Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


KASI GEGAR!! HARAKAH BAKAL GULUNG TIKAR!!!

Posted: 01 Dec 2011 07:45 AM PST




Artikel dan kajian ini menunjukkan impak yang jelas serta penolakkan pembaca internet terhadap portal dan kitab nombor satu Pas itu semakin merudum rankingnya. Walau apa pun alasan yang diberi, mengikut kajian yang dibuat. Haramkahdaily sudah kehilangan hampir 100,000 pembaca sehari.


Mereka mengkaji dan mencari sebab musabab tentang kejatuhan ranking haramkah. Bagi Mc, kejatuhan portal nombor satu Pas itu ada kesan dengan arus perubahan alam maya yang lebih terdorong untuk menyebelahi portal dan bloggers pro kerajaan BN.

Pembaca sekarang lebih bijak menilai, berita mana yang berkualiti dan boleh dipercayai. Siapa nak baca berita yang asyik mengutuk dan memfitnah tanpa henti? Kemudian memuji pemimpin kesayangan mereka sehingga nak termuntah kita baca walaupun pemimpinnya itu tak betul.

Kalau berterusan begini, iklan-iklan di haramkahdaily pasti akan ditarik balik. Mana ada orang nak iklan diportal yang dah tak laku? Baik cari portal yang tengah top sekarang ni.

Pastinya kemorosotan haramkah ada kena mengena dengan sokongan rakyat terhadap Pas.

Ini petanda buruk bagi Pas!!

McTheory:
Bersiap sedialah angkat bungkus pada PRU nanti wahai Pas..

GEMPAR!! BENARKAH BN KEDAH BEGITU TERUK BERBANDING PAS???

Posted: 01 Dec 2011 05:11 AM PST



Kejatuhan atau kemerosotan undi kepada Barisan Nasional di Negeri Kedah bukanlah atas faktor rakyat menolak kepimpinan UMNO dan Barisan Nasional tetapi rakyat menghadapi satu sindrom di mana tidak dapat memilih parti manakah yang dapat mentadbir dengan baik di negeri kedah.

Dalam pada itu juga rakyat kedah terpedaya dengan manifesto pas dan pakatan pembangkang yang mengambil kesempatan akibat kesempitan dengan kos sara hidup yang meningkat mendadak pada masa itu dan kenaikkan tinggi  harga minyak akibat kegawatan ekonomi dunia.

Jadi pengundi terpaksa membuat pilihan sama ada undi pakatan atau BN mahupun memboikot undi tersebut.Di sini pmk ada membuat sedikit analisa yang di perolehi dari salah seorang sumber di kedah


JUMLAH KERUSI DEWAN UNDANGAN NEGERI KEDAH DALAM PRU 12 2008. 

NEGERI KEDAH MEMPUNYAI 36 KERUSI DUN.

PAS    =   16 KERUSI                       BN    = 14 KERUSI      
PKR    =    4 KERUSI
DAP    =   1 KERUSI

JUMLAH = 21 KERUSI                  BEBAS = 1 KERUSI

 MAJORITI MUDAH : 36 KERUSI BAHAGI 2 = 18 + 1  = 19 KERUSI
 MAJORITI 2/3   =   24 KERUSI

Maknanya BN 14 kerusi  nak menang majoriti mudah - 19 kerusi = jadi kurang 5 kerusi

5 kerusi yang kalah = i) N 26- Tanjong Dawai kalah kpd Pas         =   79 undi
                                    ii) N 24- Jeneri kalah kpd Pas                      = 167 undi
                                   iii) N 09-  Bukit Lada kalah kpd Pas              =  208 undi
                                   iv) N 27- Pantai Merdeka kalah kpd Pas      =  503 undi
                                    v) N 04- Ayer Hitam kalah kpd Pas             =  506 undi
                                   Jumlah kalah :                                1,463 undi sahaja.

UNDI ROSAK : DUN                  14,247 undi
                             PARLIMEN     15,467 undi
                             JUMLAH          29,714 undi

Daripada rujukkan di atas kita sudah boleh membaca apa sebenarnya rakyat kedah mahukan..jika dilihat jumlah kekalahan tersebut Barisan Nasional hanya kalah tipis kepada pas.walaupun jumlah undi rosak boleh dikatakan agak banyak tetapi Barisan Nasional masih mampu memenangi 14 kerusi..

Jadi ini adalah satu petanda baik bagi UMNO dan Barisan Nasional kedah merampas kembali Kedah dari Pakatan Pas,Sudah sampai waktunya Umno dan Barisan Nasional Kedah menggerakkan semua jentera yang ada di samping bantuan daripada para BLOGGER, CYTROO yang selalu bergerak kehadapan menjadi panglima menyerang dan menangkis segala tomahan yang di buat pembangkang.

PMK
BN ada harapan tawan kedah..JOM PAKAT KALEH

TUDIAA!! GAMBAR MENARIK DI PERHIMPUNAN AGUNG UMNO!!

Posted: 01 Dec 2011 02:14 AM PST

Gambar candid menarik untuk di tatap.. khas untuk pembaca di blog Mc, walaupun Mc cilok dari blog orang lain..










































Perhimpunan agung kali ini, yang berlangsung selama lima hari, melibatkan 5,447 perwakilan. Sumber gambar Mc ambil dari rakan blogger di SINI.

Uihh laa.. banyak betul beza dengan Kongres PKR. Kalau Kongres sunyi sepi dan tanpa sambutan, Perhimpunan Agung UMNO ni sungguh meriah dan berpuluh ribu ahli dan penyokong UMNO berkumpul dan memberi sokongan di dalam dewan dan luar dewan.

Moga semangat bersatu untuk berjuang kekal hingga ke PRU ke 13 nanti.

McTheory:
Rapatkan barisan.. jentera UMNO perlu bersedia.

TERPANAS!! SKANDAL USTAZ DAN USTAZAH PAS!!

Posted: 30 Nov 2011 10:24 PM PST

Ustazah anak enam, tapi masih ada tarikan untuk ustaz Pas!!

Ustaz Pas Mat Zan Durany, Ahli Lembaga Pengarah Pasti

Meh kita baca depa dok FB pukul 2, 3 pagi.. Apa yang syok sangat ustazah dan ustaz Pas ni dok bersembang gamaknya?




Ohh.. rupanya dok ayat baik punya.. siap main nak scan-scan lagi tu. Kenapa agaknya orang macam ni boleh di angkat sebagai "Ahli Lembaga Pengarah Pasti negeri P.Pinang merangkap Pengurus Pasti Kg Tok Panjang." Malah Ustaz seks ni juga berperanan memberi ceramah kepada guru-guru Pasti negeri.

Orang macam ni layakkah untuk mendidik guru agama dan budak-budak kecil di Pasti yang ditaja oleh Pas? Atau memang kebanyakkan Ustaz Pas ni memang gila seks?

Pendedahan ini bukan Mc yang buat, namun di buat oleh satu blogger Pas yang mungkin tak tahan melihat kemungkaran dan perangai buruk si Ustaz gila seks ni. Di sebabkan untuk membuktikan dakwaan Mc ni benar, hangpa boleh tengok kat sini


McTheory:
Bukan nak support blogger Pas, cuma nak buktikan artikel ni benar..

Update live Dari PWTC: P.A.U!! Apa terjadi di sana?

Posted: 30 Nov 2011 08:44 PM PST

Noh Omar sedang mengulas mengenai ucapan Tuan Presiden. Pada ketika ini perwakilan-perwakilan sedang berucap. Bersemangat dan berapi-api.

TAHNIAH NIK AZIZ KERANA MENJADI JUARA TIGA TAHUN BERTURUT-TURUT!!

Posted: 30 Nov 2011 08:11 PM PST

sekadar hiasan..

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat diselar kerana gagal melaksanakan tanggungjawab sebagai pemimpin apabila negeri itu menjadi 'juara' dengan mencatat jumlah pesakit HIV paling ramai bagi tempoh tiga tahun berturut-turut.

Perwakilan Kelantan, Che Hanuni Che Ali yang juga Ketua Puteri UMNO Bachok, berkata Nik Aziz perlu bertanggungjawab dan jangan hanya pandai meletakkan kesalahan pada pihak lain.
"Untuk pengetahuan bukan saja pada 2010 Kelantan menjadi juara HIV, malah pada 2008 dan 2009 anugerah juara itu juga dipegang Kelantan.

"Seperti biasa, sebagaimana yang kita kenal, perangai pemimpin dan penyokong PAS, mereka akan melemparkan keburukan itu kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN).


"Mereka (PAS) hanya hendak yang baik-baik, perkara buruk semuanya milik orang lain. Jumlah jangkitan baru HIV di Kelantan dari Januari hingga Disember tahun lalu ialah sebanyak 462 orang, manakala kematian disebabkan AIDS ialah 88 orang.

"Di Kelantan sebenarnya banyak yang retorik, mereka hanya meletakkan papan-papan tanda di jalanan seperti 'membina generasi al-Quran' 'bersama kepemimpinan ulama' tapi realitinya hanya omongan kosong," katanya ketika membahas usul sosial pada Persidangan Perwakilan Puteri UMNO, semalam.
Katanya, keruntuhan akhlak di kalangan anak muda kini semakin membimbangkan dan ibu bapa perlu memainkan peranan sebaik mungkin dalam mendidik anak-anak bagi memastikan mereka tidak terjerumus ke lembah kehinaan.

Sementara itu, Ketua Puteri UMNO bahagian Jerai, Hasfizatulnisah Mat Isa, yang mewakili Kedah bagi membahaskan usul sosial mengecam pengajuran Seksualiti Merdeka oleh badan bukan kerajaan (NGO).

Beliau berkata, pengajuran program sebegitu boleh memberi ancaman kepada masyarakat Melayu, selain akan membawa kepada keruntuhan akhlak di kalangan anak muda serta mengancam akidah umat Islam.

"Oleh itu kami mendesak kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengambil tindakan undang-undang serta meningkatkan pemantau dengan menutup laman sosial berunsur lucah," katanya.

Nada sama turut disuarakan Naib Ketua Puteri UMNO Wilayah Persekutuan, Huzry Fionnawaty Hussein yang menyifatkan penganjuran Seksualiti Merdeka sebagai serangan kearah merosakkan akidah umat Islam.

Bagi Ketua Puteri UMNO bahagian Shah Alam, Selangor, Shuratini Abd Rahman yang membahas usul agama berkata, isu agama membelit kerajaan pakatan pembangkang Selangor harus dijadikan iktibar serta menjadi bukti bahawa Islam kini kian terancam.

Bermula dengan isu pertikaian penggunaan kalimah Allah sehinggalah membawa kepada gejala murtad dan serangan terhadap Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) serta Lembaga Zakat Selangor (LZS) harus diberi perhatian.

"Untuk itu Puteri UMNO Selangor mencadangkan empat bidang pemerkasaan dalam aspek pendidikan Islam perlu dilaksanakan antaranya program J-Qaf tidak boleh lagi hanya tertumpu di sekolah rendah sebaliknya perlu diperluaskan ke sekolah menengah," katanya. - B.Harian




McTheory:
Tahniah laa Nik Aziz kerana membuktikan Islam Pas tidak sehebat Islam sebenar.. Islam ajuk-ajuk ala Pas.. merosakkan masyarakat..

EDISI TERGOLEK!! ANTARA APEX DAN SHIDA YANG MANA DI PIHAK BENAR??

Posted: 30 Nov 2011 05:11 PM PST

Dua hari lepas Mc ada memberi pendapat Mc mengenai isu ini, sama sebanyak Mc ada hentam skandal Apex Fahmi si Shida. Pada yang belum baca boleh klik sini. Mungkin ini artikel terakhir Mc menceritakan mengenai dua orang yang tah apa-apa tah. Dibawah ini Mc siarkan video penjelasan si Shida mengenai apa yang berlaku. Tidak adil kalau Mc terus menyalahkannya, namun pembaca boleh menilainya sendiri.





Bagi pendapat peribadi Mc, dari mata kasar, Mc melihat kedua-dua belah pihak bagai sembunyikan sesuatu. Namun jika itu yang diperjelaskan, Mc hanya menulis dan pembaca boleh membuat andaian sendiri.

Sembunyi macam mana pun, Allah juga yang tahu. Dosa dan pahala dorang, biar Allah yang tentukan.

McTheory:
Pesanan untuk si Shida, kalau dah bertunang tu, buat cara bertunang.. jangan makan luar..
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...