Kedah Ke KL - MctHeory |
- GILA KHINZIR!! MAK BERKAHWIN DENGAN ANAK??
- LAA EHH!! LEPAS HARAKAHDAILY, AKHBAR HARAKAH PULAK BAKAL BUNGKUIH!!
- KASI PANAS!! VIDEO JALANRAYA KEDAH SETARAF JALANRAYA SOMALIA!!
- TUDIAA!! ANWAR BELI PANGKAT KETUA IMAM, KHALIFAH BESAR SENI SILAT GAYUNG PUSAKA?!!
- GEMPAQQ!! MAHFUZ OMAR LARI APABILA DR MASHITAH DATANG KE POKOK SENA!!
- LAGI PANAS!! KAMI PERLUKAN SOKONGAN UMAT ISLAM DI MALAYSIA!!
- EKSKLUSIF!! UMNO MENENTANG KEZALIMAN PAS TERHADAP UMAT ISLAM KEDAH!!
- TUDIAA!! PAS MAKIN CELARU, AHLI HARU BIRU!!
- HILANGNYA SEORANG TOKOH ISLAM YANG MENYINAR!! - Al Fatihah
GILA KHINZIR!! MAK BERKAHWIN DENGAN ANAK?? Posted: 24 Dec 2011 10:08 AM PST Dunia akhir zaman, mak kawin dengan anak? memang gila babis kot. Punya la banyak jantan dalam dunia ni, dengan anak sendiri juga dia nak MAIN. Si Anak pun jadi lembu, mak ko tu.. takkan tu pun ko teringgin? bonggok sungguh laa... dah kedut habis dah tu.. | ||||
LAA EHH!! LEPAS HARAKAHDAILY, AKHBAR HARAKAH PULAK BAKAL BUNGKUIH!! Posted: 24 Dec 2011 06:38 AM PST Selepas portal rasmi puak tegar Pas Haramkahdaily di laporkan ranking Alexanya merudum. Bagi yang belum baca boleh klik SINI untuk baca. Ini ada satu lagi berita mengemparkan apabila akhbar rasmi Pas, iaitu Haramkah juga dikatakan jualannya teruk merudum. Sumber dalaman memberitahu penulis satu berita yang amat membimbangkan mengenai perkembangan Harakah, iaitu akhbar rasmi parti PAS. Akhbar ini pernah mendapat sambutan hangat pada tahun 1999 dengan cetakan 400,000 nashkah sekali terbit kerana rakyat mendambakan berita alternatif yang lebih terbuka dan adil. Namun, akhir-akhir ini cetakan Harakah khabarnya hanya sekitar 100,000 naskhah bagi setiap keluaran manakala jualan bersih secara purata adalah sekitar 80,000 naskhah yang mana hampir sama dengan akhbar New Straits Times. Ini adalah sesuatu yang tidak sihat bagi Pakatan Rakyat terutama dalam keadaan pilihanraya umum yang semakin hampir. Kadar jualan bersih Harakah ini adalah jauh lebih rendah berbanding akhbar-akhbar berbahasa Melayu yang lain seperti Utusan Malaysia (170,000 sehari), Berita Harian (160,000 sehari) dan Sinar Harian (180,000 sehari). Pastinya ini adalah tamparan hebat bagi Harakah setelah kempen menolak akhbar-akhbar perdana pro-kerajaan terus giat dijalankan. Ada yang menganggap bahawa perkembangan ini adalah berpunca dari trend pembacaan rakyat yang lebih gemarkan bahan ringan dan kurang minat lagi dengan berita-berita politik. Ini boleh dibuktikan dengan peningkatan berterusan jualan akhbar-akhbar tabloid seperti Harian Metro dan Kosmo di sebalik kemerosotan jualan akhbar-akhbar yang dianggap serius. Namun begitu, ini tidak bermakna yang pengurusan Harakah harus mengambil ringan perkembangan ini kerana ia mungkin berkait rapat dengan hasil kajiselidik beberapa pihak yang mendapati populariti pemimpin-pemimpin utama Pakatan Rakyat (PR) terus merosot dari sehari ke sehari. Penulis bimbang, trend kemerosotan jualan ini nanti dianggap sebagai petunjuk bahawa sokongan terhadap PAS dan PR juga semakin merosot. Melalui cakap-cakap santai di laman sosial, kita mendapati bahawa terdapat di kalangan rakyat yang membandingkan mutu berita-berita yang dipaparkan di Harakah yang dikatakan jauh lebih rendah dan kadangkala tidak boleh dijadikan sandaran berbanding Malaysiakini dan The Malaysian Insider. Ini kerana cara penulisan dan persembahan wartawan mereka yang disertai fakta-fakta yang lebih menyakinkan menyebabkan populariti kedua-dua portal tersebut terus kekal tinggi sedangkan Harakah lebih gemar menulis secara am dan rambang. Mungkin ini juga adalah petanda bahawa rakyat, terutama bangsa Melayu yang membaca Harakah kini terdiri dari generasi baru yang tidak lagi berminat dengan gaya penulisan akhbar itu yang tidak banyak berubah sejak 15 tahun dahulu. Selain itu, secara dasarnya, akhbar Harakah juga terlalu ekstrem dalam memaparkan berita politik melalui pandangan sehala semata-mata sedangkan rakyat lebih gemarkan akhbar yang kelihatan lebih terbuka dengan memaparkan berita dari kedua-dua belah pihak. Ini terbukti dengan tindakan Harakah yang seolah-olah menutup berita mengenai kemelut Dato' Dr. Hasan Ali walaupun beliau diberi tempat di Utusan Malaysia dan juga TV3 untuk menjelaskan kedudukannya di dalam parti. Selain dari faktor-faktor di atas, faktor keluaran dua kali seminggu juga mungkin perlu diambilkira oleh pengurusan Harakah dalam menangani masalah kemerosotan jualan. Apapun, Pengerusi Harakah, iaitu Datuk Mustafa Ali harus bertanggungjawab atas kemerosotan jualan akhbar rasmi parti ini. Jika perlu, mungkin beliau harus meletakkan jawatan bagi membolehkan rombakan besar-besaran dapat dilakukan untuk mengembalikan semula kegemilangan Harakah. -mynewshub McTheory: Siapa nak baca, kalau asyik bohong dari muka depan sampai ke belakang.. | ||||
KASI PANAS!! VIDEO JALANRAYA KEDAH SETARAF JALANRAYA SOMALIA!! Posted: 24 Dec 2011 04:33 AM PST Dulu Ustaz Azizan kata dia nak buat Kedah macam Belanda. Namun hasrat beliau tak tercapai apabila projek pertanian di Kedah, gagal mencapai tahap yang ditetapkan. Bukan kata nak sampai tahap Belanda. Suku Belanda pun takdak!.. Namun cuma ada satu saja yang taraf antarabangsa di Kedah sekarang ni. Iaitu jalanrayanya.. Jalanraya di Kedah, dah sama taraf dengan jalanraya di Somalia.. tak percaya? tengok video di atas. Kerajaan Pusat memperuntukan RM150 juta untuk baiki jalan. Namun hanya lebih 50 juta sahaja yang kerajaan Kedah gunakan untuk jalan. Selebihnya, dikatakan membayar gaji kakitangan kerajaan negeri. Tah betul ke tidak.. Kata duit balak berjuta-juta, takkan nak bayar gaji kakitangan pun sapu duit peruntukan pusat kot? Macam mana la puak ni tadbir negeri? McTheory: Kedah Sejahtera, Rakyat Sengsara!! | ||||
TUDIAA!! ANWAR BELI PANGKAT KETUA IMAM, KHALIFAH BESAR SENI SILAT GAYUNG PUSAKA?!! Posted: 24 Dec 2011 12:12 AM PST Orang luar Kedah mungkin tak tahu cerita sebenar. Kedatangan Anwar ke Kedah untuk ditabalkan sebagai Ketua Imam, Khalifah Besar Seni Silat Gayung Pusaka sebenarnya ditolak oleh kebanyakan pengiat seni silat. Khabarnya banner yang menyambut kedatangan Anwar dan lambang persatuan silat yang dinaikkan oleh PKR, telah dibuang oleh anak-anak silat gayung pusaka yang tidak menyokong Anwar. Mereka berbuat demikian untuk memprotes dan menolak Anwar datang ke tempat mereka. Namun Anwar berhelah lagi dengan menjolok masuk RM10,000 sebagai pelincir bagi menjaminkan kedatangannya tidak disekat. Mc taknak tuduh siapa yang ambil duit tu.. hanya tuan punya badan saja yang tahu. Walau anak-anak tak suka, tapi Tok Gurunya dada terbuka, lalu dari lawatan, terus jadi pertabalan.. dalam pada itu Anwar sempat memberikan ucapan terima kasih yang terlalu panjang dan seolah-olah menjadi pentas ceramah menghentam UMNO/BN. Paling menyedihkan kedatangan Anwar itu di sambut oleh dua orang ketua bahagian UMNO Kedah. Malah ketika Anwar berceramah menghentam UMNO, dua ketua bahagian ini hanya mampu berdiam diri dan terpaku seolah terpesona dengan kata-kata Anwar. Mc teringgin nak tanya pada kedua-dua Ketua Bahagian tu.. apa yang anda fikir semasa Anwar sedang mengutuk UMNO di hadapan anda? Anda menjawat jawatan sebagai Ketua Bahagian, malu la parti sedang di fitnah, di hina, anda hanya berdiam diri dan cabut lari. Layakkah jawatan itu dengan anda? Kedua-dua ketua bahagian tersebut, dulu adalah orang kuat Anwar. Taktau la kalau mereka berdua tu masih 'berperasaan' untuk bersama Anwar. Patut la dalam senarai pilihan untuk menjadi calon, nama mereka langsung takdak. Memang patut pun.. McTheory: Naik geli dengar Anwar jadi Ketua Imam dan Khalifah.. giloss.. | ||||
