Gelombang Rakyat

Gelombang Rakyat


ULAMA' PAS DAKWA KIT SIANG SIMPAN FAIL BUKTI KORUPSI ANWAR & BANK NEGARA RM900 JUTA!!

Posted: 30 Mar 2012 07:19 PM PDT



Ya... Memang. Dalam politik tiada yang mustahil. Kawan boleh jadi Lawan. Selepas lawan berkawan semula. Akan tetapi tabiat sebegini mencerminkan persoalan keikhlasan perjuangan Pemimpin2 Politik bersifat sebegini.

Akan tetapi pertuduhan tetap pertuduhan. Tidak boleh dilenyap begitu sahaja. Apatah lagi melibatkan Aset Negara. Tidakkah Pemimpin2 Pembangkang melibatkan PAS dan DAP mahu memberi penjelasan terhadap pertuduhan mereka terhadap Anwar? Yang dikaitkan antara individu paling penting menjadi penyebab kerugian Bank Negara pada tahun 1993? Yang berpunca daripada kerakusan korupsi dan nafsu perjudian? 

Baca semula kupasan yang dikumpulkan Penulis Pro Pembangkang terkenal Ahmad Luthfi Othman. Menerusi buku beliau pada tahun 1993 bertajuk "PAS zaman Anwar : Memo untuk bakal PM", beliau telah mengumpulkan seberapa banyak kenyataan Pemimpin2 Pembangkang yang mempersoalkan kerugian Bank Negara. 

Malah mereka mendesak Kerajaan mendakwa Anwar selaku Menteri Kewangan pada ketika itu kerana menjadi penyebab utama korupsi yang meruntuhkan Institusi Kewangan Negara.






 Ini merupakan ayat yang menjadi statement Pemimpin2 Pembangkang melibatkan PAS dan DAP terhadap Anwar...  "khusus buat Anwar : "Gambling on shares. The Prime Minister said some people will get their fingers burnt if they gambled in the stock market."

Apa respons mereka terhadap pertuduhan 'kebenaran' yang mereka bawa terhadap korupsi perjudian melibatkan Anwar pada ketika itu? Takkan ianya terhenti pada hari ini dek kerana Seruan PUTRAJAYA? 

Mereka hari ini membuka pelbagai tuduhan jahat kononnya atas nama Korupsi. Apa yang dikata tidak boleh dimaafkan Pemimpin sebegini dan mesti diheret ke muka pengadilan mahkamah. AKU cabar mereka heret  Anwar mengenai soal Perjudian Korupsi ke Mahkamah. Bercakap dan berfikir guna otak udang.

KLIK DI SINI untuk papar kenyataan penuh Lim Kit Siang, Dr. Syed Husin Ali dan beberapa Pemimpin PAS berkaitan tuduhan mereka terhadap Anwar pada tahun 1993.



DAP PERNAH DAKWA ANWAR TERLIBAT AKTIVITI JUDI LUMBA KUDA!!

Posted: 30 Mar 2012 04:38 PM PDT



'SEGAK'... Siapa tidak kenal Pemimpin ini. Dari muda hingga hendak ke akhir hayat beliau tidak pernah puas untuk terus mendapat publisiti politik. Malah mengakui Publisiti merupakan kunci 'kejayaan' beliau memegang beberapa jawatan Kabinet tatkala bersama dengan UMNO dalam satu tempoh yang amat 'luar biasa'.

Anwar ketika memegang jawatan Menteri Kewangan punyai 2 hobi yang acap kali dijadikan ruang pada masa lapang. Main Jet Ski dan Naik Kuda. 

Naik Kuda. Pelik kata rakan2 beliau dalam PAS pada ketika itu. Ketika dalam ABIM beliau kata orang yang suka naik kuda ini memang sah main judi lumba kuda. Haaa..

Judi Lumba Kuda. Pemimpin2 Vateran mesti ingat akan kisah Judi dan Korupsi yang mereka tuduh terhadap salah seorang Pemimpin Kerajaan pada sekitar 1993. SIAPA? Nanti kan paparan pendedahan Blog Gelombang Rakyat hari ini.





