Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


KASI PANAS!! LAGI CERITA MENARIK MENGENAI ANWAR DAN PKR!!

Posted: 30 Nov 2011 09:34 AM PST



Kalau dilihat kepada apa yang digambarkan di dalam media (The Malaysian Insider) dan Malaysiakini; Kongres PKR digambarkan sebagai sangat berjaya dan mampu meletakkan PKR di landasan kemenangan dalam PRU yang akan datang. Ini cerita pada media sahaja. Tak berasaskan kepada feedback dan maklum balas yang tepat. The Malaysian Insider dan Malaysiakini nampaknya tak bersungguh sangat nak dapatkan maklum balas ahli PKR yang hadir.

Kepada yang tidak tahu, sebenarnya wujud perpecahan yang sangat nyata di dalam PKR pada ketika ini. Umum tidak mengetahui, bahawa wujud perdebatan hebat antara Anwar dan Azmin di dalam mesyuarat tertutup kepimpinan tertinggi PKR. Dua benda yang Anwar tak puas hati .


1. Langkah MENGGESA UMNO/BN meletakkan klausa Melayu sebagai PM.

Anwar menganggap usaha tersebut sebagai tindakan bodoh dan tidak memandang ke depan. Sudahnya, PKR sendiri kena memperbetulkan statement yang dibuat oleh Ketua Pemuda. Anwar marah, kerana jika UMNO berani menyahut gesaan itu; PKR dan PAS akan kelihatan sebuah parti yang sangat dungu di kalangan orang Melayu. Anwar minta Azmin dan Ketua Pemuda lihat kembali kepada fakta. PKR memerlukan undi Melayu pada ketika ini. Jika UMNO membuat keputusan membawa semangat sama – PKR dan PAS akan berdepan dengan suasana politik yang sukar.

Semua sound bytes Ketua Pemuda sepatutnya dibawa kepada pengetahuan Timbalan Presiden parti. Azmin sepatutnya menjaga apa yang bakal diperkatakan oleh Pemuda supaya tidak meletakkan parti di dalam keadaan yang sangat bermasalah.

2. Retorik Runtuhkan Pagar Penjara

Anwar sebenarnya sangat marah kepada Azmin dengan ucapan itu. Malahan, dalam mesyuarat tertutup kepimpinan, Anwar bertanyakan soalan kepada Azmin – 'You dah tak sabar sangat jadi Presiden?'. Anwar berang kerana tindakan Azmin seolah-olah sudah meletakkan parti dalam keadaan defensif. Azmin sudah seolah-olah mengurus parti tanpa Anwar! Ini yang mendatangkan kemarahan Anwar dalam mesyuarat tertutup tersebut.

Nampaknya PKR berada dalam suasana yang sangat tidak selesa.

Siapa yang paling dapat tumpuan dalam Kongres PKR?

Dalam konteks politik PKR; pemenang terbesar Kongres PKR tempohari adalah Khalid Ibrahim. MB Selangor ini bijak mengurus diri dan pandai mengambil hati perwakilan. SUPOK MB juga memainkan peranan yang sangat besar. Bisikan bahawa 'Kak Wan sangat selesa dengan Khalid Ibrahim' bermain di bibir perwakilan. Malahan, kebanyakan perwakilan merasakan Khalid lebih mempunyai AURA sebagai Timbalan Presiden berbanding dengan Azmin Ali.

Faekah menyusun jentera 'bisikan' yang mantap sewaktu Kongres berlangsung – termasuk membisikkan bagaimana PKR hidup di Selangor kerana kerja buat MB yang sangat strategik dan tersusun. Nama Kak Wan sentiasa meniti di bibir Khalid Ibrahim.

Nampaknya fokus Kongres PKR sudah tersasar. Mereka lebih banyak menyusun strategi untuk menumbangkan individu tertentu.

Sampai ke sudah – Kongres PKR tak lebih daripada agenda makan-makan, ampu-ampu dan bodek-bodek. Anwar sendiri tak seronok.

'Pulai is a total failure'…bisik Anwar kepada Khalid Ibrahim.

Gelagat Anwar

KASI PANAS!! APABILA BOM BESAR JATUH ATAS PAS!!

Posted: 30 Nov 2011 07:11 AM PST


Memang kena terus kat muka pembangkang.. Tan Sri Muhyiddin memang best la..

GEMPAR!!!! MAKSIAT ADALAH SATU KEBAJIKAN DI KEDAH??

Posted: 30 Nov 2011 05:11 AM PST



ALOR SETAR: Kerajaan Kedah digesa memantau kewujudan pusat hiburan di negeri itu yang dikatakan hidup bagai cendawan tubuh selepas hujan kerana fenomena itu boleh mencalar imej negeri yang majoriti masyarakatnya beragama Islam.

Mufti Kedah, Datuk Sheikh Muhammad Baderuddin Ahmad, berkata kewujudan pusat hiburan tanpa kawalan dan pemantauan pihak berkuasa boleh memberi kesan negatif dalam institusi masyarakat, selain menyinggung perasaan umat Islam di negeri ini.


"Fenomena ini tidak seharusnya berlaku di negeri ini mempunyai pegangan Islam yang kuat dan pasti ia meninggalkan kesan tak baik, khususnya kepada masyarakat Islam jika dibiarkan tanpa pemantauan.

"Justeru, saya harap perkara ini dipandang serius pihak berkaitan kerana kita tidak mahu usaha menggalakkan rakyat mendalami penghayatan Islam menerusi penghayatan dan amalan, pada masa sama ada pihak cuba menggagalkan usaha berkenaan," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Beliau mengulas laporan akhbar baru-baru ini yang mendakwa kewujudan pusat hiburan di bandar raya ini bagai cendawan tumbuh elepas hujan, sekali gus mencetuskan persoalan mengenai penguatkuasaan dijalankan kerajaan negeri pimpinan PAS sepanjang tempoh tiga tahun mentadbir negeri.

Sehubungan itu, Muhammad Baderuddin berharap isu itu dapat diatasi dengan bijak oleh pihak berkuasa tempatan termasuk kerajaan negeri dalam usaha memelihara keharmonian Islam di Kedah.
"Malah, Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah dalam amanatnya ketika bertitah sempena sambutan Maal Hijrah baru-baru ini turut meminta umat Islam di negeri ini supaya mendalami Islam dengan penghayatan sebenar dan kita tidak mahu perkara seumpama menggagalkan usaha berkenan," katanya.


PERGHH HABES SATU,SATU BENDA ALLAH TAALA NAK TUNJUK KAT RAKYAT KEDAH YANG KERAJAAN PAS NI MEMANG PALING TERUK MEMERINTAH..WALAUPUN PENAFIAN DIBUAT YANG MENGATAKAN SEJAK 3 TAHUN KERAJAAN PAS MEMERINTAH TIDAK PERNAH ADA 1 LESEN PUSAT HIBURAN PUN DI KELUARKAN OLEH MEREKA..

(BETUL TETAPI YANG MENGELUARKAN LESEN ITU PEJABAT DAERAH,PEJABAT DAERAH PUN DI BAWAH KERAJAAN NEGERI)JADI KENAPA EXCO EXCO ATAU MB SENDIRI TIDAK PERNAH AMBIK TAU DALAM HAL INI?BILA MUFTI BERSUARA MACAM MACAM PENAFIAN DI BUAT..

SEPATUTNYA SEBAGAI PEMERINTAH YANG MENTADBIR NEGERI KEBAJIKAN PAS SEPATUTNYA MEMPERKENALKAN LEBIH BANYAK PUSAT PUSAT RIADAH KELUARGA ATAUPUN TEMPAT BERIBADAT SUPAYA ANAK ANAK MUDA SEKARANG LEBIH TERTARIK KEPADA PEKARA YANG MENDATANGKAN KEBAIKKAN DAN FAEDAH.BUKANNYA MEMPERBANYAKKAN PUSAT MAKSIAT.

ADAKAH PUSAT PUSAT MAKSIAT TERSEBUT KEPUNYAAN TAIKO DAP?SEHINGGA PAS TIDAK BERANI MENGAMBIL TINDAKKAN?SEMALAM BLOG INI JUGA MENGELUARKAN SATU ARTIKEL BERKENAAN PUSAT MAKSIAT BARU DIBUKA DI ALOR MENGKUDUSINI

PEKARA INI SEHARUSNYA TIDAK BERLAKU JIKA PAS BETUL BETUL MENTADBIR BERLANDASKAN SYARIAT ISLAM YANG DI LAUNGKAN SEBELUM MEREKA MEMERINTAH..TETAPI HAL SEBALIKNYA TERJADI..BERCAKAP MENGUNAKAN MULUT BOLEH LA,TETAPI BILA DAH PEGANG KUASA SEMUANYA HALAL BELAKA.

PMK
KITA TUNGGU APA MB DAN EXCO EXCO JAWAB..MESTI TAK TAU LAGI...HEHE

PANAS!! BAHAYA CUBAAN MEMBAKAR UMNO!!

Posted: 30 Nov 2011 02:11 AM PST



Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan pembangkang sebagai 'kilang fitnah' yang sentiasa mencari peluang untuk memburukkan Umno demi merampas kuasa politik.

Beliau berkata, pembangkang sengaja menyemarakkan api kemarahan bagi menghilangkan keyakinan rakyat terhadap pemimpin parti itu.

"Segala fitnah terhadap Umno ibarat api yang memamah setiap helaian jasa dan bakti Umno. Malah, dalam zaman fitnah yang menggila ini, pemimpin nombor satu kita tidak terkecuali daripada menerima percikan api fitnah.

"Hinggakan keheningan mengerjakan ibadah haji pun diganggu oleh kilang-kilang fitnah yang bekerja lebih masa.


"Matlamat penyebar fitnah jahat ini amat jelas iaitu menghilangkan keyakinan rakyat terhadap pemimpin utama Umno dan meruntuhkan harapan orang Melayu terhadap parti keramat ini. Tujuan mereka tidak lain hanya mahu merampas kuasa politik," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pada majlis perasmian serentak Persidangan Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri di sini, Selasa.

Ucapannya itu bertemakan; "Menunjangi survival bangsa: Suatu jihad".

Selain itu Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, pembangkang mengambil kesempatan atas kehakisan sokongan rakyat terhadap Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum 2008 untuk menunjukkan tembelang mereka yang sebenar.

Jelas beliau, pakatan pembangkang yang terdiri daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan PAS juga sebenarnya tidak sehaluan terutamanya dalam menentukan hala tuju orang Melayu dan rakyat Malaysia secara keseluruhannya.

"Ketika umat Islam bangkit bersatu mempertahankan akidah umat daripada diruntuhkan oleh kumpulan yang berniat jahat, DAP dan konco-konconya, bertubi-tubi mempersenda umat Islam. Semakin nyaring suara umat Islam membela kesucian agama, semakin ghairah mereka menjalankan dakyah jahat ke atas umat Islam atas nama kebebasan beragama.

"​Parti DAP ini tidak pernah melihat apa-apa kebaikan yang ada pada orang Melayu dan Islam. Bagi DAP, walaupun ia mendakwa ia parti demokratik pelbagai kaum, ironinya dari dahulu hingga sekarang DAP hanya dipimpin oleh kelompok tertentu daripada satu kaum sahaja.

"Atau lebih tepat lagi, dari keluarga tertentu dalam kelompok tertentu dari kaum tertentu sahaja. Namun kita yakin dan percaya DAP tidak mewakili keseluruhan suara kaum itu," katanya.

Tambah Muhyiddin, PAS yang dahulunya bertindak sebagai parti yang memperjuangkan akidah umat Islam turut terpengaruh dengan agenda peribadi DAP dan PKR demi menghadapi lanskap politik baru.

"​Nampaknya, apa yang berlaku hari ini bukan PAS ganti Umno seperti yang dicanang oleh mereka. PAS takkan boleh menggantikan Umno kerana Umno tiada galang-ganti.

"Yang sebenarnya berlaku ialah DAP ganti PAS. DAP bercakap mengenai Islam, PAS mengiyakan sahaja. Pemimpin DAP menyebut dua tiga patah ayat al-Quran walaupun salah, PAS mempertahankan. Pemimpin DAP menggelar dirinya Khalifah Umar Abdul Aziz, PAS memberi pengiktirafan. Pemimpin DAP berceramah, penyokong PAS bertakbir. Tetapi apabila PAS menyebut tentang negara Islam, pemimpin DAP lah yang pertama sekali mengecam PAS.

"Dan apabila dikecam, PAS diam seribu bahasa. Apa maknanya ini? Maknanya, DAP lah yang memberi definisi kepada Islam yang dianuti oleh PAS. DAP lah yang menjadi penentu arah aliran Islam yang dibawa oleh Pakatan Pembangkang. Bukankah ini maknanya DAP menggantikan PAS?," katanya lagi. - mStar

PANAS!! TUN DR MAHATHIR DAN DS NAJIB MEMPUNYAI MASALAH??!!

Posted: 30 Nov 2011 12:12 AM PST



Kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berada di landasan yang betul berusaha untuk menjadikan Malaysia sebagai negara maju seterusnya mencapai Wawasan 2020.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, Najib telah berusaha keras untuk tujuan itu walaupun berhadapan keadaan sukar ekoran pelbagai masalah disebabkan mempunyai majoriti yang kecil di Parlimen.

Katanya, keadaan itu tidak seperti beliau dahulu yang boleh menangani masalah oleh pembangkang kerana mempunyai majoriti yang besar.


"Beliau (Najib) berusaha keras. Saya tidak boleh kata yang beliau berupaya untuk (membawa negara) mencapai Wawasan 2020, tetapi banyak orang berkata Malaysia sudahpun menjadi sebuah negara maju," katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri Forum Antarabangsa sempena Perhimpunan Agung UMNO 2011 di sini hari ini.

Hadir sama Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Pengerusi Kelab UMNO Luar Negara (KULN), Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Dr. Mahathir mengulas ucapan Najib ketika merasmikan forum tersebut yang bertemakan Transformasi Politik, Ekonomi Dan Sosial Di Era Krisis Global dengan mengatakan era pentadbiran beliau begitu mencabar serta memerlukan perubahan besar.

Sehubungan itu tambah Najib, UMNO dan BN perlu memastikan parti itu dipilih semula oleh rakyat untuk terus memerintah.

Menurut Dr. Mahathir, perkembangan politik dalam UMNO kini lebih baik daripada 2008 kerana ketika itu ramai ahli parti mengundi pembangkang bukan kerana mereka tidak suka UMNO tetapi mereka tidak suka dengan pemimpin pada waktu itu.

Katanya, kerajaan telah melakukan yang terbaik supaya rakyatnya hidup lebih sempurna sejak negara merdeka, oleh itu tiada sebab untuk rakyat menentang kerajaan.

Terdahulu dalam ucapannya, Dr. Mahathir menggesa semua negara bersiap sedia menangani krisis global yang 'berjangkit' akibat globalisasi.

"Hakikat yang kita perlu terima ialah kita tidak lagi boleh mengasingkan diri daripada apa yang berlaku di seluruh dunia," katanya.

Bagaimanapun jelasnya, usaha pemulihan tidak serupa untuk semua negara berikutan persekitaran yang berbeza.

"Anda perlu sesuaikan diri dengan perubahan persekitaran. Ia bergantung kepada negara anda. Malaysia cuba melakukan banyak transformasi. Saya berharap kerajaan akan berjaya dalam mentransformasikan ekonomi dan masyarakatnya sendiri. Saya harap dengan berbuat demikian mereka akan terus mendapat sokongan rakyat dan negara kekal makmur," katanya.

Sementara itu, Dr. Mahathir menasihati pemimpin-pemimpin kerajaan agar jangan sesekali menyalah guna kuasa yang diamanahkan oleh rakyat kepada mereka.

Katanya, tujuan rakyat memilih pemimpin untuk membantu mereka dengan membangunkan negara dan bukannya menjadi orang kaya.

"Dalam era sekarang, pemimpin berdepan dengan rakyat yang bijak. Mereka akan bertanya sekiranya pemimpin melakukan sesuatu yang tidak menggembirakan, malah mereka turut melakukan demonstrasi disebabkan perkara itu.

"Lebih malang apabila pemimpin sudah tidak berkuasa lagi, rakyat akan menghantar pemimpin tersebut ke penjara dan inilah yang berlaku dalam keadaan dunia sekarang," ujarnya.- Utusan

FUYOO!! LISA SURIHANI JOIN PUTERI UMNO DI P.A.U!!

Posted: 29 Nov 2011 10:09 PM PST



Wah.. awek cun pelakon popular Lisa pun datang ke Perhimpunan Agong UMNO. Dengar kata Lisa join dengan geng Puteri UMNO biar betul ni?? Nak tau apa cerita boleh klik SINI

PANAS!! ANAK SAUDARA ANWAR PENAGIH DADAH!!

Posted: 29 Nov 2011 08:07 PM PST


Anwar ketagih dengan stor kunyit lelaki muda dan China doll, ketagihan membawa kerosakan.

Lain pula ceritanya dengan anak saudara beliau si Aidi Rafizul anak kepada Idrus Ibrahim,sepupu rapat kepada si Nurul Izzah.

Sebentar tadi sekitar jam 4 petang pihak polis telah menahan Aidi Rafizul kerana didapati menagih dadah jenis Syabu bersama seorang lagi rakannya di sebuah rumah di Kampung Paya.


Aidi didapati positif dadah jenis Syabu selepas ujian air kencing di Balai Polis Bandar Perda sebentar tadi.

Aidi adalah pegawai khas kepada YB Law Choo Kiang Adun PKR Bukit Tambun dan juga salah seorang bekas pemimpin AMK Pulau Pinang.

Rakan baik kepada Din Binjai blogger fitnah Ds Yatim ini dikatakan ketagihan dadah sejak dari dulu lagi walaupun ketika itu beliau menjadi pemimpin AMK, namun dikhabarkan Yb Law Choo Kiang tetap mahukan Aidi hanya kerana beliau anak saudara kepada Anwar Ibrahim.- Pisau.net

Kalau nak ceritakan kisah keluarga Anwar ni, banyak cerita sebenarnya. Adik Anwar pun apa kurangnya, dari dulu memang kaki minum, club, cucuk dan perempuan. Ini baru anak saudara, belum bongkar yang lain lagi.

Pembangkang sibuk menyerang peribadi DS Najib dan keluarga. Kalau itu terus menjadi strategi mereka, tunggulah akibatnya nanti. Lebih banyak serangan peribadi yang kami akan lakukan kepada puak pembangkang kelak.

Contohnya macam cerita yang suka raba nenen, yang suka bontot, yang kaki perempuan pun ada. Malah yang suka sapu bini orang pun banyak ceritanya.

McTheory:
Kita tengok siapa yang kena nanti..

GEMPAR!!! BULAN DAN BINTANG JANJI BARU PKR!!

Posted: 29 Nov 2011 05:20 PM PST



Walaupun didakwa gagal menunaikan beberapa janji pilihan raya umum lalu, PKR sekali lagi mengemukakan janji baru untuk menambat hati pengundi.

Kali ini golongan wanita pula menjadi tumpuan apabila Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail berkata, parti itu akan memperkenalkan Bayaran Suri Rumah sebanyak RM1,000 bagi setiap suri rumah yang berpendapatan kurang RM18,000 setahun.

Semasa menyampaikan ucapan dasarnya pada Hari Kedua Kongres Nasional Tahunan Keadilan Kali Ke-8 di Pulai Spring Resort, di sini, semalam, Wan Azizah berkata, bayaran itu bagi mengurangkan beban akibat kenaikan harga barang.


Bagaimanapun katanya, pelaksanaannya hanya dapat dijalankan sekiranya PKR diberi mandat memerintah pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) ini kerana membabitkan peruntukan RM2 bilion setahun.

"Tradisi membela miskin bandar telah kita terjemahkan menjadi dasar-dasar mesra rakyat yang menjadi buah mulut rakyat di pelosok negara dan tradisi ini akan kita teruskan di Putrajaya dengan komitmen baru.

"Antaranya, suri rumah yang berpendapatan kurang RM18,000 setahun dan mempunyai sekurang-kurangnya seorang anak berumur kurang 18 tahun akan diberikan bayaran sebanyak RM1,000," katanya.

Turut hadir Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim,Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Selain itu, Wan Azizah turut memperkenalkan Bonus Warga Emas berjumlah RM1,000 setahun bagi yang berumur 60 tahun ke atas dan berpendapatan kurang daripada RM18,000 setahun, membabitkan peruntukan RM1.7 bilion setahun.

"Kami juga akan menaikkan bayaran kepada penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masya­rakat (JKM) kepada RM550 sebulan selaras de­ngan bayaran tambahan kepada mana-mana isi rumah miskin tegar.

"Elaun penjagaan anak berjumlah RM1,000 setahun bagi setiap anak berumur 12 tahun ke bawah bagi keluarga berpendapatan kurang RM1,000 sebulan.

"Jumlah ini sedikit berbanding jumlah yang 'bolos' setiap tahun kepada elit kekuasaan dan jumlah ini bukan sedekah kepada pengemis tetapi hak yang dipulangkan kepada rak­yat," katanya.

Wan Azizah turut menyentuh isu pengangguran graduan yang didakwa semakin kronik.

"Daripada 342,198 rakyat yang menganggur, 51.4 peratus mempunyai pendidikan tinggi iaitu 29.9 peratus tamat pengajian ijazah, 21.5 peratus pula mempunyai diploma.

"Angka-angka ini tidak menipu, masalah ini jika tidak ditangani segera akan menambahkan keperitan rak­yat di kala bebanan kos sara hidup memuncak," katanya.


SETIAP KALI BERLANGSUNGNYA KONGRES PKR MEREKA TIDAK SUDAH SUDAH BERJANJI MAHU MEMBERI WANG KEPADA RAKYAT JIKA DI BERI MANDAT UNTUK MEMERINTAH.TERBARU DS WAN AZIZAH MAHU MEMPERKENALKAN BAYARAN KHAS KEPADA SURI RUMAH YANG BERPENDAPATAN RM 18,000 SETAHUN SEBANYAK RM 1000.

WARGA EMAS BERUMUR 60TAHUN KEATAS JUGA TIDAK KETINGGALAN MENDAPAT BONUS RM1000 SETAHUN,SERTA ELAUN PENJAGAAN ANAK SEBANYAK RM1000 SETAHUN BAGI KELUARGA YANG BERPENDAPATAN RM1000 KEBAWAH

YANG PELIKNYA KENAPA WAN AZIZAH TIDAK MEMPERKENALKAN INSENTIF INI DI NEGERI SELANGOR?SEDANGKAN PKR SUDAH 3 TAHUN MEMERINTAH NEGERI SELANGOR,JANJI PRU12 PUN BELUM TERTUNAI LAGI INI KAN PULA JANJI YANG BARU.

NEGERI SELANGOR ADALAH NEGERI YANG PALING BANYAK MENERIMA PELABURAN BERJUMLAH BERBILION RINGGIT,ADALAH MUSTAHIL BAGI KERAJAAN PKR SELANGOR MASIH TIDAK DAPAT MENUNAIKAN JANJI PRU12 YANG LALU.

MALAH HAMPIR SEMUA JANJI PRU12 BAGI NEGERI NEGERI YANG DIPERINTAH PAKATAN PEMBANGKANG MASIH BELUM TERTUNAI..SETIAP KALI BAJET DIBENTANG MEREKA SEOLAH OLAH MENUNJUK KEPAKARAN MEREKA MENTADBIR NEGERI DENGAN MENYATAKAN PENDAPATAN NEGERI MENINGKAT JUTAAN RINGGIT.KEMANA WANG TERSEBUT DIBELANJAKAN??SEDANGKAN RAKYAT MASIH MENUNGGU JANJI MEREKA.

JADI ALANGKAH BAGUSNYA JIKA MEREKA MENGUMUMKAN INSENTIF TERSEBUT DI NEGERI YANG DIPERINTAH OLEH MEREKA DAHULU.TAK USAH LAH BERJANJI JIKA BELUM MEMERINTAH,BILA BERKUASA NESCAYA SEMUA JANJI ITU HANYA TINGGAL JANJI.SEMUA JANJI PKR RAKYAT SUDAH BOLEH BACA,DARI ISU KAMPUNG BUAH PALA,HINGGA KE MANIFESTO PKR SELANGOR PADA PRU12 YANG LALU.

PMK
BELUM PERINTAH BOLEH LA CAKAP..BILA DAH PERINTAH HILANG SEMUA JANJI

KASI PANAS!! LIHATLAH BETAPA RASISNYA UMNO!!

Posted: 29 Nov 2011 01:37 PM PST


Permainan yang menganggap UMNO adalah parti rasis, sebenarnya telah dimainkan lama dahulu. Bagi orang yang dengki dan lawan pada UMNO. Tuduhan rasis itulah modal paling besar yang mereka ada. Sedangkan setiap parti yang ditubuhkan juga berasaskan kaum dan agama. Cuma mereka berlakon bahawa mereka parti terbuka, sedangkan semuanya mempunyai agenda perjuangan masing-masing.

UMNO membuktikan bahawa mereka berjaya menjadi parti pemimpin di Malaysia. Sedangkan parti didalam Pakatan Rakyat, hanya menunjukkan contoh terbaik untuk memusnahkan negara.
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...