Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


KASI PANAS!! Anwar Yang Bullshit!!

Posted: 20 Nov 2011 05:35 AM PST


Kalau dia makan petai dan berak busuk pun dia akan tuduh UMNO jugak yang salah!

GEMPARR!!! VIRUS SARUNG TETEK MENYERANG NEGERI KELANTAN

Posted: 20 Nov 2011 02:34 AM PST



Air disahkan tercemar bakteria E.coli

Uji kaji makmal terhadap sampel air di Kelantan pada setiap tahun oleh Kementerian Kesihatan bukan saja mendapati ia mengandungi logam-logam berat malah bakteria berbahaya termasuk E.coli.

Lebih membimbangkan, E.coli turut ditemui dalam sampel air yang dibekalkan ke rumah-rumah oleh Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB).

Penemuan E.coli itu dalam sampel air dari Kelantan dikesan dalam uji kaji yang dijalankan kementerian itu dari 2008 hingga 2010.

Laporan Bilangan dan Peratusan E.coli dan Logam Berat Bagi Air Terawat dan Air Mentah Mengikut Daerah Negeri Kelantan 2008-2010 yang dibekalkan kepada Mingguan Malaysia oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Hasan Abdul Rahman.

Perlu ditegaskan bahawa kerajaan dan juga standard antarabangsa menetapkan bahawa bekalan air terawat mestilah bebas daripada bakteria E.coli.

Ini kerana, E.coli sangat berisiko kepada kesihatan manusia iaitu boleh menyebabkan cirit-birit, muntah, demam, najis berdarah dan paling bahaya ialah dehidrasi atau penyahhidratan yang membawa maut.

Sepanjang tahun lalu sahaja, 11 kes pencemaran E.coli membabitkan air AKSB direkodkan kementerian di Tanah Merah, diikuti Jeli (lapan kes), manakala Pasir Puteh dan Kuala Krai masing-masing dengan tujuh kes.

Beberapa syarikat pengendali air negeri lain memberitahu Mingguan Malaysia, pencemaran bakteria E.coli dalam air terawat iaitu air yang telah melalui loji rawatan, selalunya berpunca daripada kekurangan klorin.

Bagi kes kandungan E.coli dalam air mentah pula, pada 2010 Pasir Puteh mencatat peratusan kes tertinggi iaitu 17.31 peratus, diikuti Gua Musang (16.67 peratus) dan Tanah Merah (11.97 peratus).

Kehadiran banyak bakteria itu dalam sumber air mentah yang digunakan rakyat Kelantan dipercayai berpunca daripada ketiadaan sistem tangki septik (najis) yang sistematik di negeri itu sejak sekian lama dan ia merangkumi keseluruhan daerah termasuk Kota Bharu.

Disebabkan ketiadaan sistem tersebut dan kesukaran mendapat air terawat, kebanyakan masyarakat Kelantan menggali perigi pada jarak rata-rata kurang 50 meter dari tangki najis rumah masing-masing, menyebabkan berlaku serapan bakteria melalui air bawah tanah.

Dalam laporannya, kementerian turut mengesan pencemaran logam berat dan bakteria berbahaya tidak hanya terhad kepada air mentah dari sumber perigi, telaga tiub dan sungai semata-mata, tetapi turut merangkumi air yang dibekalkan AKSB.

Ancaman utama sekali lagi membabitkan mangan, arsenik serta bakteria e-coli disebabkan kegagalan AKSB mematuhi piawaian rawatan air selain kadar liputan air terawat kepada isi rumah Kelantan yang cukup rendah, iaitu hanya 57 peratus daripada 1.54 juta penduduk.

Dalam pada itu, pencemaran mangan dalam air mentah, hanya Bachok dan Tumpat yang bebas daripada pencemaran logam berkenaan untuk tempoh 2008 hingga 2010.

Kota Bharu, Machang, Pasir Mas, Pasir Puteh, Tanah Merah, Gua Musang, Kuala Krai dan Jeli dikesan mempunyai kandungan mangan melebihi piawaian dengan Kuala Krai mencatat pencemaran tertinggi sejak 2009.

Pencemaran mangan dalam air terawat yang dibekalkan AKSB juga tidak banyak bezanya apabila hanya empat daripada 10 daerah yang bebas pencemaran iaitu Machang, Bachok, Pasir Mas serta Pasir Puteh dan kawasan paling teruk tercemar adalah Kota Bharu.

Berbeza dengan ujian oleh Mingguan Malaysia bagi pencemaran arsenik untuk tahun ini, kementerian hanya mengesan pencemaran logam itu pada 2010 melibatkan air mentah dengan kawasan paling teruk juga di Kota Bharu



KESIAN RAKYAT KELANTAN,ANDA DITIPU SUDAH BERPULUH PULUH TAHUN OLEH KERAJAAN PAS,DALAM MASA 20TAHUN TU TIADA LANGSUNG PENAMBAHBAIKAN UNTUK SISTEM AIR TERAWAT.NAK MINUM AIR BERSIH TERPAKSA GUNA AIR PERIGI,AIR HUJAN.KALAU NAK HARAP AIR PAIP TU LEBIH TERUK WARNA DARI SUNGAI GOMBAK

APA APA PUN PMK UCAPKAN TAHNIAH KEPADA RAKYAT KELANTAN SEKARANG SUDAH MEMBUKA MATA MELIHAT SENDIRI PENIPUAN KERAJAAN PAS DALAM MENGURUS TADBIR NEGERI KELANTAN SEHINGGA BEKALAN AIR BERSIH SAMPAI SEKARANG BELUM DAPAT DINIKMATI OLEH SEMUA RAKYAT KELANTAN

TERBARU PULAK PENCEMARAN VIRUS SARUNG TETEK(HEHEHE) JENIS E-COLI TERDAPAT DALAM AIR YANG DIBEKALKAN OLEH AKSB KEPADA RAKYAT KELANTAN.VIRUS INI BOLEH MENYEBABKAN CIRIT BIRIT,MUNTAH,DEMAM,NAJIS BERDARAH DAN BOLEH MENYEBABKAN KEMATIAN.

JUSTERU DIINGATKAN SUPAYA RAKYAT KELANTAN BERHATI HATI DENGAN WABAK VIRUS INI..KANG TAK PASAL2 KENA MINUM AIR GUNA SARUNG TETEK SEBAGAI PENAPIS..

PMK
SARUNG TETEK TU BUKAN E COLI YE,SAJA UNTUK PENAMBAH PERISA

KASI PANAS!! Akibat Kes Murtad Rakyat Johor Bob Lokman jadi Mereng!!

Posted: 19 Nov 2011 11:00 PM PST


Ada penganut Pas yang menafikan bahawa Bob Lokman memurtadkan rakyat Johor. Mungkin Mc agak lambat menyiarkan video ini. Namun Mc percaya, masih ramai lagi yang belum melihat seorang Ulamak Lawak Pas mengunakan pengaruh Lawaknya dengan menghina dan mengeji orang lain.


Bukan rakyat Johor saja yang patut ajar si Bob ni. Rakyat Malaysia juga perlu menolak orang seperti ini. Menjatuhkan hukum hakam tanpa sebarang bukti dan menghina umat Islam lain tanpa segan silu. Inilah ajaran Pas!! Siapa yang menganut agama Pas, bakal terlajak jauh seperti Bob Lokman. Pas memang menyesatkan Islam.


McTheory:
rasa diri seperti tuhankan, dengan memurtadkan perkara yang tidak pasti?

Terkini!! DS Najib sedang memberi ucapan di Konvensyen Media Sosial!

Posted: 19 Nov 2011 09:36 PM PST

Satu himpunan terbesar yang mengumpulkan pengamal media sosial terbesar di Malaysia. Hampir 2000 orang pengamal media sosial pro BN berkumpul dibawah satu bumbung.

Kedatangan DS Najib, memberi semangat baru yang kuat untuk pengamal media sosial pro BN terus berjuang demi menentang kemungkaran Pakatan Haram.

Mendedahkan apa yang perlu dedahkan kepada dunia tanpa sempadan. Menghumban segala kejahatan Pakatan kepada kerajaan. Malah kekuatan baru ini, akan mengempur alam maya pada PRU ke 13 yang akan datang.

Himpunan ini amat bermakna!

PANAS!! Kisah Zul Noordin Minta Anwar Wang Dari Anwar??

Posted: 19 Nov 2011 08:09 PM PST



Tuduhan bekas Timbalan Presiden PKR, Syed Husin Ali dan bukunya "Memoir Perjuangan Politik" yang mengatakan Ahli Parlimen Bebas Kulim Bandar Bharu, Datuk Zulkifli Noordin pernah minta RM60,000 untuk mengosongkan kerusi parlimen itu bagi memberi laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding membuka lebih banyak pekung Ketua Pembangkang itu.

Sambil menafikan sekeras-kerasnya tuduhan itu beliau sebaliknya mendawa Syed Husin sendiri berjumpanya mewakili Anwar dengan janji jawatan tinggi dalam mana-mana GLC Kerajaan Selangor dengan imbuhan RM50,000 hingga RM60,000 sebulan jika setuju mengosongkan kerusi tersebut.

Episod ini didakwa berlaku setelah Anwar tamat ' tempoh edah' tak boleh bertanding selepas keluar dari penjara. Anwar kemudiannya bertanding di kerusi parlimen Permatang Pauh ambilalih daripada isterinya Datuk Seri Wan Azizah Ismail.

Beliau juga mendakwa Syed Husin pernah memberitahunya kalau dia (Syed Husin) mengosongkan kerusi Timbalan Presiden PKR untuk memberi laluan kepada Azmin Ali, Anwar menjanjikan kepadaya jawatan Senator.

Zulkifli mendakwa Anwar terdesak dengan menggunakan 'anjing-anjing pencen' untuk menyerang beliau dan Senator Ezam Mohd Noor.

Beliau juga mendakwa bahawa Anwar juga memaksa Wan Azizah mengosongkan kerusi Permatang Pauh bagi membolehkannya bertanding.

Menurut Zulkifli, yang merupakan bekas pimpinan kanan PKR, selama lebih 10 tahun beiau menjadi antara peguam utama Anwar, sehingga disumbat dalam tahanan ISA, beliau tidak pernah meminta atau dibayar walau satu sen pun daripada Anwar sebagai imbuhan bayaran khidmat guaman dan semuanya percuma.

sambung baca SINI

TUDIAA!! MB Kedah dan Bini Barunya!!

Posted: 19 Nov 2011 05:08 PM PST

Ehhh.. silap, bukan BINI baru.. tapi kereta baru woo.. BINI baru incoming kot..













He he.. kerajaan negeri duit takdak, pokai. Tapi kereta baru boleh beli pulak.. hmm.. no komen..

sumber gambar klik SINI


McTheory:
Pikiaq la sendiri!!

KASI PANAS!! Peragut Kena Telanjang.. fuyoo..

Posted: 19 Nov 2011 12:33 PM PST


Kes diluar negara, apabila orang ramai menghukum peragut dengan membogelkannya dikhalayak ramai!
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...