VIDEO BUKTI ASET NEGERI SELANGOR MUFLIS - KADAR SEWA PREMIS NAIK MENDADAK!!

Posted: 30 Mar 2012 01:14 PM PDT



 Semua ini adalah hasil permainan Politik Penasihat Ekonomi Negeri Selangor Anwar Ibrahim. Khalid Gagap jadi mangsa. Azmin menanti peluang MB. Namun paparan Video ini merupakan salah satu sebab utama wajib setiap pengundi di Selangor menolak Kerajaan Pakatan ini. Kerana Agenda jahat disulitkan. Penyelewengan disembunyikan.





Tekanan kenaikan sewa premis melibatkan peniaga dan Pejabat NGO2 Bumiputera sukar diterima akal. Adakah ini disebabkan Kerajaan Negeri berdepan dengan masalah keruntuhan hasil Kewangan Negeri?




KEMPEN PRO YAHUDI - HASAN ALI HERDIK ANWAR HINA MUFTI MENJIJIKKAN!!

Posted: 30 Mar 2012 07:25 AM PDT




KENYATAAN RASMI PRESIDEN JALUR TIGA (JATI) DATO' DR. HASAN MOHAMED ALI BERKAITAN ISU PROGRAM SEMINAR PEMANTAPAN AQIDAH DI JOHOR.



Selaku Presiden JATI saya terpanggil untuk memberi ulasan terhadap program Tafaqquh Ilmi yang dianjurkan oleh Jabatan Pelajaran Negeri Johor dengan kerjasama Jabatan Mufti Johor yang bertajuk, "Pemantapan Aqidah: Bahaya Liberalisme dan Pluralisme dan Ancaman Kristianisasi Terhadap Umat Islam – Apa Peranan Guru ?"

 Sebagai orang yang terlibat secara langsung dalam isu yang akan dibincangkan dalam pertemuan tersebut, JATI memandang tinggi langkah pro-aktif yang diambil oleh kedua-dua jabatan di atas. 

Saya berpendapat masa dan ketikanya sangat bertepatan bagi mana-mana pihak menganjurkan program sedemikan. Pada masa yang sama saya memandang berat tindakan setengah pihak yang mempertikaikan program tersebut kononnya program sedemikian akan menimbulkan ketegangan agama dan kaum. Lebih parah daripada itu mereka menuduh langkah ini adalah sebahagian daripada agenda pihak tertentu untuk mendapatkan keuntungan politik.



"KENYATAN ANWAR HINA MUFTI MENJIJIKKAN KLIK DI SINI"


Saya hairan bagaimana pihak-pihak tersebut mengenepikan usaha murni sebegini dan cuba menggambarkan bahawa ancaman aqidah bukan merupakan suatu isu besar yang perlu ditangani secara bersungguh-sungguh. 

Saya juga hairan bagaimana seorang bekas pimpinan gerakan Islam memandang remeh program yang dianjurkan sedangkan pandangan-pandangan mengenai isu ini yang biasa diutarakan mengatakan bahawa isu murtad sudah sampai ke tahap yang begitu serius. Saya menjadi bertambah hairan apabila pimpinan PAS sendiri melalui Naib Presidennya melihat isu ini sebagai satu mainan politik.


 


Saya sedih dengan tindakan yang terpaksa diambil oleh penganjur menggugur perkataan Kristianisasi daripada tajuk asal program atas desakan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab yang lebih suka supaya masyarakat mengambil sikap lepas tangan. Bagi saya ancaman Kristianisasi merupakan ancaman yang nyata yang tidak perlu diselindungkan.

Saya sendiri mempunyai pengalaman peribadi dalam hal ini. Ancaman Kristianisasi di Selangor seperti yang berlaku dalam kes di DUMC sesungguhnya sangat membimbangkan. Salah satu daripada bukti wujudnya usaha mengkristiankan orang-orang Islam akan saya bentangkan di dalam sidang media hari Isnin ini.

 Suka saya ingatkan bahawa ancaman Kristianisasi bukanlah merupakan propaganda  mana-mana pihak seperti yang dituduh sebaliknya ia adalah peringatan Allah SWT sendiri melalui Firman-Nya di dalam Kitab Suci Al-Quran (Al-Baqarah: 120)

 "Orang-orang Yahudi (Jews) dan Nasrani (Christians) tidak sekali-kali akan redha atau suka kepadamu sehinggalah engkau menurut agama mereka"



BARU TADI PUJI KERAJAAN BN.. NIK AZIZ KEMBALI SEWEL DAKWA UNDI UMNO MASUK NERAKA!!

Posted: 30 Mar 2012 06:19 AM PDT



Baru sahaja sebentar tadi Diktator PAS Nik Aziz Nik Mat memuji Bekas Presiden UMNO Tun Mahathir Mohamad dengan menjelaskan kekagumannya malah terhutang budi dengan beliau. 

Malah pujian juga diberikan terhadap tindakan Kerajaan BN yang membantu dalam membangunkan Pelabuhan Tok Bali di Pasir Puteh yang dilancarkan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V semalam. Rujuk Artikel tersebut DI SINI.


Akan tetap tidak sampai beberapa jam di lokasi dan majlis yang sama Nik Aziz dilihat kembali kepada tabiat asalnya dengan mempertahankan fatwanya iaitu janji Syurga diberikan kepada setiap pengundi yang memilih PAS pada PRU13 kelak.


 


Malah lebih dari itu, beliau turut mengemaskini fatwa beliau dengan menjelaskan bahawa mengundi setiap Gabungan Pakatan Pembangkang turut dijamin beliau akan ke Syurga pada hari perhitungan di akhirat nanti.

Beliau juga menyelar  ahli2 UMNO yang bersubahat dengan Pemimpin2 mereka dan mereka ini dakwa beliau tidak mustahil bakal berhadapan dengan pintu Neraka kelak.

Respons itu diberikan hanya dek kerana berang dengan dakwaan Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan ketika Wacana Sinar Harian ke-12 kelmarin. MP tersebut telah membuat kenyataan mengkritik tindakan PAS yang terus bersubahat dalam membuat pertuduhan jahat terhadap UMNO secara keseluruhan.

Abdul Rahman juga berkata, pembangkang menuduh BN rasuah, namun mereka sendiri terlupa turut melakukan perkara sama pada setiap pilihan raya.


ANWAR MENGAMUK - STATEMENT TERBARU NIK AZIZ PUJI KAGUM DGN MAHATHIR!!

Posted: 30 Mar 2012 03:28 AM PDT




Kerajaan Pas Kelantan hari ini buat kali kedua mencetuskan kemarahan terhadap Anwar Ibrahim setelah menyatakan rasa terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan yang banyak membantu membangunkan negeri ini walaupun ia ditadbir oleh parti pembangkang.

Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, melalui bantuan Kerajaan Persekutuan, negeri itu berjaya melaksanakan beberapa projek termasuk pembangunan Pelabuhan Tok Bali yang tercetus hasil perbincangan beliau dengan Perdana Menteri pada masa itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

"Pertemuan saya dengan Dr. Mahathir pada 19 Ogos 1991 untuk membincangkan pembangunan negeri Kelantan terbukti selepas lebih 20 tahun apabila projek pembinaan pelabuhan perdagangan di Tok Bali dapat dilaksanakan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada upacara pecah tanah pembinaan Pelabuhan Tok Bali, dekat sini, yang disempurnakan oleh Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V.




Sebelum ini, Nik Aziz pernah membuat kenyataan mengkagumi pimpinan Tun Mahathir atas sebab yang sama dan menambah Tun Mahathir merupakan satu2 nya Pemimpin Islam Dunia yang paling lantang menentang Yahudi.

Kenyataan seperti yang beliau nyatakan pada Video di atas ketika hadir pada Majlis bersama Tokoh tersebut pada tahun 2006.



-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...