Apa le Bodohnya Koyak Duit BR1M RM500. Kalau Tak Nak Bagi le Kat Yang Nak.

 
sekadar hiasan

Terkejut juga bila Mc dapat berita ni.. Seorang Pas tegar telah hilang akal dan mengoyakkan wang bantuan rakyat 1Malaysia yang diberikan oleh kerajaan pusat. Baca coretan dari MKT

MKT membawa berita gempar dari Langkawi. Ini bukannya spekulasi atau andaian tetapi ianya benar-benar kejadian yang telah berlaku sejurus penyampaian Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) di Mukim Kedawang baru-baru ini.


Beritanya adalah adalah seorang hamba Allah ini yang sebenarnya layak menerima bantuan kewangan dari Kerajaan tetapi oleh kerana terlalu taksub kepada perjuangan salah sebuah parti Islam (kononnya), telah mengoyaknya 10 keping not RM50.00 atas alasan duit haram.

Mangkuk tu lakukannya didepan orang-orang yang hadir. Salah seorang yang hadir itu telah menceritakan peristiwa itu kepada MKT. Sayangnya tiada bukti bergambar tetapi ambillah ia sebagai teladan kepada yang masih belum dapat BR1M.

Pemberian itu bukanlah datangnya dari duit haram seperti yang digembar gemburkan. Ianya adalah dari sumber yang halal. Ingat Perdana Menteri nak bagi rakyatnya makan duit haram ker seperti kisah seorang Ketua Menteri tu? Gamak ambil duit judi lumba kuda bagi kepada golongan orang-orang tua di negerinya.

Kalau kita yang beri, duit tu jadi haramm. Kalau depa pulak bagi, yang haram pun jadi halal. Kalau pun takmau duit bantuan tu. Janganlah pergi ambil, kalau boleh tak payah apply pun. Buat apa apply kalau setakat nak koyakkan saja. Banyak lagi rakyat Malaysia yang betul-betul susah perlukan wang bantuan tu.

Ini jenis manusia, buta perut takdak akai. Terlalu taksub sampai otak pun tak boleh pakai.

Kata pandai belajar agama, tapi songsang lebih teruk dari yang jahil. Betullah kata Dr Hasan Ali.. Pas ni dah makin menyimpang dari perjuangannya yang sebenar. Islam ka selam?

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...