GEMPAQQ!! MAHFUZ OMAR LARI APABILA DR MASHITAH DATANG KE POKOK SENA!! Posted: 23 Dec 2011 09:32 PM PST Pssttt.. Ni nak habaq kat hangpa satu cerita panasss.. tentang calon ahli parlimen Pokok Sena. Orang Pas Pokok Sena confident depa bole menang lagi PRU ke 13 ni. Sebab apa depa kata macam tu? Sebabnya depa tahu bahawa UMNO Bahagian Pokok Sena ada masalah dalaman yang serius dan perlu di selesaikan. Mc taknaklah sentuh apa masalahnya, walaupun tangan ni terketar-ketar nak menaip memaki hamun bahagian sana tu. Tapi bab hal bahagian bermasalah, kita serahkan kepada Presiden dan pucuk pimpinan parti untuk membuat tindakan. Kami hanya jadi pemerhati dan memberi sokongan penuh kepada presiden parti untuk menyelesaikan masalah bahagian Pokok Sena. Nak pancung ka, nak cantas ka, nak pijak ka, itu terpulang pada kebijaksanaan DS Najib. Cuma untuk memudahkan UMNO merampas semula parlimen Pokok Sena. Hasil dari risikan sendiri Mc bersama Team Media Kedah, ramai akar umbi yang mahukan calon 'heavyweight' dari UMNO turun bertanding di situ. Calon yang paling sesuai ialah DR Mashitah Ibrahim. Kerana beliau sememangnya asal lahir dari parlimen Pokok Sena dan bapa beliau diantara orang kuat UMNO di cawangan Alor Malai. Dengan kebijaksanaan Dr Mashitah dan kepopularitinya dalam bidang agama. Mc percaya, Pas dan Mahfuz Omar akan lompat lebih tinggi dari biasa dalam bahasa kasaqnya 'terkejut beruk'. Bak langit dan bumi kalau kita nak bandingkan akademik Mahfuz Omar dengan Dr Mashitah. Dr Mashitah mempunyai PHD, dan Mahfuz Omar hanya ada SRP kalau Mahfuz punya PHD pun hanyalah buatan sendiri (Perasaan Hasad Dengki). Mahfuz Omar ni Mc dengar cerita, pandu kereta sendiri pun tak gheti. Bini dia yang dok usung sana-sini. Betui ka? Kalau betui, kesian la puak Pas ni, bodoh macam tu pun puak Pas boleh pi angkat jadi pemimpin.. adoii laa.. Kalau benar bagai dikata, Dr Mashitah calon untuk parlimen Pokok Sena, Mc dan rakan bloggers dari Team Media Kedah menyokong 500% dan Mc percaya, akar umbi di Pokok Sena pun akan turut berbuat demikian. Namun semuanya bergantung kepada kebijaksanaan Presiden parti untuk membuat keputusan. Rasanya kalau Dr Mashitah di Pokok Sena, Mahfuz Omar nak tetap di situ tak? hmm.. McTheory: Kita bagi Mahfuz Omar lompat jauh sikit.. hehe.. | ||||
LAGI PANAS!! KAMI PERLUKAN SOKONGAN UMAT ISLAM DI MALAYSIA!! Posted: 23 Dec 2011 08:12 PM PST Salam pada semua pembaca.. Mc hari ini merayu dan meminta sokongan padu dari Umat Islam di seluruh Malaysia bagi menyatakan sokongan peribadi dengan menghantar sms nama dan no handphone anda ke 011-14717736. Semua ini hanyalah untuk memperkuatkan lagi sokongan terhadap Badan Bertindak Selamatkan Madrasah Salihiah. Lagi ramai yang menyertai, lagi kuat suara kita! Jangan Benarkan satu lagi simbol syiar Islam Kedah di robohkan dan tanah wakaf di rampas, semata-mata untuk membina sebuah shopping kompleks. Semuanya disebabkan tamak dan kejamnya kerajaan Pas di Kedah!! Pada yang masih terkapai-kapai tak tahu apa cerita mengenai Madrasah ini.. boleh baca kat link bawah ni.. http://kedahkekl.blogspot.com/2011/12/terpanas-pas-kedah-tetap-mahu-roboh.html http://kedahkekl.blogspot.com/2011/12/eksklusif-yb-zul-noordin-bersama-pihak.html http://kedahkekl.blogspot.com/2011/12/eksklusif-yb-zul-noordin-bangkit.html http://kedahkekl.blogspot.com/2011/11/gempar-madrasah-salihiah-kanchut-sudah.html McTheory: Juga meminta rakan-rakan blogger untuk meletakkan logo SMS (Selamatkan Madrasah Salihiah) bagi menyatakan sokongan! | ||||
EKSKLUSIF!! UMNO MENENTANG KEZALIMAN PAS TERHADAP UMAT ISLAM KEDAH!! Posted: 23 Dec 2011 06:12 PM PST Pagi semalam di Madrasah Salihiah, diadakan aktiviti memasak bubur asyura dari Badan Bertindak Selamatkan Madrasah Salihiah. Dalam sedang mengacau bubur tu, tiba-tiba Datuk Paduka Ahmad Bashah turut datang memeriahkan majlis.
Kedatangan Datuk Paduka Ahmad Bashah ke Madrasah, sebagai pengerusi perhubungan UMNO negeri Kedah. Untuk menyatakan sokongan rasmi UMNO Kedah kepada kempen Badan Bertindak bagi berusaha menyelamatkan Madrasah yang bersejarah ini. Dalam masa yang sama, Datuk Paduka Ahmad Bashah juga merasmikan Facebook Selamatkan Madrasah Salihiah dengan menjadi orang pertama yang menaip perkataan "Saya Sokong!"
Tak payah Mc nak menaip panjang-panjang apabila Mc sertakan sekali video Datuk Paduka Ahmad Bashah yang menyatakan sokongan kepada pihak Madrasah dan akan turut sama berjuang bagi mempertahankan syiar Islam daripada di perkotak-katikan kerajaan Pas Kedah. | ||||
TUDIAA!! PAS MAKIN CELARU, AHLI HARU BIRU!! Posted: 23 Dec 2011 04:12 PM PST Nampaknya Pas makin lama makin haru biru. Baru kini Dewan Ulama Pas menunjukkan perasaan sebenar mereka terhadap pucuk pimpinan parti yang selama ini menyokong kumpulan edrogan sehingga parti yang dulunya menyokong Islam berubah lebih menyokong Dap! Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib tetap dengan pendiriannya mempertahankan bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali dan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa walaupun kedua-duanya dikecam hebat oleh kepimpinan parti berkenaan. Malah beliau tetap berpendapat bahawa kedua-dua pemimpin berkenaan masih diperlukan oleh Pas dan begitu juga sebaliknya. "Sepertimana saya katakan sebelum ini, saya tetap berpendapat bahawa Pas masih perlukan Hasan dan Nasharuddin, begitu juga mereka masih memerlukan Pas. "Ini bermakna kedua-dua belah pihak masih saling memerlukan antara satu sama lain," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. Beliau mengulas mengenai Hasan dan Nasharuddin yang kini menjadi sasaran beberapa pemimpin tertinggi Pas ekoran tindakan mereka yang menyentuh soal dasar perjuangan parti berkenaan yang didakwa sudah terpesong daripada landasan sebenar. Semalam, Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali menjelaskan, beliau mempunyai bukti kukuh untuk mengaitkan Hasan yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor dengan agenda UMNO. Malah Hasan turut menjadi sasaran Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar yang menyifatkan tindakan beliau (Hasan) menyentuh dasar perjuangan Pas sebagai pengisytiharan perang terhadap parti itu dan beliau dinasihatkan agar 'angkat kaki'. Kelmarin, Nasharuddin pula menyelar tindakan pihak tertentu dalam parti itu yang cepat melatah dan menuduh tindakannya menyuarakan pandangan berbeza daripada pucuk pimpinan sebagai terperangkap dalam agenda UMNO. Harun seterusnya yakin kemelut yang melanda parti itu sekarang akan dapat diselesaikan dengan baik sambil menyifatkannya sebagai perkara biasa dalam mana-mana parti politik. "Apa yang berlaku ini (membabitkan Hasan dan Nasharuddin) umpama kacau air di dalam cawan hingga air itu berkocak. Biasalah, kita kena letak gula atau susu sebelum kacau air itu hingga berkocak. "Apabila letak gula dan susu, baru air itu sedap untuk diminum dan begitu juga dengan apa yang berlaku dalam Pas sekarang," tambahnya. McTheory: Lepas tu tuangkan dalam cawan UMNO, lagi sedap nak minum.. he he he.. | ||||
HILANGNYA SEORANG TOKOH ISLAM YANG MENYINAR!! - Al Fatihah Posted: 23 Dec 2011 01:18 PM PST Innalillah.. terkejut Mc dengan pasal berita ni.. Sebak pun ada.. Mc meyanjungi beliau sebagai seorang Ulamak yang low profile.. baik dan lembut orangnya.. AL-FATIHAH Allahyarham Haji Abdul Hamid Bin Haji Othman,telah kembali ke rahmatullah pada pukul 5.00 petang hari ini.dan jenazah akan di bawa ke rumah anak allahyarham di Puchong. di khabarkan Arwah terkena serangan sakit jantung BIODATA Tan Sri Haji Abdul Hamid Bin Haji Othman Tan Sri Dr. Haji Abdul Hamid b. Haji Othman dilahirkan pada 21 Julai 1939 di Kampung Kemelong, Mukim Sik, Kedah. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Sik sehingga tamat darjah lima pada tahun 1952. Kemudiannya menyambung pelajarannya di sekolah berpengantar Bahasa Arab di Madrasah AI-Nahdah Bukit Besar sehingga tahun 1954. Di bawah asuhan Tuan Shaik Othman Al-Yunusi atau lebih dikenali sebagai 'Pak Man Bukit Besar' ini, beliau telah terpilih untuk menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi di Madrasah Idrisiah Kuala Kangsar, Perak sehingga tahun 1956. Kecemerlangannya sebagai pelajar telah membuka peluang kepada beliau untuk melanjutkan pelajaran di Kolej Islam Kelang pada tahun 1959 sehingga tahun 1962 dan berjaya memperolehi Sijil Tinggi Agama dan Diploma Pendidikan. Tan Sri Hj Abdul Hamid juga berjaya memperolehi 'Lower Certificate of Education' dan Sijil Senior Cambridge secara persendirian. Pada tahun 1961, beliau telah terpilih mendapat tawaran pertama biasiswa Kerajaan Malaysia untuk belajar di Universiti AI-Azhar bersama empat orang lagi pelajar Malaysia di dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Perundangan Islam. Tan Sri Hj Abdul Hamid b. Hj Othman kemudiannya telah ditawarkan biasiswa di bawah Skim Latihan Tenaga Pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia untuk melanjutkan pelajaran di University of St. Andrew, Scotland dan memperolehi Ijazah Ph.D. Kerjaya: Guru di Sekolah Menengah Tunku Ampuan Rahimah Kelang Beliau telah ditukarkan untuk mengajar di Kolej Islam Kelang (1970-1971) Pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia Beliau dengan rasminya dilantik menjadi Pengetua Maktab Perguruan Islam yang pertama (1977) Beliau telah diberi mandat untuk menjawat jawatan sebagai Pengarah Pendidikan Islam di Kementerian Pendidikan(1981-1984) Mengetuai Pusat Islam Malaysia di Jabatan Perdana Menteri sebagai Ketua Pengarah, Bahagian Hal Ehwal Islam. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Penasihat Agama kepada Perdana Menteri Penglibatan Politik : Memenangi Pilihanraya Kebangsaan (1990) Ahli Majlis Tertinggi UMNO Penglibatan Pertubuhan Sosial dan Profesional : Pengerusi Koperasi Muslimin Setiausaha Yayasan Nadwah, Akademi Islam (NADI) Berhad Pengerusi Jemaah Hakim Majlis Tilawah Peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa Mempunyai kegemaran bermain golf dan membaca, serta aktif dalam bidang penulisan. Sebagai mengenang sumbangan dan jasa bakti beliau terhadap negara beliau dianugerahkan pingat dan darjah kebesaran iaitu P.P.T., K.M.N., J.S.M., S.M.G., D.S.D.K yang membawa gelaran Dato', D.H.M.S dan P.S.M yang membawa gelaran Tan Sri |
You are subscribed to email updates from Kedah Ke KL To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment