Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


TUDIAA!! Pas Kedah hantar pendengar hantu sokong Ceramah Nik Aziz dan Azizan?!!

Posted: 04 Feb 2012 07:12 AM PST

Ehh ini bas kerajaan negeri Kedah
Buat apa kat Kuala Perlis ni?

Hmm.. cam number dulu..

hmm.. suspek..

Cerita ni Mc ambil kat blog Kulaan Niriang. Mai kita baca apa yang dia kata,

Sedang Kulaan beratur menunggu giliran untuk membeli tiket feri ke Langkawi, tiba-tiba datang sebuah bas berstikerkan Kerajaan Negeri Kedah.


Kulaan sempat bersembang dengan seorang pakcik yang turun daripada bas tersebut bertanyakan tujuan beliau ke Langkawi. Pada mulanya Kulaan ingat ada rombongan kakitangan Kerajaan Negeri Kedah nak melancong sama ke Langkawi.

Alangkah terkejutnya Kulaan bila jawapan yang diberikan adalah "nak pegi ceramah Mursyidul Am Pas, Tuan Guru Nik Aziz mai ceramah kat Langkawi esok malam..." Terlopong mulut Kulaan seketika. Kulaan bertanya lagi, itu bukan ka bas Kerajaan Negeri Kedah. " Dah Pas pegang Kedah, mesti la Kerajaan Pas yang bagi guna".

"Asal tak naik kat Kuala Kedah?" Tanya Kulaan lagi. "Entah, takut orang UMNO nampak kot. Kat Kuala Perlis nie depa tak perasan kot" jawab pakcik tu lagi tanpa mengenali siapa Kulaan sebenarnya. Mungkin pakcik tuh ingat Kulaan pelancong macam yang lain.


Siapa kata Pas tak menyalahgunakan kenderaan kerajaan negeri demi kepentingan parti seperti yang sering dilaungkan Pas kepada kerajaan BN. Ini antara bukti penyalahgunaan kuasa yang diberikan oleh rakyat yang memberi undi kepada Pas kononnya parti yang memperjuangkan Islam tapi hakikatnya mereka juga manusia biasa yang punya nafsu.

Sah! Esok akan keluar di Harakah lidah rasmi Pas dan di blog-blog pro pakatan yang datang ke ceramah Nik Aziz beribu. Hakikatnya yang datang bukanlah orang Langkawi tapi "Pendengar Ceramah Hantu", orang luar sama seperti ceramah-ceramah mereka yang lain.

Ulasan Mc,
Rupanya depa dah hantaq orang support ceramah siap dah.. kononnya esok kalau ceramah depa ramai, depa dok claim kata orang Langkawi ni support depa 100% la kononnya. Sedangkan depa siap dok bawa orang Pas import mai dari seberang.

Ni baru satu bas kita nampak, mana tau ada lima atau enam bas lagi depa dah hantaq. Punggah. Dok kata dah, depa buat macam ni, takut ceramah depa takdak orang. Malu la kat Nik Aziz. Lani memang betui ceramah Pas mana ada sambutan lagi dah ni. Orang Kedah dah tolak Pas ni.. dah tak relevan lagi dah. Cukuplah hanya sekali.. kami dah serik dah oii..

McTheory:
Tunggu PRU ke 13 ni.. Pas bungkuih laa..

TERPANAS!! Hebat Video Ceramah Ustaz Kamal Saidin di Kedah!!

Posted: 04 Feb 2012 04:36 AM PST




Sedutan ceramah Ustaz Kamal Saidin di Sik, Kedah. Ini baru sedutan, kalau ada video penuh, Mc akan uploadkan videonya. Nak kena tanya sahabat blogger Det Guaq..

PANASS!! Wajah Sebenar Teresa Kok Yang Pemalas!!!

