Kedah Ke KL - MctHeory |
- KASI PANAS!! PAS fitnah BN Sponsor pelacur untuk undi PRU!!
- TUDIAA!! Mat Sabu dan Pas, Menipu Duit Penduduk Langkawi la pulak!!
- PANASS!! Selangor dan Penang, Menjadi Pusat Maksiat Terbesar Malaysia!!
- GEMPAR!! Akibat Mempermainkan Islam, Lagi Ahli Pas Keluar Parti!!
- PANASS!! Politik Kedah, Ahmad Lutfi Othman, Buta ka Pekak?
- KASI PANAS!! Sidang Media Hasan Ali Mengamuk hentam Anwar!!
KASI PANAS!! PAS fitnah BN Sponsor pelacur untuk undi PRU!! Posted: 01 Feb 2012 09:02 AM PST
Ini satu lagi fitnah dari Ustaz Pas yang mendakwa BN telah memberikan sponsor pada pelacur untuk mengundi BN pada pilihanraya yang akan datang. Mana agaknya si mangkuk Pas ni tahu hal ni? Mungkin sebab dia sendiri selalu langgan pelacur kot, sebab tu dia tahu apa yang pelacur tahu. Tapi kalau tak salah Mc, dulu Anwar sendiri pernah kata, semasa Bersih 2.0, pelacur-pelacur di KL semuanya sokong Bersih 2.0. Macam mana pelacur tak sokong Anwar. Sebab Anwar sendiri pun sokong pelacur, kalau tak sokong, takkanlah Anwar sanggup langgan china doll untuk puaskan nafsunya tu. Agaknya kalau Pakatan menang nanti dan Anwar menjadi PM Malaysia. Rasanya pelacuran di Malaysia akan ada lesen dan berdaftar. Bukan pelacuran saja, apa saja maksiat akan dihalalkan. Malah seks songsang juga mempunyai pertubuhan berdaftar dan dihalalkan segala perbuantan mereka. McTheory: BN support Pelacur ke, atau Pakatan yang sokong pelacuran? | ||
TUDIAA!! Mat Sabu dan Pas, Menipu Duit Penduduk Langkawi la pulak!! Posted: 01 Feb 2012 04:36 AM PST Hari ini, pada malam ini terdetik satu sejarah dimana Timbalan Parti Adat dan Sukan (PAS) mula mendendangkan cerita bohong dan cerita janji-janji manis kepada masyarakat Langkawi. Bertempat di Markas PAS, Kg. Temonyong seramai 300 orang termasuk 170 orang pengikut/ahli PAS Langkawi dan selebihnya adalah pengundi atas pagar, orang-orang UMNO, Polis, RELA dan MKT sendiri. MKT faham dengan kedatangan Mat Sabu ke Langkawi. Selain bejalan-jalan, bershopping (jika ada) beliau juga diamanahkan untuk mengemis dari masyarakat Langkawi untuk DANA PILIHANRAYA PAS disamping menyebarkan beita-berita palsu kepada rakyat Langkawi. Itulah kerja-kerja Mat Sabu sebagai pemimpin atasan PAS buat masa sekarang. Selain beliau, Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasruddin Hassan juga diarahkan mengemis juga. Tetapi beliau lagi hebat kerana ditugaskan mengemis di Mesir. Pelajar-pelajar Malaysia yang telah taksub dengan PAS telah membuat satu iklan memohon sumbangan DANA UNTUK PILIHANRAYA. Bukan murah, USD 20/ seorang lebih kurang RM72.00 seorang. Lebur begitu sahaja, sia-sia ibubapa di Malaysia hantar duit pada mereka. Tapi...adakah PAS pernah berfikir? Sepatutnya PAS yang membela rakyat sekarang ni, bukannya rakyat yang kena bela PAS. Alasan menderma adalah tidak logik dan relevan lagi kerana PAS sekarang sudah memerintah dua (2) negeri. Sepatutnya PAS yang kena beri derma kepada rakyatnya bukan sebaliknya. P/S: Dari dok beri duit kepada PAS tu, lebih baik bawa anak bini pergi makan kat restoran yang mahal sikit. Lagi berganda-ganda pahalanya...hehehehehe.... | ||
PANASS!! Selangor dan Penang, Menjadi Pusat Maksiat Terbesar Malaysia!! Posted: 01 Feb 2012 01:12 AM PST Hebat Selangor banyak menyediakan peluang pekerjaan termasuklah pelacuran dan perjudian.... Tahniah juga kepada EXCO Agama merangkap MB Selangor kerana berjaya menggalakkan aktiviti pelacuran dan perjudian terus berkembang di Selangor.... Sumber ini Mc ambil dari SINI Inilah Akibatnya bila PAS terus menjadi Syaitan bisu!!!! McTheory: Opss lupa Pas hanya Parti jaga Adat dan Sukan.. hehe.. | ||
GEMPAR!! Akibat Mempermainkan Islam, Lagi Ahli Pas Keluar Parti!! Posted: 31 Jan 2012 10:12 PM PST Seramai 320 ahli PAS telah mengambil keputusan untuk keluar dari parti itu kerana merasakan ianya telah jauh tersasar daripada perjuangan asal. Mereka mendakwa PAS hanya menabur janji kosong serta membuat fatwa yang jauh bertentangan dengan ajaran Islam sebenar. Sumber berita asal SINISegelintir bekas ahli PAS dalam Kursus Kepimpinan Prihatin Terengganu (APT) yang ditemui di Kuala Lumpur International Hotel baru-baru ini merasa lega apabila berjaya keluar daripada kepompong PAS yang penuh dengan fitnah serta dakyah yang tidak betul. Dalam temubual bersama Ibrahim Sulaiman atau lebih dikenali sebagai Pak Andak, beliau telah lama menjadi ahli PAS dan begitu taksub dengan PAS sehinggakan anak-anaknya tidak dihantar belajar di sekolah kerajaan dan hanya belajar di sekolah kelolaan parti PAS. Lebih buruk lagi, akibat terlalu taksub, daging sembelihan ahli UMNO juga didakwa haram dimakan. Dalam majlis yang sama, Hj Wan Muhammad Bin Wan Ahmad iaitu bekas Ketua Pemuda PAS Marang yang ditemui menyifatkan pembohongan PAS ketika mentadbir negeri Terengganu pada tahun 1999 yang berjanji akan melaksanakan hukum Hudud tidak dilaksanakan sebaliknya pemerintahan kuku besi yang dilakukan. Beliau turut menambah kerjasama antara PAS dan DAP menunjukkan bahawa PAS tidak berjuang atas dasar prinsip Islam yang selama ini dicanang dalam perjuangan mereka. Zakaria said atau lebih dikenali sebagai Pok Ya,menjawab pertanyaan, beliau meninggalkan PAS setelah hampir 20 tahun kerana tidak lagi percaya kepimpinan PAS yang hanya tahu berjanji tetapi tidak menunaikannya. Sikap bermuka-muka PAS jelas terbongkar ketika memenangi pilihanraya pada tahun 1999. Kecewa dengan sikap PAS yang lebih suka menabur fitnah daripada berbudi juga mendorong Kharani Bt Mohd Hassan mengambil keputusan keluar daripada PAS. Menurutnya lagi, dia akan sedaya upaya membantu UMNO bagi menyedarkan rakan-rakannya yang masih dalam PAS untuk menyokong perjuangan UMNO. Hadir sama pada majlis Anjuran Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu (APMT) dan Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu itu ialah Menteri Besar Dato' Seri Ahmad Said, YB Haji Razif Bin Abd Rahman,Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia Negeri, serta Pengarah APMT Haji Roshali Bin Taha. Menteri Besar juga memberi sedikit amanat agar mereka dapat sama-sama turun padang dan berjuang bersama agar Barisan Nasional akan terus memegang tampuk pemerintahan dan seterusnya membela rakyat khususnya bangsa Melayu. McTheory: | ||
PANASS!! Politik Kedah, Ahmad Lutfi Othman, Buta ka Pekak? Posted: 31 Jan 2012 07:26 PM PST Lawak ada sedih pun ada bila Mc baca ulasan dari Ahmad Lutfi Othman yang mengulas mengenai politik negeri Kedah. Katanya pentadbiran Pas Kedah ni takdak masalah dan tak banyak isu yang boleh UMNO Kedah mainkan. Mc rasa Ahmad Lutfi pengarang haramkah ni baru datang ke Malaysia kah? Atau baru bangun tidur? atau mengalami penyakit pekak, bisu dan buta? Ataupun Ahmad Lutfi ni hanya membaca harakah hinggakan otaknya beku dan tidak berkembang menjadi bodoh sebegitu. Kalau Ahmad Lutfi kata Pas Kedah tak terima cabaran yang banyak dari UMNO Kedah, Mc setuju dengan apa yang dia kata. Namun itu dulu.. sekarang ni, jentera UMNO Kedah pun dah bergerak, walaupun tak selaju jentera di negeri lain, tapi boleh la dari tak bergerak langsung. Mc bukan nak komen pasal UMNO Kedah, Mc cuma nak ceritakan situasi yang sebenar dan apa isu yang telah timbul di Kedah. Mc rasa Mat Lutfi ni taktau apa-apa pasal Kedah, sebabnya mungkin dia mengalami masalah kesedaran diri tahap rendah. Hingga tidak tahu apa yang berlaku disekelilingnya sekarang. Takkanlah Mat Lutfi tak pernah dengar isu Balak Anugerah, balak kurniaan kerajaan negeri kepada pembalak hingga licin habis gunung dan bukit di Kedah ni disapu mereka. Malah ekosistem pun terjejas akibat pembalakkan membabi buta. Isu kedua, ialah isu permit bersihkan sungai, kerajaan negeri keluarkan permit bersihkan sungai kepada pemaju, yang menjadi persoalannya cara mereka bersihkan sungai tu, sekali bersih sampai ada 100 lori angkut pasir keluar. Nak bersih sungai ka nak sapu pasir sungai? Isu ketiga ialah berkenaan projek Keli-K yang mengalami kerugian berjuta-juta. Apabila disoal apa tindakan mereka untuk menyelamatkan projek berkenaan, ada wakil kerajaan negeri bersuara dengan mengatakan sebelum projek Keli-K bermula, mereka telah pun untung berjuta-juta hasil tebangan balak dan pasir ditempat berkenaan. Patut la ada orang kata ikan di Keli-K makan balak dan pasir. Depa bela Keli, tapi balak dan pasir yang habis di kaut! he he.. Kemudian muncul isu keempat, Tanah wakaf Madrasah Salihiah, apabila MAIK telah menjual tanah wakaf yang sepatutnya dimajukan untuk umat Islam beribadat, tetapi ianya dijual kepada pemaju cina kapir harbi untuk dijadikan shopping mall. Malah pengurusan jual beli tanah wakaf tersebut juga melibatkan pelbagai penyelewengan. Isu kelima ialah isu Air di Baling, yang semakin tercemar. Akibat dari pembalakkan yang tidak terkawal, air tadahan untuk sumber rakyat Baling telah dicemari dengan tanah-tanah merah. Hingga menyebabkan air paip yang dibekalkan kepada rakyat Baling begitu keroh sekali. Seakan-akan Sungai Klang di Lembah Kelang. Isu keenam juga membabitkan aktiviti pembalakkan, iaitu ekosistem yang terjejas akibat pembalakkan yang semakin mengila dan menyebabkan tikus hutan berpindah ke kawasan peranginan seperti Bukit Hijau, Lata Bayu, Lata Mengkuang dan Sedim. Akibat dari perpindahan itu, tempat-tempat peranginan telah dipenuhi dengan tikus dan haiwan liar, hingga ada pengunjung yang sudah terkena kencing tikus dan mengakibatkan kematian. Setakat ini sudah ada 3 kematian! Isu ketujuh adalah isu kuari batu Gunung Pulai juga di Baling. Kerajaan Pas Kedah cuba menjual Gunung Pulai kepada taukeh kuari batu dari Ipoh Perak dengan harga RM50 juta. Namun ia mendapat tentangan hebat dari penduduk disekeliling Gunung tersebut kerana, kuari batu boleh menjejaskan perkampungan dan kehidupan mereka. Namun Mc dimaklumkan isu itu masih lagi belum selesai, pihak pemaju kuari dan kerajaan negeri sedang berusaha memujuk penduduk kampung supaya bersetuju. Ini baru tujuh isu yang Mc utarakan. Sebenarnya banyak lagi isu yang telah muncul di Kedah. Semuanya hasil pemerintahan entah apa-apa entah yang tidak pernah berkesudahan. Jika mahu disenaraikan rasanya jenuh juga kot. Sebenarnya kerajaan Pas Kedah sudah semakin nazak dalam sumber kewangan. Ditambah pula dengan perpecahan dalaman dan pentadbiran yang lemah, hingga menyebabkan negeri Kedah kacau bilau dan tidak terurus. Kerajaan negeri sekarang sudah tidak relevan lagi, jika Pas masih memegang teraju kerajaan selepas ini, Insyallah.. Kerajaan Kedah akan bankrup dan gulung tikar! Apakah kita mahu duduk dibawah kerajaan yang bankrup? Tepuk dada tanya iman. McTheory: Fikir untuk masa depan, bukan untuk diri sendiri! | ||
KASI PANAS!! Sidang Media Hasan Ali Mengamuk hentam Anwar!! Posted: 31 Jan 2012 04:49 PM PST Anwar ni lah sebenarnya punca segala masalah di Malaysia ni. Malaysia akan aman tanpa Anwar!! |
You are subscribed to email updates from Kedah Ke KL To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment