Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


PANAS LAGI NIH!! PUAK PAS KEDAH DAH MENGELABAH BEWAKK!!

Posted: 30 Dec 2011 09:48 AM PST


Munajat Perdana Madrasah Salihiah

Badan Bertindak Selamatkan Madrasah Salihiah (BBSMS) akan tetap mengadakan program Munajat Perdana di Madrasah Salihiah di Kancut pada Sabtu ini (esok) walaupun Dewan Pemuda Pas Alor Setar membuat laporan polis semalam bagi menghalang program itu diadakan.

Pengerusi BBSMS, Mansor Ahmad berkata, pihaknya juga ingin menjemput Ketua Pemuda Pas Alor Setar, Mohd. Azam Awang yang membuat laporan polis itu serta orang ramai untuk turut serta pada program tersebut.

"Aturcara yang akan dijalankan bermula pada pukul 12 tengah hari hingga 5 petang pada hari itu ialah solat Zuhur, solat hajat dan juga tazkirah.

"Ini bukan himpunan nak buat tunjuk perasaan jadi kami tetap akan jalankan program ini kerana kami ada permit dan orang ramai termasuk Mohd. Azam sila jemput ke program ini," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Semalam, Mohd. Azam membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar untuk menghalang program yang akan diadakan Badan Bertindak Selamatkan Madrasah Salihiah (BBSMS) pada Sabtu ini.

Mohd. Azam ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Kota Setar di sini berkata, perhimpunan BBSNS perlu dihalang kerana bercanggah dengan keputusan Majlis Fatwa Kedah yang membenarkan kaedah istibdal digunakan terhadap tanah wakaf khas madrasah itu.

Menurut Mansor, adalah penting untuk Mohd. Azam dan orang ramai hadir ke program itu kerana pihaknya akan memberikan penerangan mengenai isu yang melanda madrasah itu.

"Kalau Mohd. Azam tidak mahu datang Sabtu ini, dia boleh datang pada bila-bila masa kerana kami bersedia untuk memberikan penjelasan serta menunjukkan bukti-bukti mengenai madrasah ini agar dia tidak buta fakta," ujarnya.


Ketua Pemuda Pas Alor Setar membuat laporan polis.




Puak Pas ni dah mengelabah bewak dah.. takdan nak buat  apa-apa, depa siap buat report polis lagi. Orang nak sembahyang pun tak boleh ka?

Sejak bila Tazkirah dan sembahyang menjadi satu kesalahan dalam Pas?

Biasa la orang kalau buat salah, memang takut. Tengok muka sendiri dalam cermin pun dia boleh kata hantu.

Sejak dok kawan dengan Dap ni, Pas memang dok jadi perangai pelik-pelik la.


McTheory:
Pas ganti Dap, tentang Pas, bermakna lawan Dap!!

TERKINI!! USTAZ AZIZAN MB KEDAH MASUK WAD KMC??!!

Posted: 30 Dec 2011 06:12 AM PST

Gambar lama..

Mc dapat berita mengatakan Ustaz Azizan masuk Wad Kecemasan di KMC (Kedah Medical Center) dan beliau masih dalam keadaan yang kronik dan mengalami kecacatan pada kedua-dua matanya. Hmm?

Apakah ini doa dari orang yang teraniaya?

Hanya Allah yang maha mengetahui.


McTheory:
Pas dulu lain sekarang lain.. hmm..

SELAMATKAN MADRASAH SALIHIAH!! PAS KEDAH KANTOI MENIPU LAGI!!

Posted: 30 Dec 2011 05:07 AM PST



Puak Pas ni kena penyakit gila khinzir kot. Apa yang samanya kes Madrasah Salihiah dengan kes Masjid Al-Bukhari (Masjid Alor Malai)?

Hangpa jangan dok jadi munafik sangat pas oiii...

Baca penipuan kerajaan negeri Kedah yang dok mengaku Islam nih..



Soalan:
Tidak pernah berlaku dalam sejarah negeri Kedah, Rumah Allah (masjid atau surau) diroboh untuk sebuah shopping complex.

Jawapan Kerajaan Negeri: (PENIPUAN!!!)
Tidak benar. Masjid Alor Malai pernah diroboh untuk pembangunan menyeluruh Kompleks Al-Bukhari yang juga dibangunkan kompleks perniagaan di situ (antaranya Pasaraya Giant). Sebuah masjid baru dibina, bukan di atas tapak masjid lama tetapi dilokasi lain menggunakan kaedah Istibdal, sama seperti kaedah yang digunakan terhadap tanah wakaf Madrasah Salihiah. Ia tidak menjadi isu kerana pihak pembangkang pada masa itu (PAS) tahu hukum hakam, menghormati institusi ulamak dan tidak membantah membuta tuli. Sekarang isu Salihiah menjadi 'panas' kerana pihak pembangkang kini merasa 'terlebih pandai' dari para ulamak yang ada dalam Majlis Fatwa Negeri Kedah.

Itu Jawapan Kerajaan Negeri Pas yang Munafik tu!!

Mari dengar jawapan Mc pulak!

Bagi orang luar yang tak tau perihal Kedah dan cerita yang sebenar, memang la akan telan jawapan depa ni bulat-bulat.

Tapi bagi penduduk tetap Kampung Dato Murad, Taman PKNK dan kawasan Alor Malai. Jawapan kerajaan negeri tu satu pembohongan!

Masjid Al-Bukhari..

Masjid Alor Malai yang bersebelahannya kubur tu, memang tanah wakaf, dan dirobohkan. tapi Masjid Besar Al-Bukhari yang dibina, tetap berada di atas tanah wakaf! Malahan kubur pun di pindah dan di susun rapi dalam kawasan Masjid (masih dalam tanah wakaf). Maknanya 'jariah' masih lagi bersambung kerana dari Masjid kecil, menjadi masjid besar. Kita masih lagi bersembahyang di atas tanah yang diwakafkan.

Shopping Kompleks Giant yang Pas Kedah kata tu sebenarnya di bina di atas tanah PASAR!! Pasar Kampung Datuk Murad!! Tapak Pasar Ramadhan! Jadi apa yang samanya?

Projek Al-Bukhari tu membina sebuah Masjid Besar, Sekolah Agama serta Rumah Anak Yatim.

Pembinaan dari masjid kecil, menjadi masjid besar. Itu kan bagus.

Sedangkan projek Aman Central ni pulak, nak buat Apartment mewah serta Shopping Kompleks. Surau yang dijanjikan pula mungkin hanya sebesar TANDAS AWAM kot.

Jadi kes Madrasah Salihiah ni, langsung tak sama dengan kes Masjid Alor Malai. Pas Kedah tolong la jangan jadi Munafik!! Islam ka apa ni? Macam ni ka cara orang Islam? Dok kerja pembelit nak rampas hak orang?

Pas Kedah punya la pulun nak tanah wakaf Madrasah tu, sampai sanggup buat cerita bukan-bukan. Orang berusaha nak jadi baik dan perolehi pahala. Puak Pas pula dok pulun nak pelingkup agama janji dapat duit. Jenis Islam macam mana pun Mc taktau la.



Punya dok menyanjung Dap.. habis semua depa nak gadai. Agama sudah, kalimah Allah sudah, hak melayu sudah.. kini tanah wakaf pulak.. lingkup la..

McTheory:
Pas Kedah Sejahtera.. Orang Islam Sengsara..

KASI PANAS!! USTAZ FATHUL BARI KOMEN MENGENAI ANWAR IBRAHIM IALAH IMAM MAHADI!

Posted: 30 Dec 2011 01:19 AM PST



Memang agak terlajak jauh la puak2 ni.. Apa nak jadi pun taktau la.

KASI HENTAM!! PAS MEMANG MUNAFIK!!

Posted: 29 Dec 2011 10:35 PM PST



Dulu masa dok berkempen PRU ke 12. Puak-puak Pas ni ceramah kata, bila Pas perintah, cukai pintu, takdak.

Itu dulu masa belum perintah Kedah. Bila masa mai jadi kerajaan negeri. Satu Kedah depa dok letak banner dan poster kata nak sita sesiapa yang tak bayar cukai pintu.


Kat situ pun kita dah boleh nampak betapa pembohongnya puak Pas ni.

Jenis munafik ni memang susah nak percaya. Janji biar seribu, nak buat satu pun payah.

Mc tengok dah ada dua tiga kedai kat City Plaza yang dah di sita.

Cari duit sungguh kerajaan Kedah sekarang ni. Maju dak pun.. duit dok habis kot mana taktau.



McTheory:
Nuu dok bagi sama sendiri.. bagi RM150K sebulan tu..

KASI PANAS!! SKANDAL JAMIL KHIR MAKAN DUIT ZAKAT!!

Posted: 29 Dec 2011 07:39 PM PST

Jamil Khir makan duit zakat?

"Tidak timbul isu kononnya wang berjumlah RM32,000 yang didakwa wang zakat digunakan untuk membiayai yuran guaman bagi kes Qazaf membabitkan Jawi dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim," katanya kepada pemberita di sini Khamis 



Patutlah Jamil Khir nafikan.. memang benar bukannya RM32,000 tapi RM63,500.00 telah digunakan.. lihat dokumen yang disertakan..

Surat yang mendedahkan penyalahgunaan wang Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan ini telah ditulis oleh Dato Seri Azmi Khalid, Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara merangkap Ahli Parlimen Kawasan Padang Besar kepada Ahli Parlimen Pakatan Rakyat.


Bersamanya disertakan dokumen atau surat dari Ketua Audit Negara yang secara jelas menyatakan dalam satu pemeriksaan audit yang dijalankan di MAIWP terhadap perbelanjaan bagi kos guaman RM63,500.00 ianya melibatkan Jamil Khir Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
sumber dari sungai anak derhaka

klik untuk besarkannya
klik utk besarkan
Ini jawapannya..hehehehe


"Pelarasan jurnal berjumlah RM63,650 TELAH SELESAI dibuat sebelum penutupan akaun MAIWP tahun 2010. Sehubungan ini peruntukkan wang zakat yang didahulukan telah dibayar balik daripada peuntukkan sumber am dan perbelanjaan ini telah disahkan oleh pihak Audit."


Sampai bila ler blogger-blogger PR nak mencipta fitnah? Cukup-cukuplah itu. Jangan cuba nak menyembunyikan kebenaran demi hendak mengikut telunjuk tuan kamu....
Yang menipunya kamu tetapi tuduh orang lan pulak menipu..hehehehe
Bertaubatlah sebelum terlambat....

Melayu Kedah Terakhir

TUDIAA!! PAS KEDAH UTAMAKAN PUB DARI MADRASAH!!

Posted: 29 Dec 2011 04:43 PM PST

Kompleks hiburan yang terbesar dan terbaru di Kedah

Nampaknya Pas Kedah terus menerus mahu merobohkan Madrasah Salihiah. Sudah la selama 4 tahun memerintah, masjid dan surau haram tak pernah buat, yang dok ada ni pun depa nak pi peruntuh.

Atas alasan pembangunan depa nak runtuhkan Madrasah tu. Kot la Madrasah tu dok atas tanah kerajaan, tanah haram. Ini tidak, madrasah tu duduk atas tanah sendiri, atas tanah wakaf khas lagi tu. Tu pun puak Pas ni nak peroboh juga. Macam la takdak tempat lain yang boleh depa buat shopping kompleks.


Taktau la apa masalah puak Pas dengan Madrasah Salihiah. Punya la nak runtuhkan madrasah tu, sampai sanggup bagi macam-macam alasan.

MAIK pulak, bila dah dapat duit RM1.46 Juta, terus ubah fatwa dari tak boleh jadi boleh. Inilah permainan politik agama paling keji selama Pas memerintah Kedah.

Apa yang menghairankan Mc. Surau dan Masjid tak bertambah di Kedah. Yang bertambah hanyalah pub, karaoke dan pusat-pusat hiburan yang lain. Paling baru ialah Kompleks Hiburan. Menghimpunkan segala macam hiburan dalamnya. Kiranya karaoke, pub, club dan lain-lain semua ada la.

Kata parti Islam, kata kerajaan berlandaskan Islam. Tetapi kenapa kelab malam dan kelab untuk berhibur ni bersepah-sepah sejak Pas jadi Kerajaan negeri? Apa yang Pas perjuangkan sebenarnya?

Surah dan Madrasah nak di robohkan. Kelab malam dan hiburan pulak di biarkan berlambak-lambak.

Dulu Pas Kedah jawab, kelab malam dan karaoke ni makin banyak, sebab permintaannya tinggi.

Kiranya kalau tak cukup kena tambah bagi cukup la ya? bagus betul kerajaan Islam macam ni.

Dalam hal surau dan masjid pula, Ustaz Azizan kata madrasah dan surau Salihiah tu tak ramai orang sembahyang. Jadi Pas Kedah guna alasan tu untuk robohkannya. Boleh kah macam tu?

Kiranya lepas ni, surau atau masjid mana yang tak ramai jemaah, ia boleh di robohkan. Tak gitu?

Dalam hal macam ni pun, kita dapat lihat samaada Pas ni benar-benar memperjuangkan Islam. Atau hanya berlakon buat Islam topeng cari makan.

Pas lebih memperjuangkan KELAB HIBURAN berbanding mempertahankan MADRASAH SALIHIAH yang berumur lebih dari 100 tahun.


Psstt... Marilah bersama kami berjuang berjihad untuk mempertahankan Madrasah Salihiah pada 31 Disember 2011, pukul 1 petang. Ustaz Fathul, YB Zul Noordin dan Hasan Ali akan bersama kita.

McTheory:
Apakah anda masih lagi nak percayakan Pas???
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...