Kedah Ke KL - MctHeory |
- KASI PANAS!! VIDEO YANG BUAT MAK LAMPIR DAN RAFIZI TERKENCING!!
- TUDIAAA!! ORANG MUDA MENGEGARKAN BERBAHASAN DI P.A.U!!
- EKSKLUSIF!! DR ZAMBRY ADA FORMULA UNTUK KEMENANGAN BN DI PERAK!!
- PANAS DAN EKSKLUSIF!! DR ZAMBRY MENDEDAHKAN FORMULA KEMENANGAN DI PERAK!!
- KASI PANAS!! PENCERAMAH PAS DAH KENA PENYAKIT GILA BABI!!
- GEMPAR!! MCA IMPORT PELAKON LUCAH UNTUK KUATKAN PARTI??
KASI PANAS!! VIDEO YANG BUAT MAK LAMPIR DAN RAFIZI TERKENCING!! Posted: 02 Dec 2011 08:11 AM PST | ||||||||
TUDIAAA!! ORANG MUDA MENGEGARKAN BERBAHASAN DI P.A.U!! Posted: 02 Dec 2011 05:25 AM PST
Mc tak sempat mengulas panjang mengenai dua orang muda berbahas tadi. Namun ulasan dan perbahasan yang mereka lakukan amat bertenaga dan mengegarkan dewan yang agak suram pada mulanya. Wakil Puteri amat bertenaga, pidatonya menyusuk kalbu semua perwakilan yang ada di dewan. Manakala Wan Mohamad pulak bijak berbicara dan secara santai mengupas semua isu sambil ada kalanya menghentam pembangkang. Terutamanya Pas. Satu ayat yang menjadi tepukan ramai ialah "Parti mengaku Islam tapi buat kerja tak macam cara Islam".. baca petikan dari Bernama..untuk kupasan lanjut.. Puteri Umno , Jumaat mencadangkan supaya peremajaan dan penjenamaan semula parti dilakukan dengan menilai semula program Umno agar ia bersesuaian dengan citarasa golongan muda. Wakil Puteri Umno Wan Salwati Abdullah berkata usaha itu perlu kerana golongan muda boleh memberi nafas baru kepada Umno untuk memastikan ia terus hidup subur bagi meneruskan perjuangannya. "Untuk memenangi hati generasi muda, Umno perlu menyusun langkah lebih berkesan, setiap program hendaklah berdasarkan citarasa mereka supaya terus bersama dan menyertai kita," katanya ketika membahaskan usul ucapan dasar Presiden pada Perhimpunan Agung Umno 2011, Jumaat. Wan Salwati berkata pemikiran kalut, kuno atau cepat melatah perlu dihapuskan dan sikap keterbukaan yang bukan dibuat-buat perlu ditonjolkan supaya golongan muda tidak rasa terpinggir. "Janganlah bila orang muda bersuara kami dilabel sebagai anak kecil yang ingin mengajar orang dewasa namun inilah realiti yang harus diterima sekarang... kami juga perlu diberi peluang atau kepercayaan," katanya. Katanya zaman menghimpunkan puluhan ribu hadirin di padang untuk menyambut ketibaan pemimpin sudah berakhir kerana sekarang adalah zaman menghargai pemimpin yang boleh berjabat salam, berbincang serta menjawab "Twitter" dan "Facebook". "Zaman sekarang adalah zaman menyanjung pemimpin yang dilabelkan "cool" apabila meluangkan masa bermain futsal dengan generasi muda dan bukan lagi zaman untuk terus mengherdik, mencaci dan hanya tahu melihat kesilapan golongan muda," "Kalau Perdana Menteri yang sibuk dengan tugas boleh meluangkan masa bersama menonton perlawanan bola sepak, kenapa tidak kaedah sama direalisasikan semua pemimpin di peringkat negeri, bahagian atau cawangan," katanya. Wakil Kelab Umno Luar Negara Wan Mohamad Azam Wan Rosdy berharap barisan pucuk pimpinan Umno dapat memberi perhatian kepada golongan muda dengan memahami serta membimbing mereka. Katanya golongan muda mempunyai semangat juang yang tinggi dan sanggup berbuat apa sahaja tanpa mengira apa pun yang menanti di hadapan mereka. "Tak kira sarang tebuan atau apa, walau ayah kata jangan panjat, kita panjat juga. Bila dah jatuh, dah sakit, baru terngadah. Tapi kalau tak jatuh, tak tahu, tak kenal dan tak cinta. Kami dalam proses mengenali parti, bimbinglah kami," katanya. McTheory: Jangan pinggirkan yang muda, jangan ingat muda takdak isi.. | ||||||||
EKSKLUSIF!! DR ZAMBRY ADA FORMULA UNTUK KEMENANGAN BN DI PERAK!! Posted: 02 Dec 2011 01:11 AM PST Mc berjanji untuk mendedahkan rahsia besar yang Dr Zambry simpan, formula bagi menentukan kemenangan BN di Perak. Nak tahu apakah itu.. baca ler..
Ternyata bajet 2012 yang di bentangkan oleh Dr Zambry pada sidang Dun Perak yang lepas telah membuat pembangkang Perak terutamanya si rasis adun Dap terkedu dan seolah terkejut dengan budget yang Dr Zambry bentangkan tempohari. Inilah formula yang bakal menentukan kemenangan besar BN di Perak. Bajet negeri Perak menrangkumi semua sektor, meningkatkan ekonomi 12% bagi menjana kemajuan negeri, Modal insan dibahagikan sebanyak 10%, infrastruktur bagi kemudahan rakyat Perak dianggarkan sebagai 25% dari budget. Paling besar, dan separuh pada bajet 50% bajet negeri Perak adalah untuk RAKYAT!! Inilah yang dipanggil kerajaan berkebajikan.
Petikan Berita dari Berita Harian DEWAN Undangan Negeri (DUN) dimaklumkan Bajet Negeri Perak 2012 berjumlah RM915.26 јυtа yang dibentangkan tempohari, аdаlаh bajet tertinggi dalam sejarah negeri іtυ. Ahli Dewan Undangan Negeri Pengkalan Hulu, Tan Sri Mohamad Tajol Rosli Ghazali, berkata peruntukan pembangunan berjumlah RM321 јυtа јυgа mencatat sejarah, ѕеkаlі gus membuktikan kemampuan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menerajui negeri, walaupun agak bаrυ memegang jawatan іtυ. "Bajet 2009 (dibentangkan pakatan pembangkang ketika memerintah Perak) hanya memperuntukkan RM711.84 јυtа dеngаn peruntukan pembangunan RM175.84 јυtа. "MB (Zambry) bаrυ memegang jawatan іtυ раdа Februari 2009, tеtарі berjaya meningkatkan peruntukan bajet, maka ѕауа ucapkan tahniah раdа Kerajaan Perak dаn ѕауа ѕесаrа peribadi berbangga раdа Zambry dаn mahu mengatakan, ѕауа berbangga dеngаn аndа (Zambry)," katanya Tajol Rosli berkata, bajet bersejarah yang dibentangkan semalam аdаlаh yang terbaik dаn beliau kagum terhadapnya. Beliau ѕесаrа sinis berkata, "Semalam ѕауа dengar sebelah ѕаnа (pembangkang) kata іnі bajet pilihan raya, jadi jika betul, ѕауа nak ucap tahniah kеrаnа іnі menunjukkan bajet rakyat. "Belum pernah dі sebelah ѕаnа kata bajet pilihan raya dalam DUN, (biasanya) іnі disebut dі Parlimen saja, tеtарі bila mеrеkа sebut dalam DUN, ѕауа nak ucap tahniah ѕеkаlі lаgі," katanya. Nampak sangat pembangkang kehabisan modal untuk menghentam bajet yang dibentangkan oleh kerajaan negeri Perak. Bajet ini akan menjadi formula kemenangan Dr Zambry, dalam temubual yang dibuat semalam, Dr Zambry tampak begitu yakin dengan apa yang dirancangnya. Ada satu soalan cepu emas yang diajukan kepada Dr Zambry semalam, "Apakah Dr Zambry yakin BN akan menang di Perak?" Sambil tersenyum beliau menjawab, "Insyallah rakyat Perak akan menilai yang mana kerajaan yang mampu menjaga rakyat. Kalau kita ikhlas Insyallah"..(BN akan berjaya).. Jawapan paling selamat, nampak dari riak mukanya yang cool itu. Mc rasanya beliau yakin dengan apa yang beliau lakukan. McTheory: Selamat Berjaya Dr Zambry.. | ||||||||
PANAS DAN EKSKLUSIF!! DR ZAMBRY MENDEDAHKAN FORMULA KEMENANGAN DI PERAK!! Posted: 01 Dec 2011 10:12 PM PST Sesi temubual yang dibuat secara santai bersama MB Perak yang terkenal dengan perwatakkan rilek dan cool. Walaupun beliau sering ditekan oleh pembangkang di Perak. Namun sikap kepimpinan dan tidak mudah mengelabah membuatkan beliau makin digeruni oleh pembangkang Perak. Ternyata dengan sikap beliau yang cool itu, beliau juga adalah seorang 'pahlawan' yang tidak mudah mengalah. Lagi di tekan, lagi menjadi. Beliau mendedahkan 'rahsia' besar kepada kami semalam, dengan mengatakan beliau ada formula kemenangan untuk BN pada PRU ke 13. Apakah formula tersebut? Tunggu posting selepas ini.. Pukul 5 nanti.. Sabar separuh pada iman.. | ||||||||
KASI PANAS!! PENCERAMAH PAS DAH KENA PENYAKIT GILA BABI!! Posted: 01 Dec 2011 07:11 PM PST Berceramah menjerit terlolong. Serupa kena isim pun ada jugak. Bila ketaksuban melebihi segalanya yang buruk pun dikatakan baik. Ada ka patut puak Pas ni kata Nik Aziz ni setanding Nabi Muhammad? ishhh... Memang benar Ulamak pewaris Nabi, namun lihat juga Ulamak yang macam mana, kalau Ulamak politik macam Nik Aziz ni dapatkah kita mengangkat darjatnya sebegitu? | ||||||||
GEMPAR!! MCA IMPORT PELAKON LUCAH UNTUK KUATKAN PARTI?? Posted: 01 Dec 2011 04:17 PM PST Pada Mesyuarat Pemuda MCA yang lepas, semua mata terpegun dan tertanya-tanya mengenai kehadiran beliawanis MCA yang tampil bak model hadir kedalam dewan semasa mesyuarat berlangsung. Belum pun meminta penjelasan dari pihak pemuda MCA, ada portal dan blogger pembangkang yang cuba memfitnah dengan mengatakan beliawanis tersebut adalah upahan yang mahu menarik perhatian banyak pihak. Ditambah lagi dengan fitnah yang mengatakan bahawa beliawanis MCA itu adalah model-model seksi dan lucah yang dibeli untuk menarik perhatian orang muda menyertai MCA. Betul kah dakwaan mereka? Kita tengok gambar mereka dulu..
Dakwaan dan tohmahan pembangkang itu di tolak mentah-mentah oleh ketua Beliawanis MCA, Tee Hooi Ling menolak dakwaan bahawa wanita berkenaan bukan ahli bona fide parti tersebut. "Hal ini tidak benar, mereka adalah semua ahli. Jika tak silap, ada antara mereka adalah dari bahagian Subang. Saya tidak tahu bagaimana orang boleh tergamak membuat dakwaan seumpama itu," katanya. Tee berkata bahawa ia "sangat menjijikkan" untuk netizens (warga di internet) mempersoalkan keanggotaan wanita berkenaan semata-mata kerana mereka berpendapat wanita itu cantik. Katanya, ahli-ahli Beliawanis itu hadir pada Sabtu lalu kerana menerima jemputan Pemuda MCA yang akan membuka sayap itu kepada ahli-ahli wanita tahun depan. "AGM hanya untuk perwakilan pusat, dan Beliawanis daripada beberapa bahagian telah dijemput ke Mesyuarat Agung Tahunan untuk menjadi pemerhati," katanya. Walau bagaimanapun Tee tidak pasti bahagian-bahagian yang dijemput itu. Menurut beliau gambar-gambar ahli Beliawanis MCA yang terpampang di dada akhbar itu adalah ahli "yang agak baru", sambil menambah bahawa Pemuda MCA boleh mula merekrut ahli-ahli wanita sebelum dasar itu menjadi rasmi. Penjelasan tersebut menafikan fitnah pembangkang yang selama ini bermain dan berlegar-legar di alam maya ini. Sudah resam pembangkang, tidak boleh melihat parti komponen BN lebih sikit daripada mereka. Ada saja yang mereka nak fitnah!! McTheory: Lepas ni jangan terkejut kalau Anwar dan Dap import China Doll berpakaian seksi join dorang pulak.. hehe.. |
You are subscribed to email updates from Kedah Ke KL To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment