PAPA GOMO |
Anak Muda Tolak Seks Songsang Anwar Ibrahim Posted: 16 Jan 2012 05:45 PM PST Keluarga Pembohong Majalah antarabangsa The Economist dalam sebuah artikelnya iaitu "The End Of Sodomy 2.0" menyifatkan pembebasan Anwar sebenarnya tidak memulihkan reputasi moralnya di khalayak ramai .Anwar juga dilabelkan sebagai pemimpin yang tidak dipercayai lagi untuk golongan generasi muda Malaysia. Selain itu,dia juga terpalit dengan amalan nepotisme berkaitan partinya yang diterajui oleh kalangan ahli keluarganya sendiri dan masalah perbalahan dalaman dalam Pakatan Rakyat sedangkan dia gagal untuk membawa pemodenan politik seperti yang dilaung-laungkannya untuk reformasi. Jika Anwar di dalam penjara ,pastinya dia dianggap tokoh pejuang kebebasan rakyat yang kononnya menjadi mangsa konspirasi untuk menggerak semangat penyokong pembangkang, dengan pembebasannya,Anwar mungkin dilihat popular dipihaknya,tetapi dia masih belum mampu untuk menumbangkan BN. http://www.economist.com Pekara ini sememangnya diketahui rakyat Malaysia bahawa Anwar Ibrahim sebenarnya telah mengheret rakyat untuk memperjuangkan diri beliau semata mata. Bukan tahun 2012 episod Anwar Ibrahim menghasut rakyat tetapi ianya telah berlangsung sejak kes Liwat 1998 lagi. Bila Anwar Ibrahim didalam penjara akibat Salahguna kuasa yang beliau lakukan maka Wan Azizah isteri beliau yang dijadikan Presiden buat Parti Keadilan Rakyat. Anak yang sulung Nurul Izzah pula diangkat menjadikan Serikandi PKR dan ini semua jelas merupakan agenda untuk menghidupkan watak ANwar Ibrahim agar tidak tenggelam dimamah zaman. Anwar Ibrahim sebenarnya tahu beliau tidak mampu untuk membela dirinya keseorangan dalam kesalahan yang beliau sendiri lakukan. Maka PKR dijadikan platform yang boleh menarik rakyat menjadi penyokongnya dan dalam masa yang sama mampu menarik orang orang tertentu yang menggilai jawatan didalam politik. Gomo tidak mahu mengulas panjang pekara ini namun ada satu pekara yang Gomo ingin tekankan dan minta anda para pembaca semua terutama pihak PAS fikir akan pekara ini. Anwar Ibrahim bermula dari ABIM dan apabila Anwar Ibrahim masuk ke dalam UMNO matlamat beliau adalah untuk menukar UMNO itu kepada ABIM. Apa yang diimpikan ANwar Irahim telah Gagal apabila beliau dipecat dan para paresit paresit ABIM yang berada didalam UMNO waktu itu juga turut dinyahkan ataupun keluar dengan sendirinya. Jika ada saki baki pun tidak mampu menawan UMNO. PAS merupakan parti Melayu kedua terbesar selepas UMNO justeru itu dengan meletakkan Agen Agen Parasit didalam PAS membolehkan PAS dinyahkan secara beransur ansur dan meletakkan ABIM sebagai kepala dalam setiap cabang yang ada. Pada hari ini kita sendiri dapat lihat bahawasanya matlamat Anwar Ibrahim untuk mengABIMkan UMNO telah gagal sama sekali. Namun bagi mengABIMkan PAS mereka telah pun berjaya dan tidak lama lagi PAS bukanlah sebuah parti seIslam Semalaysia sebaliknya PAS adalah Sayap Parti kepada ANwar Ibrahim dan juga keluarga beliau. Psssttt.... Renung renungkalan wahai rakyat Malaysia.... DAP ANTI ISLAM PAS ITU MELAYU UMNO ITU ISLAM ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT |
Salahuddin Ayob Akui Parasit Anwarista Punca Hassan Ali Dipecat. Posted: 16 Jan 2012 11:02 AM PST KUALA LUMPUR 15 Jan. - Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali tidak akan sama sekali membuat sebarang rayuan untuk kembali menyertai PAS setelah dipecat seminggu yang lalu. Beliau menjelaskan, pendirian beliau amat jelas mengenai Islam akan tetapi ianya telah dikhianati oleh sekumpulan 'Parasit' dalam parti yang cuba membawa perjuangan parti luar dan menyekat objektif utama PAS itu sendiri. "Saya tak boleh, jiwa saya tak boleh. Saya tidak nampak kenapa harus kekal dalam parti," katanya. "Saya tidak boleh melakukannya ketika dalam parti, kerana rakan dalam parti dan kumpulan 'parasit' ini tidak suka isu arak dan murtad di Selangor diperjuangkan kerana hendak meraikan rakan lain yang bersekongkol dalam parti. "Saya sanggup digugur dalam Exco dan meninggalkan segala keistimewaan. Walaupun saya cukup selesa dengan kedudukan sebagai exco, saya tinggalkan demi menyelamatkan diri, anak-anak, keluarga dan umat Islam," tegas beliau. Hassan yang juga merupakan ADUN Gombak Setia telah dipecat keahlian PAS pada Ahad lalu sehari selepas beliau mengkritik tindakan Pakatan yang bakal menganjurkan Perhimpunan Bebas Anwar 901. Sumber KL POS GOMO: Itulah hakikat yang sebenar kita rakyat Malaysia perlu tahu. Kerana Anwar Ibrahim dan pengaruhnya maka orang yang menghidupkan Islam dalam PAS dinyahkan. Bukan sahaja didalam PAS Parasit Anwar sudah menguasainya tetapi dalan UMNO juga ianya masih wujud dengan pelbagai nama dan gaya. REFORM sana sini hakikatnya itulah Anwarista yang kekal berjiwakan Anwar Ibrahim. Hassan Ali tidak rugi dalam pekara ini kerana ianya telah merugikan PAS secara total. Semakin kuat desakan dari bawah yang mahukan penjelasan dari kepimpinan PAS pusat mengenai pemecatan Hassan Ali. Hassan Ali dipecat tampa melalui proses yang seadilnya buat beliau dalam membela diri. Tidak diminta surat tunjuk sebab, tidak dihadapkan ke lembaga disiplin party sebaliknya terus dipecat bagaiman sampah. UMNO dikatakan keji oleh pembangkang tetapi Maruah UMNO lebih tinggi dari PAS yang jelas bertuankan penyembah Dubur Anwar Ibrahim. Renungkan lah wahai umat Islam sekalian, Anwarista ataupun Parasit akan menghantui jiwa anda bila anda gagal mengawal emosi dalam mengenal erti apa itu Islam. Oh lupa nak khabar, awat Naib Presiden PAS Salahuddin Ayob tak turun demo 901? Hehehe sampai la ni dia senyap pasal Anwar dan Hassan Ali. Ada yang tak kena ke? Huhuhu Psssttt. . . . Haji Hadi dibutakan dengan jawatan dan wang oleh puak parasit dalam PAS. Published with Blogger-droid v1.7.4 |
You are subscribed to email updates from PAPA GOMO To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment