Kedah Ke KL - MctHeory |
- TUDIA LAA!! Penangan Hasan Ali, Lagi Ahli Pas Keluar Parti!! Update Gambar!
- LAA EHH!! Kadiaq Mamak dah kena penyakit Sawan Khinzir!!
- TUDIAA!! UMNO Sabotaj Konvensyen Pakatan Rakyat??
- TUDIAA!! @PDRMsia Nee Noo Nee Noo.. Wang Besar, Wang Besar.. Hadiah Untuk Maklumat Pengebom!! @HishammuddinH2O
- PANASS!! Ustaz Ismail Kamus Sokong Hasan Ali?
- PANASS!! Azwan Ali GayTua Kutuk Tun Dr Mahathir dan Hasan Ali!!
- PANAS!! Exco Kedah Taknak Bertanding PRU ke 13?!! #SaveKedah
TUDIA LAA!! Penangan Hasan Ali, Lagi Ahli Pas Keluar Parti!! Update Gambar! Posted: 14 Jan 2012 07:55 AM PST Gambar dari blog Keris7lok KUALA LUMPUR: Seramai 102 anggota PAS Kampung Kerdas Gombak bertindak keluar parti dan menyertai Umno selepas tidak berpuas hati dengan kepimpinan PAS. Kumpulan itu yang diwakili Mohd Jais Ismail menyerahkan borang untuk menyertai Umno kepada Ketua Umno Bahagian Gombak Abdul Rahim Kamarudin dalam satu majlis di sini, Sabtu. Jais berkata selain tidak berpuas hati dengan kepimpinan PAS, keputusan mereka untuk meninggalkan parti itu juga kerana kecewa dengan tindakan parti yang memecat Exco kerajaan negeri Selangor Datuk Dr Hasan Mohamad Ali daripada parti tersebut. "Kami tak percaya dengan PAS dan kami yakin hanya Umno dan Barisan Nasional yang mampu membela nasib rakyat," katanya pada majlis pengisytiharan anggota PAS Kerdas menyertai Umno dan ikrar menyokong Barisan Nasional. Jais, yang juga Ketua Zon PAS Taman Kamariah Gombak, berkata keputusan untuk meninggalkan parti dibuat atas kerelaan sendiri dan bukan disebabkan oleh tekanan atau tawaran daripada mana-mana pihak. Menurutnya walaupun dipujuk oleh PAS supaya terus kekal bersama parti itu namun mereka nekad dengan keputusan masing-masing iaitu menyertai Umno malah dijangka lebih ramai lagi akan menyusul. - BERNAMA McTheory: Ramai lagi yang rancang nak keluar.. | ||
LAA EHH!! Kadiaq Mamak dah kena penyakit Sawan Khinzir!! Posted: 14 Jan 2012 05:21 AM PST Banyak pihak berasa pelik apabila Kadri Shiekh Fadzir mengiringi Anwar ke mahkamah. Malah bertambah pelik apabila beliau merupakan orang paling gembira bila Anwar di bebaskan. Mc pun sangsi kemana arah kiblat politik beliau. Namun bila Mc baca di blog rakan-rakan Mc rasa Mc dah tahu jawapannya.. petikan asal dari SINI. Setelah sekian lama mengutip kekayaan dalam UMNO dan kerajaan Barisan Nasional baik dari jawatan Ketua Bahagian hingga dilantik menjadi Menteri Pusat, Kadir Sheikh Fadzir akhirnya menunjukan perwatakan sebenar beliau yang begitu mengagungkan Anwar Ibrahim. Saya tidak mahu menggunakan bahasa yang kasar ataupun kurang ajar tetapi sikap dan pendekatan Kadir Shiekh Fadzir ini hingga sanggup mengiringi Anwar ke mahkamah membuktikan bahawa UMNO selama ini membela anjing yang tersepit yang akhirnya sedang berusaha untuk menggigit balik tuannya iaitu UMNO yang selama ini tempat beliau mengaut segala kekayaan. Setelah berundur dari kerajaan dan parti, Kadir berpaling menyokong musuh UMNO yang selama ini mencerca dan maki hamun UMNO dan kerana Anwar, Kadir Shiekh Fadzir sanggup menggigit tangan kerajaan yang memberikan beliau segala tempat istimewa selama ini. Akhirnya Kadir membuktikan bahawa beliau adalah kacang yang lupakan kulit. Alangkah majal dan celakanya badan UMNO selama ini kerana bekas pemimpinnya bersikap sedemikan rupa. Selama ini kita ingat Anwar sahaja, tetapi sekarang sudah ada Kadir dan sebelum ini pun sudah ada tetapi yang tidak pernah memegang apa-apa jawatan dalam kerajaan sebagaimana Kadir Shiekh Fadzir ini. Beliau menjadi talam dua muka, menjadi gunting dalam lipatan dan menjadi musang berbulu ayam. Dalam saat UMNO sedang mahu memperbetulkan persepsi rakyat yang selama ini menuduh UMNO sebagai dalang di sebalik kes liwat Anwar, Kadir mengambil peluang menyerang UMNO dan kepimpinan kerajaan. Malah Kadir menganggap dan masih mempersoalkan kebebasan institusi kehakiman Negara ini kononnya masih dikawal oleh kerajaan. Bekas pemmpin jenis apa Kadir ini? Kadir cuba menjadikan dirinya seolah-olah bersih dari segalanya tanpa beliau sedar bahawa beliau sebenarnya pun tidak dilihat bersih dan diberikan jawatan oleh Tun M hanya kerana beliau menang pemilihan MKT UMNO. Tindakan Kadir yang mengangkat Anwar sebagai tokoh hebat dimatanya diyakini akan mengundang pembongkaran demi pembongkaran tentang kehidupan peribadi serta kekayaan luar biasa yang beliau miliki. Kadir kena bersedia untuk menentang pembongkaran ini daripada orang yang bencikanya kerana menyokong peliwat itu. Saya petik wawancara beliau dengan sebuah portal dan adakah seperti yang dilaporkan sebelum ini bahawa demi menyelamatkan tanahnya di Shah Alam yang memerlukan wang RM 12 juta akhirnya Kadir memilih untuk menjadi hantu raya seperti ini? "Saya adalah kawan yang setia. Kami memang berkawan rapat dan saya betul-betul kasihan kepadanya dengan apa yang berlaku kepadanya... saya simpati kepadanya dan kali ini saya benar-benar bersimpati dengannya" katanya. Adakah Kadir tidak percaya Anwar meliwat ataupun Kadir adalah antara yang menyokong seks bebas? Ditanya sama ada beliau menyokong Anwar dari sudut politik, Kadir dilihat tidak dapat menyembunyikan pujiannya, "Saya rasa beliau mempunyai bakat kepimpinan yang hebat. Beliau boleh menjadi pemimpin negara yang hebat. Dan (sikap) beliau yang natural (semulajadi). Apabila beliau masuk ke kampung, apabila beliau bercakap dengan orang kampung, beliau nampak natural. Beliau tidak perlu tunjuk lagaknya. Main drama kata orang," katanya. Nampak jelas betapa bangang dan kaldainya beliau menilai karektor Anwar dan kita tidak menjangka pemimpin yang kononnya hebat pada zamannya boleh tertipu dengan segala sandiwara Anwar. Menganggap Anwar adalah seorang pemimpin yang berjiwa rakyat seperti pengasas Negara sebelum ini."Jadi beliau adalah pemimpin berjiwa kampung. Sebab itu jika beliau berpeluang menjadi perdana menteri, beliau menjadi perdana menteri yang hebat di mata rakyat, (sikap) semulajadinya (yang suka) mengambil berat tentang rakyat," katanya yang mengelak untuk membandingkan kepimpinan Anwar dan Najib. Dalam saat semua orang tidak mahu berPerdana Menterikan peliwat seperti Anwar ini, Kadir mengharapkan Anwar dipilih untuk ke jawatan itu. Inilah yang kita katakan betapa majal dan hinanya Kadir Sheikh Fadzir ini. Begitu sekali Kadir mengkagumi watak dan perwatakan Anwar walaupun Anwar telah dibuktikan oleh Karpal Singh meliwat Saiful. Kadir sanggup berada di kalangan orang-orang yang kotor dan kita percaya Kadir juga kotor jiwanya dan juga terhadap UMNO kerana sanggup berbuat demikian. Menyokong dan bersimpati dengan Anwar. Kadir adalah bekas pemimpin yang paling tidak berguna, sama sahaja tidak bergunanya Anwar kepada agama, bangsa dan Negara, begitu jugalah Kadir ini dan sesuai sangatlah orang yang tidak berguna berkawan bersama-sama dengan orang yang paling tidak berguna. Memang patut longgokkan sampah bersama-sama. Supaya senang sikit kita buang, atau bakarkan sekali. Selesai masalah!! McTheory: Celaka Mamak tak sedar diri ni, banyak buat kacau kat Kedah!! | ||
TUDIAA!! UMNO Sabotaj Konvensyen Pakatan Rakyat?? Posted: 14 Jan 2012 02:12 AM PST Betul ke UMNO sabotaj? Baca dulu.. gempak saja lebih.. Konvensyen Pakatan Rakyat ke-3 bermula dengan sambutan hambar apabila sebahagian besar kerusi perwakilan yang disediakan diruang utama Stadium Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah Suka Menanti disini kosong. Sehingga hampir pukul 10 pagi iaitu selepas sejam majlis bermula, kelihatan hanya kira-kira 1,200 perwakilan memenuhi ruang tempat duduk yang disediakan kepada lebih 2,000 perwakilan. Turut kosong kerusi dibahagian pemerhati yang hanya dipenuhi kira-kira 400 orang. Sebelum ini Pengerusi Jawatankuasa Induk Konvensyen, Datuk Mahfuz Omar mensasarkan kehadiran lebih 5,000 perwakilan dan pemerhati pada konvensyen kali ini. Konvensyen yang bermula pada pukul 9 pagi itu dimulakan dengan pemeriksaan perbarisan Pemuda Pakatan Rakyat. Antara pimpinan komponen pembangkang yang hadir ialah Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali; Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu; NaibPresiden PAS, Datuk Mahfuz Omar; Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim serta Pengerusi PKR Johor, Datuk Chua Jui Meng. Itu berita pagi tadi.. Selepas tersebarnya gambar kerusi kosong di seluruh Malaysia. Kerajaan Kedah menerima arahan supaya melakukan sesuatu untuk memenuhi kerusi di konvensyen. Ini kerana kerusi kosong menjejaskan imej Pakatan Rakyat yang mahu menawan Putrajaya. Konvensyen Pakatan Rakyat berlangsung di Kedah, salah sebuah negeri yang dimiliki oleh Pakatan Rakyat, namun sambutan yang diberikan oleh ahli dan penyokong pembangkang tersangatlah kurang. Apakah keadaan ini mempengaruhi sokongan kepada Pas Kedah sekarang. Bukan kata didalam konvensyen, diluar konvensyen juga takdak orang. Kosong!! Adakah rakyat Kedah semakin menolak Pakatan Rakyat? Jika ditanya kepada puak ni, sudah semestinya mereka akan menolak konvensyen ini menjadi garis pengukur. Namun dari segi logik akal.. adakah ia boleh diterima? McTheory: Masing-masing boleh sendiri fikir.. : ) | ||
Posted: 14 Jan 2012 12:46 AM PST Nampaknya reward untuk mencari penjenayah yang mengebom di tempat letak kenderaan berhampiran mahkamah semakin meningkat. Insiden pemgeboman terbabit terjadi selepas mahkamah mengumumkan Anwar bebas dan ianya di rancang terlebih dahulu, sebelum keputusan mahkamah di ketahui. Pelbagai pihak saling tuduh menuduh perkara ini. Namun hakikatnya sebenar, masih belum diketahui. Demi untuk meningkatkan semangat, beberapa blogger Pro-BN memulakan langkah murni dengan bersama-sama mengumpul sedikit dana menaikkan jumlah tawaran yang dibuat oleh PDRM sebagai menghargai jasa PDRM menjaga keselamatan negara. Setakat ini dalam pengetahuan Mc, rakan yang terlibat dalam memberi sumbangan adalah, Blogger Pena KSJ - RM50, Blogger Double Y - RM100, Blogger Bro Jinggo - RM100, Blogger Cucu Tok Selampit, - RM200, Blogger Keris7Lok - RM100, Tun Faisal - RM99. Juga terdapat beberapa blogger lain yang menambah sehingga jumlah menjadi RM13,499 telah berjaya dikumpul. Disebabkan itu McTheory juga ingin turut serta menyumbang dengan menambah RM100 lagi, agar sesiapa yang ada maklumat terus kehadapan dan membantu demi keamanan sejagat di bumi bertuah Malaysia. Maka wang tersebut telah menjadi RM13,599. McTheory: 13,599.. banyak tu.. | ||
PANASS!! Ustaz Ismail Kamus Sokong Hasan Ali? Posted: 13 Jan 2012 10:22 PM PST
Sudah lama Mc tak membaca artikel dari blog Garamanis. Dalam riuh rendah kisah pemecatan Hasan Ali dari Pas. Tiba-tiba keluar artikel dibawah. Membaca reaksi Ustaz Ismail Kamus yang mengagumi Dr. Hassan Ali sebagai pemimpin yang bagus dan banyak memberi sumbangan kepada Islam telah memberi keyakinan bahawa apa yang telah dilalui Hassan Ali dalam perjuangannya menegakkan syiar Islam adalah sesuatu yang murni. Katanya "saya tidak ada apa-apa komen tentang Hassan cuma saya melihat beliau seorang pemimpin yang bagus dan banyak memberikan sumbangan kepada Islam dan parti tetapi sedikit tersilap langkah" Ya, ramai berpihak beranggapan begitu. Hassan Ali tersilap langkah kerana mengkritik arah tuju perjuangan PAS yang semakin lesu dan meyimpang. Ditambah pula api fitnah kepimpinan dalaman yang mempertikaikan gesaannya agar PAS menjauhi perjuangan Anwar Ibrahim. Inilah nilai sebenar fisabillilah seorang yang sayangkan agama seperti Hassan Ali. Apa yang tidak boleh diterima Ismail Kamus dengan polemik pemecatan Hassan Ali ialah kehadirannya dalam sidang media Hassan Ali telah mencetus kegusaran dalam kalangan kepimpinan PAS. Banyak cakap-cakap yang merumuskan Ismail Kamus bersetuju dengan Hassan Ali dalam mengkritik parti tetapi benarkah beliau berpendirian sedemikian? Sebagai sebuah parti bertunjangkan Islam, tingkahlaku curiga sedemikian tidak sepatutnya berlaku. Kenapa ajaran Islam gagal dipraktikkan dalam kalangan pemimpin bagi mengelakkan terjadinya fitnah yang boleh merosakkan PAS. Kehadiran Ismail Kamus hanyalah dasar seorang kawan yang bersimpati terhadap Hassan Ali. Rumusannya terhadap senario dalaman PAS secara tidak langsung telah mengiyakan bahawa PAS bukanlah parti yang bertunjangkan ajaran Islam. Ianya tidak lebih sebuah parti yang mengidamkan kuasa duniawi. Satu perkara yang tidak sihat dan boleh merosakkan perpaduan ummah. Apa yang menarik, sikap tidak berterus terang dan gemar bermain dengan spekulasi adalah trend berlarutan dalam PAS. Ini sungguh memalukan kerana PAS mendabik dada kononnya mereka adalah pejuang Islam yang sebenar. Kita boleh melihat dalam ceramah yang diadakan, pemecatan Hassan Ali merupakan bahan ceramah yang kerap diputar untuk menambahkan lagi kebencian rakyat terhadap Hassan Ali. Sikap buruk ini bukanlah dituntut Islam yang melarang umatnya mengaibkan saudara yang lain. Tambahan, api fitnah terhadap pemimpin lain yang tidak 'sekepala' dengan PAS juga turut dijaja dan ditokok tambah. Bukankah ini ditegah dalam Islam? Pengakuan Ismail Kamus terhadap segelintir pemimpin yang melemparkan batu sembunyi tangan mengesahkan bahawa ini adalah kesan daripada aktiviti 'tidak sihat' PAS selepas bersenggama dengan PKR dan DAP dan kegilaan dalam merampas kuasa politik pasca PRU Ke-12. Ini juga menunjukkan PAS lebih enak untuk mendapatkan kuasa daripada konsisten untuk meyuburkan pepaduan ummah. McTheory: Pas makin teruk.. makin rosakk!! | ||
PANASS!! Azwan Ali GayTua Kutuk Tun Dr Mahathir dan Hasan Ali!! Posted: 13 Jan 2012 06:14 PM PST Apa masalah dengan Gay tua sekor ni pun taktau la. Mungkin dia nak tunjuk sokongan kepada Abangnya si Azmin tu. Sebab tu dia sanggup kutuk Tun Dr Mahathir. Kalau sekalipun nak tunjukkan sokongan, tak payah la sampai nak menghina seorang negarawan. Kalau ko rasa bagus sangat sebab ko ramai peminat, ko belum tengok penangan seorang negarawan terulung. Baik ko tak payah cari pasal la wahai Azwan Ali. Anwar pun mengigil dengan Tun Dr Mahathir, inikan pulak gay jubor labuh macam ko ni? Mungkin Tun tak akan peduli, dan terusik pun dengan kata-kata ko. Tapi kami penyokongnya.. takkan duduk diam kalau ko cuba sentuh negarawan terulung tu nyahh... Ni kata-kata gay tua selepas Sultan Selangor berkenan dengan penguguran Exco Hasan Ali dan perlantikan Exco baru Selangor. Manusia buta politik, buat komen kata Sultan Selangor pecat? bangang la si Gay tua ni. Mc malas nak kutuk lagi si gay tua ni.. korang sambung pulak dalam komen boleh? McTheory: Kasi layak, makhluk laknattulah ni.. | ||
PANAS!! Exco Kedah Taknak Bertanding PRU ke 13?!! #SaveKedah Posted: 13 Jan 2012 04:20 PM PST Mc rasa cerita ni dah ada orang yang tahu. Namun masih ramai lagi yang belum mengetahui kisah adun Tokai yang berjanji hanya bertanding di Tokai selama dua penggal sahaja. Adun Tokai Taulan Rasul salah seorang Exco negeri Kedah, pada PRU ke 11, Taulan telah berjanji pada sahabat-sahabatnya bahawa beliau hanya mahu bertanding pada PRU ke 11 dan PRU ke 12. Apakah beliau akan menunaikan janji tersebut? Mc rasa, mungkin beliau dalam perancangan nak tunaikan janji, sebab akhir-akhir ini, orang Tokai dok komplen kata adun depa tak buat kerja, kawasan tak terjaga. Soo.. dalam firasat Mc mungkin beliau benar-benar taknak lagi jadi adun. Tapi beliau bukan adun biasa, beliau seorang adun berjawatan Exco Jawatankuasa agama, pelajaran dan koperasi. Mc tak nafikan Taulan Rasul ni dulunya bagus, tak banyak masalah. Tapi janji beliau pada rakan dan rakyat kena tunaikan juga. Janji hanya bertanding dua penggal, sebagai seorang Islam.. beliau kena tunaikan janji. Mc rasa Tuan Hj. Taulan pasti akan tunaikan janji. Kalau janji dah ditepati, kerusi dun Tokai akan kosong. Untuk memenuhi kekosongan kerusi Tokai, Mahfuz Omar boleh bertanding Dun di situ. Mahfuz kan nak jadi MB Kedah, mesti la kena tanding dun. Pokok Sena takpa, biar orang lain tanding. Mahfuz boleh duduk Tokai, rancang plan nak serbu jawatan MB. Setakat Phahrolrazi, Amirrudin dan Sanusi tu.. takdak masalah laa.. Mahfuz kan Otai. Anytime boleh langgar. Bab Hj Taulan.. bawa berehat la.. Tuan Haji pun dah berumur.. tumpukan pada bidang keagamaan. Ajar budak-budak Pas yang dah rosak akhlak ni. Ustaz Pas ramai.. tapi semuanya gila politik.. sebab tu negeri Pas semuanya bermasalah. Masyarakat takdak orang peduli.. sosial dibiarkan.. ceramah politik numbor satu. Sebab tu masyarakat semua rosak. Akhirnya jadilah macam Kelantan, Selangor, Penang dan Kedah.. masalah sosial semakin meningkat. Malah semakin melampau-lampau. McTheory: Islam kemana.. temberang saja lebih! |
You are subscribed to email updates from Kedah Ke KL To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment