Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


PANASS!! Adam Adli di pukul Samseng UMNO??

Posted: 13 Feb 2012 07:12 AM PST


Apa dah jadi ni?? Betul ke Samseng UMNO dah pukul Adam Adli and the gang? Apa yang terjadi sampai kerusi semua tunggang terbalik? Adakah akhirnya geng Mahasewel tertewas jua? Nak tau detail pasal cerita ni, boleh klik SINI

GEMPAR!! Azmin Ali Umum Tak Bertanding PRU ke 13??

Posted: 13 Feb 2012 04:39 AM PST


Hang biaq betui Azminnn.. bukan hang ni bakal jadi MB Selangor ka kalau Pakatan menang lagi PRU ke 13 nanti? Awat hang tak mau bertanding?? ce citer ce citer..


Hamboihh.. nak beri laluan pada anak muda la pulak. Alaa.. hang pun bukan la tua sangat, ok lagi tu, mantap lagi. Hang tak risau ka bagi laluan kat anak muda nanti tiba-tiba Anwar sapu lagi yang muda-muda tu. he he he..

Ni mesti ada sebab yang Azmin nak tarik diri ni. Atau Azmin saja nak test market, nak tengok dia ni laku lagi ka dak.

Azmin-Azmin.. kalau pun nak tarik perhatian Anwar, tak payah la buat sampai macam ni..

McTheory:
Trick lama la Azmin.. 

TUDIAA!! Ustaz Azhar Idrus Nafi Jadi Calon Pas??

Posted: 13 Feb 2012 02:12 AM PST



Mc pun taktau nak kata pendirian sebenar si Ustaz Azhar ni. Kalau siapa yang selalu dok ikut ceramah beliau, Ustaz Azhar ni nampaknya lebih cenderung kearah pembangkang. Bukan sekali beliau memaki hamun UMNO. Hinggakan beliau sanggup gelarkan Ulama Muda UMNO (ILmu) sebagai Ulamak Tahi, sesat!

Namun apabila disoal adakah beliau akan menjadi calon Pas.. ini jawapan beliau..
"Tidak. Saya tidak akan bertanding sebagai calon Pas pada pilihan raya akan datang," kata Ustaz Azhar Idrus.

"Saya akan terus buat kerja yang saya sedang buat sekarang (berdakwah) sampai mati," katanya lagi, lebih menekan berbanding ayat yang terawal untuk menafikan desas-desus konon beliau akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Kini tersebar desas-desus di sini, pendakwah berusia 48 tahun itu dikatakan akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Ladang.

Lebih mengejutkan, Az­har kemudian memberitahu: "Saya bukan ahli Pas."

"Memang, selama ini ramai orang ingat (anggap) saya ahli Pas. Kita berjemaah tapi saya tidak masuk mana-mana parti politik," tegasnya.

Penulis pojok, Cik Kiah Kepok menerusi ruangan 'Cuit-cuit Sikek' Sinar Harian 12 Januari lalu mengaitkan Azhar disebut-sebut akan bertanding sebagai calon Pas pada pilihan raya akan datang.

Antara lain kata penulis itu, nama pendakwah yang mempunyai ratusan ribu peminat di seluruh negara itu turut hangat diperkatakan di kawasan Ladang, tempat asal Azhar sendiri.

Sosok yang cukup dikenali dengan imej berjanggut lebat itu antara penceramah agama masa kini yang paling popular di negara ini terutama sejak berpuluh-puluh video klip kuliahnya dimuat turun menerusi laman Youtube.

Namun kata Azhar, pembabitannya dalam kerja dakwah sama sekali tidak bersandarkan kepada ma­na-mana kelompok politik termasuk Pas meskipun ramai yang melihat aliran dibawanya agak selari dengan perjuangan parti itu.

Beliau bagaimanapun tidak menafikan sering kelihatan dalam program anjuran Pas.

"Dah orang jemput kita, kena pergilah. Tak kiralah Pas atau siapa. Umno pula kurang jemput saya ceramah," katanya dengan nada bersahaja ketika ditemui selepas menyampaikan kuliah Maghrib di Surau Wan Esah, Seberang Baroh, di sini.

Dalam pada itu, Azhar turut menyuarakan rasa kecewannya apabila ada pihak tertentu termasuk parti politik yang menyalahgunakan namanya untuk menarik perhatian orang ramai supaya datang ke majlis mereka.

"Bukan Pas saja guna strategi seperti itu, parti pemerintah pun ada juga buat majlis yang saya tidak hadir tetapi disebut akan hadir. Memang ada yang hantar surat minta saya hadir tetapi belum sempat saya jawab, mereka sudah buat kain rentang tulis nama saya. Itu yang banyak berlaku sekarang," katanya



McTheory:
UMNO jemput.. tapi beliau yang tak nak datang..

TUDIAA!! Pas Mengunakan Masjid Untuk Berpolitik!!

Posted: 12 Feb 2012 11:12 PM PST

Sebelum ini Mc ada dedahkan berkenaan Masjid di Kuala Melaka disini. Baru tadi Mc sudah dapat pengesahan dari teman Mc di Langkawi bahawa artikel sebelum ini adalah benar dan telus. Bukannya spekulasi atau rekaan.

Silalah para pembaca lihat keratan-keratan, poster-poster dan risalah-risalah anti Kerajaan yang dilekatkan di dinding Masjid/Surau tersebut. Masjid/Surau bukanlah digunakan untuk berpolitik. Jangan buat alasan pula yakni pada zaman Rasullah pun berpolitik dibincang didalam masjid jugak. Kerana pada masa itu, Mc yakin tiada gunanya dibuat bilik mesyuarat sebab Rasullulah menitik beratkan tentang perpaduan dan mengimarahkan masjid terlebih dahulu.

Apa-apapun, ini adalah salah satu bukti yang artikel Mc bukanlah blogger yang pandai membuat spekuasi seperti blogger-blogger pro pembangkang!!...




P/S: Nampak sangat PAS melacurkan agamanya untuk kepentingan politik sempit. Sudahlah mereka jual kalimah Allah kepada DAP dengan harga yg cukup murah. Masjid pula dijadikan tempat untuk membuat dosa kering dengan mencerca...Inilah wajah PAS sebenarnya...


artikel sebenar dari Melayu Kedah Terakhir

EKSKLUSIF!! Datuk Azeez Rahim bagi gadis muda menangis kerananya?

Posted: 12 Feb 2012 08:12 PM PST


Apa dah jadi ni Datuk Azeez? Apa yang Datuk dah buat ni? Hinggakan gadis comel ni pun menangis disebabkan Datuk? he he.. jangan terkejut.. layan video dibawah dulu..


Sebenarnya Datuk Azeez membantu Adik Siti Nur Liyana untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat PHD di UUM. Baik betul Datuk Azeez ni. Mc sendiri pernah jumpa dengan Adik Siti ni.. dah la pandai cute lak tu. ha ha ha..

McTheory:
Syabas Datuk Azeez.. Good Luck Adik Siti!

PANASS!! Video Ceramah Penuh Ustaz Kazim bersama Hasan Ali!!

Posted: 12 Feb 2012 05:12 PM PST



Ustaz Kazim seorang Ulama yang tak pernah goyah dalam setiap perbuatannya. Tak seperti sesetengah yang mengajar agama sambil memaki hamun dan mengeji orang lain. Baik jadi neutral dari berpihak. Tumpukan pada perjuangan agama lagi dihormati oleh semua masyarakat.

McTheory:
Dalam agama ada politik, cuma jangan politikkan agama..
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...