lagi
program santai; Ikatan Ukhwah Aman Kampus
( UiTM Shah Alam )


VS

MAHASISWA PRO-MILITAN
Cuma mampu jadi kuda tunggangan politik Si Peliwat jeKAH! KAH! KAH...!!!
*************************************************************************************




[Video] Sah #MentalitiSubsidi : Nasi untuk homeless dan street children pun demonstran #mansuhPTPTN balun

Posted: 16 Apr 2012 10:57 AM PDT



Takkan nasi untuk gelandangan, homeless dan anak-anak jalanan pun budak-budak PR ni sapu. Memang sah mentaliti subsidi. Pantang benda percuma budak-budak ni sapu. Guna lah akal sikit, biarlah anak-anak jalanan dan gelandangan yang lebih layak makan makanan tu. You all boleh pergi beli makanan sendiri guna duit mak ayah atau duit yang PR bagi. Kalau makanan untuk anak-anak jalanan pun mereka sapu, duit pinjaman PTPTN takkan mereka tak sapu kan? Inilah jenis didikan yang budak-budak PR terima - maka tidak hairanlah jika mereka menjadi kurang ajar, makan dari hasil hand-out dan bermentaliti subsidi!

[HOT VIDEO] : Demonstran #MansuhPTPTN Muka Tak Malu - Ambil Makanan Dari SHEB Pemuda UMNO



Lihat aksi para demonstran yang pada awalnya tidak mengetahui apa itu SHEB yang mana ditubuhkan oleh Pemuda UMNO Malaysia serta dipertanggungjawabkan kepada Exco Pemuda UMNO Malaysia merangkap Ketua Pemuda UMNO Bukit Bintang Tengku Azman.

Seorang budak cuba tunjuk pandai mempertikaikan lambang UMNO dengan mendakwa kedatangan SHEB adalah untuk mempengaruhi mereka supaya bekerjasama dengan UMNO/BN dan memancing undi.

Tapi akhirnya kena 'smash' terus terdiam...

Mula-mula mereka bertanya adakah makanan ini khusus untuk demonstran, apabila sukarelawan SHEB menjawab bukan dikhususkan untuk mereka, tetapi siapa mahu boleh ambil.

Tanpa sedikit rasa malu, mereka ambil makanan yang disediakan kepada golongan gelandangan!

Hoii...

Maki UMNO macam-macam akhirnya makanan dari Pemuda UMNO juga yang kamu jamah, dasar muka tak malu!

Sebab mahasiswa gila pro-pembangkang kepung petugas sukarelawan SHEB, seorang gelandangan tidak dapat ambil makanan...


Artikel semalam [KLIK SINI]

[Video] Pemimpin mana pilihan anda? #AspirasiMahasiswa atau ProM #Propembangkang? @khalednordin @razaliibrahim

Posted: 16 Apr 2012 02:00 AM PDT


Yang mana satu aspirasi mahasiswa? Yang mana satu bukan aspirasi sebenar mahasiswa? Yang mana pemimpin harapan bangsa? Yang mana pembuat kacau dan perosak negara? Mahasiswa perlu kecam tindakan segelintir yang telah mencemarkan imej dan maruah golongan mahasiswa..

Budak PR yang berkhemah langgar Akta Perhimpunan Awam dan Undang-undang DBKL #RakyatBenciPR

Posted: 15 Apr 2012 11:00 PM PDT



Budak-budak PR dilatih untuk jadi kurang ajar. Tahniahlah! Allah swt tunjukkan sikap sebenar dan perlakuan kurang ajar PR. Kita yakin dengan perbuatan biadap mereka ini bukan saja penjawat awam malah rakyat juga makin benci kepada PR 
dan budak-budak PR. 

Perbuatan Mahasiswa Berkhemah Dataran 
Merdeka Langgar Undang-Undang DBKL 
Akta Taman 1981 - Peguam

Sebentar tadi penulis telah menghubungi peguam terkenal En MOHD KHAIRUL AZAM BIN ABDUL AZIZ dari Azam Aziz & Co tentang isu mahasiswa pro Pakatan yang mendirikan khemah membuat tunjuk perasaan minta mansuh PTPTN. Dalam video Malaysiakini mereka menggunakan persoalan undang-undang semasa bertekak dengan anggota DBKL. Videonya ada di sini http://tunfaisal.blogspot.com/ 

Encik Khairul Azam (gambar kanan) pernah memenangi saman RM 7 juta terhadap Raja Petra mewakili Tan Sri Nordin kardi isu fitnah RPK seperti laporannya di sini http://utusan.com.my/  Beliau juga peguam Ummi Hafilda dalam saman RM100 juta terhadap Nor Azman Abdullah dan Malaysiakini.

Dalam responnya beliau memberitahu penulis bahawa perkara ini boleh disemak dalam Akta DBKL Undang-Undang Kecil Taman. Selepas penulis membuat sedikit carian di Google maka akhirnya ditemui fakta yang dimaksudkan oleh beliau seperti berikut :


AKTA KERAJAAN TEMPATAN 1976 UNDANG-UNDANG KECIL TAMAN (WILAYAH PERSEKUTUAN) 1981 telah menjelaskan pada perkara kesalahan-kesalahan iaitu antaranya  :

(u) bersyarah atau menyampaikan apa-apa ucapan di hadapan khalayak ramai atau berkumpul di dalam taman bagi maksud mengadakan atau mengambil bahagian dalam apa-apa mesyuarat ugama, politik atau apa-apa mesyuarat lain atau mengadakan sesuatu tunjuk perasaan tanpa mendapat kebenaran bertulis daripada Datuk Bandar terlebih dahulu;



Dalam permulaan Akta tersebut dijelaskan bahawa  maksud "taman" termasuklah kawasan lapang, siar-kaki di tasik, taman rekreasi atau hiburan,bulatan, batasan tengah sepanjang jalan, sisian jalan, jalan rezab, anak sungai, sungai, tebing sungai atau mana-mana perkarangan yang disenggara atau di bawah bidangkuasa Datuk Bandar.


PTPTN dataran sit in by students


Link Akta dimaksudkan sila klik sini : 


Maka berdasarkan bukti yang disiarkan maka amat jelas tindakan mahasiswa mendirikan khemah dan berhimpun di Dataran Merdeka bercanggah dengan undang-undang DBKL. 

Begitu juga komen pemimpin pembangkang yang menyokong tindakan mahasiswa-mahasiswa  ini adalah sangat terkutuk kerana ia akan menggalakkan pelanggaran undang-undang di kalangan generasi muda kita. 

Sedangkan yang akan meraih keuntungan ialah Ahli Parlimen dan YB Pakatan, bukan mahasiswa atas isu yang dibawa oleh mereka dalam PRU akan datang.

Lihat bukti sokongan Pemimpin Pakatan dalam Suara Keadilan link ini http://www.keadilandaily.com/ 

Antara isinya :

- Naib Presiden KEADILAN, N Surendran menyifatkan kumpulan mahasiswa yang menyertai demontrasi Mansuh PTPTN dan berkhemah di Dataran Merdeka sejak semalam, sebagai berani berdepan pemerintah zalim. 

- Turut memberi sokongan moral ialah Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa. 

- Terdahulu, Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub yang turut mengunjungi lokasi khemah mahasiswa, berkata Pakatan Rakyat akan membentang usul khas berhubung tuntutan mahasiswa untuk membatal PTPTN dan pemberian pendidikan percuma di Parlimen esok.

"Mengikut undang-undang himpunan yang baru, himpunan mahasiswa di Dataran Merdeka ini dibolehkan dan polis tidak boleh masuk campur," katanya.

Bagi penulis, kenyataan Salahuddin Ayub di atas jelas tidak tepat. Memang benar jika mahu berhimpun rakyat tidak boleh dihalang mengikut undang-undang baru. Namun beliau perlu membaca undang-undang DBKL yang disiarkan di atas yang meminta sesiapa yang mahu berkumpul perlu meminta kebenaran bertulis Datuk Bandar terlebih dahulu. Kerana ia di bawah akta DBKL yang masih digunapakai hingga hari ini.

Terima kasih Encik Khairul Azam atas pertolongan khidmat guaman percuma anda. Semoga diberkati Allah jasa baik ini... 

Sebagai menghargai jasa baik Encik Azam, di bawah ini penulis siarkan alamat pejabat beliau jika anda mahu berjumpa dengannya untuk urusan guaman : 

Azam Aziz & Co 
NO. 43A-2-30, JALAN 3/48A BANDAR BARU SENTUL 51000 KUALA LUMPUR
Email : azamazinco@gmail.com




-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...