PAPA GOMO |
Peguamcara Ada Telor, AG Ada Ke Tidak Telornya? Posted: 11 Jan 2012 06:00 PM PST Pihak Pendakwaan akan mengemukakan cadangan kepada Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail untuk memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Isnin lalu yang melepas dan membebaskan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dari tuduhan meliwat pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan. Dalam pertemuan eksklusif dengan wartawan Nik Suryani Megat Deraman siang tadi, Peguamcara Negara Dua, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden berkata keputusan itu dibuat selepas meneliti segala bukti berkaitan kes berkenaan. "dengan segala bukti yang ada, saya akan mencadangkan kepada peguam negara, tan sri abdul gani patail supaya meneliti semula kes dan menimbangkan rayuan keputusan mahkamah tinggi kuala lumpur itu ke mahkamah rayuan" kata Datuk Yusof Beliau akan menemui Tan Sri Abdul Gani secepat mungkin bagi membolehkan rayuan dibuat dalam tempoh sepuluh hari. Difahamkan, pihak pendakwaan akan memohon bagi mendapatkan penghakiman penuh kes liwat datuk seri anwar itu bagi meneliti semula hujah berkaitan. Dipetik dari TV3 Jika diteliti dan diamati laporan berita diatas, kita dapat simpulkan bahawa Datuk Yusof Zainal Abiden sekarang ini bersedia untuk melawan kes ini di Mahkamah Rayuan. Beliau sudah menyatakan akan berjumpa Peguam Negara untuk mencadangkan agar kes ini dirayu. Datuk Yusof adalah Peguam Cara Negara II merangkap Ketua barisan Pendakwaraya untuk kes liwat ini. Beliau merupakan seorang yang amat disegani kawan dan lawan. Difahamkan juga, Anwar Ibrahim sememangnya amat takut dengan Datuk Yusof. Ini kerana beliau adalah seorang yang amat tegas, tidak mudah mengalah, 'Fighter', tidak boleh 'dibeli', dan sangat bijak. Kredibiliti beliau juga sangat utuh sehingga pihak lawan tidak mempunyai apa-apa peluru untuk mematikan Datuk Yusof. Dalam undang-undang, hanya Peguam Negara sahaja yang mempunyai kuasa untuk Mendakwa, Merayu atau Menarik balik pendakwaan. Justeru itu,keputusan kini hanya terletak pada Peguam Negara sama ada untuk merayu ataupun tidak. Kepada peguam Negara, buktikan lah bahawa anda juga seorang anak jantan sepertimana Datuk Yusof Pendakwa dalam kes liwat Saiful Bukhari. Amat malu jika orang dibawah lebih berani dari Tan Sri sediri dalam hal ini. Berani Kerana Benar dan Takut Kerana Salah dan oleh kerana kebenaran yang dibuktikan sepanjang 3 tahun 6 bulan kes liwat itu jugalah maka Pendakwaraya meminta Peguam Negara menfailkan Rayuan dimahkamah Rayuan. Psssttt.. Pendakwaraya pun dah minta AG untuk merayu, Takkan AG buat buat Bodoh pulak? DAP ANTI ISLAM PAS ITU MELAYU UMNO ITU ISLAM ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT |
Apakah Kerana Saiful Bukhari Rakyat Biasa Anwar Dato Seri Maka Dinafikan Hak Untuk Merayu? Posted: 11 Jan 2012 07:58 AM PST Kenyataan Media Azlan 1) Saya Azlan Mohd Lazim, bapa kepada mohd saiful berasa sangat kecewa dgn kenyataan bar council yang menyarankan agar pihak Peguam Negara tidak mengemukakan rayuan berhubung keputusan kes anak saya yang diputuskan mahkamah pada 9/1/2012. 2) Pada hemat saya, tindakan Majlis Peguam itu dilihat sebagai langkah untuk menidakkan hak seorang warganegara untuk diadili, dan didengar rayuannya sehingga ke peringkat yang tertinggi menurut Perlembagaan Malaysia. 3) Majlis Peguam seharusnya bersikap 'neutral' dalam melihat suatu proses keadilan berlangsung dan bukannya dengan menghalang proses keadilan berlangsung. 4) Adakah gesaan tersebut melambangkan pendirian semua peguam-peguam di Malaysia atau hanya pendirian tertentu individu-individu yang menduduki kerusi Majlis Peguam yang berkepentingan politik? 5) Mengapa Majlis Peguam selama ini pernah tidak bantah pihak tertuduh dalam perbicaraan kes ini yang ikut rekod telah membuat 36 kali rayuan? Ini baru kali pertama pihak kami mohon untuk buat rayuan sudah mahu dihalang. Mengapa ada 'double standard'? Adakah kerana anak saya hanya seorang insan kerdil, bukan seorang VIP, ahli politik, hak beliau dinafikan denga begitu sahaja? 6) Demi anak saya, saya merayu agar pihak Peguam Negara tidak terpengaruh dengan desakan Majlis Peguam atau mana-mana pihak agar tidak mengemukan rayuan. 7) Sebagai bapa, Saya akan terus bersama anak saya dan berjuang untuk memastikan aduan anak saya ini mendapat pengadilan seadil-adilnya bagi mengembalikan nama, maruah beliau, juga seluruh keluarga saya. AZLAN MOHD LAZIM 11 Januari 2012 Psssttt . . . Pohon kerjasama seluruh rakyat Malaysia Agar Peguam Negara membuat rayuan kepada mahkamah rayuan agar keadilan buat Saiful Bukhari diperolehi. Published with Blogger-droid v1.7.4 |
You are subscribed to email updates from PAPA GOMO To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment