Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


KASI PANAS!! Ustaz Fathul Bari Kata Undi PAS Masuk SYURGA..??

Posted: 26 Apr 2012 06:31 AM PDT



Biaq betui ni?? takkan kot.. takpa, dengaq dulu.. jangan gabra..

TUDIAA!! Seks BEBAS Di Dataran Merdeka!! #mansuhPTPTN #Bersih3

Posted: 26 Apr 2012 01:12 AM PDT


Patutla geng Mahasewel dan Mahaseksi ni nak beria-ria sangat nak berkhemah. Rupanya ada udang disebalik mee. Mc tak tahulah mereka ini memperjuangkan mansuh PTPTN ke, atau memperjuangkan SEKS BEBAS LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender)




Dari maklumat rakan yang berada di sana. Satu khemah didapati dihuni oleh, seorang lelaki dan perempuan yang bukan MUHRIM, tidor sekali didalam khemah terbabit. Malah pelajar perempuan pula, didapati tidak memakai seluar dalam semasa DBKL melakukan serbuan keatas semua khemah di Dataran Merdeka.

Apakah mahasewel yang melakukan seks bebas begini yang mahu membina generasi kita pada masa hadapan?

Hancur musnahla masa depan anak cucu kita nanti.



McTheory:
Tu yang kita nampak, rasanya banyak lagi yang terlepas kot..

EKSKLUSIF!! KUIN Bakal Bankrap Akibat Kelemahan Azizan dan Pas Kedah!! #saveKedah

Posted: 25 Apr 2012 10:12 PM PDT



Semalam Mc mendapat panggilan telefon dari seorang pekerja Kolej Universiti Insaniah, beliau mendedahkan masalah dalaman yang sedang dihadapi oleh Kolej Universiti yang dibanggakan sangat oleh Pas Kedah ketika ini. Untuk keselamatan diri dan keluarganya, Mc merahsiakan identiti beliau.

Mc pun tak sangka, bahawa KUIN yang pada luarannya nampak seolah-olah sempurna dan berjaya, tapi didalamnya penuh dengan duri dan masalah. Kalau berterusan begini, KUIN boleh menjadi PROJEK SAKIT untuk sebuah pembangunan ilmu di negeri Kedah. Antara masalah yang sempat Mc catatkan,


Anak syarikat Insaniah, Insaniah Holdings tak bawa keuntungan

Insaniah yang dalam keadaan kekurangan wang, terpaksa menyalurkan wang ke syarikat ini yang     tidak menunjukkan untung.

Ini menyebabkan pentadbiran Insaniah kekurangan peruntukan kewangan untuk :-
  • Membayar gaji staf dengan tepat waktu, sentiasa lewat dan tidak menentu
  • Staf tidak dapat menguruskan kewangan mereka dengan baik dan sentiasa tertekan
  • Melewatkan pembayaran potongan gaji staf ke Biro Angkasa dan Bank-bank (antaranya bank Rakyat)
  • Menyebabkan staf dalam keadaan tertekan dari menerima telefon dari pihak Angkasa dan Bank. Ada yang mendapat dari bank untuk kereta mereka di tarik.
  • Melewatkan pembayaran tuntutan perjalanan 
  • Memakan masa berbulan baru selesai
  • Insaniah telah beberapa kali didenda oleh KWSP kerana lewat menyumbang
  • Membayaran insentif perumahan kepada staf ditangguh

Malah pada 23 April, 2012, Mesyuarat Lembaga Pengarah menunda keputusan kenaikan dan penyelarasan
gaji staf menyebabkan moral staf kini ditahap yang sangat rendah.

Sedangkan pada masa yang sama Insaniah gemar mengambil pensyarah dari luar dibawah Insaniah Holdings dengan kontrak yang lumayan, yang tidak mungkin diperolehi oleh staff full-time.

  • Ambilan staf ini tidak mengikut skim, dan gaji mereka sangat tinggi
  • Sumbangan KWSP Insaniah kepada staf kontrak ini adalah 17%.
  • Staf Insaniah pernah memohon supaya kadar sumbangan KWSP Insaniah kepada mereka dinaikan, tetapi ditolak. Mereka mencadangkan potongan 15% sahaja kepada staf kontrak dan digunakan perbezaan 2% untuk manfaat mereka, ini juga ditolak.

Insaniah mempunyai lebih 8,000 penuntut berbayar, tetapi kesempitan wang. Universiti swasta lain sekiranya mempunyai sekitar 5,000 penuntut dapat berkembang pesat. Ini bermakna, ada masalah dalam sistem kewangan Insaniah. Mungkinkah ada 'leaking' yang tidak disedari?



Insaniah seperti mempunyai 2 polisi yang berbeza

- Sekiranya Pelajar tempatan tidak membayar yuran, mereka tidak dibenarkan mengambil ujian.
- tetapi pelajar luar negara dibolehkan.

Malah Mc diberitahu prasarana dan kelengkapan Asrama Insaniah di Stargate tidak sesuai untuk pelajar Universiti. Lebih sesuai untuk budak sekolah menengah. Sedangkan perbelanjaan untuk pembinaannya menelan belanja berjuta-juta ringgit.. kenapa begitu? Baca Insaniah mempunyai hutang tertunggak!




Insaniah kini mempunyai banyak hutang tertunggak:

  • Klinik
  • Pembekal alatulis
  • Mekanik kenderaan - menyebabkan bas Insaniah tidak diselenggarakan dengan baik, dan hanya beberapa buah saja yg boleh digunakan
  • Asrama di Stargate

Ramai staf dari kalangan anak Kedah yang ingin berkhidmat untuk negeri, tetapi tidak dihargai dan dipedulikan kebajikan mereka. Dengan masalah-masalah kewangan yang tidak menentu yang ada, mereka merasa buntu, tertekan dan keadaan yang medukacitakan

Polosi pengurusan yang kabur

Dengan masalah kewangan yang ada, ia akan dibeban lagi dengan pembayaran balik RM44 juta atas pembiayaan pembinaan kampus baru. Tidak nampak penyelesaian.
- persoalan : dimana perginya hasil jualan kelapa sawit semasa pembinaan kampus baru? Apakah ada tangan-tangan ghaib yang menyapu bersih kewangan Insaniah dari dalam?

Apakah Insaniah (KUIN) telah menjadi pembekal sumber utamakewangan kerajaan negeri? Atau kewangan KUIN sudah disalah guna oleh pentadbiran tertingginya untuk membuat perkara lain? Apakah Ustaz Azizan selaku pengerusi KUIN tidak menyedari masalah yang dihadapi oleh KUIN sekarang ini?

Sebagai Pengerusi apa tindakan Azizan untuk menyelamatkan maruah KUIN dari tercemar dengan pelbagai masalah? Sudahla KUIN disaman oleh pelbagai pihak sejak akhir-akhir ini, malah setiap saman keatas KUIN  dimenangi oleh penyamannya! Nampak sangat KUIN memang menghadapi masalah dalaman yang teruk.

Jika KUIN pun Azizan gagal mentadbir dengan baik. Macam mana beliau nak jaga Kedah lagi? Tentunya negeri Kedah bertambah celaru dibawah pemerintahan Azizan. Mc minta, Azizan jagalah nama baik KUIN elok-elok. Kerana jika KUIN terpalit masalah, ianya juga akan menyentuh kepada Censalornya sekali. Nak tahu siapa Censalornya? KDYMM Yang Dipertuan Agong kita sekarang.


McTheory:
Dulu rakyat Kedah boleh bangga dengan KUIN. Sekarang?? 

PANASS!! Terlepas DEBAT KJ dan AMBABIGA!! Masuk SINI!!

Posted: 25 Apr 2012 07:12 PM PDT




Nak baca transkrip penuh klik SINI

GEMPAR!! Taktik dan Strategi BUSUK BERSIH 3.0, Menumbangkan Kerajaan Malaysia!! #Bersih3

Posted: 25 Apr 2012 05:38 PM PDT

Artikel ini Keris petik dari gabungan dua blogger (truth Vaccine &  Angin Perubahan) yang disiarkan di KLXpress. Senario dia dataran merdeka dilihat sebagai satu rancangan berterusan yang meniru gaya 'Arab Spring' dan 'Tahrir Square'. Namun begitu ikuti pendedahan secara mendalam yang telah dibuat agar rakyat faham siapa disebalik 'Non Resistant Violent' ini.

1. Demonstrasi yang berlaku di Dataran Merdeka ketika ini bukanlah bertujuan untuk membantah atau memansuhkan PTPTN sebenarnya.




2. Pihak Pakatan Rakyat (PR) tahu yang isu PTPTN ini tidak dapat diselesaikan dengan segera kerana melibatkan pelbagai aspek perundangan dan ia juga tidak munasabah untuk dibincangkan sekalipun.

3. Tujuan utama 'Occupy Dataran' ini ataupun Demonstrasi Mansuhkan PTPTN ini adalah bertujuan untuk membina momentum ke arah event yang lebih besar iaitu Bersih 3.0 yang bakal dijalankan 28 April 2012.




4. Bersih 2.0 menyaksikan permulaan teknik demonstrasi yang digunapakai daripada Centre for Applied Non Violent Actions and Strategies (CANVAS) yang dipelopori oleh Srdja Popovic dan Slobodan Djinovic.




5. Bersih 3.0 akan menjalankan teknik 'Duduk dan Bantah' yang bertujuan untuk mendapatkan simpati melalui permainan media.

6. Terdapat 3 Metadologi yang telah disusun oleh pihak CANVAS yang diguna pakai oleh PR untuk menyusun strategi mereka. 



(Sila klik pada link untuk melihat setiap penerangan untuk methodologi tersebut.)



7. Strategi Demonstrasi yang bakal digunakan

Demonstrasi akan dimulakan dengan berkumpul di 'Rallying Point'. Untuk kes Bersih 3.0, Dataran Merdeka yang akan menjadi 'Rallying Point'.




.


Pendemonstran akan melaungkan kata-kata untuk menaikkan perasaan marah para demonstran terhadap UMNO/BN. Kemarahan tersebut akan disalurkan kepada Pihak penguatkuasa iaitu Polis.

Polis dan FRU akan membentuk pagar manusia mengikut SOP yang ditetapkan.


Akan ada sekumpulan kecil yang akan pecah daripada kumpulan besar untuk memprovokasi pihak Polis. (Ini tidak akan dimainkan oleh media mereka).


Kumpulan ini akan membawa Polis dan FRU kearah kumpulan pendemonstran yang besar.


Ketika ini pihak media PR (termasuk media luar yang menyokong PR) akan bersedia untuk merakamkan sebarang 'keganasan' yang akan dilakukan oleh pihak polis.


Gambar dan video akan diambil dengan sudut untuk menunjukkan Pendemonstran dikasari, dipukul dan sebagainya. 

Gambar dan Video ini akan dimuat naik ke Internet untuk paparan umum dan seterusnya dimainkan secara persepsi dan mengundang kemarahan umum terhadap pihak Polis dan FRU. 

Berlaku konfrantasi antara pendemonstran dan pihak berkuasa.







Ketika ini akan berlaku kekalutan dan ramai yang akan cedera.

PERHATIAN! TEKNIK SETERUSNYA BELUM PERNAH BERLAKU DI MALAYSIA TETAPI KEMUNGKINAN UNTUK BERLAKU DI BERSIH 3.0 AMAT TINGGI BERDASARKAN TREND YANG PIHAK PR IKUTI. INI ADALAH RAMALAN MENGIKUT APA YANG BERLAKU DI NEGARA LUAR SEPERTI DI IRAN. KITA BERDOA AGAR PERISTIWA INI TIDAK SAMA SEKALI BERLAKU DI NEGARA KITA. 

Planned Sympathize Death.

Kematian simpati yang dirancang. 

Bersih 3.0 akan menyaksikan akan berlakunya kematian yang dirancang?








Kematian Neda sewaktu Protes di Iran. Kononnya ditembak oleh polis tetapi setelah bedah siasat didapati peluru jenis itu tidak digunakan oleh polis dan tidak dijual di mana-mana bahagian di Iran. 

Kematian ini akan menjadi bahan permainan isu oleh pihak PR untuk meraih simpati sempena PRU ke-13 ini. 

Kematian ini akan dirancang supaya dilihat yang melakukannya adalah tindakan Kerajaan Persekutuan. Dan kematian individu tersebut akan meraih semaksimum undi simpati yang mereka boleh. 

Jikalau media pihak Pembangkang memainkan isu ini dengan baik, Kerajaan boleh tumbang sebelum PRU ke-13 dengan cara rampasan kuasa oleh rakyat. Pertumpahan darah akan berlaku. 

Persoalannya. Siapakah individu yang boleh meraih simpati dan mengundang kemarahan rakyat kepada kerajaan sekaligus? 

Adakah pendemonstran biasa? Mungkin tidak kerana tidak mendapat impak yang besar.





Ditiru dari peristiwa Neda di Iran. Cuma ini adalah lakonan. 


Adakah Mahasiswa? Boleh jadi kerana kematian remaja akan mendapat liputan oleh media.


Adakah Adam Adli? Boleh jadi tetapi kebanyakan rakyat benci dan tidak suka kepada beliau.



Adakah Ambiga? Mungkin tidak kerana simpati daripada bangsa Melayu tidak akan tercapai.


Adakah makcik ini? Boleh jadi kerana gambar beliau telah dimainkan sewaktu Bersih 2.0


Adakah Mat Sabu? Mungkin tidak kerana beliau adalah jurucakap bagi pihak PAS. Dan jika beliau dibunuh sekalipun pihak umum tidak akan peduli sangat.


Adakah Anwar Ibrahim? Tidak sama sekali kerana beliau adalah watak yang akan memperoleh simpati daripada rakyat. Beliau akan memainkan peranan selepas peristiwa 'pembunuhan' itu berlaku.


Adakah Nurul Izzah? Kemungkinan tinggi kerana beliau adalah anak kepada Anwar Ibrahim dan menaikkan simpati rakyat kepada Anwar sendiri.


Adakah Wan Azizah? Kemungkinan yang amat tinggi kerana beliau adalah isteri kepada Anwar Ibrahim dan kematian beliau akan meraih simpati dan kemarahan rakyat. Lagipun ketika ini beliau terlibat di dalam isu Shamsidar dan sebagai cara penyelesaian untuk menutup isu tersebut.


8. Diharapkan bahawa penganjur Bersih 3.0 tidak akan bertindak sebegitu ekstrem untuk melakukan Kematian Terancang tersebut.

9. Walau bagaimanapun, penglibatan agensi daripada luar negara seperti CIA dan Mossad adalah tidak mustahil. Mereka boleh menggunakan peluang yang ada untuk bertapak di Malaysia dan kemenangan PR pada PRU-13 ini akan menguatkan lagi kehadiran mereka untuk campur tangan di Malaysia ini.

9a. Cerita yang akan dikarang oleh pembangkang dan inilah yang paling ditakuti akan berlaku.Kononnya Kerajaan melepaskan das tembakan terhadap Anwar Ibrahim tetapi tersasar dan terkena isteri beliau. Anwar Ibrahim akan menangis di jalanan sambil gambarnya diambil oleh media asing. Orang yang melihat akan marah dan simpati dan keluar untuk 'bertempur' dengan polis. Polis pula akan mempertahankan keamanan dan konfrantasi akan berlaku. DS Najib akan didesak untuk mengundurkan diri jika tidak pihak Amerika Syarikat akan turun dan campur tangan. Dan apa yang berlaku di Mesir akan berlaku di Malaysia.

10. Cara penyelesaian terbaik, janganlah terlibat dengan Bersih 3.0 dan saya dengan rasa rendah hati merayu supaya pihak penganjur Bersih 3.0, tolonglah batalkan acara ini. Jangan hancurkan keamanan negara yang kita ada selama ini. Jangan musnahkan negara ini seperti Mesir, Syria, Libya dan banyak lagi contoh yang ada di luar sana.



11. Gunakan Hak untuk Berfikir sebelum Hak untuk Bersuara.

12. Nenek moyang kaya raya, tergadai seluruh harta benda akibat sengketa sesama kita. Cinta lenyap di arus zaman.

P/s: Harap semua jelas dan sebarkan agar skrip mereka gagal..

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...