Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


TERPANAS!! KISAH BENAR MENGENAI LADANG RAKYAT DI BALING!!

Posted: 28 Dec 2011 05:12 AM PST




Mc pernah menceritakan mengenai penipuan kerajaan Pas Kedah perihal Ladang Rakyat, atau yang depa panggil Ladang Sejahtera. Nak baca boleh klik SINI. Namun ia di jawab semula oleh pihak Pas yang mengatakan tiada penipuan dalam pembalakkan tersebut dan mereka hanya mengikut apa yang di tenderkan kerajaan BN terdahulu.


JAWAPAN OLEH SETIAUSAHA MB - SANUSI MOHD NOR

Projek ini mendapat soft-loan dari Kementerian komoditi utama, Dato Peter Chin. Difahamkan softloan berjumlah 27 juta. Bila kerajaan berubah, projek asal dibatalkan kerana tender tidak telus, dan negeri tak dapat hasil apa2. Projek baru diletakkan di bawah Kedah Agro (agro plantation) yg mengubah projek asal kepada ladang rakyat yang dinamakan ladang sejahtera. Lepas 20 tahun, balak akan ditebang untuk kayu dan sebelumnya, ditoreh untuk susu. Semua hasil susu akan diagih kepada peserta ladang sejahtera dari seluruh negeri kedah setiap tahun. Ini komitmen kita untuk rakyat.

Walaupun Mc sudah mendapat jawapan dari Sanusi, namun masih ada kemusykilan.

Hmm..



Semasa perasmian Ladang Rakyat di Mukim Kupang, Baling. Orang ramai dikaburi dengan penyerahan wang  FELCRA kepada peserta E-SINAR atas pemberian wang kepada rakyat termiskin. Bantuan kerajaan terpilih kerajaan negeri kepada rakyat.

Pada mulanya, Mc pun ingat penduduk kampung yang menerima wang tu ialah peserta Ladang Rakyat. Namun selepas di siasat, mereka sebenarnya penduduk kampung yang tidak ada kena mengena langsung dengan Ladang Rakyat yang di panggil untuk menerima wang bantuan.

Kenapa acara di ubah penyerahan wang bantuan.. kenapa tak serahkan duit ladang rakyat kepada peserta?

Sudah la wang bantuan E-Sinar tu hasil wang dari FELCRA (satu agensi kerajaan pusat). Di mana wang kerajaan negeri?

Di mana wang berjuta-juta yang diperolehi dari hasil balak?

Lagi satu, siapa peserta Ladang Rakyat?

Benarkah sudah ada peserta Ladang Rakyat?

Atau Ladang Rakyat di cetuskan apabila penduduk kampung bising mengenai kegilaan pembalak Pas Kedah menebang balak di Gunung Inas?

Gunung Inas sudah botak di kerjakan oleh pembalak, hasil "BALAK ANUGERAH" dari kerajaan negeri dan di halalkan pula dengan "PROJEK LADANG MENIPU RAKYAT".

Namun peserta hasil dari Ladang Rakyat, seorang pun kita tak tahu. Entah wujud, atau tidak.

Boleh Pas Kedah terangkan perkara ini bagi jelas?

Apakah ada penipuan terancang mengenai hal ini.

McTheory:
Banyak lagi hal mengenai Ladang Rakyat yang akan didedahkan pada masa hadapan..

TUDIAA!! DISEBABKAN NIK AZIZ REMAJA BERZINA DALAM MASJID TANDAS??

Posted: 28 Dec 2011 02:12 AM PST


Dunia makin teruk, makin merapu..di sebabkan Pakatan Haram. maka dah ada yang jadi imam mahadi, nabi melayu pun dah wujud.. adehh.. ni kisah remaja berzina dalam tandas masjid pulak. Orang sibuk nak sembahyang, dua ekor ni sibuk nak menyundal. Malahan ia terjadi di negeri yang di gelar Serambi Mekah pulak tu.


Ada yang kata, semua ini terjadi kerana berkat Nik Aziz.. gambar di atas pun Mc ambil dari blog Isu Politik Semasa.

Kalau korang tanya Mc.. Mc senang saja. Lu fikir la sendiri!! hehe..

McTheory:
Ini bermakna Kelantan lagi teruk rosak akhlak remajanya..

KASI PANAS!! IMAM MAHADI SEBENARNYA DI MALAYSIA?!!

Posted: 27 Dec 2011 11:12 PM PST





Huhh.. makin sesat.. makin jauh.. makin merapu..

Kalau Dap ada Khalifah Umarnya.. si Guan Eng.

Pas pula ada Nabi Melayunya Nik Aziz.

PKR pun tak kurang hebatnya, nak juga ada Imam Mahadi..

Homoseksual macam Anwar di gelarkan Imam Mahadi? Biar betul ni bro?.. hehe..

McTheory:
Siapa pula puak ni nak gelarkan Nabi Isa pula nanti?

TERPANAS!! MELAWAT PROJEK HANTU DI KEDAH PART 2!!

Posted: 27 Dec 2011 08:12 PM PST

Alhamdullilah.. akhirnya "Projek Hantu" bersambung juga. Kenapa Mc panggil ini projek hantu? Lihat gambar di bawah, ada nampak manusiakah?

Bangunan apa ni?



Nampak kosong saja..

Takkan langsung takdak orang?

A'a.. la.. kosong..

Kenapa di biarkan kosong?

Jadi tempat kegiatan yang tak elok ni..

Rasanya dah 90% siap..

Apa dah jadi sebenarnya?

Untuk pengetahuan semua, projek ini adalah satu usaha dari kerajaan negeri Kedah yang terdahulu. Projek ini hasil daripada ilham Bekas Menteri Besar Kedah Syed Razak dibawah exco pelancongan negeri Kedah. Masalahnya projek ini dahulu berjalan lancar, hinggalah kesaat peralihan  kerajaan negeri yang telah menyebabkan projek ini 'tergendala'.

Apabila bangunan yang telah siap 90 peratus, telah tergendala dan hanya jadi gajah putih. Mc merasakan ia satu kerugian kepada rakyat dan juga kerajaan negeri.

Bangunan ini sepatutnya menjadi medan ikan bakar yang terkenal dan ia merupakan tempat tarikan pelancongan untuk singgah menjamu selera ketika menaiki river cruise yang menyisir disetiap laluan Sungai Kedah.

Berjuta telah diperuntukkan untuk membuat bangunan ini. Mungkin projek ini berjaya jika TIADA peralihan kerajaan negeri.

Apa yang menjadi persoalannya ialah, kenapa kerajaan negeri sekarang tidak menyambung semula projek ini?

Kenapa dibiarkan saja projek ini 'tergendala' tanpa pembelaan?

Apabila bangunan yang sudah siap tidak digunakan, ia akan menjadi satu penyakit baru.

Ia akan disalahgunakan menjadi tempat 'bermaksiat' atau 'menghisap dadah'.

Sewaktu tinjuan Mc ke sana, ada sepasang remaja lelaki dan perempuan keluar dari sebuah satu kedai dengan keadaan tergesa-gesa dan sambil membetul-betulkan baju.

Mc meninjau pula kedalam kedai terbabit, nampaknya tiada apa-apa yang istimewa, cuma ada kotak yang berselerak.

Apa yang dua orang remaja tadi tu buat. Main aci sembunyikah? Main dam aji kah? main konda-kondi? Atau main korek-korek, geli-geli?

Nak salahkan siapa bila jadi macam ni? Adun, Exco atau kerajaan negeri? Atau kerajaan Pas masih nak salahkan kerajaan terdahulu kerana tak siapkan projek?

Kalau kerajaan negeri sekarang masih menuding jari kepada kerajaan negeri yang terdahulu. Mc rasa, baik lepas ni, kerajaan Pas Kedah serah balik kerajaan negeri Kedah kepada BN.

Rakyat Kedah pilih Pas dulu pun disebabkan mereka mahu perubahan kearah yang baik. Tapi nampak gayanya, Pas Kedah bukan berubah kearah kebaikkan. Malah ia menjadi lebih buruk dari teruk!

Apabila rakyat mempersoalkan sesuatu perkara, kerajaan negeri dengan pantas, menuding jari kepada kerajaan terdahulu. Kerajaan yang terdahulu telah diajar hingga hilang kuasa, kerana mereka lupa akan tanggung jawab mereka.

Jika kerajaan dahulu telah di hukum. Kerajaan sekarang pulak tak buat kerja, namun asyik salahkan kerajaan dahulu. Walau teruknya kerajaan dahulu, namun ia masih lagi berjasa. Kerajaan sekarang?

Ekonomi lingkup, projek pembangunan tak ada, sosial bungkus, hal berkaitan dengan Islam pun rosak. Jadi apa yang bagus dengan kerajaan Pas Kedah sekarang?

Rasanya tak dak yang bagus..

McTheory:
Kalau kerajaan sekarang tak bagus.. tunggu apa lagi? KASI TUKAR LAA!!

Program Munajat Perdana Selamatkan Madrasah Salihiah!!

Posted: 27 Dec 2011 07:12 PM PST

Program
MUNAJAT PERDANA SELAMATKAN MADRASAH SALIHIAH akan diadakan seperti berikut:



Tarikh : 31hb Disember 2011

Waktu : 12tgh - 5ptg

Tempat : Madrasah Salihiah, Kanchut, Jalan Tambang Badak, Alor Setar, Kedah


Pengisian Program.

1. Solat Zohor dan Solat Hajat Berjemaah

2. Tazkirah khas "kemuliaan berjihad" - Ustaz Fathul Bahri Mat Jahaya

3. Alunan Marhaban dan Selawat Nabi oleh Anak Yatim

4. Kenduri Rakyat

5. Kempen mengumpul tandatangan tanda sokongan terhadap Madrasah Salihiah

6 Ceramah Khas oleh YB Zulkefli Nordin/YB Hasan Ali.

Seluruh Muslimin/Muslimat dijemput hadir beramai-ramai.



GEMPAR!! PERKARA YANG BOLEH BUAT PAS BUNGKUIH LAGI AWAI!!

Posted: 27 Dec 2011 04:12 PM PST

Manifesto Pas Kedah yang masih belum di tunaikan lagi. Namun lepas ni ada hati nak tambah janji.



BUKU SETEBAL 16MUKA SURAT INI MENGANDUNGI SEMUA PERKARA DARI PENTADBIRAN HINGGA LAH KE ALAM SEKITAR NAMUN SEMUANYA HANYALAH KENCING BELAKA


Ayat  "Tidak sedikit pun mengenepikan nilai-nilai agama"  tu boleh percaya ka? Madrasah/Surau 100 tahun pun hangpa nak roboh?

Pas biasa la.. kalau janji, dengar boleh, percaya jangan.

Lepas ni Team Media Kedah akan dedahkan Manifesto Pas Kedah.. tentang janji mereka dahulu.. apa yang mereka buat, dan apa yang mereka tak buat!

gambar Medan Tempur Kedah


McTheory:
Lebih banyak tak buat dari buat..
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...