Posted: 04 Feb 2012 01:12 AM PST




Sebelum ini kita dah ceritakan kisah Azmin Ali yang GAGAL bantu rakyat di kawasan Parlimennya. Hari ini kita cerita pula tentang Teresa Kok. Ini membuktikan ramai wakil rakyat PR yang berperangai seperti ini. Misalnya, Khalid Samad yang pernah dikritik penduduk Seksyen 23 Shah Alam apabila tidak memperdulikan rintihan mereka tentang pemindahan kuil sehingga akhirnya mereka sendiri menunjuk perasaan. Macam yang pernah saya sebutkan sebelum ini, sebelum ini terdapat Ahli Parlimen PR yang pernah menyatakan bahawa mereka hanya suka berdebat dan memutuskan polisi di Parlimen.

Hal hal rakyat sepatutnya diserahkan kepada Pihak Berkuasa Tempatan, agensi dan jabatan kerajaan. Wawancara ini pernah disiarkan oleh portal pro-pembangkang, The Nutgraph. Kalau setakat nak menjadi Ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri sebab nak berdebat dan buat sarkis kat Parlimen, DUN atau berdemo sana sini, eloklah tak payah jadi wakil rakyat. Ikuti laporan blogger Rezqeen Hill dan KL Chronicle yang tentang sifat MALAS Teresa Kok. Tidak heranlah kenapa di kalangan orang Cina, DAP dikenali sebagai Disappearing Act Party atau Talk Only Party. PR memang hancur.

Cerita penuh sambung baca DI SINI

PANASS!! Betul Ka Hadi Awang Menangis Selepas Pecat Hasan Ali?!!

Posted: 03 Feb 2012 10:12 PM PST



Artikel yang Mc baca di MyKMU, mendedahkan betapa Hadi Awang, Presiden Pas begitu kecewa setelah memecah seseorang yang beliau anggap sahabat dalam perjuangannya selama ini. Baca artikel seterusnya dibawah,

Semalam, saya ada terjumpa dengan seseorang yang agak rapat dengan Presiden PAS, Hadi Awang. Sorry la, saya tak boleh dedahkan namanya. Namun, dia ada beritahu sesuatu yang agak "istimewa" pada saya…


Katanya, Hasan Ali merupakan sahabat yang sangat disayangi Hadi Awang. Buktinya, walaupun dikatakan PAS Selangor mahu Hasan Ali dipecat sejak kes JAIS-DUMC, Hadi banyak mempertahankan Hasan Ali dalam diam…

Ketika Hasan dipecat baru-baru ini, dikatakan Hadi Awang dah tak boleh nak pertahankan Hasan Ali pasal meeting tu telah dikuasai oleh Pok Nik Ajis dan beberapa parasit erdogan anwarista. Mahu tak mahu, Hadi kena ikut keputusan majoriti syura…

Menurutnya, keputusan itu mengundang kesedihan yang amat sangat pada Hadi dan beliau risau dengan masa depan PAS, khususnya di Selangor. Paling jelas, Hadi menangis selepas pengumuman itu dibuat!

Dan dikatakan, itu adalah antara faktor Hadi "merajuk" cadang tak nak bertanding PRU13, baru-baru ni.

Dia dikatakan masih sedih dan menyesal dengan memecat Hasan Ali yang kini mempunyai sokongan padu dari majoriti penyokong PAS seluruh negara, khususnya di Selangor. Lagipun, dia memang iktiraf perjuangan Hasan Ali lebih genuine berbanding Khalid Samad atau Rani sendiri.

Tapi, takkanlah dia nak mengaku depan media pulak, kan?

Tapi, sumber saya juga memberitahu bahawa Hadi sememangnya terkilan dan marah pada kepimpinan PKR dan DAP yang menghentam Hasan Ali sebelum-sebelum ini.

Dia juga dikatakan memang menyampah gila pada Azmin Ali kerana mencampuri hal dalaman PAS dan mendesak parti itu untuk memecat Hasan Ali. Khabarnya, dia memang hangin satu badan…

Tapi, dia tak bolehlah nak luahkan pada public, nanti lagi la jadi haru-biru!

Pada saya, sekiranya diukur antara pencapaian Hasan Ali dan Khalid Samad dengan Rani, rasanya prestasi, populariti, ketulenan perjuangan dan prinsip Hasan Ali jauh lebih baik dari kedua-dua "musuh dalaman"nya itu.

Tak payah ceritalah. Semua orang dah tahu apa yang dibuat Hasan Ali dan Khalid Samad mengenai isu rampasan arak, JAIS-DUMC, penggunaan kalimah "Allah" atau gerakan selamatkan aqidah umat Islam.

Hasan Ali sibuk pertahan aqidah umat Islam, Khalid Samad sibuk keluar masuk gereja luaskan pengaruh dan beli jiwa pengundi bukan Islam. Kononnya gereja tu lebih penting pulak berbanding aqidah ummah. Patut ke macam tu?

Tak payah la nak pusing sana sini. Spin macamana pun, dalam isu Hasan Ali ni, beliau berada dipihak yang benar. Itu hakikat. Kalau ada jugak nak spin, memang bodoh dan takde akal la orang tu…

Walaupun, Hasan Ali memilih PAS dulu, kini dan selamanya, perjuangannya sama dengan saya. Cuma saya lebih memilih UMNO kerana UMNO mampu menggubal dasar. Tapi perjuangan kami tetap sama dan sebab tu kami kekal bersaudara…

Bukan macam PAS sekarang yang tak mahu mengaku orang UMNo sebagai saudara mereka. Malah mereka kutuk pula kita dengan fitnah, tohmahan dan kutukan yang bukan-bukan. Islam suruh begitu ke?

Apa pun, aku tunggu pendedahan Hasan Ali. Aku pasti, dia punya banyak bukti penyelewengan Kerajaan Negeri Selangor pimpinan boneka DAP, Khalid "gagap".

Hasan Ali hanya memerlukan sedikit masa saja lagi untuk meletupkan "bom" tersebut. Heh!

KASI PANAS!! Nik Aziz Kata Sambutan Maulidur Rasul Tu Ikut Kristian!!

Posted: 03 Feb 2012 07:12 PM PST


video


Video ni semalam Mc dah post. Tapi sempena kita dah dekat nak sambut Maulidur Rasul, Mc nak ulang video ni untuk tontonan pembaca, supaya kita ingat siapa itu Pas yang mempersendakan sambutan Maulidur Rasul.


Sudah 50 tahun lebih kita menyambut Maulidur Rasul, baru kini Nik Aziz kata ikut kristian. Selama ni beliau berada di mana? Di planet lain kah? Kalau benar ikut kristian, kenapa tak tegur dari 50 tahun yang lepas? Apakah salah setiap kali kita menyambut Maulidur Rasul, kita berarak sambil berjalan memuji kebesaran Allah dan pensuruhnya?

Apakah itu salah? Sesatkah kita? Kristian kah kita?


McTheory:
Nik Aziz harus bertaubat!!

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

PANASS!! Pas Kedah Membunuh Penduduk Baling?!!

Posted: 03 Feb 2012 04:12 PM PST



Akibat dari pembalakkan yang tidak terkawal, sudah ada 3 orang penduduk Baling yang meninggal dunia akibat kencing tikus.

Puncanya apabila pembalakkan yang mengila telah memusnahkan ekosistem dan habitat haiwan di bukit dan gunung. Maka semua haiwan lari mencari perlindungan di tempat peranginan, air terjun. Jadi apabila banyak tikus membuat sarang di tempat air terjun, air yang mengalir bercampur dengan kencing tikus menyebabkan siapa yang terminum menanggung akibatnya. Itulah yang terjadi di Baling Kedah sekarang ni.

Sudah la keperluan air bercampur dengan air tanah. Air terjun pula ada kencing tikus.. nasib-nasib..

Kerajaan Pas Kedah, hanya fikir kan keuntungan, tapi tidak fikirkan nasib rakyat!


McTheory:
Untung pun hanya untuk poket sendiri, bukan untuk rakyat di negeri..
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...